Friday, February 20, 2015

Masalah Kehamilan: Kenaikan Berat Badan Yang Berlebihan


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni kandungan dah masuk 34 minggu. Dah 8 bulan setengah dah sekarang. Lagi 1 bulan lebih lagi masa tarikh jangkaan bersalin....pejam celik pejam celik dah tak lama dah lagi tu! Alhamdulillah, setakat ni Iera dan bayi takde sebarang masalah yang membahayakan. Cuma tu lah, Iera sekarang terpaksa ke klinik selang sehari disebabkan masalah kenaikan berat badan yang berlebihan! Bayangkan, kali ni berat naik 3kg dalam tempoh 2 minggu sahaja! 2 minggu sebelum tu dah buat check up berat turun 2kg dalam tempoh 2 minggu tapi kali ni naik terlebih pulak. Aduh! Kejap naik kejap turun...Iera pon dah pening. Mungkin takut berat turun lagi Iera makan banyak tapi kali ni terlebih banyak pulak....hihihi.


Menurut doktor, dia risau kalau ibu mengalami masalah darah tinggi semasa hamil. Padahal tiap-tiap kali checkup tekanan darah maintain jer 110/70. Paling-paling tinggi pun 120/70. Tu pun masih di paras normal dan selamat. Ada jugak yang cakap takut ibu dan anak akan alami masalah swan kalau berat badan naik berlebihan ni. Betul tak betul tak tau la kan.... Maklumlah, Iera cuma wanita biasa...nak tau lebih lanjut rujuk pakar je lah kan. Korang boleh rujuk blog/artikel di bawah.



Kalau ikutkan hati memang malas nak ke klinik selang sehari ni. Walaupun rumah dengan klinik dekat jer, tapi perasaan malas tu tetap ada. Ye lah, jarak rumah dengan klinik dekat sangat dah...kalau jalan kaki pun tak sampai 5 minit tapi bila diikutkan nak menunggu giliran dan prosedure siap tu yang malas nak pergi. 



Tapi takpelah....demi keselamatan kandungan dalam perut ni Iera terpaksa berkorban. Esok check up yang kali ke 6 iaitu hari last untuk tempoh selang sehari ni. Check up yang sebelum-sebelum ni alhamdulillah, tak de masalah darah tinggi. Oh ye...lupa nupa nak bagi tau. Kalau ikutkan ibu hamil yang alami kenaikan berat badan berlebihan (di Klinik Kesihatan Kuala Berang) perlu cukupkan 6 kali check up. Esok sekali lagi dan lepas tu 2 hari kemudian check up untuk rutin trimister ke-3 iaitu 2 minggu sekali. Tak pe lah, demi keselamatan bakal permata hati Iera sanggup berkorban! Harap semuanya berjalan lancar sehinggalah selamat melahirkan permata hati.




Nukilan dari:

Friday, February 13, 2015

Persiapan Menyambut Kelahiran : Pemilihan Set Bersalin, End Up with Tanameera Postnatal Care Set


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni kandungan dah masuk 33 minggu iaitu bersamaan dengan 8 bulan 1 minggu.Kalau diikutkan lagi 7 minggu yang perlu ditempuh. Tu pun kalau betul-betul ikut due date le. Kalau dibuatnya terberanak awal mau kelam kabut dibuatnya. Jadi, meh kita sediakan keperluan untuk menyambut orang baru yer.

Kalau post sebelum ni cerita pasal persiapan untuk barangan bayi, sekarang kita cerita bab persiapan untuk ibu pulak iaitu kegunaan selepas bersalin. Dah masuk 8 bulan ni baik beli set bersalin siap-siap. Nanti dah terkeluar takdelah kelam-kabut nak mencari set bersalin pulak. Bak kata orang badan nak pakai lama, jadi kene lah cari yang terbaik untuk diri sendiri jugak.

Banyak sebenarnya set bersalin yang ada di pasaran sekarang. Antara set bersalin yang terdapat di psaran adalah:

1) Set bersalin Nona Roguy



Set bersalin Nona Roguy ni antara set yang termasyhur di antara ibu-ibu di luar sana. Sat set mengandungi 6 produk. Ramai yang kata pil phytonatal tu mengatasi masalah sembelit di kalangan ibu berpantang. Harga dalam RM300++

 2) Set bersalin Tanameera



Set bersalin Tanameera ni ala-ala SPA sikit. Harganya pun boleh tahan mahal jugak. RM340 dibeli di Giant K. Terengganu. Set bersalin ni mengandungi 10 barangan. Merupakan set bersalin tradisional yang dimodenkan. Walaupun agak mahal  Iera end up dengan membeli set bersalin ni. 

