Sunday, July 17, 2011

Aku & Diary

Saat hati diruntum pilu. Saat jiwa dibanjiri tangisan.... Saat hati berbicara sendiri dan tiada sesiapa dapat menyelami diri ini terasa begitu bergunanya Si Diary. Sukar sebenarnya nak puaskan hati orang lain sedang diri sendiri kecewa sendiri. Bukan itu kehendakKu.... Tapi takdir yang tersurat tak siapa dapat menolaknya. Walaupun hari ni aku cuba kuatkan diri walaupun dah dua kali keputusan sebegini mengecewakan diri. Terasa diri tak berguna, lembab dan lemah. Kenapa orang lain boleh buat tapi aku tidak????

Selepas keputusan yang tersurat tidak memuaskan hati buat kali kedua, aku cuba kuatkan diri. Tak mau lagi bersedih seperti kali pertama. Memang perkara ini mungkin kecil bagi orang lain.....tapi tidak bagi aku. Lepas keputusan itu, aku kuatkan diri...cuba sedapkan hati sendiri. Ok...berjaya juga seketika. Tapi bila ada orang persoalkan balik tentang perkara tersebut dan seolah-olah menyalahkan diri terasa diri ini tidak berguna. Hati dibanjiri kecewa. Terasa diri sangat tidak berguna. 

Bukan itu kehendakku. Aku pun setidak-tidaknya tidak mahu menyusahkan orang lain lagi. Tapi yang tersurat tetap tersurat. Aku tidak mampu memutarkan balik masa dan menukarkan keputusan tersebut. Aku cuba menyepikan diri sendiri. Tiba-tiba terasa seperti mau meluahkan kepada Si Diary tentang bicara hati ini. Kadang-kadang meluahkan di dada Diary yang bisu lebih berguna kerana aku tak biasa meluahkan perasaan sendiri kepada orang lain. Kalau ada pun jarang sekali.Tapi....bila dah lama tak meluahkan pada Si Dairy terasa kekok pula.    


Si Diary (Sekadar Gambar Hiasan)

Ok... Cukup-cukup!. Malas pulak rasanya nak reka ayat putis-puitis ni (Puitis lah sangat...haha)

Ye lah, dah sedar diri ayat tak berapa nak sedap. Hm....berbalik kepada kisah Diary. Dah lama rupanya aku tak menulis Diary. Konon-kononnya dulu aku pernah la jugak menulis Diary....tapi sekarang tak lagi. Rasa macam dah tak pandai nak luahkan pada Si Diary.

Akhirnya aku belek Si Diary yang cuma ada sebuah. Diary 4 tahun lepas. Bila dah belek punya belek....terasa kelakar pulak. Terubat sedikit duka. Nak tergelak baca Diary sendiri.... Lebih-lebih lagi Diary tu banya kisah tentang saat Cinta Mula berputik..... Kelakar jugak rasanya..... Sedar tak sedar dah 4 tahun usia Cinta kami... Nak tergelak jugak baca kisah-kisah dulu. Banyak juga kisah suka duka dengan kawan-kawan sebelum ni.Banyak kisah yang dah lupa dapat aku imbau. Hahaha....


Saat Cinta cuba mengetuk pintu hati? Haha


Tapi sekearang aku dah tak meluahkan pada Si Diary.... Hm...gara-gara bila aku dapat tau adik aku curi baca Diary tu....aku dah stop menulis. Walaupun Diary tu dah berkunci, boleh pulak dia bukak dan curi baca. Geram pulak rasa masa tu.... Tapi...bila dah baca tu...macam best pulak. Macam berkira-kira jugak nak mula tulis balik Diary tu. Hm....sekadar perancangan. Akankah terlaksana???? Kita tunggu dan lihat....


P/s: Belajar menjadi insan yang kuat. Terasa diri ni cengeng sangat. 
Orang lain boleh lah kita tipu  tapi diri sendiri?