Tuesday, March 30, 2010

Aina "Wedding Contest"


Di saat jari disarung cincin permata
Di saat dahi dikucup penuh syahdu oleh sang teruna
Di saat itulah dua hati bersatu....
Lengkaplah dirimu Aina
Sebagai isteri yang didambakan si suami
Melengkapkan hidupnya...
Sebagai teman sehidup semati.
Semoga berbahagia ke akhir hayat
dan hidup kalian diberkati oleh yg Maha Esa.






Akhirnya...dah hampir tiba masa berbahagia Cik Aina kita nie ye. Siapa yang tak kenal dengan Cik Aina nie. Sangat popular di kalangan blogger kan... Sempena majlis perkahwinan Cik Aina yang bakal berlangsung tak lama lagi, Iera berusaha menyahut cabaran Cik Aina kita untuk menyertai contest nie... Erm..sebab dah berjanji dengan Cik Aina kita nie... So, Iera perlulah meninaikan janji kepada Cik Aina kita nie... Walaupun sekarang nie tengah busy... Kalau dah janji tu wajib kita tunaikannya kan?


Contest Cik Aina kita nie bertajuk: 


1st: Pinggan Mangkuk.


Tiap kali majlis kahwin je... Yang Iera ingat nak bagi hadiah kat bakal pengantin ialah set pinggan mangkuk. Yup...walaupun mungkin orang lain fikir yang set pinggan mangkuk nie dah biasa orang bagi, tapi...bagi Iera ia sangat berguna kepada pasangan yang baru berkahwin. Kalau tak de pinggan mangkuk nie, macam mana nak makan kan? Ye lah...duit dah banyak habis untuk buat majlis kahwin tu. Budget nak beli barang-barang rumah mungkin dah sikit. So, bila dah bagi hadiah nie tak payalah susah-susah Cik Aina nak keluarkan duit buat beli pinggan mangkuk nie. Bila dah 10 orang bagi...dah jimat kat situ. Kalau saudara-mara atau sahabat handai Cik Aina datang melawat kan senang tu. Tak payah nak beli pinggan mangkuk lagi dah.


2nd: Dapur Gas.



Dulu masa kakak Iera kahwin. Iera ada tengok orang hadiahkan dapur gas untuk kakak Iera. Erm...bagus jugak hadiah nie. Kalau pinggan mangkuk dah ada... kalau takde dapur gas ni macam mana Cik Aina nak masak kan Kata orang, salah satu cara nak pikat hati suami adalah melalui masakan. Kalau tak de dapur gas nie susahlah Cik Aina nak pikat hati suami Cik Aina nanti...hehe. Sedap tak sedap tu belakang kira...haha. Yang penting Cik Aina masak dengan penuh kasih sayag.... Sejuk hati suami Cik Aina nanti... Berkat rumahtangga nanti.


3th: Baju Tidur?

 Baju tidur nie pon hadiah yang paling idea buat Cik Aina. Erm..Cik Aina nak suruh Iera bagitau ke alasan dia? Hehe... Rasa-rasanya tak perlu kan. Semua dah boleh agak kan? Nak alasan gak ke Cik Aina? Erm..since tajuk contest nie Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk aina dan kenapa.? macam wajib je bagi alasan.... 

Erm...Kalau Cik Aina pakai baju tidur merah menyala macam nie...mesti tak berkelip Suami Cik Aina tengok nanti. Nak-nak kalau warna merah menyala, kulit pulak putih melepak...tergoda Cik Abang nanti...haha.  Pakai pulak masa malam pertama..Tetet...

Pastu....kata orang bila suami dah penat-penat bekerja... Tengok Isteri pakai seksi-seksi...sekurang-kurangnya hilang penat suami nanti...



4th: Senaskah Al-Quran.

Kalau kawan-kawan Cik Aina hadiahkan Al-Quran nie...elok sangatlah kan. Penting sangat Al-Quran nie kepada semua umat islam. Ia merupakan mukjizat Nabi Muhammad kepada ummatnya. Ia dapat menerangi seluruh hidaup umat Islam. Semoga rumahtangga Cik Aina&Suami akan disinari cahaya  keimanan dan diberkati Allah S.w.t seterusnya dapat melahirkan dan membimbing anak-anak menjadi umat manusia yang beriman dan beramal soleh.


5th: Doa buat Cik Aina

Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad

Last sekali...buat Cik Aina, Iera doakan semoga selamat majlis perkahwinan Cik Aina nanti. 
Mudah-mudahan Allah akan berkati majlis Perkahwinan Cik Aina & Suami nanti. Mintak dijauhakan daripada hasad dengki orang lain.

Monday, March 29, 2010

Cantik betul Taiming yg 'dia' buat


STATUS SEKARANG:
Busy?