Salah satu faktor yang mendorong Iera membeli bersalin ni sebab terpengaruh dengan testimoni dalam majalah Pa&Ma. Mereka mengurut kawasan 'tut' dengan menggunakan minyak kelapa dara yang terdapat dalam set ni bagi melembutkan otot peranakan. Jadi jalan mudah terbuka dan mengurangkan kesan koyakan ketika bersalin nanti.

Lagipun produk ni cuma ada dua barang yang perlu dimakan iaitu Minyak Kelapa Dara dan Herbal Tea, jadi insyaallah kurang kesan terhadap anak terutamanya masalah jaundince. Yang lain-lain semua pakai sapu jer.

3) Set bersalin Spa & Ma



Set bersalin SPA&MA ni pun ala-ala SPA. Mengandungi 11 produk. Harga RM290 kalau tak silap.

4) Set bersalin Anugerah


Set bersalin anugerah ni dibacakan ayat-ayat suci al-quran. Salah satu produk yang menjadi pilihan tapi lebih tergoda dengan set Tanameera tu. 

5) Set bersalin HPA



Dalam banyak-banyak set tu set bersalin HPA yang paling murah. Harga bawah RM100 tapi tak tergerak hati nak pakai disebabkan ada kawan yang pernah pakai katanya anak berak-berak lepas pakai set bersalin HPA ni. Jadi awal-awal dah tolak dalam list.


6) Set bersalin Shaklee



Set bersalin Shaklee ni memang menjadi pilihan buat ibu-ibu moden di luar sana. Tapi entah kenapa macam kurang berminat. Mungkin sebab ma dah cakap awal-awal lebih baik gunakan set bersalin yang menggunakan herba-herba yang bertujuan memanaskan badan berbanding pil moden macam ni. So, set shaklee ni dah tak termasuk dalam senarai. Tapi bila di survey memang ramai je yang pagi set bersalin macam ni. Salah satu sebab utama memperbanyakkan penghasilan susu. Tapi tapi tapi Iera dari 6 bulan lebih lagi susu dah keluar. Ma Iera sendiri kata awal keluar susu...kalau ma dulu dah keluar anak baru stok susu ada. Jadi kita ikut cakap ma dulu....cuba produk ala-ala tradisional dulu.


7) Set bersalin Salindah


Set bersalin ni pun agak popular di kalangan ibu-ibu di luar sana. Tapi Iera dah tolak awal-awal sebab dulu pernah tinggal dengan nurse-nurse yang mengatakan bahawa banyak kes tumpah darah disebabkan guna produk ni. Siap doktor marah sendiri pesakit sebab pakai produk ni. Betul atau tidak wallahuallam....Iera bukan bertujuan nak menutup periuk nasi orang lain cuma mencegah lebih baik dari mengubati. Iera pun taknalah jadi sesuatu yang tak diingini terhadap diri sendiri.  

Apa-apa pun, semua bergantung atas pilihan masing-masing. Tengok budget/poket masing-masing. Tapi setiap orang mesti nak yang terbaik buat diri sendiri dan anak. Kalau produk tu boleh membawa kesan buat anak pun risau jugak kan. Biasanya produk yang berasaskan jamu panas dan boleh memberi kesan ke atas anak terutamanya pada yang mempunya masalah Jaundice.Jadi Iera pilih sebaik mungkin produk yang tak banyak sangat mengandungi jamu-jamu ni. Tambahan pula Iera bukannya jenis yang suka sangat makan jamu-jamu ni. Semuanya bergantug atas keserasian masing-masing.

Jadi akhirnya Iera membuat kepuusan membeli Set Bersalin tanameera. Nak tulis pasal produk ni rasa-rasa dah panjang sangat entri kali ni. Kan jenuh nak membacanya. Insyaallah dah pakai produk tu nanti Iera akan review yer. Kalau rasa-rasa nak tau lebih lanjut pasal produk ni boleh terus ke laman web TANAMERA. Dia ada beritahu info setiap barangan dalam set bersalin ni. Nak lagi senang google je. Survey-survey sikit review ibu-ibu yang pernah menggunakan set-set bersalin tersebut. 

P/s : Harap-harap semua berjalan lancar. Lagi 1 bulan lebih menunggu due date...hati rasa berdebar pulak.





Nukilan dari:

Tuesday, January 27, 2015

Persediaan Menyambut 'Orang Baru'


Sedar tak sedar dah 29 minggu lebih dah usia kandungan Iera. Kalau ikut tarikh jangkaan lagi 2 bulan lebih. Tak lama dah tu... pejam celik pejam celik keluar lah kedatangan 'orang baru' dalam keluarga kami. Kami pun dah banyak buat persiapan menunggu My little baby. 

