Saturday, January 30, 2010

Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya




Perhatian
Jom ramai-ramai kita pakat joint contest nie.
Tak rugi tau joint contest nie...
Hadiahnya ckp lumayan...
Pemenang yg bertuah akan dapat Camera digital 
Siapa yg taknak camera digital wooo???
Cepat...cepat... Contest ni sah sehingga 23 Februari 2010 (11.59Pm)

.........................................................................
Syarat untuk sertai contest nie sangatlah simple...
 1)Buat satu entri tentang
Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya   
2) Jadi follower Mr Superman
3) Copy Banner 'Menangi Kamera Digital' dan letakkan di dalam 
entri serta sidebar blog korang
4) sila link kan baner ke entri ini
5) Sila tinggalkan komen dengan link entri korang
6) Jadikan entri sebagai Sticky Mode hingga tarikh luput contest
.........................................................................
 Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya
Mr Superman a.k.a Aaron Aziz...
Setelah iera fikirkan baik buruk untuk sertai contest nie sampai
 nak tidur malam pun tak lena...
Iera harap-harap sangat yang Iera akan dapat menangi hadiah nie...


Sebelum kita dengar alasan kenapa Mr Superman
perlu bagi kamera digital kepada Iera
meh kita sama-sama
saksikan sebuah drama terbitan
si gadis yang bernama Iera

Pada  suatu hari, seorang gadis yang bernama 
Iera telah b'siar-siar bagi menghilangkan bosan.
Tiba-tiba, begnya yang mengandungi kamera 
telah diragut oleh Mat Rempit...



 
Hal ini menyebabkan si gadis tersebut 
sedih sehinggalah dia berangan-angan 
agar Mr Superman akan membantu dia 
mendapatkan kameranya kembali...
Dalam dia beranggan-angan...akhirnya dia t'tidur.



Dalam tidurnya, si gadis tersebut telah bermimpi...
Mr Supeman telah muncul utk membantu
si gadis tersebut...
Malangnya, Peragut terbabit tidak
dapat ditangkap oleh Mr Superman. 
Disebabkan malu kerana tidak
dapat membantu, Mr Superman 
tidak berani menonjolkan diri di 
depan si gadis tersebut....
 Tak lama selepas itu...si gadis tersebut tersedar...
Rupa-rupanya ianya hanyalah sebuah mimpi...
Tetapi dia masih lagi berharap agar mimpinya menjadi kenyataan...



Akhirnya, beberapa tahun kemudian 
Mr Superman muncul kembali...
Kemunculan Mr Superman betul-betul
berlaku di alam realiti....
Hati Iera mula b'bunga riang. Dengan penuh pengharapan
dia memohon agar dia berpeluang memenangi 
Kamera digital tersebut.
Masihkah ada harapan buat si gadis tersebut????


Ok...ok...lps dah saksikan 
drama sebabak dari cik Iera....(ahaks...poyo jer)
meh dengar alasan 
Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya

1) Sebabnye Mr Superman handsome dan baik hati 
 (Kalau tak baik hati takkanlah senag-senang 
Mr Superman nak hadiahkan Kamera digital kan?...)
Satu lagi....Mr Lecerer memang sangat-sangat sporting.
(Mula-mula mestilah kena puji Mr Superman kan..
Kalau tak mestilah tak sah...ahaks)


2)   Iera bukan saja-saja buat cerita kat atas tau....
Maksud tersirat yg Iera nak sampaikan di atas ialah... 
Iera pernah ada kamera digital dahulu.
Kamera digital tu Iera beli dgn
menggunakan duit simpanan biasiswa masa 
sekolah dahulu. Last-last...kamera 
tu dicuri orang...
aduh, sedih betol...
Jd sebab tu lah Mr Superman perlu bagi
kamera digital tu pada Iera. Nak
beli yg lain comfirm lah tak mampu...

...
3) Iera belum berkahwin. Nie penting tau Mr Superman pasal
takde sape yg nak support Iera.
Nak mintak abah belikan...
nanti takut menyusahkan abah Iera pulak.
Cukuplah Abah Iera support Iera nak belajar nie kan


4) Iera belum lagi bekerja. Masih tak mampu lagi nak beli
kamera digital yang mahal nie. 

