Thursday, November 4, 2010

Berdating dengan Doktor........

Assalamualaikum.......
Setelah sekian lama tak berdating dengan doktor...............gigi, akhirnya terpaksa jugak berdating dengannya. Ye lah, siape suka 'berdating' dengan doktor gigi? Cuba bagitau kat Iera. Nak-nak kalau doktor gigi kerajaan. Ramai yang cakap doktor gigi kerajaan kasar. Kalau doktor swasta ok sikit....lembut je dia buat. Mungkin sebab doktor gov dapat gaji sikit berbanding doktor swasta yang bayarannya mahal. Jadi...sebab taknak pesakit lari/tak datang kat klinik swasta, kene la layan lembut-lembut... (Huhu...pandai-pandai je buat andaian)



Oh, ini bukan ekspresi muka Iera masa 'berdating' dengan doktor 
gigi tadi.Comfirm muka Iera blur-blur masa tu. 
Takut kalau doktor tu buat kasa-kasar kot..



Tapi, nak tak nak terpaksa juga pergi 'berdating' dengan doktor gigi gov kat pusat kesihatan UKM gara-gara malam kelmarin dulu sakit gigi belah kanan naik sampai ke kepala..... Semalam dah pegi, tapi terpaksa buat appointment hari ni pukul 4.15. Jadi, terpaksalah Iera berjalan terkedek-kedek ke Pusat Kesihatan dengan Aini. Hari ni terpaksa menyusahkan Aini lagi.... Semalam pun dia jugak yang temankan.... Aini...Thanks a lot ye.

Hm...ni lah balasannya bagi orang yang malas sangat 'berdating' dengan doktor gigi. Walaupun gosok 2 kali sehari tiap-tiap hari, belum tentu gigi elok Cik Iera oiii....Kata orang, nak dapatkan gigi yang sihat perlu gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, waktu pagi dan sebelum tidur. Dan perlu dapatkan pemeriksaan di klinik gigi 2 kali setahun.... Tapi, disebabkan malas sangat nak 'berdating' dengan doktor gigi, macam ni lah jadinya...


Jangan lupa beruslah saya sekurang-kurangnya 2 kali sehari
bagi mendapatkan gigi yang cantik dan senyuman yang menawan
(Iklan kejap ye......hehe)


Iera bukannya takut sangat nak 'berdating' dengan doktor gigi (Cis, macam lah berani sangat). Tapi sebabnya....

1) Sebab orang kata doktor government ni kasar
2) Nak jumpa doktor gigi swasta pulak mahal
3) Sebab pusat kesihatan (PK) jauh kot....terpaksa jalan terkedek-kedek dalam 20 minit.

Akhirnya, macam ni lah jadinya....dah sakit gigi baru lah nak jumpa doktor gigi. Kan dah kene tampal gigi tu... Last 'berdating' dengan doktor gigi pon masa sekolah dulu... Kalau tak silap masa tingkatan lima. Jadi, dah 6 tahun tak 'bedating' dengan doktor gigi kot. Minggu depan kene pergi sekali lagi untuk tampal belah kiri pulak...huhu. (Kenapa la doktor tu tak siapkan hari ni terus ek? Takkan la tak puas 'berdating' lagi kot....hahaha). Tapi....Iera lagi rela kena tampal daripada cabut terus. Kang tak pasal-pasal rongak. Dah senyum tak cantik la pulak....


Tapi....comel jugak budak tu senyum walaupun rongak kan? 
hahahahaha
Agak-agak kalau Iera rongak cam tu comel tak? 
hoho...tak mau tak mau 

Tetiba pulak teringat lagu senyum seindah suria.... Ala...lagu masa kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik dulu selalu je dengar kat dalam TV. Sekarang dah tak de kot. Bagus lagu tu... Boleh galakkan kita menjaga gigi dengan baik sebab nak dapatkan senyuman yang cantik mestilah gigi kene elok. Kan...kan...kan...

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan..

Akhir sekali, terimalah senyuman ikhlas daripada Iera....
Senyumlah selalu..... Ingat, jangan remeh-remehkan hal yang kecil walaupun
sekadar sebuah senyuman




p/s: Terbaca tips penjagaan gigi kat blog salah seorang pelajar  perubatan pergigian   

11 comments:

Farah Sygs said...

haha..siyes...rara takut gile kalau jmpe doktor gigi..huhu..tp sengal jgk...skali dye cabut tu gigi geraham..bile misi check berkala tu..asyik dgr dye kate...MISSING A TEETH..haha

iera said...

Farah Sygs:
Haha...2 la, kalau blh nak elakkan drp kne cabut. Nasib baek x kne cabut. Cme kne tampal je... Dr Gigi memang menakutkan la...

Chaon Cornerz said...

sekarang kan ade baru. tajuk die senyum jugak. "senyum. tak perlu kata apa2.." hahha.. lepas nie rajin2 la ber'dating' dengan doktor. jaga gigi supaya kekal cantik..

iera said...

Chaon Cornerz:
lgu bru ke? Xpnh dgr...hehe. 2 la pasal, xnk gg kne cbt. So...kne rjn2 b'dating ngn dr la pas nie

ziha said...

haha iera..kite lak suke la gak jumpe dr gg ni..cme g kalau sakit je..sbnarnye kte kena check gg setiap 6bln sekali kot..huhu tampal gg kt PK tu bagus la.sbb kite pernah buat, tak pecah2 sampai sekarang.

Wanie-san said...

hehehe
wanie pun dah bertahun2 tak jmpe doktor gigi.
last skali jmpe time form 2.hahaha

Ain Suka Biru said...

kena bayar apa2 x klu wat rawatan kat PK tu?

iera said...

ziha:
Mmg spttnye 6bln 1x jmpa dr gigi. Tp, xbuat2 pon. Ble skit bru g. wah, tahan la krenye nie...

Wanie-san :
Wah...wanie lgi lme xjmpe dr gigi. Haha...Iera jmpa dr gigi pon sbb dia yg dtg sek..

iera said...

Ain Suka Biru:
Xkne byr pon ain. Kn kita dah byr 1x masa yuran pengajian tu... Ada t'masuk kos perubatan. Klu sakit, g je PK. Ubat pon free

F U N F A B U L O S I T Y said...

dr gigi kerajaan memang kasar!tapi tak semua ler.dex tak suka perkhidmatan dorg.
dex lebih suka dengan dr gigi klinik swasta.biarpun kos bayaran yang agak mahal.tapi perkhidmatan adalah yg terbaik.lakukan pemeriksaan gigi 6bulan sekali.thats mean 2kali setahun.hehehe

iera said...

F U N F A B U L O S I T Y:
Betul kan...kebanyakkannye kasar-kasar. hehe. Erm...pernah dengar pasal tu tapi tk g jumpa jugak...hehe. Bila dah sakit baru cari doktor gigi...hehe