Wednesday, October 27, 2010

Cepatnya Masa Berlalu

Cepat betul rasanya masa berlalu sekarang... Rasa macam baru je masuk UKM ni. Tup2 dah final year skarang. Dua tiga minggu lepas duk penat bersengkang mata, berhempas pulas dengan asignment dan projek paper....skarang ni dah start final exam. Adoi, rasa macam belum bersedia sepenuhnya lagi. Maklum lah, kalau sebelum-sebelum ni, ada jugak masa satu minggu untuk study week. Masa tu boleh jugakla nak memulihkan tenaga dan mood lepas penat-penat buat projek paper.... Ni tak, mood belum pulih sepenuhnya tapi dah nak final exam dah. Hari Jumaat lepas baru present projek paper International Management tapi hari Isnin tu terus dah ada exam Makroekonomi.... So skarang ni ada lagi 4 paper yang perlu Iera tempuhi.... Paling terdekat esok...

28 Oktber 2010-------->Pengurusan Antarabangsa
30 Oktober 2010--->Etika & Tanggungjawab Perniagaan
9 November 2010----->Prinsip Kewangan Korporat
11 November 2010---->Pengurusan Operasi

Boleh dikatakan semua subjek berat-berat ni. Harap-harap semua subjek lulus dan takde subjek yang perlu diulang semula.... Ya Allah Ya Tuhanku....tolanglah hambaMu nie. Permudahkan segala urusanku...

Saturday, October 16, 2010

Stress dan sedih.....apa perlu Ku buat?

Sekarang ni musim busy terutamanya bagi pelajar-pelajar. Rata-rata duk cerita pasal asignment dan projek paper yang berlambak-lambak yang perlu dihantar tak lama lagi. Iera pun macam tu jugak, tak terlepas daripada bebanan kerja yang berlambak-lambak tu. Huhu..... Makin stress bila kerja yang perlu disiapkan tu tak boleh nak buat. Tak de idea langsung.... Sangat tension tau.....

Kalau tak buat kerja tu comfirm tak dapat siapkan. Tapi, idea nak buat tak de pulak. Lagi terkejar-kejar nak buat projek yang lain jugak... Bila difikir, lagi stress dibuatnya. Bila dah stress pulak semua kerja tak jalan. Lepas tu hati ni jadi makin sensitif pulak. Tak ada angin tak ada ribut, hati ni boleh pulak rasa sedih tiba-tiba.  Jadi, perlu buat sesuatu nak redakan stress tu....

Jadi....meh kita intai cara-cara nak redakan stress cara Cik Iera kita nie...hehe (Cis...macam lah pakar sangat nak redakan stress tu...hihi) . 


1) Mengadu
Mengadu merupakan salah satu cara untuk meredakan stress. Ni merupakan salah satu cara yang Iera buat nak redakan stress tu. Telefon Si Dia mengadu sebab tension tak boleh nak buat projek paper ni. Walaupun dia tak dapat nak bantu, mungkin dia boleh bagi cadangan macam mana nak selesaikan problem ni. Paling kurang pun bolehlah legakan sedikit perasaan tension tu. Tapi, mengadu ni tak semestinya mengadu pada pasangan sahaja. Bagi yang rapat dengan mak ayah tu bolehlah nak mengadu pada mak ayah. Erm....Iera kalau bab-bab mengadu jarang la cerita pada mak ayah sebab selama ni pun Iera jarang mengadu pada mak ayah Iera. Dan....yang paling penting sekali yang lupa nak mengadu pada yang esa.

2) Tengok Wayang
Ni cerita 2 hari lepas. Bila dah stress dengan kerja yang bertimbun-timbun ni, sempat lagi keluar tengok wayang. Opss....hehe. Hari tu Iera dan Ain tengok wayang cerita Jangan Pandang Belakang Congkak 2... Not bad lah cerita dia. Kelakar pon kelakar jugak. Walaupun kali ni Shaheizy Sam tak belakon, tapi...bila tiba part kelakar....gelak sakan jugak dibuatnya. Nak-nak Iera paling suka part mereka berbalas pantun dalam cerita tu. Nak berlawan pun sempat lagi berbalas pantun...Sekurang-kurangnya, bila kita gelak-gelak ni boleh legakan perasaan stress tu.

3) Layan lagu
Ni pun merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan beban tension. Pilihlah lagu-lagu yang boleh memberikan semangat dan motivasi kepada kita. Contohnya, lagu Lenka - Trouble is a Friend. Boleh rujuk entri Troube is A Friend? yang pernah Iera tulis dulu. Lepastu...kalau nak melalak sekali pun apa salahnya...ahaks.Tapi...sekarang ni Iera sangat suka dengar lagu tahjjud cinta. Suka dengar liriknya... Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan.....


Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
   
4) Berehat
Bila kerja dah berlambak-lambak tu, jangan la sampai terlalu bertumpu dengan kerja tu semata-mata. Sekurang-kurannya beri sedikit ruang pada diri sendiri untuk berehat. Jangan sampai terlalu tumpukan kepada kerja yang bertimbun tu sampai tak sempat nak rehat. Biasanya, bila kita dah terlalu lama buat kerja tu sampai tak fikir rehat, mungkin kualiti kerja yang kita buat berkurang. Sebab, bila dah penat...otak takkan berfungsi dengan sebaiknya.