5) Iera memang dah lama follow blog Mr Supperman...
sebelum contest nie ade lagi Iera dah
follow lama dah tau...

6) Iera selalu melawat blog Mr Supperman. 
Dalam sehari tu banyak kali
gak Iera lawat sambil menyumbang dana 
untuk nuff Mr Lecturer..hehe


7) Handset Iera pun xde kamera... 
Maklumlah, Iera tak mampu nakbeli handset yg ada kamera. 
Kalau nk bergambar, terpaksa mencapayang orang lain punya. 
Pastu...nak mintak gambar tu satu hal pulak...
Sangat-sangat segan kalau asyik guna yang orang lain.  
Tak caye? Tengok gambar kat bawah nie....

Handset murah je. Jenis Nokia 2610


8)  Iera suka gak nak edit-edit gambar nie, 
tp...ilmu di dada masih lagi tak cukup.
So, Ieracuma reti edit gambar guna laman web je.
Biasanya Iera edit gambar kat laman web
Imikimi.com




 
Nie antara gambar yg diedit guna laman web Imikimi.com...
Cantik tak? Hehe


9) Iera suka berbloging untuk kongsi pasal something 
yg menarik atau pasal diri Iera sendiri. 
Kadang-kadang, bila nak share gambar memang susah
pasal nak kene mintak gambar dengan member
kalau dia ada snap gambar Iera...
So..ia akan memakan masa.
Last-last, taklehlah Iera nak share gambar kat blog

10) Sem nie akan ada dinner kolej.
Mestilah nak bergambar kenangan kan...
Segan nak pinjam yang orang lain...

11) Last sekali...Iera tau yg Mr Superman 
suka tolong orang susah...
sesuai dengangelarannya sebagai Mr Superman.
Kalau tak takkan dipanggil Mr Superman kan?
Iera memang betul-betul memerlukan 
Kamera Digital nie. Mr Superman agak-agak...
Mr Superman akan susah hati tak kalau tak tolong Iera nie?
Dah lah blajar nie tak dapat biasiswa pon...cuma boleh harapkan
duit pinjaman yang cukup-cukup makan jew...
Sian Iera



Friday, January 29, 2010

Mencari Sahabat Sejati



Sebagai seorang manusia, kita memang saling memerlukan antara satu sama lain. Kita semua tak boleh hidup kalau bersendirian kerana kita memang dijadikan untuk melengkapi antara satu sama lain.Tak kira lah antara ibu bapa dengan anak-anak, suami dengan isteri, dan dengan kawan masing-masing.  Apa akan jadi kalau kita semua buat hal masing-masing? Mampukah kita hidup dengan membuat hal masing-masing?.... 

Hari nie Iera tetiba terfikir pasal sahabat sejati. Cuba korang fikir-fikirkan... adakah mudah untuk mencari sahabat sejati? Senang ke nak cari sahabat sejati nie? Kalau dah ada sekalipun...cukup ke dengan  seorang dua sahabat sejati. 

Cuba korang semua lihat disekeliling anda... Ada tak kawan-kawan rapat korang semua? Ok..ok, Iera tau semua ada kawan kan... Yang rapat pun mesti ada kan? Betul ke kawan rapat tu seorang sahabat yang sejati? Adakah meraka tu adalah sahabat korang semua dalam erti kata yang sebenarnya....Jujurkah dieorang dengan anda?



Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Dalam ramai-ramai kawan yang korang ada tu belum tentu mereka akan menjadi sahabat sejati, sahabat yang jujur dan setia sampai ke ahir hayat. Kalau tak..takkan ada istilah "kawan makan kawan", "harapkan pagar, pagar yg makan padi", "musuh dalam selimut" dll...Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Iera sendiri masih berfikir, adakah Iera telah menjadi sahabat yang sejati? Iera akui...dalam kita berkawan nie, memang kita tak lepas dari berselisihan faham dengan kawan kita. Mungkin kita pernah mengguris perasaan kawan kita secara tidak sedar... Mungkin Iera sendiri pernah buat kawan Iera marah secara tidak sedar. Mungkin Iera sendiri tidak sedar dengan kelemahan Iera sendiri... tp, apa salahnya kita saling memaafkan dan membetulkan kesilapan kita masing-masing...