KEADAAN SEKARANG:
Kurang sihat?

Timing Apa yg Betul Tu?

Sakit Perut....
Cuma dh b'kurangan sedikit.
Pagi tadi seawal pukul 5 pagi
iera dah bergegas ke tandas.
Mungkin sebab nasi goreng paprik malam tadi 
terlalu pedas kot.
Nasib baik lah sekarang dah berkurang.
Walaupun sakit tu ade rasa lagi sikit...
Tapi...nasib baik iera dah tak perlu bergegas ke
tandas macam pagi tadi.

Laptop buat Hal
Agak-agak korang perasan tak yang 2 malam nie Iera takde buat BW?
Ok2...Iera tau Iera tak glamer... Sape lah yg nak perasan kan?
Hm...ni sebab tetiba laptop buat hal.
Dah lah sekarang tengah busy dengan
projek paper.

Business Law: 
Report paper dah siap.Cuma perlu siapkan slide je lagi.
Hari Rabu nant ade presentation

Perancangan & Gunatenga: 
Buku log pon tak hantar lagi. Pojek 
paper lagilah tak mula lagi. Tengah tunggu email maklumbalas dari company.
selagi belum dapat maklumblas... selagi tu lah tak dapat nak buat report paper.
Aduh...projek nie pon kne present hari Jumaat nanti.

Pengurusan Strategik:
Projek ni kne tunggu group member ajak bincang sama-sama.
Minggu lepas dah semput nak buat projek nie...
Nasib baik tak jadi  present minggu lepas.
Sekarang nie perlu bincang sama-sama.
Nak baiki apa yang silap atau nak tambah apa-apa 
sebelum present hari Khamis nanti.
Keusahawanan:
Projek Paper ni dah siap.
cuma perlu prepare untuk presantaion hari Khamis nie... 


P/s: Time busy macam nie lah laptop buat hal. Pandai betul dia pilih taiming kan? Nasib baik hari nie dh siap baiki.

Thursday, March 25, 2010

Penatnya

Pukul 10.20 pagi... 
Jari-jemari Iera  menaip mesra keybord...
Sekadar ingin berbicara tentang hati
berkongsi tentang perasaan pada ketika ini...

MyEm0.Com
Penat
Tersangat-sangat penat....
Semalam Iera b'usaha sehabis daya
untuk menyiapkan asignment Pengurusan Strategik...
Malam nie dah nak present projek paper...

Tapi...
Banyak lagi yang perlu dibuat.
tak tahu nak buat macam mana...
 Semalam...cuba sedaya upaya membuat projek paper nie...
cuba nak siapkan bahagian Iera...
Dengan internet yang lembab macam kura-kura...
mencari...mencari...dan terus mencari....

Tak faham dan tak tah jugak...
Akhirnya Iera bertekad tanyakan pada
kawan yang kebetulan ambil subjek yang sama.
Nasib baik bilik dia dekat je...
Kami satu blok.

Tapi...dia tak buat part yang Iera perlu buat tu...
Dia cakap dia akan tanya kawannya..
Dan akan berikan contoh dalam pukul 12 nanti...
Erm...nasib baik jugak...
bersyukur sangat-sangat dia nak berikan contoh tu..

Cuma....sempat ke buat?
Kelas pukul 4 ptg nanti pun ada....
Lepas tanya dia tu... Iera cuba jugak cari lagi...
Tidur pun pukul 4 lebih semalam....
Tapi...tak berapa lena sebab memikirkan projek nie...
Bagun sembahyang subuh...
Bersiap-siap ke kelas pukul 8....
Sekarang nie... mata iera terasa pedih gila...
Penat campur mengantuk....
Sempat ke buat?

MyEm0.Com




P/s: Iera perlu siapkan 4 projek termasuk projek nie... Dan ke empat-empatnye perlu dibentangkan... Projek nie yang perlu dibentangkan dalam waktu terdekat nie. Yang lain semua perlu bentang minggu depan


Saturday, March 20, 2010

Ayu Raudah datang ke Majlis Dinner MAP Anjuran Kolej Yun Hussein Onn UKM?

Hari Rabu Lepas, 17 hb Mac 2010...Kolej Tun Hussein Onn telah mengadakan Dinner MAP yang bertempat di Dectar UKM bertemakan Malam Satu Malaysia... Program itu telah dimeriahkan oleh kehadiran Ayu Raudah yang popular melalui Drama Manjalara dan Nur Kasih...

