Monday, July 12, 2010

KEMBALI


Assalamualaikum semua. Pekaba? lama tak dengar khabar berita. Maklumlah setelah hampir dua bulan Iera bercuti dari dunia 'blogging' disebabkan kesuntukan masa sepanjang menjalani praktikal. Alhamdulillah, berjaya juga Iera menghadapi cabaran di sana walaupun hanya Iera sorang yang menjalani praktikal di J.Calli tu dan Iera satu-satunya 'pekerja' melayu di bahagian office di company tersebut.

Sekarang...Iera dah Kembali seperti biasa.....menjalani hari-hari sebagai pelajar UKM. Sekarang Iera dah tak perlu nak jadi receptionist lagi.... Receptonist? Ape hal pulak nak jadi receptionist kan. Opss...tu lah, selepas minggu ketiga berada di J.Calli Iera terpaksa menjadi receptionist disebabkan pekerja dia dah berhenti. Tapi....sambil jadi receptonist tu ada kerja-kerja lain yang perlu dibuat. Apa lagi kalau tak kerja key-in data. Check surat dan rekod dalam sistem tu kerja wajib hari-hari sepanjang Iera kat situ. Dah jadi receptionist tu lagi lah ambil masa sikit nak siapkan kerja tu. Ye lah, mana nak jawab call, nak layan customer yang datang lagi.
Bukan setakat tu....kerja mengangkat barang dan kemas store pun Iera kena buat jugak. Lagi tak tahan bila pekerja baru kat situ (bhg admin) yang arahkan dan ajar Iera kat situ selalu suka datang nak dekat pukul 6 suruh buat kerja-kerja lagi. Dah lah pukul 6 dah nak balik. Nak tak nak...paling awal pun pukul 6.30 baru boleh balik. Sampai kat rumah pun dah around 7.30. Hari-hari last pun masih berlambak kerja yang Iera perlu buat.... Iera perlu key-in segala maklumat dalam name card customer ke dalam sistem. Dah lah banyak... Ingatkan minggu last dah boleh rileks-rileks sikit... Tapi...hampeh.
 

Apa-apa hal pun...semuanya sudah selesai. Dan sekarang Iera kembali ke bumi UKM nie. Hari nie dah penat seharian mengangkut barang ke bilik... Penat! Rasa macam nak patah pinggang nie bila nak mengangkut barang-barang ke tingkat tiga seorang diri... Nie belum lagi angkut barang-barang kat dalam store, baru angkut barang yang dibawa ke rumah sewa dulu. Boleh turun 10kg tak agaknye? haha

Bila dah kembali ke UKM  nie... Insyaallah....Iera akan kembali mengaktifkan diri berblogging. Terima kasih bebanyak kepada sesiapa yang sudi menjenguk blog Iera yang telah terbengkalai hampir dua bulan nie ye....

6 comments:

miZz_nizZ said...

welcome back!! slmt blaja=)

el said...

wahhhhh lm gilak x npk kamoo ooo g pratikal eh..giler kentang pya byk keje kamoo iera ish2..dulu k.el goyang kaki jek hehehehe..x pttlah derang wat cam tu kat iera kan..tp at least iera dpt pengalaman melampau hahahahaha

Unknown said...

wah..tu kerja ke buli?/
kesian..nak buat macam mana..tu sebahagian dari kehiduppan kita..
ade yang di atas..ade gak yang di bawah..

iera said...

mario:
maceh

miZz_nizZ:
thanks... Doakan iera b'jaya ye. hehe

el:
2 la, bnyk gila k'ja. tp...mrkh dpt ciput je. kdkut btol la. Tp...mmg byk jgk la yg iera dpt blaja.

diana:
xtau la nk ckp. tp...naseb baek dpt elaun

ziha said...

huuu..rindu plak kt UKM.. :((

iera said...

ziha:
Xpe...nnt convo ziha akn dtg UKM kan. Hlg la rndu tu nnt...hehe