Kalau Iera ada mengguris hati korang semua tak kiralah kawan Iera sendiri dan kawan Iera di alam maya nie. iera nak mintak maaf bebanyak... Yang penting, bila dah sekali Iera berkawan, Iera harap kita semua akan berkawan sampai bila-bila

 
Tengok nie...kucing pun ada sahabat baik...
Sahabat sejati... Korang pulak macam mana?
Sanggup tak bersahabat sampai akhir hayat?....
Sahabat yang boleh membawa anda sampai ke syurga?
Fikir-fikirkanlah..dan selamat beramal...

P/s: Cepat2, sape nak kawan ngan Iera. Boleh isi borang kat rangan komen di bawah.....ahaks



Tuesday, January 26, 2010

Keluar Menjalankan Misi di Hari Minggu

Hm...sebenarnya hari sabtu hari tu.. Iera agk terkilan sikit
pasal atas sebab2 yg tertentu,
Iera t'paksa membatalkan rancangan utk pergi
ke rumah member lama Iera kat Shah Alam.
Dah lama tak jumpa dia kot.
Kalau tak silap dah lima thn Iera tak jumpa dia.
Last jumpa masa lps SPM...Iera ade g kat rumah dia kat Paka.
Lps tu dia pindah kat Johor dan kami dh xjpe dah lps tu...




My best friend4ever...
(Sorry Wanie...
Iera curi gmbr Wanie kat FB..hehe)



Walaupun kami dah lama tak jumpa, Iera still angap dia kwn rapat Iera.
Dulu...dia lah kwn sepermainan Iera mse kecik2 dlu,
dan kwn rapat Iera mse kat sekolah rndh
sebelum Iera pindah kat Kuala Berang masa darjah 5.
Rindu plk kenangan lama tu...
nak main sama2 mcm dulu...
tp...dah besar, takkan nk main lompat getah, galah pnjg, dll.
Nanti mesti org lain anggap Iera mcm org tak btol plk kang...Ahaks..
Klu jpe pon...ntah2 Iera xbyk ckp.... Iera kan pemalu... (Uwekk...nk muntah I)

Sekarang, kami still tahu antara satu sama
lain melalui Facebook dan Blog Wani






 Gambar masa kat Sekolah Kebangsaan Seri Paka.
Kami duduk sebelah menyebelah.. Kalau korang semua
bijak...cube teka mana satu Iera n member Iera tu...

Tp kan...xkan lah pasal xleh pergi rmh dia nak terkilan lama2 kan. Hehe.
Klu g kan...tak pasal2 ganggu dia nk jumpa member-member dia..

So, hari minggu tu Iera tlh menjalankan beberapa misi dgn kawan baik Iera
kat UKM nie... Susah nak keluar dgn dia nie. Pakwe dia tak bagi,
walaupun dgn  Iera. Kdg-kdg je dpt keluar dgn dia...




Iera dan Ain..

Misi 1 : Makan
Kalau dah keluar tu... kalau tak makan kat luar memang tak sah. So, hari tu kami g makan kat Pizza. Klu ikutkan hati memang Iera dh taknak makan kat Pizza lagi lepas Iera muntah-muntah lepas makan kat Pizza Hut tu. Tp, disebabkan kawan Iera tu teringin sangat nak makan Pizza...Iera ikutkan je. Tp kali nie Iera dah tak makan pizza. Iera try makan spagethi pulak. Alhamdullillah...xde apa-ape yang berlaku...


Misi 2 : Handset baru...
Ok...Iera tipu je. Iera mne mampu nak beli handset baru nie. Tp...handset Iera telah berwajah baru memandangkan handset Iera yg lama tu teramatlah buruk 'tak cantik'

Handsetku yg berwajah baru. Pink g2...
Iera xberapa minat sangat warna pink nie.
Disebabkan dh takde warna biru...terpaksa
gak ambik warna nie.

Misi 3 : Mencari sandal
Disebabkan sandal Iera telah buruk ditambah sandal tu licin... Misi mencari sandal telah dilakukan. Ingatkan nak cari sandal kat kedai-kedai kasut biasa kat Metro Kajang je.. Tapi, setelah menemani kawan Iera ke Parkson...Iera telah menjumpai satu kasut yang cantik sesuai utk  kaki Iera... Bkn taknak beli kasut kat Parkson..tp tau lah kat Parkson tu kebanyakannya mahal-mahal dan branded-branded pulak tu...

