Friday, August 27, 2010

Berita yang mengejutkan di Pagi Hari....


Pagi ni....tengah sedap berguling-guling di atas katil sambil wat taik mata (Konon-kononnye pagi lagi lah. Padahal dah kul 10 dah...hehe). Tetiba terima panggilan daripada nombor yang tak dikenali (no pejabat). Pelik jugak....nombor mana lak yang tersesat nie. Dalam pelik-pelik tu angkat la jugak telefon. Mana lau tau ada benda penting. Lagi pelik bila tetiba orang tu speaking BI. Bertambah terkejut jugak bila dia cakap dia dari Standart Charted. Ye la...pelik gak la....tak de la pulak Iera buat buku akaun atau pinjaman kat Standart Charted tu. Mana tak terkejut beruk.

Dalam keadaan mamai....cuba jugak la fahamkan apa yang dia cakapkan.... Fuh, nasib baik faham. Lagi bertambah terkejut bila dia cakap dia ada email kan kat iera, ada tawaran suruh wat training kat tempat dia....  Niat untuk sambung tido lepas kol 'Cik Abang' pukul 10 tadi (dia suruh kejutkan untuk dia bangun study pasal petang nie dia ada exam) terus tergendala.... Terus bukak email....check email yang dapat....

***********************************************************


Good Day,

On behalf of Wholesales Banking Operations of Scope International Malaysia would like to invite your undergraduates to join us in our training academy. Scope International Malaysia, a wholly-owned subsidiary of Standard Chartered Plc., United Kingdom , is the first Global Shared Services hub of an international bank in Malaysia .

Established in 2001, Scope International Malaysia is a strategic partner to the Standard Chartered Bank through the provision of a wide range of services from software and systems development, wholesale and consumer banking operations, as well as IT in up to 70 countries worldwide. By 2011, we plan to double our workforce from 2,250 to 4,500.

In line with our objective to double our workforce, we have established SIMA ( Scope International Malaysia Academy ) as our training arm aims at providing specialized banking skills to undergraduates and graduates.

Participants who have met the standard set and show outstanding performance will be offered various positions in our company. The participants of this academy will enjoy the opportunity to learn specialist course in the areas of International Trade ServicesSecurities Services, Forex/Money Markets, Cash Management Services and Credit/Loan Administration. Apart from these five elective subjects, the core subjects are Business Communications, Customer Service Program and Risk Management.


**************************************

So....bila dah baca tu mula la kepala nie sibuk duk fikir sama ada nak terima ke tak. Cuba jugak nak tanya pendapat kawan-kawan semua. Patut tak Iera terima. Susah jugak nak buat keputusan pasal bab kira-kira nie Iera lemah sikit. Kalau dah namanya bank....mesti kena tough dalam kira-kira. Nak-nak subjek finance. Dah lah subje finance iera memang lemah. 
Tapi...dah baca tu macam ok jugak la kan. Lagipun....dia akan ambil orang bekerja kalau dapat capai standard performance yang dia dah setkan. 
Tadi...cuba lah jugak tanya ma abah Iera, Erm....ma Iera tak tau. Dia suruh tanya Abah Iera je. Tanya abah Iera comfirm lah dia suruh buat je... Dia suruh cuba jugak... Dan dari nada suara dia memang nak kena wat jugak nie. So, nak kena hantar resume gak lah. Dapat tak dapat....belakang kira.
Jadi....nak tau jugak pendapat blogger-blogger sekalian. Agak-agak...Iera patut pohon tak agak-agak? Pening nie....  


