Thursday, October 13, 2011

My Convocation Day



Alhamdulillah....dengan izin Allah S.W.T, akhirnya Iera telah berjaya bergelar sebagai Alumnai UKM.
Syukur sangat-sangat akhirnya berjaya menamatkan pengajian sebagai mahasiswi setelah berpenat lelah menempuh cabaran sebagai pelajar universiti. (Sebenarnya convo nie dah 2 minggu lebih pon. Maklumlah....Iera kan berblogging ikut mood. Hari nie tetiba rasa macam terlebih rajin pulak nak post blog...ahaks).

Sangat-sangat gembira dengan kehadiran keluarga tercinta yang sanggup meraikan majlis konvokesyen Iera. So....kali nie meh kita laya pic konvo banyak-banyak... Sampai termuntah pon takpe...hehe



With My Mom & Dad. Mudah-mudahan ia menjadi hadiah yang teristimewa buat 
mama dan abah.


Dengan Adik Iera...kami cuma beza 1 tahun.
 Lagi 3 hari dia pulak yang akan berconvo dan 
bergelar alumnai UNITEN.


 Dengan satu-satunya adik lelaki dalam keluarga kami.


Dengan adik lagi....huhu. Bakal menduduki peperiksaan
 SPM tahun nie. Hope dia dapat buat yang terbaik
 dan berjaya ke meneara gading nanti...


Dengan adik bongsu. Harap-harap dia pun 
bakal menjejakkan kaki ke
menara gading.....


Nie plak ngan anak saudara Iera.
 Sebagai pengganti Kakak Sulong Iera...hehe

Bersama-sama dengan keluarga tercinta. 
Atok pun sanggup datang semata-mata untuk meraikan 
kejayaan cucunya.

Tak lupa jugak buat kawan-kawan yang sanggup meraikan majlis konvokesyen bersama-sama. Sanggup berhujan berpanas demi Iera...huhuhu

Wif Ain. Kawan rapat Iera di UKM a.k.a my BFF.
Banyak bagi nasihat, buah fikiran yang bernas dan sebagainya. 
Juga sentiasa bersama dalam suka dan duka di sini...

Nie pulak dengan Aini.... Member rapat a.k.a kawan sekuliah
yang paling rapat. Kalau Iera boring selama nie dia lah
yang menjadi mangsa...hehe


Ngan Muniey.... Start rapat masa satu kelas bagi subjek Makro.
Hm...kesian dia, berkonvo sorang-sorang tahun nie. Family dia takde yang
datang pun. Tak sampai hati nak biarkan dia sorang-sorang jadi ajak
dia joint bergambar sama-sama dan duduk sama-sama dalam dewan.

Bersama salah seorang member sekelas masa form 6 yang
turut sama datang pada hari tu. Kebetulan dia sambung Master kat UKM
tahun nie. Dapat jugak lah bergambar kenangan dengannya.

NEXT
Sesi Pre-Photoshoot dengan kawan rapat UKM... Matun & Ain.








Thanks to Matun coz sanggup datang bergambar dengan Iera. Walaupun awal 2 hari tak kisah lah.. Sanggup jugak datang semata-mata nak mengabadikan kenangan bersama-sama. Love u.... Hehe.