Tp....



Cantik tak? Kasut jenama G. Davin yg berharga RM17.70
setelah diberikan potongan sebanyak 70%. Huhu...
belum pernah Iera beli kasut setebal nie..

Misi 4 : Mencari makanan sebagai bekalan di dalam bilik...
Makanan nie penting sebagai alas perut ketika kelaparan. Tak banyak pun Iera beli. Just milo dan sedikit biskut. Kami beli makanan tu kat Giant Metro Kajang... Tengah-tengah cari barang tu...sembat buat servey pasal tarikh luput pad. Haha...nie pasal ade yg tanya tntg tarikh luput tu lah. Iera ade tanya kawan Iera pasal tarikh luput tu. Dia ckp ada. Lepas tu Iera suruh dia tnjk kat mana... Klu bab-bab kesihatan, kecantikan, atau penampilan...tanya saja pada dia. Dia memang bayak tau pasal nie. Tp alih-alih tak jumpa...

So, dia kata....
Kalau pad tu nampak macam berberai-berai (huhu, tak tau nak terang mcm mne...boleh faham tak agak2?)
Struktur dia dah tak berapa elok seperti biasa...maknanya pad tu dah tamat tempoh.

Kat bawah nie ade sedikit info pasal tuala wanita yg Iera ambil kat sini 

DARI BAHAN  APA  TUALA WANITA DIBUAT?
kertas buangan seperti kertas kitaran semula, kertas tebal,kotak dan pulpa kayu yang disembunyi bakteria serta kuman yang membahaya.

BAGAIMANA PULA DI PROSES?
kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. klorin sejenis yang dinamakan DIOKSIN akan terhasil dalam proses pelunturan berklorin.


SETELAH PROSES  
terhasillah produk pakai buang-pakai buang wanita seperti tuala wanita,PANTILINER DAN TAMPON

APA DIOKSIN?
KESAN KETOKSIDAN AMAT KUAT,IA ADALAH 130X LEBIH BERTOKSIN berbanding cyanide dan 900x lebih bertoksik berbanding arsenic.ia juga bergelar sebagai TOKSIN YANG PALING KUAT pd zaman kini. pusat penyelidikan kanser antarabangsa telah menjelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan pemyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. kajian perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan dioksin dalam tahap yang rendah 

APA KESAN BOLEH DAPAT DARI DIOKSIN
berupaya menyebabkan kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran, dan sakit puan yang lain


TANYA DIRI ANDA?
masih mahu menguna kan tuala wanita yang berkualiti rendah dan harga yang murah

Setiap wanita menggunakan Ledih kurang 15,000 keping tuala wanita di sepanjang hayatnya!Maka, risiko terdedah terhadap DIOKSIN bersamaan 15,000 kali!!!!
pengunaan tuala wanita berkualiti rendah == mencetuskan penyakit


P/s: Betul atau tak...wallahhualam





Sunday, January 24, 2010

Malang yg Tidak Berbau

Pernah tak korang semua mengalamai nasib malang
yg tidak disangka-sangka dalam hidup korang?
Iera pernah... Korang plk mcm mane?
Ok2...Iera tau semua org pernah mengalami nasib mlg dlm hidup.
Plg kurang pon mungkin sekali dlm seumur hidup... 
Klu xnk panggil nasib malang pun...boleh lah klu korang nk
panggil ia sebagai dugaan..

Meh kita intai nasib malang yg pernah Iera alami....

Kisah Malang 1: Dikejar Anjing

Cerita nie sbnrnya dh lama. Masa tu Iera sekolah rendah lagi. Masa tu sesi persekolahan Iera adlh pada waktu petang. Nk dijadikan cerita...ma Iera suruh lah Iera dan adik perempuan Iera pergi Kelab (Dewan TNB yg dipanggi Kelab)..belikan roti canai...Kami pergi kat sana dgn menaiki basikal. Jadi, kami tlh buat giliran...iaitu..masa pergi adik Iera akn bwk basikal manakala Iera plk bwk basikal masa balik nanti.