Percayakah anda? Huhu... Jgn Percaya Ok... Iera tipu je...lalala Cuma Iera pelik je...1x lagi Iera dengar member Iera cakap yang muka Iera macam muka Ayu Raudah.. Iera tak nampak pun kat mana rupa Ayu Raudah tu... Nie Aini dan kawan-kawan dia yang cakap macam tu...dan kawan-kawan kepada kawan dia pun ada cakap macam tu...Erm...cuba tengok dalam en3 Yna...kawan Aini (Erm,...kawan Iera gak. Kami 1 Fak) Dalam Tag tu dia ada mention pasal nie...Oh ye...sebelum nie Iera dah ada post mengenai hal nie... Post en3 tu bertajuk ~Nak Tergelak pon Ade~

Ayu Raudah?

Ada rupa Ayu Raudah ke? Xde kan.....

Ok2...dah merepek merapu banyak-banyak Iera... Nanti makin melalut pulak. Tujuan utama nak ceritakan pasal Dinner MAP hari Rabu hari tu je sebenarnya....

Erm...hari tu Iera telah disolek oleh Cik Ziha kita. Thanks to Ziha coz sanggup make-up kan Iera dengan kawan Iera... Kalau kami banyak songeh ke...Sory lah ye...hehe. Kalau tak sebab Ziha...xde lah muka Iera berubah macam tu kan... Ramai jugak yang terkejut tengok Iera... Erm..xtau sebab apa. Berubah sangat ke muka? Xpon tebal sangat ke?... Apa-apa pun Iera berpuas hati dengan sentuhan Ziha pada malam tu... Tapi...Iera lagi suka tengok Ziha makeup kan Mata Ain... Gaya Smookey Eyes tu. Tapi...kalau buat kat mata Iera sah-sah lah tak sesuai pasal mata Iera jenis bengkak/sembab macam tu... Ala-ala Dynas...hehe

Dengan Ziha merangkap mak andam Iera
pada malam tu... (Pstt...Ziha, Iera ambik
gambar tu kat blog ziha.. Gambar nie Ziha
tak emailkan pada Iera)


Zati, Iera dan Ain yang hasil sentuhan tangan
dari Cik Ziha kita...


Lepas dah siap Make-up tu...kami geraklah ke Dectar. Dekat je dengan Kolej Kami. G jalan kaki je. Walaupun dah lambat...tak kisah lah. Vvip pun dah datang masa tu sebenarnya. Masuk-masuk...terus daftar meja kami, thick number meja... Tapi...bila dah masuk kat dalam Dectar...meja tu dah ada 6 orang sedangkan kami ada 5 orang termasuk 2 orang lagi kawan Zati. So...Iera dah cuak kat situ... Sepatutnya Iera duduk kat meja no 20 tu... Tapi...dah ada orang lain yang duduk. Pastu...boleh pulak dia cakap tu salah urusetia sedangkan Iera g tandan nama tu budak-budak 6 orang tu tak tanda pun nama dia...

Malas nak panjangkan cerita...dalam keterpaksaan Iera duduk lah kat Meja lain. Nasib baik Iera kenal kawan Iera kat meja tu... Cuma...tak enjoy lah sikit pasal masa tu Iera duduk jauh jugak la dengan kawan Iera tu... Tak duduk sebelah walaupun satu meja...Lepas tu...dah ada orang yang duduk di  sebelah Ain yang tu lari entah ke mana... Ain terus panggil Iera duduk kat sebelah dia...

Lepas tu...apa lagi. Masa untuk bergambar lah kan....hehe. Masa nie lah nak bergambar dengan kawan-kawan. Nanti...masing-masing dah grad susah pulak nak jumpa. So, kita abadikan kenangan dengan kawan-kawan sebagai kenangan untuk kita pada masa hadapan...betul tak?

iera, kak Qila. Ain, Zati

Kak Siti, Iera & Matun
Matun, Iera & Ain

Yoe, Iera, Ain & Salleh (Pakwe Ain tu)

Kami yang saling merenung antara satu sama lain...
Romantik tak? lalala


Model Handbag????

 Ratu kebaya a.k.a Perempuan Melayu Terakhir...lalala


Puteri & Putera Malam 1Malaysia

Jelingan yang menggoda menakutkan? Boleh nie nak ganti 
Maya Karin a.k.a. Mariam dalam Pontianak Harum Sundal 
Malam...ahaks



Monday, March 15, 2010

Di Saat Kesibukan Melanda

 Siapa yang tak sibuk? Sila angkat tangan ok...
Boleh mintak korang tolong Iera... Boleh tak? lalala
 Malas rasanya nak buat kerja nie.. 
Biasalah...bila lepas cuti midsem...
Masa  sibuk dah bermula...

  Exam Midsem dh selesai...
Sekarang...Iera perlu selesaikan asignment
dan projek pulak...
5 projek pulak tu yang perlu disiapkan...
Penat campur pening jugak kepala ni nak fikir....

