Sedar tak sedar lagi 1 bulan lebih lagi majlis kahwin akan berlangsung. Nervous? Tak lagi kut....cuma sekarag betul-betul serabut! Takut kalau tak sempat nak buat persiapan. Ya Allah...rasa-rasanya macam last minit sangat-sangat dah ni. Ni lah jadinya kot bila tarikh pon tetap last minit.
Ok, tenang Iera tenang...cuba tengok checklist kejap:
1. Tarikh Nikah, Kenduri & Majlis Sambut Menantu
Tarikh Nikah: 2 Mei 2014 (Confirm)
Kenduri: 3 Mei 2014 (Confirm)
Majlis Sambut Menantu: 7 Jun 2014 (Confirm)
Pihak Lelaki: pending
3. Pelamin
Pihak Perempuan: Done (Ambik dengan mak saudara)
Pihak Lelaki: Kay Rias (Butik tempat Bakal kakak ipar kerja)
4. Kad Kahwin
Pihak Perempuan: Pending
Pihak Lelaki: Pending
(Argh.....part paling kritikal. kahwin dalam 1 bulan lebih lagi tapi yang ni belum confirm lagi)
5. Photographer
Pihak Perempuan: Done
Pihak Lelaki: Done
Ambik Photographer tempat bakal kakak ipar kerja.
Sebelah lelaki pun sama. Nasib di situ...
Sebelah lelaki pun sama. Nasib di situ...
Katanya bakal kakak ipar nak mintak free.
Agak-agak boleh ker? Servis mungkin..... Tapi bab printing gambar
mungkin kami cuma perlu bayar harga printing.
Agak-agak boleh ker? Servis mungkin..... Tapi bab printing gambar
mungkin kami cuma perlu bayar harga printing.
6. HIV & Talasemia Test
Pihak Perempuan: Done
Pihak Lelaki: Done
7. Document, Kursus Kahwin & Jurunikah
Pihak Perempuan: pending
Pihak Lelaki: pending
Booking Jurunikah: pending
8. Lokasi
Pihak Perempuan: Teratak bonda & ayahanda
Pihak Lelaki: Teratak Ibu Mertuaku
9. Catering
Pihak Perempuan: Maziah & Crew (Semua di bawah perancangan bonda)
Pihak lelaki: Keluarga & Sanak-saudara lelaki
10. Canopy
Pihak Perempuan: pending (serahkan pada bonda & ayahanda)
Pihak Lelaki: pending
OH NO! Banyak lagi pending. Serabut! Seriau! Sempat tak sempat ni??
Ya Allah Ya Tuhanku...bantulah hambamu. Semoga semuanya berjalan
dengan lancar.
No comments:
Post a Comment