Antara kelengkapan yang dah tersedia:-

1) Pakaian bayi
Pakaian bayi
Pakaian bayi memang barangan yang paling teruja kami beli. Walaupun tak tau lagi jantina (baby malu nak tunjuk diri) kami tetap exited beli. Nak-nak kebetulan beli di Pureen Warehouse Sale masa hujung November lepas (walaupun kandungan baru 5 bulan masa tu). 

Siapa tak teruja nak beli bila harga baju memang murah gila. Rm3 sehelai kot! Dapat pulak my hubby yang semangat siap berlari nak berebut kaut baju baby masa tu....apa lagi borong sakan lah kita.

Baju dari new born sampailah umur 1 tahun lebih pun dah ada 2, 3 pasang. Corak dan bentuk kami banyak pilih corak yang sesuai untuk kedua-dua jantina. Tapi....tapi...tapi....ada jugak 2,3 pasang corak baju perempuan yang terambil. Corak dah terberkenan ambik jugak la. Kalau dah keluar lelaki baju tu nampaknya akan jadi rezeki buat anak saudara aku yang baru nak masuk 3 minggu sekarang.

Baju new born yang dibeli ada lah dalam 5, 6 pasang je. Ma dah pesan siap-siap jangan beli banyak. Takut bayi terlebih besar. Tambahan pula bayi ni cepat jer besar. 5, 6 pasang tu dah cukup dah tu.



2) Kelengkapan Mandian & Penjagaan Bayi
Tuala mandi, tuala muka, selimut/bendung,
kelambu, & barut perut.


Set untuk mandian & penjagaan bayi pun dah banyak tersedia. Yang ni pun banyak dibeli masa Pureen Warehause Sale hari tu. Alang-alang dah pergi beli jauh-jauh kita borong banyak-banyak lah yer. Kalau tak rugi jer.


Set kelengkapan mandian & pampers newboarn drypers.
Tidak ketinggalan pencuci pakaian bayi Pureen
Set mandian tu kami baru beli 2 minggu lepas. Saja beli yang set macam tu....senang nak bawak kalau tetiba nak terberanak sebab set tu dah siap dalam bag macam tu.



Sarung tangan & kaki, topi dan pelapik makan pun dah beli.



Set penjagaan bayi dan penyusuan


Pampers utk bayi dan pad selepas bersalin

Bedding set & beg bayi

3) Bedding set & traveling

Untuk bedding set Iera ada beli sebiji bantal dan 2biji bantal golek unruk tujuan traveling. Senang nak bawa ke mana-mana. Lagipun bantal ni ringan jer. 

Beg bayi untuk memudahkan kami membawa kelengkapan bayi. Kalau nak ke mana-mana sumbat je barang bayi dalam tu....senang kerja. Sekarang ni dah boleh sediakan sedikit barangan bayi yang perlu dibawa ke hospital kalau dah ada tanda-tanda nak bersalin.

Untuk bedding set di rumah Iera dah mintak tolong nenek buatkan tilam dan bantal kekabu untuk cicitnya yang bakal lahir nanti. Alhamdulillah...nenek dah siapkan buat cicitnya ini. Sarung tilam dan bantal Iera dah munta tolong kakak sepupu jahitkan. Tunggu dia siapkan jer.

4) Kegunaan penyusuan & kelengkapan ibu selepas bersalin.

Bagi barangan untuk kegunaan penyusuan Iera cuma beli 2 washable nursing pad dan 1 kotak disposable nursing pad. Lain-lain barang belum beli lagi. Botol susu & pam rasanya tak perlu kerana Iera bercadang nak menyusu badan jer. 

Cuma baju dan coli untuk tujuan penyusuan belum lagi beli. Penting jugak tu....nanti kalau dah keluar jenjalan senang.

Untuk kegunaan selepas bersalin pun banyak lagi tak beli. Cuma pad bersalin dari pureen jer yang dah ada. Set bersalin pun tak beli lagi ni...adus nampak benau kami cuma semangat beli barangan bayi je ni. Sedangkaan kegunaan ibu lepas bersalin pun banyak jugak yang perlu dibeli ni...

Nukilan dari

Tuesday, January 20, 2015

Mari Mengira Tendangan Bayi


Alkisahnya hari Isnin 12 Jan yang lepas Iera ke Klinik Kesihatan Kuala Berang.....menjalani rutin bulanan sejak berbadan dua ni. Masa tu lagi 2 hari nak masuk 28 minggu. Jadi macam biasa semasa check-up ibu-ibu mengandung perlu menimbang berat badan, menjalani ujian tekanan darah, ujian air kencing, dan mengambil bacaan hb.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Berat badan of coz naik tak turun-turun.... (haha, kalau turun jadi masalah pulak kan sedangkan bayi dalam perut tengah membesar, kalau tak lain jadinya). Bacaan tekanan darah normal macam biasa...tak de darah rendah atau darah tinggi. Ujian air kencing ok....so far baru sekali detect air kencing kotor. Hb pun masih normal. Alhamdulillah, mengandung kalu ni takde masalah yang membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.