Dalam perjalanan tu...tiba-tiba Iera ada nampak sekumpulan anjing liar. So, Iera ckplah kat adik Iera yg Iera takut kalau-kalau anjing liar tu kejar kami. Dgn tenang, adik Iera ckp...xpe2, anjing tu takkan kejar kite punya. Tp...dlm hati Iera masih lagi b'debar-debar masa tu. Tiba-tiba... adik Iera bertempik (menjerit-jerit). Dalam keadaan blur dan tak tahu apa-apa. Iera tanya lah adik Iera sbb apa dia menjerit. Dia ckplah yg anjing tu kejar kami... Iera ape lagi, terus suruh adik Iera bwk basikal laju-laju. Tiba-tiba...boleh pulak rantai basikal tu putus di tengah jalan. Iera dah cuak gila dh masa tu. Nasib baik lah lps je rantai basikal tu putus, anjing tu terus berpusing...dah tak kejar kami dah...

Dalam perjalanan pulang...abah Iera dtg ambik kami. Wah, kuat gila adik Iera bertempik sampaikan ayh Iera pun boleh dgr.. Hahaha. Bila difikirkan balik...mcm lawak je. Org lain yg takut...Org lain pulak yg bertempik kuat-kuat...
.

Kisah Malang 2 : Tak dapat Balik Rumah

Ni pun sebenarnya cerita masa kecik-kecik dulu. Iera tak pasti sama ada betul ke tak Iera telah 'dikacau ' masa tu. Klu tak silap masa tu Iera masih kat tadika atau dlm darjah satu atau dua. Masa tu Iera tinggal kat rumah flat. Iera pergi lah kat rumah kawan Iera kat tingkat empat. Bila dh nak dekat maghrib tu Iera nak balik lah rumah Iera kat tingkat satu.... Masa awal-awal tu Iera tak perasan lagi tp bila dh sampai kat tingkat dua, Iera tengok tingkat tu jadi tingkat tiga balik. Turun lagi kat tingkat satu...sepatutnya dah sampai kat rumah Iera tapi Iera tengok tingkat satu tu jadi tingkat dua. So, Iera turun lagi setingkat....dah sampai paras bawah sekali dah. Last-last Iera naik balik kat rumah member Iera tu sambil nangis-nagis. Akhirnya, mak kawan Iera tu pun hantar Iera sampai kat rumah. 

 

Kisah 3: Problem dengan Member sedorm

Kadang-kadang...kita cuba berbuat baik dengan orang lain...cuba tolong kawan sendiri tp...malangnya apa yang kita buat tu langsung tak tak dihargai...

Masa STPM dulu...bila kwn Iera tu dah tau yg Iera akn duduk di sebelah dia, terus je dia ckp awl-awl yg dia suruh Iera tolong dia. (Apa lagi, nak meniru lah). Hm...tak nak bagi kan...member sedorm so terpaksalah setuju. Konon-kononnye..masa tu Iera antara best student sekolah lah. Masa jawab soalan ekonomi 1, dia mintak nak meniru Iera soalan objektif. So, Iera letaklah jawapan tu kat sebelah tepi... Rupa-rupanya dia tiru semua soalan objektif tu. Bila Iera dh dapat tau, terus Iera dh tak letak tepi lagi dah. Iera cme bagitau jawapan klu dia bgitau soalan mana yg dia tak tahu...

Hm..ye lah, kita penat-penat dh study...dia boleh plk tiru SEMUA jwpn tu. Klu dia tru sikit je tak kisah lah kan.... Last-last dia tak puas hati. Lps tu terus cakap kat member sekelas dia yg Iera nie kedekut nk bagi jwpn kat dia. Kwn-kwn dia terus pandang serong kat Iera. Nasib baik member-member sedorm Iera yg lain berpihak kat Iera w/pon ade member-member Iera tu yg sekelas dgn dia jugak.

Lepas tu dia dh tak bertegur sapa dah dengan Iera. Kalau ikutkan hati...memang lah sakit hati nie. Tp...last-last kesian pulak kat dia pasal member-member Iera dh macam tak layan dia. Kebetulan masa tu birthday dia dah nak dekat. Kwn sekelas Iera yg kesian kat dia terus merancang nak kutip duit ,nak buat surprise kat dia nak sambut birthday dia. Last-last, Iera jgk yg mintak maaf dgn dia. Mungkin cara Iera masa tu agak kasar kot....


