Sunday, July 25, 2010

Sediakan Payung Sebelum Hujan




Kata orang....sediakan payung sebelum hujan. Jadi, kita perlukan persediaan sebelum sesuatu berlaku ke atas diri kita. Nanti takde lah kita akan terkapai-kapai dan kebingungan kalau sesuatu perkara buruk berlaku ke atas diri kita.

Nak dijadikan cerita, selepas kawan Iera suruh Iera baca pengumuman di laman web e-pelajar UKM seperti yang tertera di bawah, Iera terus menyediakan strategi-strategi tertentu..


Gangguan Capaian Rangkaian UKM 
Adalah dimaklumkan bahawa Capaian Rangkaian UKM akan tergendala bermula pada 24 Julai 2010 (Sabtu) 6.00 petang hingga 26 Julai 2010 (Isnin) 8.00 pagi disebabkan gangguan bekalan elektrik keseluruhan kampus UKM Bangi oleh pihak JPP.Sehubungan dengan itu, capaian internet ke luar dan dalam UKM akan tergendala sehingga bekalan elektrik pulih seperti sediakala.Sekiranya terdapat masalah capaian rangkaian selepas tempoh tersebut, harap dapat maklumkan atau hubungi kami Bahagian Pengurusan Rangkaian di talian.


Jadi, semalam Iera keluar ke kajang. Konon-kononnya nak beli lilin sebagai persediaan untuk blackout., Sambil temankan kawan Iera, Ain bayar bil celcom dia dan berwindow shopping. Sebelum balik, sempat sembahyang asar kat Metrokajang. Last-last....bila dah balik bilik baru perasan handset takde.


MasyaAllah...hati dah cuak gila masa tu. Taktau nak buat apa. Dahlah sebagai orang yang buat pjj (Percintaan Jarak Jauh) macam Iera nie...henset sangat-sangatlah penting...hehe. Ok, tipu....cinta bukan utama. Tapi...tu pon penting gak. Haha. Yang penting dia akan memudahkan kerja-kerja sebagai pelajar macam Iera nie. Terutama nak contact ahli kumpulan kalau ada kerja group. Kalau dah handset tu hilang macam mana nak contect ahli group ditambah dengan masalah kewangan sekarang. 


Jadi, semalam sempat lah berYM dengan adik Iera yang blaja kat UNITEN. Tengah-tengah cerita kat dia, tenet terputus. Dah tak dapat nak berYM. Baru ingat nak suruh dia mesej Pakwe Iera sebab sebelum keluar dah mesej dia. Dah balik mesti lah kene bagitau dia...nanti kan dia risau. Jadi, dalam keadaan cuak dan tak tau nak buat apa...member Iera , Ain datang bawak makanan Dia tanya Iera sebab apa dia call Iera tak angkat..So, Iera cakaplah yang handset Iera. hilang Bagi nak sedapkan hati Iera, dia cakap mungkin ada dalam bag dia. Tapi...memang tak ada pon... 


Last-last...Iera mesej pakwe Iera guna nombor Ain, cakap handset hilang. Sian Iera kene marah semalam coz Iera lambat mesej dia cakap dah sampai.... Bukan taknak cakap awal-awal...tapi dah kebingungan masa tu sampaikan tak tau nak buat macam mana.  Dan rupa-rupanya malam tu ada je elektrik sebenarnya. 

 

Tuesday, July 20, 2010

Cinta Kau & Aku


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap-harap semua sihat. Erm... Hari ni Iera nak jawab tag yang dah berbulan-bulan Iera peram dalam draft nie. (4 bulan lebih dah rupanya). Ingatkan dah lama peram...keluar jugak jawapannya. Hehe. Rupa-rupanya perlu jawab jugak. Pape pon...terima kasih kepada Ijai pasal tag Iera. Mintak maaf banyak-banyak...pasal hari nie baru Iera jawab tag nie. Iera akan cuba menjawab sejujur yang boleh.

1) siapakah diri anda di rumah?
Kak Ngah.
Anak kepada mama & abah


2) siapakah diri anda di samping rakan?
Kawan yang rapat panggil Iera.
Kawan-kawan sekolah dan tak berapa nak rapat panggil zira
Kalau dengan kawan rapat...dia takkan cakap Iera nie pendiam.
Kalau dengan kawan yang tak berapa rapat, mesti dia cakap Iera nie pendiam.

3) 5 benda yang anda idamkan tetapi belum tercapai.
~Teringin nak melancong ke Switzerland pasal orang cakap pemandangan kat situ sangat cantik.
~Teringin nak ada rumah yang dikelilingi taman.


4) siapakah nama pasangan anda.
'Mr. H'

5) ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
~Ske sangat bila dia nak pujuk Iera cakap "Sayang, tengok abg nie...." 
~Berani coz dia berani 'lamar' Iera walaupun Iera nie jenis low profile.
~Caring.


6) bila tarikh anda couple?
Ntah la...xigt. Hehe. Akhir bln 4 Iera bg keputusan pd dia.
But 1st time jumpa sebagai couple mase birthday Iera, 9 Mei.
So, bolehlah dianggap 9 Mei tu tarikh 'officially' kami couple... (Boleh tak mcm tu?...hehe)

7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Erm....bila dia jarang mesej dan call. Rasa macam tak dipedulikan.
Kadang-kadang ada jugak terdetik macam nak clash....
Tapi...tak boleh jugak. Coz...jauh di sudut hati, Iera tau dia
sayang dan cinta Iera.


