Saturday, February 27, 2010

Percutian Yang Menyeronokkan

Dh enam hari Iera ade di bumi UKM nie
Tp...hr nie bru b'kesempatan nak tulis en3 pasal cuti hari tu.
Maklumlah...kekangan masa membataskan diri Iera drp 
menulis en3 yg panjang2... (ayat skema nk mampos..haha).
Exam midterm masih ada yg menanti utk Iera hadapi.
Jd...en3 yang pendek2 je iera sempat post...

Ok2...stop dr merapu byk2... Mari kita tgk pe yg Iera 
buat sepanjang cuti di rumah hari tu:

*****************************************************************
Majlis Pertunangan
Hari Jumaat tu...
majlis pertunangan telah diadakan dengan bertemakan warna ungu.
Selepas solat jumaat...rombongan dr lelaki dtg
sedangkan Iera masih belum lagi bersiap-siap.
Maaf...gambar tak de ye...
(Hoho...koya betol bknnye iera yg bertunang. Jiran iera yg bertunang tu...
Iera g rumah dia pon dh petang gak...
Dtg makan je lah...ape lagi kan...ahaks.
Sambil2 tunjuk muka Iera comel. Kan tak elok pulak
kalau tak datang tunjuk muka kat majlis jiran sendiri kan)
 *******************************************************************************

Majlis Perkahwinan
Hari Sabtu plk...ade majlis perkahwinan member lama...
Sebelum pukul 10 lagi kami dah bertolak ke rumah member Iera tu...
Ikut perancangan iera...ingatkan nak g t/hari sket.
Tp...pengantin dh mintak srh dtg rumah dia awl2...
So...iera dtg lah awl2.
Takkan nak hampakan perasaan penggantin pulak kan?



Nie lah kawan Iera tu... Cantik tak?
Teringat pulak masa sekolah rendah dulu...
Masa darjah enam tu...Iera, Aima (pengantin), Izzati dan Jue...
Kami berempat memang kawan rapat... Satu geng.
Siap duduk kat depan lagi....
Masa tu... Iera baru jugaklah berpindah ke Kuala Berang.
Izzati pun baru pindah jugak.
Masuk kelas 6 Zamrud tu...
Kami jadi kawan rapat.
Tapi...bila dh masuk sekolah menengah...
masing-masing dah berpecah.
Kami dah tak sekolah sama-sama lagi....
Cuma Jue je yang sama sekolah dengan iera
tp...tak sekelas.
Lps spm lagi la...
masing-masing dah ade haluan masing-masing...
Semua dh lose contact
Tup2....sebelum cuti Chinese New Year hari tu
Aima masage jemput Iera dtg ke majlis perkahwinan dia.
So...dalam geng2 kami tu...
dia lah yang mula2 kahwin.
Iera? Rasa-rasanye yg paling last kot...ahaks.


(Iera, Jue, Nisah...dan kawan rpt Aima)
Sempat lagi kami bergambar sementara menunggu 
pengantin lelaki sampai ke masjid sebelum 
akad nikah berlangsung....


 Bergambar dgn pengantin perempuan....
Tak sah kalau tak tepek gambar sendiri dengan
pengantin perempuan....ahaks.
Nak ambik berkat sikit...
&Ambik seri penganti.
Nanti kahwin mana tau kot boleh berseri-seri...
bagai bintang yang bergemelapan kan...
hahaha

 
Saat sebelum diijabkabulkan... Iera turut ikut menemani
pengantin perempuan. Tapi tak nampak pasal
menyorok belakang pengantin. haha...
Baru Iera terfikir masa tu....
Nasib baik jugak Iera dtg sebelum akad nikah
Tak ramai pun sanak-saudara pengantin perempuan yang ikut.
Yang ikut pun kawan-kawan sendiri je ramai
(Yang bergambar kat atas tadi tu)....

Dengan sekali lafaz mereka dah sah menjadi
pasangan suami isteri.
Lepas tu acara membatalkan air sembahyang
pulak diadakan... 