Lepas dah settle semua tu sesi bertemu dengan jururawat. Sejak kandungan masuk 4 bulan biasanya jururawat akan memeriksa degupan jantung bayi. Syukur yang ni pun takde masalah, degupan jantung bayi normal. Tiap-tiap kali sesi dengan jururawat kita akab ada sesi penerangan mengenai topik-topik berkenaan dengan kandungan dan bayi. Jadi untuk topik hari tu Iera diajar mengira tendangan bayi.

Mulai kandungan mencecah 28 minggu ibu-ibu mengandung dinasihatkan mengira pergerakan bayi bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari terutamanya masalah bayi meninggal di dalam kandungan.

Oh no...aku tak sanggup!.  Kakak saudara Iera sendiri pernah alami...bayi mati masa kandungan 7 bulan gara-gara terbelit tali pusat. So Iera dah tengok sendiri keadaan bayi masa tu...dengan keadaannya yang dah cukup sifat, kalau jadi kat diri sendiri tentu sedih. Nak-nak bila kita sendiri dah merasa susah senang berbadan dua ni...bila dah dapat merasa pergerakan bayi dalam perut. Pengalaman yang cukup bermakna dan indah buat ibu mengandung....bila tiba-tiba kita dah tak dapat rasa semua tu dan kita tak dapat tengok bayi kita keluar dari perut kita mesti sedih kan.... :-(

Jadi bermulanya sesi mengira pergerakan bayi bermula 9 pagi - 9 malam. Kalau dah sampai pukul 9 malam pergerakan bayi masih tak cukup 10x cepat-cepat la ke hospital. Kalau tak bayi anda mungkin tak dapat diselamatkan!!!

Menurut jururawat tersebut, kita perlu:
1) Mengira bermula pukul 9 pagi - 9 malam.
2) Perlu mencapai kiraan ke 10 sebelum pukul 9 malam.
3) Pergerakan atau tendangan dikira sebagai 1x jika dalam satu-satu masa bayi bergerak melebihi 1x. (Means bayi bergera secara bertubi-tubi atau tidak henti-henti.
4) Kita tak nak bayi bergerak terlalu lemah misalnya bila dah pukul 9 malam pergerakan bayi masih belum mencapai 10x kemungkinan ada masalah pada bayi dan kandungan.
5) Pergerakan yang terlalu aktif juga perlu berwaspada misalnya sebelum pukul 12 tendangan dan pergerakan bayi dah mencapai 10x bacaan....kita bimbang bayi meronta-ronta di dalam kandungan disebabkan terbelit tali pusat.

Jadi masa hari pertama kira ada sedikit kekeliruan. Bila jururawat cakap pergerakan yang berkali-kali dalam satu masa dianggap 1x pergerakan....jadi Iera sangkakan dalam tempoh sejam tu dikira 1x pergerakan. Jadi bila dah tiap-tiap jam dia bergerak, maknanya cukup 10x sehari.

Tapi kakak ipar pulak cakap tiap kali bayi bergerak dikira sekali tendangan. Kalau dah pukul 2 / 3 baby gerak tak cukup 10x kira bayi ada masalah. Aku keliru! Mana satu yang betul ni?

Jadi Iera buat sedikit research dengan Mr. Google. Ada lah jumpa beberapa blog yang cerita pasal carta pergerakan bayi ni.

Akhirnya, Iera buat kesimpulan bahawa

1) Dalam satu-satu masa bayi menendang atau menumbuk berkali-kali ia dianggap satu pergerakan.


2) Jika dalam tempoh 10 minit pertama bayi masih bergerak masih dianggap satu pergerakan. Misalnya dia menumbuk kemudian berhenti sekejap dalam masa tak sampai 1 minit kemudian menendang bertubi-tubi kemudian berhenti sekejap dan kemudian dia berputar-putar pulak di dalam perut ia masih dianggap satu pergerakan.