Sebab tu sekarang nie Iera jarang sikit nak buat blogwalking...
Biasalah, bila dah pening...mood untuk berblogwalking
jadi berkurang sikit...
Tapi...itu tak bermakna Iera langsung tak buat blogwalking.
cuma tak sekerap sebelum-sebelum nie je.
Tp...Iera akan cuba balas kunjungan korang2 yang 
berkunjung/datang ke blog iera nie...
Ye lah...risau jugak kan nanti ada yang kecik hati
kalau-kalau Iera tak balas kunjungan dia kan.

Tapi...hari sabtu lepas Iera sempat jugak keluar
ke Kajang dengan member Iera, ain.
Dinner Kolej dah dekat...
So, kami keluar g MetroKajang...
Cari barang-barang untuk dinner nanti...
Ye lah...masa nie lah kalau boleh nak vouge sikit..hehe.
Tapi...Vogue ke? lalala. 
Kita tunggu dan lihat je nanti k.
Tapi...takde lah rasa Vogue kot...
Cuma...biarlah rasa puas hati sikit malam tu.
Sekurang-kurangnya..kita ikut tema yang diberikan...

Semalam...sempat lagi Iera tengok cerita korea.
You're beautiful...
Ye lah...nak jugak tenang2kan otak jugak
Daripada duk mengadap asignment dan projek...
Otak nie perlu rileks2 gak...
Nanti...terlampau stress tak baik untuk 
kesihatan pulak kan?

Wednesday, March 10, 2010

Kenangan Tinggal di Asrama...

Bila terfikir balik masa tinggal di asrama dulu...mau tergelak jugak Iera sorang-sorang. Macam-macam hal yang berlaku. Banyak jugaklah kenangan suka dan duka ketika tinggal di asrama dulu. Walaupun pada awalnya Iera tak berapa suka masa abah Iera suruh Iera tinggal di asrama. Ye lah...masa tu dah terbiasa duduk di rumah... Dari tingkatan satu sampailah tingkatan enam bawah. Tetiba abah Iera suruh Iera tinggal di asrama masa tingkatan enam atas tu. Mestilah rasa berat hati nak tinggal di asrama kan. Iye lah...tinggal di rumah ni tak payah susah-susah nak tukar baju lain kalau nak makan... Nak mandi pun dalam rumah sendiri. Pastu, nak study ke tak nak...semuanya atas diri sendiri kan....

Bila dah masuk asrama tu nak makan pun perlu tukar baju dulu. Kalau boleh pakai t-shirt tak pe lah. Ni, nak turun makan pun kene pakai baju kurung. Satu hal pulak nak gosok baju dan tudung dulu. Tu baru bab makan... nak mandi pulak kene pergi ke bilik mandi yang jauh dari bilik. Lepas tu nak kene ikut giliran pulak. Bab study pun..kene ikut jadual waktu prep yang diberikan...

Tapi disebabkan Iera fikir yang Iera akan menyusahkan abah Iera nak hantar Iera hari-hari ke sekolah...so, dalam keterpaksaan Iera ikut jugak cakap abah Iera. Paksa rela lah kiranya....

Tapi...rupa-rupanya tinggal di asrama ni takdelah seburuk yang disangka... Kebetulan, dapat pulak member-member sedorm yang sengal-sengal. Masa tu adalah dalam 3 orang member yang pernah sekelas dengan Iera. Sebelum-sebelum nie kami tak rapat... Ye lah, masing-masing ada geng masing-masing kan... Nak-nak pulak geng-geng Iera semuanya jenis yang senyap-senyap. Bila Iera dah masuk sedorm dengan dieorang...barulah dieorang tau yang Iera ni tak lah sebaik yang disangka. Takde lah pendiam macam yang dieorang anggap selama ini. Ada ke patot dieorang cakap iera ni skema... Adus...ade muka skema ke? Dah masuk sedorm baru nampak perangai sebenar Iera. Bab kata pepatah... air yang tenang jangan disangka tiada buaya....

Tiap-tiap kali habis kelas...kami akan adakan mesyuarat agog. Sementara menunggu semua bebudak form 6 balik, yang menunggu akan ceritakan semua kisah yang berlaku dalam kelas... Yang lebih tepat sekali buat ketupat lah ye...hoho. Iera? Iera nie jenis pendengar yang setia... Tak suka sangat cerita-cerita nie... lalala... Bila dah semua berkumpul barulah kami turun ramai-ramai ke dewan makan... Biasanya, kamilah yang paling last... orang yang jaga kat dewan makan tu selalu marahkan kami... Tapi...kami buat dek je...