  
Ni gambar pengantin bersama-sama dgn hantarannya..
Yg di tepi tu mestilah gambar iera ngn pengantin kan..haha
Saje je bergambar lagi sebelum pengantin bersanding.
Psttt....Sebenarnya iera nk bgtau tudung iera sama dengan baju pengantin
Baju iera plk sama dengan hantaran...
Ikut tema betul lah...ahaks 

Byk lagi sebenarnya kami bergambar. 
Tp...kebanyakannya ada pada Photographer...
(Kalau ada gambar dari photographer tu mesti
lagi cantik gambar kan?)
Well kami kan Vvip..ahaks...
Kami je yg konker bilik pengantin tu.


 

 
*********************************************************************
 
Berdating
keesokannya pula...keluar berdating (patut cerita ke? lalala).
Almaklumlah...kami kan jauh-jauh
Bila dh balik kg baru ade peluang nak jumpa

Ikan di laut...
Asam di darat....
Dalam periuk....
Bertemu jua.....


Sorang di Utara...
Sorang di Barat...
Balik ke Timur...
Bertemu jua....

Hm...keluar pun just kat pekan Kuala Berang je.
Jumpa pun setakat ronda-ronda pekan Kuala Berang
dan makan sama-sama.
Maklumlah...kat Kuala Berang tu ape sangat lah yang ada.
Kedai-kedai biasa je...
************************************************************************

Gathering dengan Ex-Schoolmate 
Hari Isnin pulak....
Iera ke Sekayu kerana ex-schoolmate
adakan gathering.... Sambil adakan BBQ
Awal-awal...bukan main lagi bercadang 
nak bertolak pukul 9.30 pagi... 
Dan kebetulan ada member yang akan 
ambil Iera kat Pekan Kuala Berang...
Jadi...sebelum pkl 9.30 lagi Iera dh sampai kat Kuala Berang...

Erm.....masa tu memang yang datang ambil Iera tu
datang tepat pukul 9.30...
Tapi...orang lain yg menaiki kenderaan lain tu agak lambat.
Last-last pukul 11 jugak kami bertolak. 
Sementara menunggu kedatangan dieorang...
Kami yang dah siap menunggu nie
sampat lah makan di Pekan Kuala Berang tu....


Nak salahkan dieorang pun tak boleh jugak...
Mungkin dieorang lambat
sebab nak masak untuk dibawa ke Sekayu tu...
Lepastu...jemput sorang-sorang kat rumah...
Memang lah lambat macam tu....




 Birthday Fikri
 
 Bergambar sebelum mandi manda.

 Mereka yang sedang mandi-manda...
Aduh...jelouse betul lah dengan dieorang...
Iera tak dapat mandi sebab tak bawak baju...
padahal..... (tetetttttt....)


 Lepas mandi-manda tibalah masa untuk kami
membakar ayam.....


Nie orang yang paling rajin membakar ayam pada hari tu...
Yg lain dah masuk dalam air semula....
Tingallah kami beberapa orang...
Tp..Iera tengok je...ahaks


Eh2....dia pon ada.
Kami kan sekolah...mesti lah dia ada sekali.
Kebetulan tgh dgr lagu realiti dewi dan hanya dia...lalala.
Masa ni dia temankan Iera....
Takkan lah nak tinggalkan Iera sorang-sorang.
Dah puas dia berendam dalam air macam badak sumbu....
Sekarang giliran dia temankan Iera...
Kalau tak mesti jadi macam kera sumbang...
Orang lain best-best main air....
Iera plk duk sorang-sorang melayan perasaan yang lara...


Bergambar kenangan ramai-ramai sebelum pulang...
Enjoy sangat-sangat hari tu
Setelah menghabiskan masa bersama teman-teman
sesekolah dulu....
**********************************************************************

Selasa---->Teman ma Iera g Tabung Haji 
& Jadi Bidan Terjun

Hari tu pulak...Iera temankan ma Iera ke Kuala Berang
Sebab ma Iera nak buatkan akau tabung haji untuk adik bongsu.
Iera yang bertindak sebagai setiausaha ma telah ditugaskan
untuk menulis di borang yang disediakan....

Lepas dah siap mengisi borang tu... Iera ditugaskan pula
untuk memfotostat lampiran-lampiran yang diperlukan.
Lepas dah hantar salinan fotostat tu... Iera pergi lah ke cc
sebentar. Tu pun cuma nak mengemail tugasan yang perlu
dihantar semasa cuti tu kepada group member.

Dah selesai semua....kami pun pulang ke rumah.
Balik rumah tu....tengok keadaan kucing yg bunting pelaminyang kelihatan gelisah
semacam je...(kucing mana ada bunting pelamin...dia tak menikah lah...lalala)

Dah dua tiga hari kucing tu macam gelisah.
Dia asyik terjenguk-jenguk je kat bilik....
So, Iera asyik berjaga-jaga lah tak nak bagi kucing tu masuk bilik.
Kami dah sediakan kotak untuk dia bersalinberanak kat dalam tu.
Dia taknak. Sekali lagi...Iera cuba letak dia dalam kotak tu...

Tak lama lepas tu dia senyap je...
Rupa-rupanya dia dah beranak.
Tak sempat iera nak tengok proses kelahiran 
dia lahirkan anak yang first... Tp anak yang kedua. Iera sempat tengok....
Anak saudara dan adik bongsu bising je mulut dia....
Iera pon sama je sebenarnya....lalala.
Ni lah akibatnya kalau dah jakun sangat
Tak pernah tengok kucing beranak katakan....
Nak-nak bila tengok kucing tu makan uri dia...
Baru Iera tau kucing akan makan uri sendiri...
Ma iera kata uri tu dapat dijadikan ubat
untuk kucing yang baru beranak.....

 
Maaf...kualiti gambar tak berapa elok


*******************************************************************
Hari rabu....cuma duduk di rumah je.. Takkan hari-hari nak keluar kan.
So...hari tu cuma rileks-rilek sambil goyang kaki kat rumah....
Hari tu Iera melayan karenah anak saudara Iera yang dah masuk tadika.
Dah 5 tahun anak saudara Iera.....
Sedangkan beza Iera dengan kakak cuma setahun.....
Iera tak kahwin-kahwin lagi.....(Nak kahwin apa...Iera muda lagi. lalala)

 
Tengok anak saudara Iera yang tengah bertungkus lumus
menulis ABC.....
Iera sbagai cikgu hari tu telah memantau anak saudara Iera
menulis. Sambil-sambil tu sempat lagi snap gambar..


 

 

Bila dah start ambik gambar.... Apa lagi....
Sekejap tangan letak kat pipi... Sekejap sengetkan bahu....
Iera takde pulak nak arah-arahkan dia macam mana nak posing...
Semuanya idea dia sendiri...
Ika....Ika......
 *******************************************************************************
Jalan-jalan di Kuala Terengganu

Hari yang seterusnya.... 'Kami' telah mengambil keputusan
untuk berjalan-jalan di Kuala Terengganu...
Bosan jugak asyik berdating di Kuala Berang.....
Kali nie....Iera jadi pemandu pelancong......
Iera escourt dia sepanjang berjalan-jalan tu.
(ada ke awek bawak boyfriend?)

Jalan-jalan sekitar bandar KT tu kebanyakannya Iera dah hafal dah....
Bukan naik kereta ok...tapi cuma jalan kaki setelah kami sampai ke
stesen bas KT......



First-first....kami ke Astaka (Boleh dikira sebagai pusat beli belah jugak lah).
Kemudia jalan-jalan di sekitar kawasan berhampiran astaka tu...
Pemandangan dia memang cantik...Iera suka sangat.
Tp...sayangnya takde gambar.
Maklumlah...dua-dua takde kamera
dan dua-dua mempunyai handset yang tak berkamera....
So...tak boleh lah nak abadikan kenangan kami
dan mengambil gambar pemandangan yang indah-indah... (sob...sob)

 
Gambar kredit to google...
 Tapi...takpe lah...
Iera cuma dapat hidangkan makanan gambar bas bandar je.
Kalau korang ke bandar KT...Korang mesti jumpa bas nie.
Unik kan?

Lepas tu....kami makan di KFC
dan seterusnya pulang ke rumah...
****************************************************************

Berkelah di Belukar Bukit




Hari Jumaat pula... Kami berkelah ke Belukar Bukit....
Ada dalam 4 buah keluarga pergi berkelah bersama-sama.
Tentulah kami pergi ke sana bertujuan untuk mandi-manda.



 
  My Lovely Mom

First2....sampai mesti lah makan dulu...
 Ank saudara iera dah adik-adik Iera dah mandi awal-awal...
Lepas tu baru  naik untuk bersarapan....
Cuma yang besar-besar sikit je belum mandi lagi.


Ma dan adik bongsu....
Adik bongsu Iera nie mamang suka main air...
Boleh dikatakan sepanjang masa duduk berendam dalam air
macam badak sumbu...
Naik pun sekadar nak makan je....

Tengok...masing-masing dah kesejukan.



Apa yang kelakarnya....
Anak saudara Iera sampai terkencing dan terberak kat situ....
Lawak betul la ank saudara iera tu...
 Lepas orang lelaki balik dari sembahyang Jumaat....
Kami makan tengahari plk kat situ...
Keluarga Iera dah siap kemas-kemas dah lepas tu 
pasal ayah Iera nak masuk tasik pulak....
Family yang lain mandi buat kali yang kedua pulak
 So....kami berpecah masa tu...

*******************************************************************
Hantar Anak Saudara....

Hari Sabtu iera ke KT lagi...
Kali nie hantar anak saudara ke rumah dia di Seberang Takir.
Lepas hantar dia, Keluarga Iera pergi
membeli belah di Mydin Mall....
untuk membeli barang-barang keperluan....

Hari Ahad...Iera cuma rileks-rileks sambil goyang kaki kat rumah
sebelum menaiki bas untuk pulang ke UKM pada malam tu....

P/s: Cuti Kali nie memang paling banyak berjalan-jalan. Seronok sangat-sangat.....
Maaf, entri kali nie mungkin agak panjang. Iera berterima kasih sangat-sangat kepada sesiapa yang membaca en3 ni dari awal sampai ke akhir...


Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Di kesempatan ini.... Iera ingin mengucapkan 
Selamat Menyambut Maulidur Rasul yang ke-1431 Hijrah...
Semoga...amalan dan sunah-sunah rasulullah terus menjadi
ikutan buat kita semua sebagai umat Islam.

Maulidur Rasul.......
Korang semua tahu tak apa sebanarnya 
Maulidur Rasul nie? 
Mesti ramai yang dah tahu kan...
Tp...yang tak tahu pasal nie pon mungkin ade jugak kan....
Betul tak?

Maulidur Rasul sebenarnya merupakan hari 
bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
iaitu hari kelahiran Rasulullah S.A.W yang jatuh pada
12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571
Setiap tahun....umat islam akan mengadakan majlis
bagi memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
seperti perarakan, ceramah,dan sebagainya.
Banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi mereka 
yang menyambut Maulidur Rasul nie.
Paling kurang pun... banyakkan berselawat ke atas junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W dan berusahalah
mengekalkan amalan dan sunnah2 rasulullah S.A.W.


Tuesday, February 23, 2010

Hanya Dia



Kucintainya kerana cara dia
Sungguh berbeza dari yang telahku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Kucintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percaya kan janjinya

Kuakui aku menggilainya
Kuakui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya...dia

Kuakui aku mengaguminya
Kuakui aku menyayanginya
Sungguhnya kuakui kuperlukan dia
Segalanya kuserah
Kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