3) Dalam pemerhatian Iera pergerakan seterusnya paling awal 20 minit dan paling lambat 50 minit. (Berdasarkan keadaan bayi sendiri yang bergerak di dalam kandungan)

4) Pergerakan bayi boleh dirangsang dengan mengusap perut sambil bercakap-cakap dengannya, makan, membuat bunyi-bunyian yang agak kuat, membaca al-quran dan sebagainya. Jadi, kalau agak lama bayi tidak bergerak (agak-agak dalam tempoh satu jam pun bayi tidak bergerak) dan anda mungkin risau, cuba dulu berkomunikasi dengan bayi. Jika tiada respon anda perlu berwaspada. Segera ke hospital jika untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

3) Biasanya sekitar pukul 2-3 tendangan bayi dah cukup 10x...jadi bayi dianggap aktif. Tapi, anda masih perlu pantau pergerakan bayi agar masih ada pergerakan yang berlaku di dalam perut anda.


Nukilan dari,

Sunday, December 14, 2014

I'm Mom To Be


Assalamualaikum W.B.T



Dengan lafaz bismillah, Iera nak bagitau yang sebenarnya Iera akan bergelar ibu tak lama lagi. Alhadulillah, syukur sangat-sangat padamu Ya Allah. Dan sekarang, Iera sebenarnya dah masuk trimester kedua. Yup...dah masuk 6 bulan sekarang ni. (Baru sekarang nak umum kan...hehehe).

So, meh sini Iera ceritakan sedikit sebanyak pengalaman Iera sepanjang bergelar ibu hamil ni. 

1) Badan terasa panas pada waktu malam.

Keadaan berlaku sewaktu baru balik beraya di kampung belah ayah. Malam tu masa perjalanan balik ke rumah mak mertua, badan terasa penat jer, Jadi, sepanjang perjalanan balik di dalam kereta tu Iera habiskan masa dengan tidur, Mata terasa penat....langsung tak boleh nak bukak dah. Sampai-sampai jer kat rumah mak mertua lepas dah bersalam-salam dan berbual-bual sekejap terus masuk bilik. Badan dah terasa panas (panas dalam kot). So, tak lama lepas tu terus tidur walaupun dalam kereta sepanjang lebih kurang sejam lebih Iera dah tidur. Keosokannya, badan masih terasa penat tapi panas macam dah kurang. Tapi, malam nya pulak terasa panas balik. So, pejam celik pejam celik dalam seminggu dua jugak terasa simpton yang sama.

2) Cepat penat 

Macam yang Iera cerita di atas, memang masa kandungan nak masuk sebulan tu dah mula rasa badan cepat penat. Yup, sampaikan masa beraya di rumah mertua tu Iera selamba badak je tidur bangun lambat. Tapi...tu bukan kehendak Iera. Kalau boleh memanglah nak tunjukkan ciri-ciri menantu yang baik, tapi apakan daya, badan terasa lemah semacam. Sampaikan hari tu mak mentua  tegur yang Iera bangun lambat dan macam kurang menolong di dapur. Masa tu agak sentap jugak lah..... Almaklumlah, masa tu pun Iera baru je lagi kahwin, baru nak masuk tiga bulan. Awal-awal dah kena tegur oleh mak mentua, sedangkan badan terasa lemah macam nak demam tak nak demam jer..... Rupa-rupanya tu tanda-tanda Iera berbadan dua.

3) Kuat tidur

Yup...yang ni memang tak boleh dinafikan lagi. Dari awal-awal mengandung sampailah sekarang ni, Iera memang kuat tidur. Nak-nak waktu siang. Memandangkan suami Iera pulak banyak kerja shift malam, mata ni pun macam dah terikut sama dengan waktu tidur cik abang. Dia tidur kita tidur....hehehe. Sebenarnya ia bermula sejak bulan puasa lagi. Ada satu malam tu tengah-tengah tidur Iera terjaga tengah malam, terus tak boleh tidur, Jadi Iera habiskan masa dengan mengemas rumah sampaikan semua perabut Iera alihkan sorang-sorang. Sampaikan siap masak untuk sahur lagi. Dah sahur dan sembahyang subuh barulah Iera dapat tidur. Dan...tulah rutin sepanjang bulan puasa. Malam berjaga siangnya tidur (dan sebenarnya sampai sekarang pun macam ni).

Iera cuba jugak nak kurangkan tidur pada waktu siang ni...tapi tak boleh. Sehari dua je bertahan. Keesokannya bila dah tak tidur siang kepala terasa berdenyut-denyut. Sakit sangat..... Jadi, nak tak nak layankan je badan ni. Kalau mengantuk jugak baik tidur. Kalau tak confirm kepala akan sakit macam nak pecah. Cuma sekarang ni bila dah masuk 6 bula ni barulah mata ni dah ok sikit....kalau dah tak tidursiangnya sakit kepala tak seteruk awal-awal dahulu. Sesekali je rasa sakit kepala tu menyerang kesan mengantuk yang amat sangat. So, moral of the story, kalau pada waktu siang tu mata terasa mengantuk sangat dan badan terasa letih, jangan mengada-ngada nak tahan mata tu.....confirm sakit kepala. Kalau dah penat sangat tidur je lah ubat dia.