Sunday, August 22, 2010

Nasib Seorang Perantau di Bulan Puasa

Sebagai seorang perantau yang jauh merantau di negeri orang bagi tujuan menuntut ilmu, banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Kadang-kadang terasa sayu pulak hati bila terpaksa berjauhan dengan keluarga. Maklumlah, bulan-bulan puasa macam nie lah lebih bermakna kalau dapat berbuka bersama-sama dengan keluarga. Bulan mulia macam nie lah terasa lebih bahagia kalau dapat berbuka dengan air tangan mama yang tercinta. Macam nie lah nasib sebagai seorang perantau di bulan puasa macam nie:
  • Masa nak beli makanan mesti asyik duk terfikir nakbeli makanan apa. Pusing la sekali dua kat kawasan lauk-lauk kat cafe tu. Last-last, ambik je lah lauk yang sama. Kalau tak sup ayam, tomyam, tak pun ambik la paprik. Dah bosan sangat kengkadang beli lah nasik ayam Husein. Lauk tu je lah yang selalu diambil. Nak ambik lauk lain, tak kena dengan selera pulak. Maklumlah, orang indon yang masak. Tak memenuhi selera orang Timur cam Iera nie. Kalau kat rumah, cakap je nak makan apa...mest ma akan buat.
  • sepanjang bulan ramadhan nie, ada lah dalam dua kali gak Iera pergi bazar ramadhan.Tu pun sebab naik kereta Kak Qila. Dapat pergi bazar ramadhan best sikit, sekurang-kurangnya, kene lah sikit dengen selera makan Iera nie. Kengkadang, time teringin makan makanan tertentu, belah jugaklah cari kat bazar ramdhan tu. Masa bulan puasa nie lah tekak nie mengada-ngada sikit. Makan tu tak sedap... nie tak kena. Hari tu teringin nak makan bubur lambuk. Orang kata, bubur lambuk Kampung Baru sedap. Sekali bila dah beli....langsung tak sedap. Nie tak boleh jadi nie. Dah lah bubur lambuk nie makanan wajib dalam bulan puasa nie. 1 kali dapat makan pun takpe lah. Tapi...tak sedap pulak. Nant balik rumah nak suruh ma iera wat bubur lambuk. Boleh makan puasa-puas. Kena pulak dengan tekak.....
  • Dah nasib badan bila jauh di perantauan nie kalau tak berbuka dengan Ain, kenalah iera berbuka sorang-sorang. Nak-nak kalau dia dah janji dengan orang lain nak berbuka bersama.....terpaksalah iera berbuka sorang-sorang. Sementara menunggu azan maghrib duk mengadap laptop MyEm0.Com. Tu je lah kejenye. Kalau kat rumah mesti awal-awal dah menunggu kat meja makan. Maklumlah, makan mestilah yang best-best. Minggu nie pulak Ain balik rumah dia....... Meroyan sekejap berbuka sorang diri. Terkeli-kelip duk mengadap dinding. Dah abis makan, terus ke bilik air basuh tangan dan ambik air sembahyang. Kalau kat rumah, dah abis makan nasik sempat lagi habiskan kuih-kuih yang ada. Tak abis waktu berbuka tu, malam-malam sikit dalam kul sepuluh sempat lagi pelicin makanan yang ada.
  • Waktu sahur pulak terpaksa bangun makan seorang diri. Kalau kat rumah, mestilah ma yang kejutkan. Ni, kene ada inisiatif sendiri nak bangun sahur. MyEm0.ComNasi baik ada cik abang yang jadi jam loceng. Tu pun kalau dia ada kredit la... Kalau tak, kene bangun sendiri lah jawabnye. Dah bangun, cuci muka dan berkumur cikit.... makan la apa yang ada. Makan roti dengan air masak pun dah cukup bagus. Kalau kat rumah, mesti bersahu dengan lauk yang best-best...... Nak buat macam mana, dah nasib badan.


Tapi, nak buat macam mana, Iera terpaksa jugak menjalana kehidupan seperti biasa. Terpaksa terima kenyataan  dan menghadapi keadaan diri sebagai seorang perantau nie.<~~~~~Cis ayat.....macam lah besar sangat dugaan tu....Kadang-kadang, tak semua yang kita mahukan kita akan dapat. Yang penting, tak sampai dua minggu lagi nak balik rumah. Tapi...sebelum tu ada cabaran yang bakal menanti iaitu......MidTerm Exam. 4 paper pulak tu. Lagi satu paper mungkin lepas raya nanti. 
Selasa (24/8/2010)--------> Pengantar Kewangan Korporat
Rabu (25/8/2010)---------> Pengurusan Operasi
Ahad (29/8/20101)------------> Makroekonomi
Jumaat (3/9/2010)---------> Pengurusan Antarabangsa & Perbandingan

Malam tu dah boleh balik... yey-yey. Suka-suka
MyEm0.Com

Tuesday, August 17, 2010

Perginya Seorang Sahabat Bloggers

Hari nie Iera dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang sahabat blogger setelah terbaca satu entri mysweetdreamcottage. Memang terkejut jugaklah mendengar berita pemergian dia dalam usia yang sebegitu muda. Terkedu seketika. Lepas tu Iera terus bukak Facebook dia. Memang betul, dia telah pergi ke rahmatullah. Dia merupakan salah seorang blogger yang add facebook Iera. Rupa-rupanya dia telah pergi menemuiNya pada 9 ogos 2010 lagi.