8) lagu tema cinta anda.
Ntah la...tak pernah pulak fikir apa lagu tema cinta kami nie. 
Banyak lagu yang pernah dia nyanyikan utk Iera dalam phone.
  Tapi....
 dia pernah nyanyikan lagu nie masa karaoke... Best suara dia
.
.
.
.
.
.
.
.


9) apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
Nak tengok dia potong rambut. Dia nie suka simpan rambut panjang.

10) tag 10 rakan anda yang lain. 

p/s: Kalau kene tag tu sudi-sudi lah menjawabnye ye... Tapi tiada paksaan ok. Siapa-siapa yang sudi nak jawab tag nie juga amat dialu-alukan.

Friday, July 16, 2010

Sepetang di Pesta Bunga dan Taman

Petang semalam... Iera dan kawan-kawan Iera sempat menghabiskan masa di Pesta Bunga dan Taman (Floria 2010) bertempat di Putrajaya. Memandangkan semalam Iera tak de kelas.....so, kawan Iera ajak Iera jalan-jalan di pesta bunga tu. Daripada boring tak tau nak buat pape...baik jugak ikut diaorang pergi kan. Bila dah pergi kat sana tu...apa lagi, bergambar sakan lah.


 with my BFF, Ain

With Kak Qila. Pergi hari tu naik kereta dia nie lah. Kalau tak tak sampai lah kat sana.

Cantik hiasan pasu-pasu tu

 Rupa-rupanya kat sini ada jugak pertandingan taman. Sempat juga ronda-ronda tengok taman ciptaan mereka. Budak-budak sekolah pun ada jugak yang cipta. Kretif jugak rekaan mereka nie.
Lepas jalan punya jalan...akhirnya jumpa taman ciptaan student UTM. Sempat bergambar sekejap.
Sebenarnya kawan Iera yang buat taman ni. So, sempat tinjau taman ciptaan dia dan kawan-kawannya. Cantik jugaklah taman yang mereka buat nie. Dia cakap dapat no.3.

Semangat 1Malaysia...hehe


 Cantik taman nie... Kalau lah rumah Iera ada taman macam ni, best jugak lepak petang-petang sambil main congkak.

Kepada kawan-kawan yang berada di sekitar KL ni, apa salahnya datang ke pesta taman & bunga nie. Sempat lagi datang pasal pesta nie sehingga 18hb, hari Ahad nie. So, Apa salahnya datang saksikan keindahan bunga-bungaan di sini. Disamping tu, dapat jugaklah korang saksikan karya kreatif ciptaan pelajar dan designer di Malaysia ni. Mana lah tau kot-kot berminat nak dapatkan khidmat mereka....





Monday, July 12, 2010

KEMBALI


Assalamualaikum semua. Pekaba? lama tak dengar khabar berita. Maklumlah setelah hampir dua bulan Iera bercuti dari dunia 'blogging' disebabkan kesuntukan masa sepanjang menjalani praktikal. Alhamdulillah, berjaya juga Iera menghadapi cabaran di sana walaupun hanya Iera sorang yang menjalani praktikal di J.Calli tu dan Iera satu-satunya 'pekerja' melayu di bahagian office di company tersebut.

Sekarang...Iera dah Kembali seperti biasa.....menjalani hari-hari sebagai pelajar UKM. Sekarang Iera dah tak perlu nak jadi receptionist lagi.... Receptonist? Ape hal pulak nak jadi receptionist kan. Opss...tu lah, selepas minggu ketiga berada di J.Calli Iera terpaksa menjadi receptionist disebabkan pekerja dia dah berhenti. Tapi....sambil jadi receptonist tu ada kerja-kerja lain yang perlu dibuat. Apa lagi kalau tak kerja key-in data. Check surat dan rekod dalam sistem tu kerja wajib hari-hari sepanjang Iera kat situ. Dah jadi receptionist tu lagi lah ambil masa sikit nak siapkan kerja tu. Ye lah, mana nak jawab call, nak layan customer yang datang lagi.
Bukan setakat tu....kerja mengangkat barang dan kemas store pun Iera kena buat jugak. Lagi tak tahan bila pekerja baru kat situ (bhg admin) yang arahkan dan ajar Iera kat situ selalu suka datang nak dekat pukul 6 suruh buat kerja-kerja lagi. Dah lah pukul 6 dah nak balik. Nak tak nak...paling awal pun pukul 6.30 baru boleh balik. Sampai kat rumah pun dah around 7.30. Hari-hari last pun masih berlambak kerja yang Iera perlu buat.... Iera perlu key-in segala maklumat dalam name card customer ke dalam sistem. Dah lah banyak... Ingatkan minggu last dah boleh rileks-rileks sikit... Tapi...hampeh.
 

Apa-apa hal pun...semuanya sudah selesai. Dan sekarang Iera kembali ke bumi UKM nie. Hari nie dah penat seharian mengangkut barang ke bilik... Penat! Rasa macam nak patah pinggang nie bila nak mengangkut barang-barang ke tingkat tiga seorang diri... Nie belum lagi angkut barang-barang kat dalam store, baru angkut barang yang dibawa ke rumah sewa dulu. Boleh turun 10kg tak agaknye? haha

Bila dah kembali ke UKM  nie... Insyaallah....Iera akan kembali mengaktifkan diri berblogging. Terima kasih bebanyak kepada sesiapa yang sudi menjenguk blog Iera yang telah terbengkalai hampir dua bulan nie ye....