Hm...yg lps tu biarlah lepas...xkan psl hal kecik mcam ni pun sampai nak putus sahabat pulak kan...


Kisah 4: Dapat Roommate yg Tak Serasi dgn Jiwa

Hm...sepanjang Iera duk kat UKM nie...Iera asyk dpt Rummate yg tak serasi dgn kehendak jiwa Iera je. 
 
1st year: Bergaduh dgn roommate. 
 
Hm...Iera tak tahu apa yg tak kena sebenarnya. Tiba-tiba roommate mcm dh benci Iera je. Dia tiba-tiba tak bertegur sapa dgn Iera. Tp...Iera still tegur dia elok-elok. Klu dia marah-marah pun, Iera diam je. Pastu suatu hari tu kawan Iera tiba-tiba dtg serang Iera ckp Iera biadab dgn Roommate. Kebetulan pulak masa tu final exam dan Iera tengah bersia-siap nak g exam. Tau lah Roommate tu tua setahun dari Iera, tp klu ade tak kena ke ape salahnya tegur elok-elok. Hm...rupa-rupanya hal kecik je. Iera sangat terkilan ngn kawan Iera masa tu. Masa tu  Iera dah anggap  dia kawan Rapat Iera. Klulah dia bagitahu apa yg tak kena.... Disebabkan mereka senegeri...sanggup buat Iera macam tu...
 
Apa-apa pon, buang yg keruh...ambil yg jernih. Kitaorg masih lagi bertegur sapa kalau bertembung tp dah tak serapat masa sebelum kejadian tu.
 
2nd year n 3th year: Dapat roomate yg tak serasi.
Hm...dgn dieorg, alhamdulillah lah pasal kami tak de plk gadoh2... Tp...cuma Iera tak berapa b'kenan dgn cara dieorang. Yg sorang tu dia rapat dgn lelaki. Asyk cerita psl ramai lelaki minat kat dia je. (Padahal dia tu tak cantik biasa-biasa je ). Yg sorang lagi plk asyik bersepah je tempat dia...sakit mata Iera memandangnya.
   

Kisah Malang 4 : Muntah-muntah masa tgh Berjalan-jalan

Kisah ni plk baru je berlaku minggu lepas. Iera keluar sebab nak cari pencuci muka. Hm...kami keluar kajang ramai-ramai masa tu. So, hari tu kami g makan nat Pizza Hut. Masa makan kepingan pizza yg ketiga, perut Iera dh start rasa senak. Lps tu...kami ke Metro Point. Masa tu... masa nak jalan perut Iera akn rasa senak. Lps keluar dr Metro Point Iera terus rasa nk muntah. Cpt-cepat Iera ke Toilet.

Lepas tu, kami ke Watson plk. Dalam watson tu Iera rasa nk muntah lagi...cepat-cepat Iera tahan dgn tangan. Lepas tu Iera keluar dari Watson tu dan muntah sekali lagi kat tong sampah kat luar tu. Org yg kerja kat sebelah kedai Watson tu pandang semacam je..tp lantak lah.

Kami teruskan perjalanan kami ke Metro Kajang pulak. Igtkan lps tu dah elok dah. Rupa-rupanya, lepas keluar dari Giant, Iera terasa nk muntah sekali lagi. Terus Iera cari toilet kat situ...tp dah tak sempat. Nasib baik dah tahan dgn tangan. Sampai kat toilet tu terpaksa mengeluarkan siasa-sisa yg masih ada dan basuh tangan Iera.

Masa dlm perjalanan balik, sebelum melintas jalan nak naik rapid ke UKM...tetiba ada pak cik teksi hon-honkan kereta dia. Dengan muka berkerut Iera pandang lah kat teksi tu. Dalam hati ni pelik gak... Pak cik nie nk jalan ke, nak tanya kiteorang nak suruh naik teksi dia. Lps tu dia keluar....

Pak cik teksi : Kamu nie masam je kenapa. Saya nak gurau-gurau je. Kwn kamu boleh pulak senyum2 tapi kamu nie masam je.

Kawan-kawan yg lain dh terpinga-pinga. Dieorang tak tahu dia tujukan kat siapa masa tu. Tp...Iera tau dia tujukan kat Iera sebab Iera yg paling dekat ngn teksi dia dan sempat berpaling masa dia hon tu.

