Tuesday, February 22, 2011

Masih Belajar?

Rasanya....macam dah lama gila tak mengupdate entri. Maklumlah....keje makan tido, makan tido je....macam tak de cerita best je yang nak dikongsi. Ye lah....hari-hari bangun tido, makan, 'bertekak' dengan mama, tengok TV tak pun main game...pastu tido balik. Tu je lah keje yang Iera buat sekarang ni.

Cuma, sementara dapat kerja ni Iera sempat lah belajar lagi. Dah lama berhajat nak belajar ni tapi keadaan dan rezeki tak berapa nak mengizinkan sebelum ni. Jadi, sekarang ni bolehlah mengisi masa yang terluang dengan belajar memandu.

Banyak jugak pengalaman yang Iera dapat terutamanya semasa buat praktikal 3 jam sebelum dapat lesen L. Macam-macam hal yang terjadi. Maklumlah, takde langsung lagi pengalaman sebelum ni macam mana nak bawak kereta, haru biru lah jadinya. Bertambah-tambah pulak dengan pengajarnya yang sempat bawak Iera pergi makan gulai a.k.a kenduri kahwin entah sesiapa. Maklumlah, masa tu Iera cuma pakai t-shirt dan dia sempat bawak Iera pergi kenduri kahwin lagi. Ada ke patut?

Masa yang sepatutnya 3 jam rasanya tak sampai satu jam jadinya. Dah balik tu....lagi 20 minit masa nak habis. Lepas tu terus diajar macam mana nak naik bukit dan parking. Aduh, tengah blur-blur lagi lepas dia bawak Iera pergi kenduri kahwin lepas tu nak ajar part yang boleh dikatakan susah. Last-last...entah apa-apa yang jadinya. Part naik bukit tu banyak kali jugak enjin mati. Ye lah....dia suruh buat macam tu....kita ikut la. Dia suruh Iera tukar tekan clutch, Iera tekan clutch. Dia suruh Iera tekan break, Iera tekan la break. Last-last enjin mati. Dah tu kene marah pulak. Manalah Iera tau kalau nak tekan break tu kene tekan clutch sekali, kalau tak enjin akan mati. Ye lah, baru kali pertama bawak kereta sendiri.

Part parking pun macam-macam hal jugak. Masa dia suruh tengok belakang setentang tak dengan tiang nombor tujuh kalau tak silap...Iera main agak je. Pastu terus tekan break. Dalam hati tengok belakang tu tengok apa sebenarnya? Rupa-rupanya dia suruh tengok penanda nombor dua di pintu beakang belah kiri. aduh. Iera bukannya tau apa-apa. Lepas sekali dua cuba, dah habis masa. Dahlah dia ajar tak berapa nak faham...tambah-tambah ajar dalam marah.....  Erm, sekarang ni tengah menunggu lesen L siap sebelum dapat belajar lagi....

Dalam tengah ambil lesen memandu ni, tak sangka pulak jumpa dengan member Sedorm dulu. Teringat pulak kenangan tinggal di asrama dulu. Sekala suka duka pahit manis kami semua semasa tinggal sedorm dulu. Hm...Boleh jugaklah buat pada hari yang sama. Dan tak sangka pulak masa kami buat praktikal sebelum dapat L tu, pada hari tu dia cakap Pakwe dia akan datang merisik pada hari tu..... Teringat pulak masa di asrama, kami sempat meneka-neka siapa yang akan kahwin dulu. Sekarang, antara kami berenam (Ateh, Iera, G-Miey, Ila, Zaila, dan Hemi) Zaila yang kahwin dulu. Ila pulak dah bertunang. Manakala Ateh pulak dah dirisik.....Hm...tengok pulak agak-agaknya antara kami yang masih 'single' ni....(Antara G,miey, Hemi & Iera) Iera pulak? Hm...kita tunggu dan lihat je lah. Rasa-rasanya tak mungkin dalam masa terdekat ni. Mungkin lagi 2, 3 tahun. Tapi hidup mati jadoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Segala percaturannya dan ketentuanNya adalah terbaik buat hamba-hambanya.

Wednesday, February 9, 2011

Perempuan: Kelapa@Mutiara


KELAPA ATAU MUTIARA


Kelapa atau Mutiara......
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah, ada dua pilihan yang terbentang....


Yg P'tama......


Kamu m'jd spt KELAPA,
mudah dip'oleh, diparut, diperah dan diambil santannya....
Lps itu, hampasnya dibuang.

Yg ke-2:

Kamu menjadi sebutir MUTIARA....
Berada di dsr lautan, t'smpn rapi.
Dilindungi kulit, bukan senang nak melihat,
apa lagi m'dptknnya.


Hanya org yg b'tuah,
b'usaha mnyelami dsr lautan, dpt m'p'olhinya.
Hgnya mhl sekali dan akn t'simpan selamanya....




Jd, kamu pilihlah....
sama ada hdk m'jd kelapa ataupun mutiara.






Di sebalik santan,
M'jd penyedap mknn, diperah sgl kenikmatan....
dgn mdh m'jd titisan.
Akhrnya hbs, kari dimkn, pulut panggang sisa hbs ditelan...
dan santan hilang, tak jd ingatan...
yg terasa lazat hy kari dan pulut panggang...
org tak kenang jasa santan.


MUTIARA....


T'tnm di dsr yg plg dlm...
skr, andai m'harap jd p'hatian krn dilapisi kulit yg keras.
Namun, kiranya ditemui insan,
akn m'jd p'mata hiasan.
t'letak tinggi di cincin idaman....
atau di leher nan jinjang....
atau di lengan menawan.
Mkn lama MUTIARA t'tanam, makin tggi nilai.

Oleh itu, tentukan yg mana satu pilihan....

m'jd SANTAN, mudah jd p'hatian,
Tp...hya sebentar jd santapan,
kemudian, hilang segala nikmat dan pujian...


M'jd MUTIARA...sukar ditemukan.
Nmn, bl dihias indah gds perawan...
hilang ia, tangisan m'iringi zaman....