5) Menangis....
Kalau dah tak tahan sangat dengan stress apa salahnya menangis. Sekurang-kurangnya ia dapat meredakan perasaan kita. Tapi cara ni boleh kita buat bila semua cara yang kita buat tu tetap tak dapat menghilangkan stress korang semua.


P/s: Tak tau la sebab apa last-last ni hati rasa sangat sensitif. Tetiba je rasa nak nangis.... 

Saturday, October 9, 2010

Terjah


Aktiviti terjah menerjah dalam blog sememangnya satu aktiviti yang disukai oleh kebanyakan bloger-bloger sekalian... Betul tak? Hm....dulu-dulu masa awal-awal joint nuffnang memang selalu jugak la wat terjah menerjah ni. Tapi...tak tau la kenapa sekarang ni malas sangat nak terjah menerjah ni. Tak terasa macam awal-awal joint nuffnang dulu..

Cop...cop... Pesal pula melalut sampai terjah menerjah pasal blogwalk pulak? Padahal nak cerita pasal lain...hehe. Hm...ingat blogwalk saja ke yang buat aktiviti terjah menerjah. Takpun terjah dalam Melodi tu? Iera pun boleh buat terjah menerjah ni. Walaupun boleh dikatakan kerja gila...tapi dah namanya tanggungjawab, perlu la laksanakan jugak.

Ni la dia...gara-gara perlu siapkan projek Pengurusan Operasi, semalam kami terpaksa buat aktiviti terjah-menerjah. Kami nak kene interview company yang ada buat kawalan inventori. Dalam kata lain...kami terjah company yang ada buat kawalan stok barang-barang dia. Gara-gara tak dapat nak call untuk buat apointment untuk buat interview ni, terjahlah jalan penyelesaiannya...

Semalam, lepas habis kelas pagi tu, tunggu kawan sekumpulan yang lain untuk kami bertolak bagi melaksanakan aktiviti terjah menerjah ni. Lokasi pertama....Tesco Kajang. Lepas tanya kat kaunter kat Tesco tu...kami pergi la kat bahagian pejabat seperti yang diberitahu oleh orang kat bahagian kaunter Tesoc tu. Nak cari pejabat tu bukan main susah lagi. Last-last...bila dah jumpa tak dapat nak interview. Alasannya, perlu pergi kat HQ kat kepong baru boleh. Maklumat sulit....kalau setakat cawangan-cawangan cam ni tak boleh nak bagitau maklumat tu...

Lepas tu...kami teruskan perjalanan kami ke Mydin Mart Kajang pulak. Kami tanya pekerja kat situ nak jumpa bos yang handle stok atau inventori ni.... Pekerja kat situ cakap bos cuti pulak. Bila tanya pembantu yang uruskan stok pulak...dia cakap takde. Macam pelik la pulak, takkan la takde pembantu yang nak uruskan pasal stok tu sedangkan masa tu memang sah-sah tengah ada lori yang hantar barang. Mestilah kene ada pembantu yang nak uruskan pasal stok-stok barang kat lori tu kan... Lepas tu...Yang ni pun alasan sama...kene pergi kat HQ jugak.... Hm...susah jugak bila dah besar sangat...semuanya kene refer HQ. 

Jadi...memandangkan dah tengahari...kami decide nak makan dulu. Lokasi terjahan kami untuk makan ialah KFC. Dah lepas makan tu...kami teruskan lagi terjahan kami. Kali ni kami decide ke pasaraya yang lebih kecil kat hentian kajang. Dah lupa la pulak nama pasaraya tu....hehe. Alhamdulillah....akhirnya dapat jugak sedikit maklumat daripada pekerja kat situ. 

Boleh dikatakan tindakan terjah kami ni berjaya jugaklah. Walaupun terpaksa berhimpit-himpit seramai enam orang dalam kereta kancil kami tak kisah...Lawak jugaklah kalau difikirkan balik...hehe. Apa-apa pun, ni merupakan pengalaman yang menarik jugak kalau dikenang suatu masa nanti... To Aini, Nora, Ziera, Rebecca, dan Boon....Iera enjoy lakukan aktiviti terjah ni dengan korang semua....

p/s: Kalau nak baca entri versi Aini boleh terjah entri pasal 6 dara pingitan

      


Tuesday, October 5, 2010

Derita Merindu

"Jadikan diriku bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

Aku mahu jadi seperti pohon yang rendang tersebut... Tapi, aku tak mampu. Hati aku masih lemah. Sungguh, aku cuba jadi kuat. Tapi.....cinta tu buat aku jadi lemah. Bila aku berharap...berharap dan terus berharap tapi.....

Aku dah cuba jadi wanita yang memahami dan aku sememangnya mau jadi seorang yang memahami terhadap mu. Tapi....sakitnya perasaan ini. Sunguh, derita merindu ni tak dapat diubati. Ubatnya hanya ada padamu. Andai kau tahu betapa aku berharap. Setelah kau tanam janji tu tapi kau tak dapat tunaikannya. Dan walaupun kau punya alasan yang kukuh tapi kadang-kadang hati ni tak dapat terimanya.... Kerana aku terlanjur mencintaimu. Perassan ni tak dapat ditarik balik.

I miss you so damn much....but


Ketahuilah wahai lelaki, bila seorang wanita jatuh cinta setiap saat....setiap ketika kau akan tetap akan diingati. Setiap saat kau berada di hatinya.

P/s: Sorry kalau Iera merepek merapu di sini.....