Pak cik teksi : Saya nak gurau-gurau je. Tp kamu nie serius je. Kamu sakit ke? Saya nie dah tua. Dah pakai  gigi palsu pon. Tak de lah sakit-sakit pun. Takkan nak gurau-gurau pon tak boleh. (Apa kene mengena pakai gigi palsu dengan sakit? Pelik betol Iera)

Iera senyap je masa tu. Ye lah, dah orang tengah sakit, takkan nak gelak-gelak pulak kan. Bukan berniat nak kurang ajar tp dah sakit-sakit macam tu...nak senyum pon tak boleh.    


Kisah dgn member sedorm dan
dengan rummate Iera masa 1st year tu
betu-betul buat Iera berhati-hati nak berkawan.
Nak buat baik pun, kita jugak yg kena.
Klu dh buat jahat tu tak taulah macam mana plk....

Apa-apa pun...semua tu banyak mengajar Iera erti kehidupan.
Tak semua yg kita harapkan akan terjadi.
Dan tak semua orang akan buat sama seperti
yang kita buat.
Kalau kita berbuat baik dengan orang pun...
tak semestinya orang tu akan buat baik dengan kita.
Tp...walau seteruk mana sekalipun berlaku ke atas diri kita
jgn sampai nak putuskan hbgn silaturrahim.
Sesungguhnya... 
Kemaafan adalah merupakan dendam yang terindah


Biarlah hal lepas tu dijadikan pengajaran dan jadikan ia
sebagai perkara yg dapat mematangkan diri Iera.




Wednesday, January 20, 2010

Perhatian kepada semua kaum wanita: Sila check dahulu tuala wanita yg anda pakai

Hari tu, masa g klas keusahawanan
Ade lah lecturer Iera sebut pasal perempuan yg mengandungkan anak tikus...
(Anak tikus? Korang blh bayangkan tak? Huhu, terkejut gak)
Dan bdk tu mengandung disebabkan oleh pemaikaian pad yg telah luput waktunya...

So, hari nie g lah taip kat google nk cari psl hal nie...
Klik sini
Semangat nie nak kongsi ngn korang semua...
Harap2 dpt dijadikan iktibar kpd kaum wanita semua...
Oh ye...lelaki pon kne ambik tau psl nie gak
Kot2 lah nnt nk belikan pad utk mak, kakak, adik atau isteri..

Meh cni kita baca kisah bdk pompuan tu.
Kisah tu sbnrnya dlm bhs CINA dan tlh ditranslatekan
ke dlm bhs Melayu

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu....Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired, si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya.

Disebabkan kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah, loya tekak mcm orang2 mengandung tu... Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah MENGANDUNG.. ..

Maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki, masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat  20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN.


Oleh sebab itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut...Pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor...


Hal2 tuala wanita nie pon xblh nk ambik mudah tau.
Check tarikh luput pad tersebut...
Pilih pad yang Berkualiti...
dan
Yg penting Amalkan Kebersihan...
nanti tak pasal2 ade telur tikus ke...lipas ke..dll.
Kang tak pasal2 mengandungkan ank tikus/lipas.
Lagi ngeri lps tu dh tak boleh mengandung dah.

P/s: Ada lgi info dan tips pasal tuala wanita yg Iera cari kat google. Nk masukan dlm en3 nie kan takut pnjg sgt. Nnt korang bosan plk nk habiskan baca en3 nie. 



Monday, January 18, 2010

Aduhai Iera.....

Ptg tadi dlm kul 5 lbh...Iera keluar jogging dgn kwn Iera kat Stadium UKM. Aduh...lme btol tak jogging nie. Spnjg masuk UKM nie...nielah first time Iera jogging. Mmg lme btol tak exercise nie...Sblm nie, klu x cilap Iera last exercise pon mse 1st year kot. 2 pon ronda2 UKM ni ngn basikal yg disewa kt Kolej yg Iera duduki, Kolej Tun Hussein Onn. Basikal nie blh disewa klu x cilap RM2. Start blh sewa dlm kul 5-7. Mse minggu orientasi awl2 msk UKM, joint bola jaring lawan ngn bdk2 kolej lain.

