Bulan ramadah merupakan salah satu bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. (Semua ke? Harap-harap semua umat Islam lah ye yang mengharapkan bulan ramadhan.) Ye lah, bulan ramadhan kan bulan yang penuh dengan keberkatan dan merupakan bulan beribadat.... Insyaallah, setiap amalan kita akn deberkati olehNya. Oleh itu, jangan lupa perbanyakkan amalan di bulan Ramadah nie.... (Nasihat untuk diri sendiri jugak)
Tapi....ada salah satu lagi sebab yang menyebabkan orang ramai ternanti-nanti kehadiran bulan ramadhan. Sebabnya adalah semestinya disebabkan makanan. Bulan ramadhan ni memang banyak bazar-bazar ramadhan yang dibuka. Semestinya lambakan makanan menanti kita. Orang yang beragama lain pun suka kehadiran bulan Ramadhan nie kerana benyak pilihan makanan yang ditawarkan.
Tapi...kadang-kadang makanan di bazar tak dapat nak tandingi masakan yang dibuat sendiri kan....terutamanya hasil air tangan ibu kita sendiri kan....Sudah semestinya ada makanan yang menjadi kegemaran Iera pada bulan ramadhan nie. Ok, antara makanan pilihan Iera di bulan Ramadhan adalah..........................
Bubur Lambuk
Bubur Lambuk sudah semestinya makanan wajib pilihan no.1 di bulan ramadhan. Iera memang ternanti-nantikan bubur lambuk ni kalau dah tiba bulan puasa. Kalau bulan puasa tak pulak.... Hehe. Dan semestinya kalau boleh bubur lambuk nie mesti yang asli dari Terengganu dan Air Tangan Mama Iera. Sedap weh......
Tapi....tahun ni belum dapat makan lagi. Nanti bila dah balik nak beraya nanti nak suruh ma Iera buatkan..
Putu Mayam
Putu Mayam pun makanan kegemaran waktu bulan puasa ni. Putu Mayam ni merupakan salah satu makanan fevret Iera tau. Ingat lagi masa Arwah Mek ada dulu.... tiap kali bulan puasa mesti Mek akan buatkan putu mayam ni. Masa arwah Mek ada dulu....macam-macam kuih tradisional yang dia akan buat.
So...Iera akan ambil peluang tolong Mek buatkan putu mayam nie. Sebenarnya....Iera suka pulas tangkai bekas putu mayam nak buat mee dia tu jer. (Agak-agak faham tak...... ala....macam dalam gambar kat atas tu. Nak buat Putu Mayam bukannya pandai pon. Cuma masa tu kami adik eradik mesti berlumba-lumba nak buat mee dia tu....)
Tapi...kalau beli kat bazar ramadhan kat area sini mana nak sama dengan putu mayan tradisional (yang Iera biasa makan macam yang Arwah Mek buat atau yang dibuat di Terengganu atau kelantan. Kat area sini dia tak berkuah pon. Tapi....nasib yang ni Iera suka jugak makan.....
Onde-Onde
Onde-onde....ataupun belah sini panggil Buah melaka pon kuih kegemaran jugak. Kalau dapat makan mesti best. Tapi...kalau beli kat bazar was-was jugak. Maklumlah....bila dah beli makanan yang berasaskan kelapa ni risau jugak. Takut lah kalau kelapanya dah basi.
Lompat Tikam
Ni lah namanya kuih lompat tikam. Lompat tikam pun makanan yang menjadi pilihan pada bula puasa macam ni. Almaklumlah...makanan tradisi orang Terengganu. Dapat makan ni memang sedap lah... Nak-nak lagi makanan nie mak Iera ada buat jual kat bazar ramadhan tahun lepas.... Kalau tak pernah makan memang rugi. Memang sedap..... Member rapat Iera yang asal Johor pon memang sangat suka makan lompat tikam nie. Kuih ni dah jadi kuih kegemaran dia dah sekarang....
Apa-apa pun....sebenarnya bila-bila masa pun makanan ni ada. Cuma bila dah berpuasa ni....macam-macam yang kita teringin makan. Nafsu makan mesti membuak-buak. Tengok ni nak, tengok tu sedap. Semua makanan pada pandangan mata nampak sedap. Bulan-bulan puasa ni perut jadi mengada-ngada sikit. Ni nak...tu pun nak. So, pandai-pandailah kita buat puilihan membeli. Jangan nanti bila dah berbuka tersadai kekenyangan. Terawih pulak tinggal....hehe. Makan-makan jugak, beribadat jangan lupa.
1 comment:
bila berpuasa semua makanan nampak sedap.mknan yg xsuka makan pun jadi suka..hehehe apa2 pun, mknan kat tganu mmg terbaik! ^_^
Post a Comment