Arwah Siti Nur Izzah a.k.a Zaza

Iera tau mesti ramai jugak yang kenal dengan Zaza. Dia meninggal disebabkan kemalangan semasa berada di Kelantan bagi menemani datuknya yang akan menjalani pembedahan di bahagian tulang belakang.  Kemalangan yang cukup tragis bagi Iera bila dia dihempap keretanya sendiri selepas tercampak keluar dari kereta. Untuk cerita yang lebih lanjut, belehlah tengok di myMetro

Awal-awal tu Iera ingatkan dia meninggal disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi olehnya. Iera tau yang dia ada masalah kesihatan, tapi...tak tau apa sebenarnya sakit yang dia hadapi.... Setelah berita kematian dia nie barulah Iera tau yang dia menghadapi masalah tulang reput sejak dari kecil lagi.

Sesungguhnya kepda Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita kembali.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati!”
(Surah Ali Imran: 185)
Maha Suci Allah, Maha Bijaksana dalam setiap rencana-Nya, DIA lah yang awal, dan DIA lah yang terakhir, DIA lah tuhan yang menghidupkan, dan DIA lah juga tuhan yang mematikan setiap makhluk ciptaan-Nya.

Sama-samalah kita berdoa agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat arwah. Mudah-mudahan keluarganya tabah menerima pemergian arwah. Sesungguhnya mati itu pasti akan berlaku kepada semua tak kira lambat atau cepat, tua atau muda.



Monday, August 9, 2010

Majlis konvocation UKM ke 38

Dua hari berturut-turut nie, Iera sibuk menjadi 'camerawoman' merangkap 'model convo' kepada kawan-kawan Iera yang berkonvo. Bermula hari Sabtu....majlis konvo boyfriend kawan baik Iera. Hari Ahad pulak majlis konvo kawan-kawan satu fakulti dan Ain.

Hari Sabtu tu Iera diwajibkan turun...hehe. Hari tu Iera perlu temankan Ain masa majlis convo boyfriend dia. Maklumlah, keluarga boyfriend dia pon ada hari tu. Jadi, tahap keseganan dia agak melampau hari tu. Jadi, Iera telah dipaksa untuk menemani dia....ahaks.

Ain, Salleh (Boyfriend Ain) dan Mak Salleh.

Setelah penat jadi camerawoman, Iera teman pulak dieorang pergi bergambar di studio.
Bergambar dengan jubah convo pakwe Ain... Eh..tak nampak tangan la. Cam hantu plk nampak hehe

Lepas diaorang dah siap bergambar di studio, kami mengisi perut yang sememangnya sudah menyanyikan lagu keroncong. Petang tu pulak perlu jadi camerawoman untuk ambik gambar diaorang di sekitar putrajaya pulak.

Iera sorang je yang tak convo lagi nie....
Yang sebelah ain tu rumate dia sem lepas..... Dia tumpang bilik 
Iera masa nak datang convo kali nie.



Lepas penat bergambar di sekitar putrajaya....giliran kami berjalan-jalan di Alamanda pulak. Takde bershopping sangat pun. Just berwindow shopping. Lepas tu berkaraoke. Tapi...dah takde mood sangat nak berkaraoke coz ada lelaki. Tak berapa nak enjoy dah.

Malam tu pulak...Iera dan Ain pergi ke Pesta Convo pulak kat Dataran Gemilang UKM. Pergi pun berjalan kaki je. Dah cukup round sekali kat situ dan cari makan untuk mengisi perut kami...akhirnya kami balik. Takde apa sangat yang nak dicari. Maklumlah...sebelum malam tu dah tiga hari Iera ke pesta convo. Dua hari dengan Zati.Malam esoknya dengan Zati, Ain, Boyfriend Ain dan Adik Serta sepupu Ain. Pergi konon-kononnya nak masuk rumah hantu...tapi akhirnya tak jadi pasal dah lambat. Kiranya campur malam tu empat hari berturut-turut Iera ke pesta convo.

Keesokannya pulak...Majlis convo kawan satu rumah dengan Iera masa Iera buat praktikal dulu. Tapi...pagi tu sempat jumpa dengan Matun je. Kak Ct dan Kay, Iera tak sempat jumpa pulak. Sedih jugak....terutamanya dengan Kak Ct tu pasal lepas nie Kak Ct dah nak balik Sabah.

Petang tu pulak...Ain dan Zati pulak yang convo. Apa  lagi...bergambar lah kerja mereka. Majlis convo kawan Iera tu mestilah Iera diwajibkan hadir. Kalau tak mesti ada yang merajuk...hehe. Erm...tambahan pula, Iera kenal dengan Keluarga Ain. Kalau tak yurun tengok, apa pulak kata diaorang.



