Sunday, November 16, 2008

KawaN, TeMaN @ SaHaBaT



MEMANG manusia tidak dapat hidup sempurna tanpa kehadiran manusia lain di sekeliling mereka. Tanpa kawan, teman, mahupun sahabat, hidup kita akan sunyi... Kata pepatah....


SAHABAT
Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yg kau taburi dgn kasih
dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa
dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.


Siapa ya yang boleh kita katogerikan sebagai kawan? Apa beza kawan dengan teman? Sahabat pulak macam mana? Kepada sesetengah orang perbezaan ini tidak penting. Atau pun mereka sudah mampu berbangga jika mempunyai ramai kawan... Bagi mereka teman, kawan dan sahabat sama sahaja, yang penting orang disekeliling tidak menganggu kehidupan mereka...(pulak dah).

Namun apa salahnya kita mendalami sedikit ungkapan yang selalu jugak kita gunapakai tu:

KAWAN






Kawan lebih merujuk kepada kat mulut sahaja. Biasanya merujuk kepada for the sake of kenal je, mengehai-hai bila berjumpa atau terserempak. Kala masa sesuai pulak kita ajak mereka ke kedai minum dan berbual-bual kosong (topik tidak berapa serius). Namun begitu fungsi kawan penting, kawan-kawan akan menemani kita, menolong kita, dan boleh buat kita rasa seronok kalau kena caranya. Dalam kehidupan kita memang memerlukan kawan apatahlagi dunia sekarang proses globalisasi rancak berjalan. Kita tidak boleh duduk sorang.

Kawan juga merupakan cermin diri kita, atau dengan erti kata lain kawan boleh dijadikan ukuran diri kita. Maksudnya, secara umum bila seseorang itu ramai kawan boleh la kita katakan ia suatu yang positif. `kalau perangai tidak elok, tak ada orang yang sudi berkawan' dengan kita kan. Tetapi jika ramai orang tidak suka berkawan dengan kita, atau menjauhi kita (atau dipulaukan) mungkin ada sesuatu yang kita boleh baiki pada diri kita kot (tetapi jangan la baiki diri kerana nak diterima orang semata-mata sehingga tidak mempunyai personaliti diri langsung, he he he).

Bila kita berkawan dengan `kawan', biasanya jauh di lubuk hati masih ada keraguan...biasanya kita tidak berani hendak ceritakan rahsia besar yang kita ada, kita bimbang dia bocorkan... atau kita tidak selesa untuk beritahu pandangan kita mengenai hal-hal yang sensitif takut dia tak setuju dan menilai kita pula. Berkawan tidak bermakna semua perkara boleh diceritakan, kan...?
Kawan yang baik sukar dicari...tapi percayalah ianya ada.

TEMAN

Teman pulak lebih kepada sesuatu yang accasionally, mungkin dia teman sepejabat, teman serumah, atau teman berbicara (dan teman tak semestinya jadi kawan). Begitu juga teman sekerja kita, tak semua jadi kawan kita kan...kan? walaupun berbuih mulut majikan menyarankan supaya berkawan dengan semua orang di dalam organisasi tetapi kehidupan tidak semudah itu, manusia cenderung mencari kawan berdasarkan kepada beberapa perkara lain (bukan kerana terus berkerja dalam suatu organisasi terus jadi kawan, apatahlagi kalau organisasi besar).


SAHABAT
Sahabat mungkin darjat yang paling tinggi jika ungkapan teman, kawan dan sahabat tersebut mahu dikastakan atau dihairakikan. Perkataan sahabat lebih keramat dan suci sifatnya (dan bunyinya juga). Ia sesuatu yang tidak boleh dipaksa atau diusahakan tetapi tubik dari hati kedua-dua yang terlibat. Sahabat merujuk kepada all the time. Ia boleh survive melalui masa, merentasi jarak dan lokasi.

Kita boleh menjadi kawan atau teman secepat kilat tapi untuk wujud menjadi sahabat makan masa, makan pengamatan dan makan persefahaman (tak semestinya persamaan). Bukan senang kita nak menerima orang dalam kehidupan kita dan bukan senang orang lain nak menerima kita dalam hidup mereka. Tetapi di sekitar kita kadang-kadang perkataan sahabat sudah dihilangkan kedaulatannya



Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin







No comments: