Friday, August 22, 2014

Persiapan Perkahwinan : Lokasi Pencarian Barangan Persiapan Hantaran Perkahwinan

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni Iera nak kongsikan beberapa lokasi yang telah menjadi pilihan Iera untuk mencari barangan persiapan hantaran. Sebelum tu kita tengok dulu contoh rupa hantaran yang telah Iera buat untuk majlis perkahwinan Iera dulu yer. Insyaallah....nanti Iera akan kongsikan semua hantaran yang telah Iera hasilkan. (Sebenarnya masih menunggu gambar daripada official photographer. Gambar semestinya lebih cantik kalau diambil dari OP nie kan)

Hantaran jam tangan yang dihasilkan oleh Iera.
Hantaran buah-buahan


Antaranya lokasi yang menjadi terjahan Iera untuk mencari barangan hantaran ialah:



1) Kaison Paradigm Mall

Pintu depan Kaison Paradigm Mall

Antara bunga-bunga yang dijual di Kaison

Untuk pemilihan bunga bagi tujuan menghias hantaran perkahwinan, Iera telah membeli beberapa jambak


bunga artificial di Kaison. Rupa bunga yang dibeli boleh dilihat pada contoh gambar hantaran di atas. Iera telah membeli bunga orange peach tu di Kaison pada harga RM14.90 sejambak dengan setiap jambak mempunyai 11 kuntum. Sangat suka bunga tu sebab ada banyak kelopak. Berbaloi dengan harga yang dibeli.

2) Yen Riben Sdn. Bhd.






Untuk pengetahuan, Yen Riben ni merupakan kedai barangan perkahwinan yang terdapat di Semua House, Jalan Tar Kuala Lumpur. Iera telah membeli kertas gold yang digunakan untuk melapik polisterin bulat untuk hantaran. Haraga sehelai RM3.00 (tak tau harga mahal ke tak. Masa tu Iera beli sebab berkenan dengan texture dia dan dalam kepala masa tu berkira-kira yang tema kahwin ada sedikit warna gold. Jadi, tanpa berfikir panjang Iera terus beli kertas gold tu sebanyak 9 keping untuk 9 bekas polisterin). Untuk kertas gold ni Iera telah membeli sebanyak 9 keping dengan total RM27.00.

3) Kraf Perkahwinan Cinta

Iera tau....sebenarnya tak ramai yang tau kedai ni kat mana. Iera jumpa kedai ni pun kebetulan sebab masa tu tengah mencari kedai-kedai printing/perkahwinan area Kelana Jaya. Masa tu tengah set dalam minda nak cari jugak kedai yang ada menjual Kad Kahwin. Kebetulan masa sangat suntuk masa tu.....nak tunggu keluarga lelaki tetap tarikh masa tu sangat lambat. So, Iera sanggup berjalan kaki ke plaza glomac dari rumah sewa, Kelana Putri semata-mata nak survey kedai kad kahwin.

Tengah jalan-jalan tu akhirnya jumpa satu kedai barangan perkahwinan berdekatang dengan kedai-kedai makan. Last-last decide nak masuk kedai tu. So, tinjau-tinjau barangan yang ada di dalam kedai tersebut. Akhirnya terberkenan dengan design hantaran yang menggunakan kain lace. Nak tau macam mana kain lace tu boleh rujuk pada gambar di bawah.

Hantaran menggunakan kain lace.
Masa tu angan-angan nak buat hantaran menggunakan bunga keliling polisterin tu sebab kebetulan tertengok di kedai sayang you. Tapi bila difikir-fikir balik...kalau Iera betul-betul menggunakan bunga di sekeliling polisterin tu....kita terpaksa menggunakan bunga yang sangat banyak. Paling kurang kita perlu gunakan dua barisan untuk bunga sahaja. Akhirnya, bila dah terberkenan dengan contoh hantaran di kedai tersebut, Iera terus tukar plan sikit. Takdelah kita perlu guna bunga yang terlampau banyak. Sebenarnya, kalau diikutkan, guna kaedah menggunakan lace ni pun memang Iera pakai bunga yang banyak (dah namanya nak buat bunga keliling jugak kan). Cuma, sekurang-kurangnya Iera dapat jimat penggunaan bunga sebanyak 50% di situ.

Okey, sebenarnya Iera sangat puas hati pergi kedai nie. Walaupun kedai ni tak banyak pilihan mana berbanding di Jalan TAR...tapi taukey kedai tu sangat ramah. Dia siap tunjukkan macam mana nak buat hantaran tu dan siap tolong matchingkan warna bunga, kain lace, dan reben yang sesuai. Customer service dia memang tip top lah. Sangat puas hati dengan layanan yang diberikan. Sanggup Iera datang hari lain dengan membawa bunga yang dibeli di kaison semata-mata nak dapatkan pandangan dia untuk matchingkan dengan bunga lain. Bukan setakat bunga jer, Iera siap bawak bunga tangan yang Iera buat sebab nak dapatkan pemilihan reben yang sesuai dengan pearl handbouquet <---klik berkenaan="" buat..="" entri="" font="" handbouquet="" iera="" melihat="" nbsp="" perl="" pernah="" unuk="" yang="">

So, antara barangan yang Iera beli di kedai ni ialah kain lace 9 meter, reben, dah bunga. Sesiapa yang rasa nak dapatkan pandangan nak membuat hantaran atau apa-apa sahaja peersiapan perkahwinan bolehlah datang ke kedai ni. Tak rugi dan sangat berpuas hati. Bagi yang duduk berhampiran dengan Kelana Jaya, bolehlah singgah kedai ni. Alamatnya J-01-1, Jalan SS6/18, Dataran Glomac, Kelana Jaya, 47301 Selangor.

Ok lah...setakat ni dulu Iera cerita berkenaan lokasi pencarian barangan persiapan hantaran perkahwinan. Memandangkan entri kali ni pon dah terlampau panjang...kita cerita di entri berikutnya. Mungkin entri berikutnya Iera akan ceritakan lokasi kedai barangan perkahwinan sekitar Terengganu. Till then.... 

Bye-bye


Nukilan dari,




Thursday, August 21, 2014

Idea Perkahwinan : Guestbook


Kalau diperhatikan sekarang macam dah jadi trend yang setiap majlis perkahwinan mempunyai ruangan buku tetamu (Kalau nak glamour lagi kita panggil sebagai guestbook corner). Dulu masa nak mencari idea-idea untuk majlis kahwin, Iera banya bukak blog b2b...tengok idea-idea dieorang bagi majlis bersejarah diaorang. 

Fungsi guestbook corner ni tak lain tak bukan buat kawan-kawan atau saudara mara menulis ucapan-ucapan dieorang buat pasangan pengantin. Lagipun majlis ni kita harap cukup sekali seumur hidup....nanti dah lama-lama bila kita belek-belek buku tu mesti akan memberikan kita seribu macam perasaan. Nak-nak kalau ucapan yang diberikan tu mengeletek tangkai hati kita. Tak kering gusi kita ketawa dengan ucapan-ucapan yang mereka berikan. Plus.....ucapan tu boleh dikira sebagai doa daripada tetamu buat kita. Lagi banya doa daripada tetamu kita, lagi baik kan???? 

So, apa lagi....jangan lupa jelajah blog-blog b2b yang pernah buat guestbook corner ni. Insyaallah, ia boleh berikan kita sedikit idea untuk design guestbook & guestbook corner ni. 

Jom kita tengok contoh-contoh guestbook ex-b2b yang lain:

Ex-B2B Farisha.
Cantik dan creatif guestbook yang dia buat ni. Kalaulah tangan ni sekreatif Farisha kan....
Soooooooo korang boleh jengok idea membuat Guestbook ni pada link gambar tersebut.





Ni pulak guestbook yang dihasilkan oleh Puan Aishah. Cantik...pandai dia buat quiling. Dulu ada jugak bercadang nak buat quiling ni...tapi tangan ni keras lagi. Tak selembut dan sekreatif tangan Puan Aishah. Kalau korang kreatif bolehlah cuba buat guestbook gunakkan kaedah quilling nie yer. So, korang boleh jenguk sendiri blog. Klik jer link pada gambar di atas.



Hamek ko...sekali guestbook di majlis Puan Mai ni ada dua. Satu yang dia tempah, satu lagi pulak kawan dia tolong buat. FOC jer. Cantik jugak yer.... Kalau korang rasa nak tempah bolehlah jengah blog Mai ni...dia ada bagi link blog/facebook tempat dia tempah ni. 


Blog ni ada menceritakan macam mana dia brainstorm untuk dapatkan idea guestbook. Duk sibuk-sibuk baca blog dia sekali tengok contoh guestbook beserta website untuk menempah guestbook nie. Tengok nama pada pic guestbook kat bawah nie rasa-rasa macam kenal.




