Assalamualaikum.......
Setelah sekian lama tak berdating dengan doktor...............gigi, akhirnya terpaksa jugak berdating dengannya. Ye lah, siape suka 'berdating' dengan doktor gigi? Cuba bagitau kat Iera. Nak-nak kalau doktor gigi kerajaan. Ramai yang cakap doktor gigi kerajaan kasar. Kalau doktor swasta ok sikit....lembut je dia buat. Mungkin sebab doktor gov dapat gaji sikit berbanding doktor swasta yang bayarannya mahal. Jadi...sebab taknak pesakit lari/tak datang kat klinik swasta, kene la layan lembut-lembut... (Huhu...pandai-pandai je buat andaian)
Oh, ini bukan ekspresi muka Iera masa 'berdating' dengan doktor
gigi tadi.Comfirm muka Iera blur-blur masa tu.
Takut kalau doktor tu buat kasa-kasar kot..
Tapi, nak tak nak terpaksa juga pergi 'berdating' dengan doktor gigi gov kat pusat kesihatan UKM gara-gara malam kelmarin dulu sakit gigi belah kanan naik sampai ke kepala..... Semalam dah pegi, tapi terpaksa buat appointment hari ni pukul 4.15. Jadi, terpaksalah Iera berjalan terkedek-kedek ke Pusat Kesihatan dengan Aini. Hari ni terpaksa menyusahkan Aini lagi.... Semalam pun dia jugak yang temankan.... Aini...Thanks a lot ye.
Hm...ni lah balasannya bagi orang yang malas sangat 'berdating' dengan doktor gigi. Walaupun gosok 2 kali sehari tiap-tiap hari, belum tentu gigi elok Cik Iera oiii....Kata orang, nak dapatkan gigi yang sihat perlu gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, waktu pagi dan sebelum tidur. Dan perlu dapatkan pemeriksaan di klinik gigi 2 kali setahun.... Tapi, disebabkan malas sangat nak 'berdating' dengan doktor gigi, macam ni lah jadinya...
Jangan lupa beruslah saya sekurang-kurangnya 2 kali sehari
bagi mendapatkan gigi yang cantik dan senyuman yang menawan
(Iklan kejap ye......hehe)
Iera bukannya takut sangat nak 'berdating' dengan doktor gigi (Cis, macam lah berani sangat). Tapi sebabnya....
1) Sebab orang kata doktor government ni kasar
2) Nak jumpa doktor gigi swasta pulak mahal
3) Sebab pusat kesihatan (PK) jauh kot....terpaksa jalan terkedek-kedek dalam 20 minit.
Akhirnya, macam ni lah jadinya....dah sakit gigi baru lah nak jumpa doktor gigi. Kan dah kene tampal gigi tu... Last 'berdating' dengan doktor gigi pon masa sekolah dulu... Kalau tak silap masa tingkatan lima. Jadi, dah 6 tahun tak 'bedating' dengan doktor gigi kot. Minggu depan kene pergi sekali lagi untuk tampal belah kiri pulak...huhu. (Kenapa la doktor tu tak siapkan hari ni terus ek? Takkan la tak puas 'berdating' lagi kot....hahaha). Tapi....Iera lagi rela kena tampal daripada cabut terus. Kang tak pasal-pasal rongak. Dah senyum tak cantik la pulak....
Tapi....comel jugak budak tu senyum walaupun rongak kan?
hahahahaha
Agak-agak kalau Iera rongak cam tu comel tak?
hoho...tak mau tak mau
Tetiba pulak teringat lagu senyum seindah suria.... Ala...lagu masa kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik dulu selalu je dengar kat dalam TV. Sekarang dah tak de kot. Bagus lagu tu... Boleh galakkan kita menjaga gigi dengan baik sebab nak dapatkan senyuman yang cantik mestilah gigi kene elok. Kan...kan...kan...
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan..
Akhir sekali, terimalah senyuman ikhlas daripada Iera....
Senyumlah selalu..... Ingat, jangan remeh-remehkan hal yang kecil walaupun
sekadar sebuah senyuman