Waktu prep tengah hari pulak... bukannya kami nak study pun. Banyak membuta je. Paling tidak, kami ke bilik study, bawak bantal...lepas tu membuta dalam bilik study. Kebetulan pulak, kami dapat bilik yang dikhaskan untuk kami study. Hanya untuk budak-budak form 6 dorm kami je dan budak form 6 dorm sebelah.. Apa lagi, boleh lah buat sesuka hati. Tapi, kengkadang kami langsung tak pergi ke bilik study... Kami membuta dalam dorm je...(Kalau tak ada kelas tambahan). Kebetulan, ada suatu hari tu warden datang bilik kami. Masa tu masing-masing tengah enak dibuai mimpi...membuat peta di atas bantal...dan menternak tahi mata. Warden datang, terus mintak nama kami. Tapi...takde tindakan pun yang dilakukan. Juz ambik nama semata-mata....

Waktu mandi pulak...kami akan turun ramai-ramai ke bilik mandi. Macam anak ayam mengekori ibu ayam je lagaknye. Kebetulan pulak, tempat mandi blok kami tu ade kolah besar. So, kami mandilah ramai-ramai kat kolah tu sambil berbual-bual. Kalau dah keluar ramai-ramai macam tu...macam kami lah yang councer kawasan tu...ahaks.

Waktu prep malam pun sama jugak. Kami bukannya study pun. Boleh pulak kebanyakan geng-geng iera tu jenis yang banyak mulut... Boleh dikatakan dari mula waktu prep sampai habis waktu prep...bercakap je kerja kami... Masa tu, kalau tengah rajin Iera buat lah homework sikit-sikit sambil dengar dieorang berbual. Ada satu hari tu...member Iera tengah asyik bercerita...warden datang sergah kami. Kebetulan...masa tu member Iera tengah asyik mengosipkan antara satu sama lain... (Budak-budak dorm kami dengan budak-budak lelaki form 6 yang tinggal di asrama jugak) Hoho...kantoiii...Lepas warden tu marah kami, dia  siap cakap "awak ingat saya tak dengar apa yang awak cakap g-miey...kalau awak nak saya cakap satu-satu ape yang awak cakap tu pun boleh" Ye lah...mana tak nya...bilik prep tu sebelah je dengan dorm kami dan kebetulan pulak bilik warden tu betul-betul kat bawah dorm kami... (Masa ni kami tak dapat study kat dalam kelas lagi)

Hari minggu pulak...kalau tak dapat balik rumah, kami buat lah apa-apa kerja pun. Kebetulan...ada member Iera yang bawak handset... Sambil-sambil rileks-rileks dan bergosip tak sudah-sudah, sambil-sambil tu kami dengar radio. Petang pulak...biasanya kalau masa makan kami ada turun satu dorm...makan sama-sama. Sekali dengan junior-junior tau. Ni lah kelebihan dapat dorm paling kecil. Satu dorm dapat join sekali. Lagi best kalau ma dan abah datang hantar makanan untuk iera. Dapat makan ramai-ramai....

Kalau kebetulan hari tu dapat outing, macam biasa lah...setakat ronda-ronda pekan Kuala Berang. Tapi...apa sangat lah yang ada kat Kuala Berang tu... Kalau kebetulan ada barang yang nak bdieli...beli lah sikit-sikit. Kalau takde barang nak bdibeli, sekadar ronda-ronda cuci mata. Lepas tu balik rumah kejap...ahaks. Nie lah untungnya kalau rumah dekat dengan kawasan pekan. Jalan kaki balik rumah, lepas tu makan tengahari kat rumah terus... Lepas tu, dapat rehat-rehat kat rumah...petang tu baru suruh abah Iera hantar ke asrama...lalala.

Ada suatu hari tu... Iera sakit mata. Kebetulan minggu tu tak dapat balik rumah. So, apa lagi...Iera pergi jumpa warden...pujuk-pujuk nak balik rumah. Sebenarnya, tak de lah sakit sangat. Cuma kurang selesa je... tapi menggatal nak balik jugak..lalala. Ye lah, bila dah duduk lama-lama rasa bosan lah jugak. Nak-nak iera tak berapa suka masakan di asrama tu...  Lepas tu warden benarka Iera balik rumah.

Apa lagi eh? Hah...baru ingat...hehe. Ada satu malam tu, kami buat lah permainan kotak beracun. Semua budak-budak dorm tu join sekali termasuklah junior-junior dorm tu. Kalau dah main tu mesti lah bising kan. Tak sedar diri bilik warden bawah dorm kami je. Konon-konon dah habis main tu, iera dengan member iera nak ke tandas. Lepas tu...ternampak lah warden menuju ke dorm kami. Terus Iera masuk dorm cakap warden datang... Warden tu sah-sah lah dah nampak Iera. Lepas tu...budak-budak nie apa lagi...terus lari lintang pukang menerkam ke arah katil masing-masing. Macam-macam gaya ada... Sorang kuak lentang, gaya kupu-kupu... Kepala semuanya arah lain-lain. Kami konon-kononnya pura-pura tidur sedangkan lampu tak tutup. Last-last, warden masuk dorm kami membebel kat kami... Iera ingat lagi ayat warden tu.. Dia cakap.. "Kamu ingat saya tak tahu ke yang kamu ni pura-pura tido je... Lampu pun tak tutup," Lepas tu...warden tu terus blah... hehe..



