Friday, November 12, 2010

Selamat Tinggal

Akhirnya, selesai semua tugas menempuh segala cabaran sebagai pelajar. Semalam, last peper exam untuk sem ni. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun paper exam sem ni berat-berat...Iera benar-benar berharap agar semuanya lulus. 

Segala kemungkinan boleh terjadi. Tapi...harap-harap kemungkinan tu menyenangkan diri sendiri dan takkan berlaku apa-apa perkara yang boleh merosakkan harapan yang telah dibina selama ini....Sesungguhnya...kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya. Kita hanya mampu bertawakkal dan redho dengan segal qada' dan qadarNya. Diharapkan apa yang dirancang ni akan menjadi kenyataan.

Kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini...andai sepanjang perkenalan kita di sini, Iera ada mengguris perasaan, terkasar bahasa, tersilap kata, Iera pohon berjuta ampun dan maaf. Semoga pahit getir, susah senang kita bersama akan menjadi kenangan kita bersama dan tetap bersemadi dalam ingatan. Sesungguhnya Iera bersyukur mengenali diri anda dan diharapkan persahabatan kita bersama akan terus kekal selama-selamanya....






Monday, November 8, 2010

Hajat yang Kesampaian?

Bila kita berhajat, seboleh mungkin kita akan cuba laksanakan hajat kita tu. Walau sesukar mana pun hajat kita tu, kita akan cuba laksanakannya sehingga berjaya. Dalam hal ni motivasilah yang memainkan peranan penting dalam mendorong diri kita melakukan sesuatu tindakan. 

Setelah sekian lama Iera berhajat nak berjumpa dengan ex-housemate Iera masa Iera buat praktikal dulu...akhirnya terlaksana jua akhirnya. Si Kechik dan Matun dah beberapa kali tanya bila nak datang rumah dieorang lagi. Maklumlah...dari bulan ramadhana ke bulan syawal, tak jadi-jad jugak nak pergi ke rumah dieorang. Akhirnya hari Jumaat lepas baru tercapai hasrat nak pergi rumah mereka.

Memang kalau ikutkan hati dah lama nak pergi rumah dieorang tapi susah bila 'Enchik abang' tak lepaskan Iera pergi sorang-sorang. Nak ajak kawan....masing-masing dah ada perancangan sendiri. Kawan rapat Iera kat UKM ni... Ain pun lagi susah nak ajak temankan. Pakwe dia lagi tak bagi dia temankan Iera naik train walaupun berdua dengan Iera. Nasib baik kali ni 'Enchik abang' lepaskan Iera pergi sorang-sorang. Tapi...tu pun bukan main pesan macam-macam kat Iera......

 Ex-Housemate masa Iera buat Praktikal dulu. 
Tiga-tiga orang yang kat bawah ni dah berpindah 


Sebelum Iera balik ke Terengganu, dapat jugak Iera bermalam di rumah diaorang selama 3 hari 2 malam. Seronok habiskan masa bersama-sama. Walaupun setakat bermalam di rumah dieorang dapat jugak buat aktiviti bersama-sama. Sekurang-kurangnya dapat tengok TV bersama-sama, makan ramai-ramai, berbual-bual kosong dan tambah-tambah lagi ikut diaorang shopping barangan dapur rumah dieorang. Erm...mungkan Iera lagi suka buat kerja ramai-ramai. Nak-nak bila masa makan. Kalau kat UKM ni, kalau takde kawan comfirm Iera takkan makan selagi perut betul-betul lapar. Masa tu terpaksalah makan jugak. Mungkin sebab makan ramai-ramai lebih nikmat rasanya.

Dapat jugak jejakkan kaki ke Times Square

Hari Sabtu pulak sempat habiskan masa dengan Matun pergi Times Square. Dah lama berhajat nak pergi Times Square sebab sepanjang duduk kat UKM ni memang tak pernah jejakkan kaki ke Times Square. Jakun kan? Tapi tak kisah lah....akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke sana. Sebelum meninggalkan UKM, Iera memang berhajat nak pergi Times Square dan akhirnya terlaksana jugak. Best-best. Bergambar sakan hari tu. Walaupun pergi tak beli apa-apa pun, yang penting dapat spend time dengan Matun dan laksanakan hasrat yang terpendam sekian lama...haha

Iera dan Matun 


P/s:   Hajat nak jumpa kawan rapat masa sekolah randah dulu 
tak tercapai lagi. Lepas tu teringin pulak nak g 
ICT Shah Alam. Bila agaknya boleh tercapai?