Lepas habis bergambar....keluarga dia ajak Iera makan kat luar bersama-sama. Lepas tu...balik dan bersiap-siap nak ke pesta convo pulak. Maklumlah hajat Ain yang nak sangat masuk rumah hantu tak tercapai lagi. Dia tu memang suka masuk rumah hantu...tapi agak lemah semangat. Katanya, Iera kene pergi pasal Iera kuat semangat...kononnyalah. Kalau Iera takde dia lagi lemah semangat. Boleh ke gitu? Tapi...malam tu boyfriend dia pon ada. Kakak Ain serta pakwe kakak dia pon ada sekali..... Ingatkan Kakak Ain tak g rumah hantu tu...

Tapi...last-last tak jadi jugak nak masuk rumah hantu tu. Konon-kononnya pihak pengurusan rumah hantu tu bagi masuk 3 orang je sekali masuk. Awal-awalnya si Ain berkeras nak masuk berenam jugak. Tapi...bila dah ada sorang pihak pengurusan yang kononnya kata nak escort kami masuk malam tu...dia biarkan yang lelaki masuk dulu. Last-last kami bertiga tak jadi masuk rumah hantu tu. Ain kata pihak pengurusan tu buat pakatan nak pisahkan kami masa masuk rumah hantu tu....

Iera tak berapa dengar apa yang mereka bincangkan tu. Tapi...yang Iera dengar Ain marah-marah kat orang yang kononnya nak escort kami malam tu sebab nak tinggalkan kami. Budak yang katanya nak escort kami tu  kata bukan nak tinggalkan kami tapi duduk kat tepi kami. Apa, lagi...Ain terus marah diaorang sebab dia ada dengar pakatan diaorang tu. Dia cakap kalau escort pon patutnya dia kena duduk di depan. Last-last....kami tak jadi masuk dan mereka pulangkan balik duit tu pada kami...

P/S: Dua hari yang memenatkan. Walaupun bukan majlis convo Iera...tapi tetap terasa penatnya.




Wednesday, August 4, 2010

Misi Pencarian

Berdasarkan daripada kesinambngan cerita sebelum nie...iaitu... Sediakan Payung Sebelum Hujan. Keesokan harinya, Iera dan Ain pergi semula ke MetroKajangbagi misi pencarian handphone yang hilang tu... Jadi, bila dah sampai di Metrokajang tersebut...kami terus ke surau kerana hati kecil Iera berkata yang handphone tersebut mungkin terjatuh di situ. Tapi..bila dah cari, kami tetap tak jumpa handphone tersebut.

So...terpaksalah kami melangkah meninggalkan surau tersebut. Dalam perjalanan ingin keluar dari MetroKajang tersebut...Ain menunjukkan mesej daripada 'Si Dia'... Mesej yang diforward daripada orang yang menjumpai handphone tersebut.

Kami bergegas ke tempat tersebut dan mengambil handphone tersebut. Setelah mendapatkan handphone tersebut, Iera terus mengucapkan terima kasih kepada orang yang menjumpai handphone tersebut. Betul dugaan Iera sebelum nie yang handphone tersebut terjatuh di Surau tersebut. Terfikir jugak...tanpa usaha 'Si Dia' yang call dan mesej nombor Iera tu...mungkin Iera takkan dapat balik handphone tersebut. Mungkin disebabkan kata-kata dia masa menghantar mesej ke nombor Iera tu  menakutkan orang yang menjumpai handphone tu, sehinggakan dia sanggup menyerahkan handphone tu balik?

Tapi...ada ke orang nak ambik handphone Iera yang buruk dan murah tu? Setakat handphone nokia noka 2610 tu...ada ke yang berminat? Maklumlah...handphone tu tak banyak fungsinya... Setakat nak telefon dan mesej tu bolehlah...kamera takde, mp3 dan radio pon takde. Ada ke yang nakkan handphone tu... 

Walau apapun...syukur alhamdulillah. Akhirnya Iera dapat balik handphone tersebut. Walaupun setakat handphone lama yang tak banyak fungsinya... Ia tetap memberikan banyak manafaat pada Iera. Sekurang-kurangnya, Iera tak perlu membeli handphone yang lain. Nanti lah...bila dah kerja atau handphone tu dah rosak baru Iera cari yang lain.

Kepada 'Si Dia'...terima kasih kerana sanggup berusaha mendapatkan handphone tu. Walaupun dari jauh, usahamu itu berjaya mengembalikan handphone tu pada Iera... Ni buat Iera lebih sayangkan dia nie...hehe.

Dan juga terima kasih kepada orang yang menjumpai handphone nie. Sama ada dia betul-betul ikhlas untuk berikan handphone tu balik ataupun kerana terancam dengan  kata-kata 'Si Dia'. Iera tetap ucapkan terima kasih kerana sanggup serahkan balik kepada Iera. Apa-apapun...mungkin handphone tu masih rezeki Iera