4) Tak lalu makan

Masa awal-awal Iera mengandung memang mulut ni tak berapa nak lalu makan. Kalau makan pun sikit sangat jer. Pastu terus mulut ni menolak makanan tu. Kalau dipaksa mau dimuntakan balik makanan tu. Cuma Iera masih bernasib baik kerana ada segelintir ibu hamil yang langsung tak boleh nak makan. Makan sikit terus muntah sampaikan terpaksa dimasukkan ke wad kesan dehydrated. Iera bernasib baik sebab takde lah sampai teruk 'bebenor'. Cuma masa masa check-up bulan ke tiga adalah jugak turun berat badan sebanyak 1/2kg tapi lepas tu naik balik.

5) Muntah-muntah / morning sickness

Sememangnya bagi ibu-ibu yang mengandung memang tak dapat lari dari muntah-muntah atau dikenali sebagai morning sickness di awal kehamilan. Iera pun tak dapat lari daripada morning sickness tu. Cumanya Iera rasa macam morning sickness yang Iera alami tu takdelah teruk mana. Sesekali jer pada waktu pagi Iera akan muntah-muntah. Biasanya masa gosok gigi. Bangun pagi-pagi tu kalau tak makan lagi dan terus gosok gigi, Iera akan muntah sedikit. Biasanya jarang-jarang jer. Tapi muntah-muntah ni bukannya waktu pagi jer berlaku. Kadang-kadang waktu tengah malam pun boleh jugak terjadi. Ada lah 2,3,4,5 kali jugak muntah-muntah pada waktu malam. Habis semua makanan yang dimakan keluar balik. Cuma Iera rasa muntah-muntah yang Iera alami masih dikira sebagai biasa-biasa je pasal takde lah hari-hari Iera akan muntah. Dicampur pula yang Iera nie ada gastrik, kadang-kadang disebabkan masalah gastrik tu lah yang menyebabkan Iera muntah-muntah kot.

6) Mabuk kereta

Masa awal-awal kehamilan dulu, Iera ada mabuk kereta. Tiap kali jalan jauh mesti akan muntah. Kadang-kadang kalau naik kereta jarak yang dekat pun muntah jugak. Sampailah last sekali yang Iera perasan masa kandungan 4 bulan lebih, mak saudara Iera kritikal dan terpaksa dimasukkan ke wad di hospital besar Kuala Terengganu. Masa nak ambil mak Iera yang menjaga mak suadara Iera masa tu, Iera muntah-muntah jugak. Nasib baik dah sediakan plastik siap-siap dalam kereta. Baru-baru ni Iera ada pergi ke KL....konon-kononnya gigih nak mencari barangan bayi sempena Pureen Warehause Sale tu, nasib baik masa tu dah tak de mabuk kereta ni. Masa tu dah prepare siap-siap bawakan snek dan asam Kalau rasa nak muntah terus makan snek tu. Dan rupa-rupanya baru Iera sedar yang Iera kene makan something untuk mengelakkan mabuk kereta tu.





Rasa-rasanya tu je kot tanda-tanda yang Iera alami sepanjang hamil ni. Sekarang ni bila dah masuk 6 bulan ni alahan di atas dah berkurang. Ada tu yang dah takde langsung. Apa-apapun ni merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Pengalaman bergelar seorang ibu memang pengalaman yang takkan dilupakan.



Nukilan dari,

Friday, August 22, 2014

Persiapan Perkahwinan : Lokasi Pencarian Barangan Persiapan Hantaran Perkahwinan

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni Iera nak kongsikan beberapa lokasi yang telah menjadi pilihan Iera untuk mencari barangan persiapan hantaran. Sebelum tu kita tengok dulu contoh rupa hantaran yang telah Iera buat untuk majlis perkahwinan Iera dulu yer. Insyaallah....nanti Iera akan kongsikan semua hantaran yang telah Iera hasilkan. (Sebenarnya masih menunggu gambar daripada official photographer. Gambar semestinya lebih cantik kalau diambil dari OP nie kan)

Hantaran jam tangan yang dihasilkan oleh Iera.
Hantaran buah-buahan


Antaranya lokasi yang menjadi terjahan Iera untuk mencari barangan hantaran ialah:



1) Kaison Paradigm Mall

Pintu depan Kaison Paradigm Mall

Antara bunga-bunga yang dijual di Kaison

Untuk pemilihan bunga bagi tujuan menghias hantaran perkahwinan, Iera telah membeli beberapa jambak


bunga artificial di Kaison. Rupa bunga yang dibeli boleh dilihat pada contoh gambar hantaran di atas. Iera telah membeli bunga orange peach tu di Kaison pada harga RM14.90 sejambak dengan setiap jambak mempunyai 11 kuntum. Sangat suka bunga tu sebab ada banyak kelopak. Berbaloi dengan harga yang dibeli.