 Ni pulak gambar masa kami prep malam-malam. Masa tu dapat study kat dalam kelas. Kalau ada mood nak study...Iera study lah sikit-sikit. Tak pun buat homework. Tapi...banyak main je sebenarnya. Bergosip...of course lah nombor satu... Tak pernah tinggal. Sepanjang masa bergosip...lalala. Cuma kadang-kadang kalau Iera datang mood rajin Iera study/buat homework kat dalam kelas Iera. Member-member sedorm yang lain kadang-kadang pergi kat kelas dieorang. Antara kami semua... Iera sorang je yang duduk kat kelas 6A1 Yang lain Kalas 6A2... 2 orang kelas 6Sc.

Ada suatu hari tu...Iera dapat pergi Kem Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri kalau tak silap Iera. Kem tu dibuat di challet kat Terengganu selama 3, 4 hari. So, dah habis kem tu dalam hari Rabu. kebetulan minggu tu tak dapat balik rumah. Iera tak balik pun dorm.. Hari tu Iera balik rumah tumpang ustazah yang kebetulan tinggal kat perumahan TNB. Sementara tunggu ustazah tu nak balik rumah, Iera lepak-lepak dulu kat dalam kelas...Jahat tak? Lalala... Iera balik dorm pon hari sabtu petang... Konon-konnonnye balik nak basuh baju kotor yang banyak kat rumah. Tapi...Iera tak maklum pun kat warden masa tu...hehe...

Masa STPM hampir tiba...barulah masa tu kami rajin study sikit. Kadang-kadang sampai dalam dorm pun kami study... Sambil-sambil tu kami bincang ramai-ramai kalau ada yang tak tahu. Masa hampir STPM lah baru kami nak study hard... Tapi...kebetulan masa tu Iera kurang sihat.  Batuk-batuk dan selesema.  Sampailah masa STPM pun batuk-batuk Iera tak hilang jugak. Bila tiba saat batuk kuat...dada nie sakit sangat. Nasib baiklah dieorang ni baik...tolong ambilkan makanan kat Dewan Makan.. Terharu gak rasa...

Tu lah antara kenangan masa Iera tinggal di Asrama... 


Monday, March 8, 2010

Blackout@UKM ====> Jalan2 di The Mines

Semalam..... Seluruh UKM telah mengalami fenomena Blackout. Jadi, daripada Iera macam cacing kepanasan seharian...baik Iera keluar jalan-jalan. Ramai gila budak-budak UKM keluar semalam. Sampaikan penuh orang yang menunggu di stesen komuter UKM. Mesti KTM banyak untung semalam kan. Kami decide ke Mines je memandangkan Mines tu agak dekat jugak la dari UKM. Mid? Tak sanggup lah nak pergi. Biasanye, kalau hari minggu memang sesak gila. Ditambah dengan budak-budak UKM yang ramai keluar semalam...mesti ramai budak-budak UKM yang menyerbu Mid kan...

 
Jadi....Semalam kami bertiga menghabiskan masa di The Mines. Seronok keluar semalam. Daripada pukul 10 pagi lagi kami keluar. Balik dah nak dekat pukul 7 petang. 

Masa mula-mula sampai di The Mines...macam biasa lah, cari makan dulu. Perut dah lama menyanyikan lagu keroncong... Kalau tak makan, nanti tak berhenti-henti pulak perut ni berkeroncong... Lepas siap makan tu...jalan-jalan je di dalam Mines tu... Masuk kedai kasut kat situ....tapi sepasang pun tak beli....

 

Lepas tu....kami ke surau melaksanakan tanggungjawab kami sebagai seorang hamba yang beragama Islam... Dah siap sembahyang semua. Kami masuk pulak ke pusat bowling... Awal-awal tu...saja-saja je duduk atas bangku yang disediakan dalam pusat bowling tu sambil tengok orang lain main bowling. Matun ajak main...tapi hati Iera masih berbelah bagi sebab Iera tak pernah main bowling sebelum nie... Jakun kan?? Hoho...




Tapi...disebabkan perasaan ingin muncuba dalam diri Iera begitu membuak-buak... Iera main jugak lah. Kami main berdua je. Kak Siti dah cakap awal-awal yang dia taknak main... Iera kalah dengan Matun hari tu. Ye lah...Iera kan baru 1st time main. Sah-sah lah kalah. Dalam 5 kali jugak masuk longkang tu... Tapi...sebagai orang yang 1st time main...bangga jugaklah sebab dapat jatuhkan kesemua pin bowling tu...walaupun sekali je...ahaks. Kata orang, pengalaman banyak mengajar kita. Jadi, kalau tak mencuba...macam mana nak belajar daripada pengalaman kan???