Sekali tengok...confirm kenal. Ni adik sepupu Iera ni. Rupa-rupanya dia tempah guestbook kat Scrap@perclip. Tapi harganya ya ampun...rata-rata dalam RM300 dan ke atas. Tak mampu den nak beli....baik buat sendiri kan. Kan...kan...kan? Jimat pun jimat.


Last, but not list Iera blog.

So....ni lah rupanya guestbook yang diolah dan dedisign sendiri oleh empunya badan. Simple jer...takdelah cantik sangat. Tapi bila dah dapat buat sendiri ni lagi puas hati. Sebabnya kita dapat jimat banya kos di situ. Kos membuatnya takdelah mahal sangat. Harganya kalau tak silap Iera anggar dalam RM30 je kot. Sebabnya sticker-sticker tu Iera beli kat popular yang direcycle balik masa beli untuk buatkan guestbook majlis kawin adik Iera dulu. Alhamdulillah....jimat kat situ. Puas hati weh dapat buat sendiri.

Buat B2B di luar sana...harap-harap post kali ni dapat membantu korang mencari idea untuk membuat guestbook. Kalau korang ada budget lebih bolehlah tempah jer...jimat masa. Buat yang nak jimat macam Iera ni...apa salahnya try search sendiri blog ex-B2B yang pernah buat sendiri. Banya idea dan manfaat yang boleh dicedok dari diaorang. Tak kisahlah tak secantik yang ditempah, yang penting kita puas hati dengan hasil usaha kita sendiri. Yang penting usaha tangga jaya....



Nukilan dari

Tuesday, August 19, 2014

Persiapan Perkahwinan : Misi mencari kasut kahwin

Sebenarnya entri ni dah lama ada dalam draft tapi still tak terpost. Memandangkan mood nak berblogging datang membuak-buak masa ni....akhirnya Iera decide nak post berkenaan kasut kahwin ni. Walaupun dah hampir 4 bulan jugaklah Iera dah bergelar isteri tapi tak kisah lah. Harap-harap ianya dapat membantu bakal-bakal pengantin di luar sana.

Kasut semestinya perkara yang penting bagi setap pengantin. Semestinya kita nak nampak anggun berseri di hari berseharah kita. Saat kita melangkah pasti menjadi perhatian tetamu-tetamu kita nanti.

Lokasi pertama misi mencari kasut kahwin ialah paradigm mall. Almaklumlah rumah sewa masa bujang dulu memang bersebelahan je dengan paradigm mall...jadi tu lokasi yang pertama Iera tuju. Jalan kaki pon boleh dari rumah sewa ke sana.

Sempatlah aim beberapa pasang kasut yang berkenan dihati. Design dah berkenan tapi kasut tu wajib cuba dulu. Yang penting selesa bila pakai kasut tu. Jangan lupa pakai dan jalan-jalan sekitar dalam kedai tu.

Akhirnya terberkenan dengan design kasut di kedai Opera. Cuba pakai pon selesa di kaki walaupun tinggi. Tapi tengok harga dua tiga kali jugak fikir. So hari tu balik dalam keadaan hampa kecewa.

Lokasi kedua pula di SOGO KL. Jalan punya jalan akhirnya terjumpa kasut berwarna beige ala2 peach. Kebetulan mak andam untuk majlis perkahwinan a.k.a mak saudara sendiri dah bagitau yang dia tak ada sediakan kasut, jadinya membeli kasut kahwin adalah satu kemestian. Bila difikir dua tiga kali akhirnya decide nak beli kasut tu sebab sesuai dengan baju yang akan dipakai ketika bersanding. Tapi malangnya Iera lupa nak snap gambar kasut tu. Hehehe.... Sory ye bakal-bakal pengantin semua. So, kasut untuk bersanding dah confirm pakai yang dibeli di SOGO tu.

Tapi bila difikir-fikirkan balik, hati macam dah betul-betul berkenan dengan kasut yang dijual di butik OPERA, PARADIGM MALL. Sebabnya tak lain dan tak bukan sangat selesa memakai kasut tu...jalan pun rasa stabil. Kepala ni asyik duk terbayang-bayang jer pada kasut tu. Tidur malam pun rasa tak lena jer terkenangkan kasut tersebut. Ahaks....Last-last disebabkan keinginan yang begitu tinggi nak pakai jugak kasut tu masa majlis kahwin hari tu, dengan rela hati Iera beli jugak kasut tu.