2) Yen Riben Sdn. Bhd.






Untuk pengetahuan, Yen Riben ni merupakan kedai barangan perkahwinan yang terdapat di Semua House, Jalan Tar Kuala Lumpur. Iera telah membeli kertas gold yang digunakan untuk melapik polisterin bulat untuk hantaran. Haraga sehelai RM3.00 (tak tau harga mahal ke tak. Masa tu Iera beli sebab berkenan dengan texture dia dan dalam kepala masa tu berkira-kira yang tema kahwin ada sedikit warna gold. Jadi, tanpa berfikir panjang Iera terus beli kertas gold tu sebanyak 9 keping untuk 9 bekas polisterin). Untuk kertas gold ni Iera telah membeli sebanyak 9 keping dengan total RM27.00.

3) Kraf Perkahwinan Cinta

Iera tau....sebenarnya tak ramai yang tau kedai ni kat mana. Iera jumpa kedai ni pun kebetulan sebab masa tu tengah mencari kedai-kedai printing/perkahwinan area Kelana Jaya. Masa tu tengah set dalam minda nak cari jugak kedai yang ada menjual Kad Kahwin. Kebetulan masa sangat suntuk masa tu.....nak tunggu keluarga lelaki tetap tarikh masa tu sangat lambat. So, Iera sanggup berjalan kaki ke plaza glomac dari rumah sewa, Kelana Putri semata-mata nak survey kedai kad kahwin.

Tengah jalan-jalan tu akhirnya jumpa satu kedai barangan perkahwinan berdekatang dengan kedai-kedai makan. Last-last decide nak masuk kedai tu. So, tinjau-tinjau barangan yang ada di dalam kedai tersebut. Akhirnya terberkenan dengan design hantaran yang menggunakan kain lace. Nak tau macam mana kain lace tu boleh rujuk pada gambar di bawah.

Hantaran menggunakan kain lace.
Masa tu angan-angan nak buat hantaran menggunakan bunga keliling polisterin tu sebab kebetulan tertengok di kedai sayang you. Tapi bila difikir-fikir balik...kalau Iera betul-betul menggunakan bunga di sekeliling polisterin tu....kita terpaksa menggunakan bunga yang sangat banyak. Paling kurang kita perlu gunakan dua barisan untuk bunga sahaja. Akhirnya, bila dah terberkenan dengan contoh hantaran di kedai tersebut, Iera terus tukar plan sikit. Takdelah kita perlu guna bunga yang terlampau banyak. Sebenarnya, kalau diikutkan, guna kaedah menggunakan lace ni pun memang Iera pakai bunga yang banyak (dah namanya nak buat bunga keliling jugak kan). Cuma, sekurang-kurangnya Iera dapat jimat penggunaan bunga sebanyak 50% di situ.

Okey, sebenarnya Iera sangat puas hati pergi kedai nie. Walaupun kedai ni tak banyak pilihan mana berbanding di Jalan TAR...tapi taukey kedai tu sangat ramah. Dia siap tunjukkan macam mana nak buat hantaran tu dan siap tolong matchingkan warna bunga, kain lace, dan reben yang sesuai. Customer service dia memang tip top lah. Sangat puas hati dengan layanan yang diberikan. Sanggup Iera datang hari lain dengan membawa bunga yang dibeli di kaison semata-mata nak dapatkan pandangan dia untuk matchingkan dengan bunga lain. Bukan setakat bunga jer, Iera siap bawak bunga tangan yang Iera buat sebab nak dapatkan pemilihan reben yang sesuai dengan pearl handbouquet <---klik berkenaan="" buat..="" entri="" font="" handbouquet="" iera="" melihat="" nbsp="" perl="" pernah="" unuk="" yang="">

So, antara barangan yang Iera beli di kedai ni ialah kain lace 9 meter, reben, dah bunga. Sesiapa yang rasa nak dapatkan pandangan nak membuat hantaran atau apa-apa sahaja peersiapan perkahwinan bolehlah datang ke kedai ni. Tak rugi dan sangat berpuas hati. Bagi yang duduk berhampiran dengan Kelana Jaya, bolehlah singgah kedai ni. Alamatnya J-01-1, Jalan SS6/18, Dataran Glomac, Kelana Jaya, 47301 Selangor.