 
Matun vs Iera.
Dah habis satu game kami main...kami ronda-ronda dalam Mines tu sekali lagi sebelum masuk ke dalam Giant. Dah habis beli barang-barang makanan untuk stok di dalam bilik...kami balik lah. Semalam...memang rami gila orang yang kat dalam Komuter tu... Kami terpaksa berasak-asak di dalam Komuter tu. Disebabkan terlalu ramai orang...aircond pun tak terasa. Berpeluh-peluh adalah...

Dah sampai di stesen Komuter UKM... Ingatkan nak balik naik bas UKM. Tapi...bas dah penuh masa tu. Kebetulan...ada sebuah lagi bas UKM kat belakang tu... Tapi...ada ke patut dia tak ambik kami. Dia main ikut je bas tu kat belakang. Masuk dalam UKM kosong tanpa seorang penumpang pun. Apa salahnya dia bawak kami walaupun tak berapai ramai orang masa tu. Sedangkan, kami dah bayar yuran pengangkutan awal-awal. Apa gunanya kami bayar yuran pengangkutan tu kalau dia taknak bawak kami walaupun masa tu tak berapa ramai sangat orang.

Last-last...Matun dengan Kak Siti ajak balik jalan kaki je... Penat betul. Kaki rasa lenguh semacam je. Dah lah pakai kasut tumit tinggi semalam... Sampai...bilik, letak barang-barang yang dibeli ke dalam bilik. Terus pergi Cafe beli ais. Balik bilik, terus salin baju dan minum air yang berais... Nikmat betul dapat minum minuman berais. 
Malam tu...awal-awal lagi dah membuta... Penat gila. Tak dapat nak buat blogwalking macam biasa...



Tuesday, March 2, 2010

Membaca Amalan Mulia


Tertarik dengan artikel hari ni iaitu Jangan asyik tatap komputer hingga tidak baca buku: Rais di Berita Harian Online, Iera rasa terpanggil untuk membuat entri mengenai amalan membaca ni.Ye lah...sebagai seorang yang suka menghadap komputer macam Iera nie...mesti lah Iera rasa terpanggil nak mengupas serba sedikit mengenai topik nie kan. Iera percaya...bloger-bloger di luar sana pun ramai yang suka menghadap komputer lama-lama kan? Kalau boleh 24 jam nak mengadap komputer...betul tak?

Cuba korang bayangkan...statistik pada tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya baca sehelai muka surat buku dalam setahun. Statistik 2002 pula, statistik tu dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Menurut rekod empat tahun lepas pula...rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun dan telah menunjukkan peningkatan kepada 8 hingga 12 buah buku setahun. Hm...ok lah tu kan. Walaupun tak banyak sangat tapi peningkatan dah ada kan.

Salah satu langkah untuk menarik minat rakyat untuk membaca adalah dengan mengadakan kempen Baca@LRT. Pada pandangan korang semua lah, agak-agaknya korang  semua sanggup tak nak sahut cabaran nie? Namun...melalui siasatan yang dilakukan oleh wartawan ROSALINDA MD.SAID serta jurugambar MUHAMMAD SYAFIQ IQBAL dan MOHD HATIM MAZLAN mendapati tidak sampai 10 peratus orang ramai di lokasi umum atau di dalam pengangkutan awam yang membaca buku. Sila rujuk artikel nie----->Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum.

Bagi Iera lah...mungkin Iera tak berapa nak ikut cara nie.... Sebabnya...Iera memang tak suka baca kat tempat-tempat orang ramai ni. Tak khusyuk nanti. Nak-nak kalau baca buku ilmiah...alamatnya tak lekat kat kepala lah. Kalau setakat baca buku berbentuk picisan macam majalah atau komik...boleh diterima lah sebab buku tu berbentuk bacaan ringan je. Satu lagi...Iera akan rasa pening kalau baca kat dalam kenderaan yang bergerak.

Kalau suasana dalam LRT macam nie...boleh terima lah pasal tak sesak. Nak bagi tumpuan pun boleh je... Tapi, kalau setakat 5, 10 minit je kat dalam LRT tu..korang nak ke baca buku? Erm...cuba bayangkan pulak kalau korang baca novel. Masuk part yang sedih-sedih sampai boleh buat korang mengalirkan air mata...malu dibuatnye kalau korang menangis depan orang ramai...ahaks.