Ni lah rupa kasut yang Iera dok berkenan-kenan sangat tu. Yang penting keselesaan kan..... bila dah terbeli jugak kasut tu jadi Iera buat keputusan pakai kasut tu pada malam akad nikah dan majlis sambut menantu.

So, buat bakal-bakal pengantin di luar sana tu....jangan lupa tanya mak andam/ butik penganti yang anda tempah di luar sana tu sama ada mereka ada sediakan atau tak kasut untuk majlis bersejarah anda tu... Jangan nanti last-last minit dapat tau yang kasut tak disediakan lagi lah stress anda dibuatnya. Hilang seri pengantin nanti kan...hehehehe


Nukilan dari

Monday, August 18, 2014

Pertama Kali Beraya Sebagai Suami Isteri

Assalamualaikum W.B.T


Terasa agak lama Iera menyepikan diri. Sekarang ni dah 3 bulan lebih bergelar seorang isteri. Masih cuba menyesuaikan diri....sebagai seorang isteri, sebagai seorang menantu, dan sebagai adik ipar. Alhamdulillah, nak sesuaikan diri dengan suami takde lah sukar mana disebabkan kami telah menyulam cinta 8 tahun sebelum berjaya mendirikan masjid. Walaupun ada juga sedikit perbezaan berbanding zaman bercinta dulu, tapi rasa-rasanya masih lagi dapat menyesuaikan diri dengan en. hubby. Cuma Iera masih lagi cuba biasakan diri dengan jadual kerja suami yang kerja shift....

Sekarang ni masih lagi cuba sesuaikan diri dengan keluarga belah suami... Hm...mungkin disebabkan perbezaan umur yang agak jauh bezanya dengan keluarga belah suami. Almaklumlah, En. Hubby kan anak bongsu, jadi beza umur dengan kakak & abg ipar agak jauh bezanya. Tambah-tambah terasa yang cara pemikiran kami agak berbeza..... Tapi takpe....Iera akan cuba belajar pelan-pelan.

Raya pertama hari tu kami beraya di kampung Iera di Jertih. Almaklumlah, adik Iera yang juga pertama kali beraya sebagai suami isteri pun balik ke Jertih tahun ni.....jadi lagi elok lah beraya di Jertih dok? Boleh lah spent time merasai kemeriahan bersama keluarga bersama-sama. Tahaun depan masing-masing raya pertama kami nampaknya beraya di rumah mertua la nampaknya.


 Gambar berdua sebagai pasangan suami isteri.
Baju raya tahun ni kami memilih putih sebagai tema.
Tahun ni berdua, Insyaallah tahu depan kami bertiga kot....
Amin.


 Kami bersama-sama dengan ma dan abah.


Adik 2nd bongsu yang masih belajar di Politeknik.
Kebetulan warna baju dia hari tu hampir-hampir sama
dengan tema warna kami.


Dengan ma & abah + the one & only adik lelaki dalam 
keluarga kami.

Petang tu kami terus balik ke Kg. Gaung, kampung halaman En. Suami, memandangkan dia bekerja tengah malam tu kami terpaksa rushing balik ke rumah En. Suami. Bersalam-salaman dan bersembag-sembang sebentar dengan mana-mana yang ada di rumah mak mertua kemudian berehat di kamar. Entah kenapa malam tu terasa macam nak demam. Demam ada makna kot??? Hehehe. En. Suami pulak tentulah tidur sebelum perlu bergerak ke tempat kerja.

Raya kedua pun tak sempat nak beraya mana. balik-balik dari kerja pagi tu terus En. Suami tidur. Petang tu barulah kami sembat beraya di dua buah rumah. Gambar dengan keluarga mentua pun takde...nampak gaya macam diaorang kurang bab-bab bergambar ni.....

 Sob...sob...tahun ni terpaksa belajar tak beraya sakan memandangkan En. Suami bekerja walaupun raya. Iera betul-betul perlu belajar tak beraya sakan...kalau tak tahun-tahun sebelum ni paling kurang pun Iera akan cuti sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyambut Aidilfitri. Cabaran baru sebagai isteri. Mudah-mudahan dapat sesuaikan diri untuk tahun-tahun yang akan datang.

Nukilan dari