Ok lah...setakat ni dulu Iera cerita berkenaan lokasi pencarian barangan persiapan hantaran perkahwinan. Memandangkan entri kali ni pon dah terlampau panjang...kita cerita di entri berikutnya. Mungkin entri berikutnya Iera akan ceritakan lokasi kedai barangan perkahwinan sekitar Terengganu. Till then.... 

Bye-bye


Nukilan dari,




Thursday, August 21, 2014

Idea Perkahwinan : Guestbook


Kalau diperhatikan sekarang macam dah jadi trend yang setiap majlis perkahwinan mempunyai ruangan buku tetamu (Kalau nak glamour lagi kita panggil sebagai guestbook corner). Dulu masa nak mencari idea-idea untuk majlis kahwin, Iera banya bukak blog b2b...tengok idea-idea dieorang bagi majlis bersejarah diaorang. 

Fungsi guestbook corner ni tak lain tak bukan buat kawan-kawan atau saudara mara menulis ucapan-ucapan dieorang buat pasangan pengantin. Lagipun majlis ni kita harap cukup sekali seumur hidup....nanti dah lama-lama bila kita belek-belek buku tu mesti akan memberikan kita seribu macam perasaan. Nak-nak kalau ucapan yang diberikan tu mengeletek tangkai hati kita. Tak kering gusi kita ketawa dengan ucapan-ucapan yang mereka berikan. Plus.....ucapan tu boleh dikira sebagai doa daripada tetamu buat kita. Lagi banya doa daripada tetamu kita, lagi baik kan???? 

So, apa lagi....jangan lupa jelajah blog-blog b2b yang pernah buat guestbook corner ni. Insyaallah, ia boleh berikan kita sedikit idea untuk design guestbook & guestbook corner ni. 

Jom kita tengok contoh-contoh guestbook ex-b2b yang lain:

Ex-B2B Farisha.
Cantik dan creatif guestbook yang dia buat ni. Kalaulah tangan ni sekreatif Farisha kan....
Soooooooo korang boleh jengok idea membuat Guestbook ni pada link gambar tersebut.





Ni pulak guestbook yang dihasilkan oleh Puan Aishah. Cantik...pandai dia buat quiling. Dulu ada jugak bercadang nak buat quiling ni...tapi tangan ni keras lagi. Tak selembut dan sekreatif tangan Puan Aishah. Kalau korang kreatif bolehlah cuba buat guestbook gunakkan kaedah quilling nie yer. So, korang boleh jenguk sendiri blog. Klik jer link pada gambar di atas.



Hamek ko...sekali guestbook di majlis Puan Mai ni ada dua. Satu yang dia tempah, satu lagi pulak kawan dia tolong buat. FOC jer. Cantik jugak yer.... Kalau korang rasa nak tempah bolehlah jengah blog Mai ni...dia ada bagi link blog/facebook tempat dia tempah ni. 


Blog ni ada menceritakan macam mana dia brainstorm untuk dapatkan idea guestbook. Duk sibuk-sibuk baca blog dia sekali tengok contoh guestbook beserta website untuk menempah guestbook nie. Tengok nama pada pic guestbook kat bawah nie rasa-rasa macam kenal.




Sekali tengok...confirm kenal. Ni adik sepupu Iera ni. Rupa-rupanya dia tempah guestbook kat Scrap@perclip. Tapi harganya ya ampun...rata-rata dalam RM300 dan ke atas. Tak mampu den nak beli....baik buat sendiri kan. Kan...kan...kan? Jimat pun jimat.


Last, but not list Iera blog.

So....ni lah rupanya guestbook yang diolah dan dedisign sendiri oleh empunya badan. Simple jer...takdelah cantik sangat. Tapi bila dah dapat buat sendiri ni lagi puas hati. Sebabnya kita dapat jimat banya kos di situ. Kos membuatnya takdelah mahal sangat. Harganya kalau tak silap Iera anggar dalam RM30 je kot. Sebabnya sticker-sticker tu Iera beli kat popular yang direcycle balik masa beli untuk buatkan guestbook majlis kawin adik Iera dulu. Alhamdulillah....jimat kat situ. Puas hati weh dapat buat sendiri.

Buat B2B di luar sana...harap-harap post kali ni dapat membantu korang mencari idea untuk membuat guestbook. Kalau korang ada budget lebih bolehlah tempah jer...jimat masa. Buat yang nak jimat macam Iera ni...apa salahnya try search sendiri blog ex-B2B yang pernah buat sendiri. Banya idea dan manfaat yang boleh dicedok dari diaorang. Tak kisahlah tak secantik yang ditempah, yang penting kita puas hati dengan hasil usaha kita sendiri. Yang penting usaha tangga jaya....



Nukilan dari