Cuba kalau dalam LRT macam nie... Dalam keadaan bersesak-sesak dan padat macam tin sardin, sanggup ke korang baca buku? Nak-nak campur bau badan mamat-mamat bangla yang wangi hangit....ade mood lagi ke nak baca buku? Bagi Iera...nak baca buku nie mestilah kat tempat yang sunyi dan selesa kan? Tapi...ni tak bermakna Iera nak larang korang dari baca buku kat tempat-tempat awam macam nie. Kalau korang boleh je baca kat mana-mana dan tak kira macam mana susana pada masa tu... Teruskanlah amalkan tabiat membaca tu. Kan lagi bagus kalau macam tu kan??? Betul tak???

Iera akui yang Iera nie agak malas nak membaca nie terutamanya kalau nak membaca buku ilmiah. Alamatnya...kalau tak exam...memang Iera jarang sangat lah nak baca buku ilmiah nie... Tapi, kalau baca novel atau majalah...memang Iera suka... ahaks. Dekat rumah Iera pun dah penuh dengan majalah terutamanya majalah remaja. Majalah dara.com pun Iera minat baca. Sekurang-kuranya dapat lah tambah sedikit pengetahuan am macam tips-tips ke, fesyen bertudung ke, dan sebagainya. Tapi...sekarang dah jarang-jarang sangat Iera beli majalah remaja. Maklumlah...dah nak masuk alam dewasa...ahaks.

 
Balik rumah hari tu...iera sempat habiskan dua buah novel...Minat katakan.Salah sebuah novel yang Iera baca ialah Aku Mahu Kamu karya Aleya Aneesa... anovel nie Iera beli masa keluar KT cuti hari tu. Aleya Aneesa ni merupakan salah satu novelis yang Iera minat. Selain tu...novelis-novelis yang Iera minat seperti Aisya Sofea, Bikash Nur Iddris, Anis Ayuni, Fauziah Ashari, dan Nia Azalea. 

Iera mula minat baca novel pun lepas baca buku Jendela hati dan Kau Untukku masa tingkatan dua dulu. Tu pun lepas Iera baca buku yang dipinjam oleh adik sepupu Iera masa balik kampung. Masa tu kalau tak silap cuti raya puasa. Ada ke masa raya pun sempat nak baca novel??? haha. Sebenarnya...kebetulan masa raya pertama dalam tengahari tu...hujan turun dengan lebatnya. Lepas tu...air terus naik. Berayalah kitaorang dalam banjir...hehe. Disebabkan tak boleh nak kemana-mana... Iera baca lah novel tu. Sempat jugak mandi banjir masa raya....hehe.

Lepas minat baca novel ni timbul... Iera rajin lah pinjam novel dari kawan-kawan. Yang Iera beli sendiri pun ada jugak. Saja lah nak buat koleksi kan. Ada dalam 20lebih jugak lah novel yang Iera beli. Tapi...sekarang ni novel tu dah banyak hilang sebab adik Iera bagi pinjam novel tu kat kawan-kawan dia. Kalau ikutkan hati yang membara ni mau je bagi penampar sebijik. Nasib baik masih dapat kawal marah ni. Mujurlah adik sendiri kan. Bila tanya kat dia...dia cakap nak mintak dengan kawan-kawan dia. Tapi...sampai sekarang tak hantar-hantar.Novel yang baru Iera beli tu Iera siap bawak ke UKM lagi. Tinggalkan kat rumah kan...dia bagi pinjam kat kawan-kawan dia pulak. 

Lepas Iera balik dari KT tu.... Iera terus baca novel 'Aku Mahu Kamu' tu. Best cerita dia... Hm...lepas abah Iera balik dari kerja and then dia nampak novel ni...terus ayah Iera mintak resit.. Dulu Iera tertanya-tanya jugak sebab apa ayah Iera mintak resit tu. Tanya abah iera pun, dia tak jawab. Last-last, Iera tanya mak Iera sebab apa. Rupa-rupanya...ia dapat kurangkan cukai pendapatan kalau ada resit beli buku. Ni merupakan salah satu cara kerajaan nak  menggalakkan rakyat membaca buku. 

Kawan Iera ade cakap yang mak dia minat sangat baca novel dan kebetulan mak dia kerja nurse. Boleh dikatakan penuh sebuah alamari novel mak dia saja. Dia cakap...mak dia tak perlu bayar cukai pendapatan sebab dia selalu beli buku nie...

Jadi...kalau korang semua ada beli buku tak kira lah buku pelajaran ke...novel ke...majalah ke...jangan lupa mintak resit. Bolehlah korang kurangkan beban cukai pendapatan ayah korang. Dapat lah tolong ayah korang sikit walaupun hal nie kecil je kan. Kalau korang dah kerja...bolehlah kurangkan cukai pendapatan korang sendiri...