Friday, March 25, 2011

Berdiri di Atas Kaki Sendiri


Dah lama benar rasanya Iera menternak lemak. Nasib baik badan maintain lagi....hehe. Sedar tak sedar dah 4 bulan jadi penganggur terhormat ni. Akhirnya, hari selasa lepas terima panggilan untuk datang interview. Interview tu pulak hari Khamis... Apa lagi kalut-kalut sediakan dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa. Terus cari tiket malam tu. Nie lah 1st interview setelah sekian lama tanam anggur nie. Teruja jgk la.... Maklumlah...setelah sekian lama menganggur baru kali ni orang panggil interview.

Tapi...masalahnya company tu jauh la pulak. Tak pernah sampai pulak tu kat situ. Nak naik pengangkutan awam pon ssh. Tak tau kot macam mana nak pegi. So, cadangnya nak survey dulu tempat tu. Nak mintak tolong kawan-kawan...masing-masing kerja. Akhirnya mintak tolong kawan yang memang cuti hari tu. Walaupun dah lama tak jumpa, terpaksa jugak mintak tolong dia temankan. Ye lah...tempat tak pernah pergi. Kalau jadi apa-apa susah...lain lah kalau dah familiar. Tapi last minit dia cakap tak dapat temankan...ada kerja lain pulak. Hari pon dah petang. Nak g survey sorang diri dah lambat sangat. Terpaksalah Iera batalkan rancangan tu.


 Ubah plan pulak....akhirnya pergi ke hentian putra untuk cari tiket balik Terengganu pulak. Okey, urusan tiket dah settle...hari Jumaat pagi kena balik terengganu pulak. Sebabnya...hari Sabtu ada pulak temuduga Terbuka kat Kuala Terengganu anjuran JobMalaysia... 

Esoknye...terpaksalah meredah seorang diri mancari company tu. Nasib baik kawan Iera ada bagitau macam mana nak ke sana. Ikut je lah apa yang dia cakap.... Dari LRT Sg Besi ke LRT Masjid Jamek. Dah sampai ke LRT Masjid Jamek terpinga-pinga kejap.Mana nak ke Monorail nie...kata Matun kene turun bawah...takde pon tangga ke bawah. Lepas tu buat keputusan lintas jalan dulu... Last-last baru nampak bangunan LRT  satu lagi...terus turun bawah. Nasib baik betul. Tukar pulak Monorail ke Kelana Jaya.... Last-last bila dah sampai ke stesen Kelana Jaya orang company tu telefon cakap interview cancle. Postpone ke hari Jumaat... Aduh! tiket dah beli ni... 

Last-last terpaksa ke hentian Putra pulak.So, ubah pulak laluan ke Masjid Jamek pulak. 
Lepas tu tukar LRT ke PWTC. Dah sampai dekat hentian Putra terus ke kaunter tanya nak mintak tukar tiket. Mula-mula tu ragu-ragu jugak...takut tak dapat tukar. Orang kat kaunter tu kata kene tunggu bos dia dulu. Bos dia balik rumah hantar nasi katanya.... Terpaksa lah tunggu. Nak dekat 1 jam jugak tunggu masa tu. Last-last...pembantu dia cakap bos dia bagi. Jadi dia tolong tukarkan. Alhamdulillah....

Lepas tu jalan lah sorang-sorang kat The Mall tu... Sekadar menghabiskan masa. Nak balik kat rumah Matun ni masing-masing keje.... Dah tu merayau lah sorang-sorang dengan baju interview nie. Lantak lah.... janji takde lah kebosanan sorang diri.
Hm...hari ni dah sampai Kelana Jaya terus naik teksi ke Pelangi Damansara. Dah sampai tu terus cari company tu satu-satu. Cepat lah pulak... Interview pukul 11... Pukul 10.05 dah sampai. Akhirnya jumpa company tu. Dah tu cari tandas dulu....tak tahan la pulak nak buang air... Nak dekat 10.30 baru naik ke company tu. Hm....ingatkan ramai sangat yang datang interview tu... Rupa-rupanya Iera orang 1st yang sampai. Dalam pukul 11 tu baru nampak sorang lagi datang... Erm...tak ramai sangat kot dia panggil interview.

Hm...sekarang ni Iera cuma mampu tawakkal je lah. Dapat tak dapat belakang kira...yang penting jadikan ia sebagai pengalaman interview. Alhamdulillah....berjaya jugak berdiri di atas kaki sendiri (BERDIKARI). Alhamdulillah....Allah telah selamatkan perjalanan Iera ke sana.