Thursday, November 4, 2010

Berdating dengan Doktor........

Assalamualaikum.......
Setelah sekian lama tak berdating dengan doktor...............gigi, akhirnya terpaksa jugak berdating dengannya. Ye lah, siape suka 'berdating' dengan doktor gigi? Cuba bagitau kat Iera. Nak-nak kalau doktor gigi kerajaan. Ramai yang cakap doktor gigi kerajaan kasar. Kalau doktor swasta ok sikit....lembut je dia buat. Mungkin sebab doktor gov dapat gaji sikit berbanding doktor swasta yang bayarannya mahal. Jadi...sebab taknak pesakit lari/tak datang kat klinik swasta, kene la layan lembut-lembut... (Huhu...pandai-pandai je buat andaian)



Oh, ini bukan ekspresi muka Iera masa 'berdating' dengan doktor 
gigi tadi.Comfirm muka Iera blur-blur masa tu. 
Takut kalau doktor tu buat kasa-kasar kot..



Tapi, nak tak nak terpaksa juga pergi 'berdating' dengan doktor gigi gov kat pusat kesihatan UKM gara-gara malam kelmarin dulu sakit gigi belah kanan naik sampai ke kepala..... Semalam dah pegi, tapi terpaksa buat appointment hari ni pukul 4.15. Jadi, terpaksalah Iera berjalan terkedek-kedek ke Pusat Kesihatan dengan Aini. Hari ni terpaksa menyusahkan Aini lagi.... Semalam pun dia jugak yang temankan.... Aini...Thanks a lot ye.

Hm...ni lah balasannya bagi orang yang malas sangat 'berdating' dengan doktor gigi. Walaupun gosok 2 kali sehari tiap-tiap hari, belum tentu gigi elok Cik Iera oiii....Kata orang, nak dapatkan gigi yang sihat perlu gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, waktu pagi dan sebelum tidur. Dan perlu dapatkan pemeriksaan di klinik gigi 2 kali setahun.... Tapi, disebabkan malas sangat nak 'berdating' dengan doktor gigi, macam ni lah jadinya...


Jangan lupa beruslah saya sekurang-kurangnya 2 kali sehari
bagi mendapatkan gigi yang cantik dan senyuman yang menawan
(Iklan kejap ye......hehe)


Iera bukannya takut sangat nak 'berdating' dengan doktor gigi (Cis, macam lah berani sangat). Tapi sebabnya....

1) Sebab orang kata doktor government ni kasar
2) Nak jumpa doktor gigi swasta pulak mahal
3) Sebab pusat kesihatan (PK) jauh kot....terpaksa jalan terkedek-kedek dalam 20 minit.

Akhirnya, macam ni lah jadinya....dah sakit gigi baru lah nak jumpa doktor gigi. Kan dah kene tampal gigi tu... Last 'berdating' dengan doktor gigi pon masa sekolah dulu... Kalau tak silap masa tingkatan lima. Jadi, dah 6 tahun tak 'bedating' dengan doktor gigi kot. Minggu depan kene pergi sekali lagi untuk tampal belah kiri pulak...huhu. (Kenapa la doktor tu tak siapkan hari ni terus ek? Takkan la tak puas 'berdating' lagi kot....hahaha). Tapi....Iera lagi rela kena tampal daripada cabut terus. Kang tak pasal-pasal rongak. Dah senyum tak cantik la pulak....


Tapi....comel jugak budak tu senyum walaupun rongak kan? 
hahahahaha
Agak-agak kalau Iera rongak cam tu comel tak? 
hoho...tak mau tak mau 

Tetiba pulak teringat lagu senyum seindah suria.... Ala...lagu masa kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik dulu selalu je dengar kat dalam TV. Sekarang dah tak de kot. Bagus lagu tu... Boleh galakkan kita menjaga gigi dengan baik sebab nak dapatkan senyuman yang cantik mestilah gigi kene elok. Kan...kan...kan...

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan..

Akhir sekali, terimalah senyuman ikhlas daripada Iera....
Senyumlah selalu..... Ingat, jangan remeh-remehkan hal yang kecil walaupun
sekadar sebuah senyuman




p/s: Terbaca tips penjagaan gigi kat blog salah seorang pelajar  perubatan pergigian