Disebabkan dh lama benar tak jogging...baru round ke3 Iera dh start penat. Kat mata nie dh start b'pinar...nmpk hitam2 bwh mata. Round ke-4...dh btol2 tak larat... Tambah2 bru lps mkn dlm kul 3..ble dh lari2 cam tu...Iera ade rse mcm nak muntah je... Nsb baik tak t'muntah kat c2. Klu tak buat malu je. Dah lah smlm mse klua kt Kajang pun dh t'muntah2... (ops, muntah time tgh2 jenjalan...Malu je. Igt nk post psl cte 2 tp xde gmbr. Klu blh dptkn gmbr ngn kwn Iera nnt...Iera akn post psl tu ek). Mungkin sbb mknn blm habis dihadam kot.. 2 yg rse nk t'muntah. Sesiap yg tau sbbnye...sbb pe Iera rse nk t'muntah mse b'jogging ni...Bgtau la ye... hehe

Nasib baik kwn Iera tu berhenti dh lps tu... Klu tak...tak tahulah Iera mcm mne... 2lah...asyk t'perap dlm bilik je kje, bknnye reti nk exercise pon. Ternak lemak je kjenye. Mujurlah tak gemuk. Ahaks... Nasib nk g ke Fak kne jalan kaki dlu. Exercise lah tu kire. (Haha, kira ke camni?) Nak jenjalan ke Fak tu ambik mse dlm 15 min..Ok lah tu kan? kan?  




Kata-kata hikmah bhg 2

Hari nie Iera nk kongsi Kata-kata hikmah tentang adab plk. Sebelum nie Iera dh janji nak post en3 pasal Kata-kata hikmah yg Iera ada kan? So...Iera wajib tunaikan janji Iera. Kan tak pasal2 b'tambah plk dosa... Orang yg tak tunaikan janji nie tergolong dlm golongan org munafik... So...Iera xnak lah kan jd org munafik nie. Seboleh mungkin Iera akn cuba tunaikan jnji yg tlh dibuat...(Cis, Budget baik lah nie)

Ok...dah cukup Iera merepek pnjg2... So, tengoklah kata2 hikmah yg Iera ada nie...Let's check it out:

Kata-kata Hikmah Adab
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).       
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. (Aristotle)  
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle).       
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam. (Budiman).     
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).     
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka).      
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.(Hamka).       
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam Al-Ghazali).     
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).      
  • Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).      
  • Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka).    
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka)       
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).     
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. (Maksud hadis). 

Saturday, January 16, 2010

KATA-KATA HIKMAH

Hari nie Iera nak kongsi dgn korang semua pasal kata-kata hikmah yang juga dipanggil sebagai mutiara kata. Dulu Iera suka sangat kumpul kata-kata hikmah nie. Siap salin dlm buku khas lagi. Kawan2 Iera siap pinjam buku tu dengan Iera lagi. Tp, malangnya buku tu dah hilang.

Minat Iera nak kumpul kata-kata hikmah nie timbul masa Iera baca sebuah novel yang ada banyak kata-kata hikmah. Novel tu bertajuk Bila Sena Kembali Berbunga. Best cerita tu...byk gak pengajaran yg dpt diambil.  Spe yg dh bce??? Sila angkat tangan...(hihi, promote novel plk). Yang penting, kata-kata hikmah tu mungkin dpt memotivasikan diri....


Kata hikmat sahabat .
  • Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
  • Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
  • Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
  • Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk dengan orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
  • Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman, maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadai sahabat.
  • Tiadalah yang menyentuhkan engkau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang engkau tidak malu kepadanya.
  • Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
  • Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
  • Manusia yang paliang lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya.
  • Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya, maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya. Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya, seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya. Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya, seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
  • Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
  • Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita, kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
  • Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
  • Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu, kemiskinan menjadi penolaknya.
  • Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
  • Sahabat yang sebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
  • Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita, tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
  • Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
  •  Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di lautan. Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
  • Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
  • Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
  • Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
  • Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
  • Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan, pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
  • Supaya engkau beroleh sahabat , hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
  • Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
  • Bila orang merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
  • Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
  • Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi.
  • Apabila orang soleh memandang akan orang fasik maka ia mendoakan "Wahai tuhanku, kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya. 


Hm...byk lagi kata-kati hikmah yg Iera ade. Tp...byk sgt. Insyaallah Iera akn masukkan dlm en3 yang akn dtg.