*****************************************************************

Nak berjiwang kejap boleh tak? Boleh lah ae.... hehe. 
Hm...actually ni lirik lagu Siti Nurhaliza dan KrisDayanti.
First time dgr lgu ni t'jatuh cinta pulak. 
Best pulak lagu nie.
Ni gara-gara Iera minat Siti Nurhaliza tu la.
Nak kata minat Siti sangat tu takde lah sgt.
Tapi kebanyakan lagu-lagu Siti memang Iera minat.
Hari tu saja-saja je lah bukak youtube...
Dengar lagu nie...boleh layan je... 
Terus download dan masukkan dlm mp3...
Boleh layan lagu masa duk dalam bas.
Daripada kebosanan tak tau nak buat apa
dalam bas. 
Maklumlah perjalanan dr Kajang ke KT ambik masa 
dalam 9 jam jgk la....
Boleh buat Iera mati kebosanan tau...

erm...
Kalau nk dgr...
search dlm internet sndri lah eh...
hahaha

p/s: sesuai utk org yg tgh hangat b'cinta. hehe

Monday, February 22, 2010

Rileks, tenang dan enjoy telah diragut

hari nie...Iera tlh kembali ke UKM. Pukul 5 pagi tdi Iera bru smpi....

Rileks tlh diragut--->takleh dah nk duk goyang kaki. Banyak perkara yg perlu dibuat.
Ade lagi 3 paper midterm utk diduduki.

  • esk exam Psikologi utk golongan profesinal
  • 27/2 plk exam utk undang-undang perniagaan....
  • 6/3 exam pengurusan strategik....

Masih byk yg belum Iera study.... Aduh...pening2. 
Penat duk dlm bas blom hilang lagi nie.
Rasa mcm nak demam pon ade...myb sbb aircond 
dlm bas kuat sgt. Tak tahan ngn sejuk tu...mcm duk dalam 
peti ais je. 

Tenang pon telah diragut--->Nak fikir pasal study satu hal.
Projek pon byk yg menanti...
LI/praktikal tak tau lgi nak buat kat mana.
awal2...ingat nak buat lambat cket...pastu xjdi lah
Psl 2011 nnt dia nk tukarkan drp cara manual kpd cara sistem
Risiko byk tu...dibautnye intenet lembab atau tahu
pasal bila nak kne daftar sistem lambat xleh plk nak buat LI masa tu.
Erm...spe2 ade cdgn kat mana Iera patot buat praktikal
sila kemukakn eh...hehe.
Nak buat kat Trg...mcm tak byk tempat je yg blh dibuat.
Nk buat kat KL or Selangor nie... Nk kne fikir psl tempat tinggal plk...

Enjoy juga telah diragut---> Balik rmh hari tu...byk perkara yg Iera buat. 
Enjoy sakan la spnjg cuti hari tu... Klu tak sila 2 hari je Iera 
tak kemana-mana.... (Nak tau cerita dia? Tunggu ye....
Blom ade masa lagi nak post en3 pnjg2....hehe)
 Best gila masa cuti tu...rse mcm taknak balik ke UKM plk.
Tp...nk buat mcm mne... T/jawab sbgi pelajar
telah menuntut Iera kembali ke UKM nie....


Wednesday, February 10, 2010

Bertindak Sebagai Promoter


Hari nie...Iera nak bertindak sebagai promoter kepada semua blogger-bloger UKM agar join UKM blogger. Khas kepada pelajar/warga UKM sahaja....

Berminat?
Nak tau lebih detail???
Sila klik banner di bawah utk join UKM blogger

 

Bagi iera...nie merupakan salah satu cara korang 
nak naikkan traffic blog korang. 
Mungkin boleh tambahkan follower korang gak
disamping dpt menambahkan kenalan dr UKM nie sndri.
Nak buat jejak kasih pon boleh....ahaks
Erm...mne lah tau kot2 ade kwn2 yg korang kenal ke...
tak payah susah2 nak cari lagi kan. 

Oh ye...pada bdk2 UKM
yg ade follow blog iera...
Tp...iera xtau, xperasan ke...
sila munculkan diri anda...hehe

Hm...mmg ade gk yg maklumkan pd iera 
yg dia dah follow blog iera..
dia Dah tinggalkan pd shoutmix
Tp...iera takdapat nk bkak blog dia
pasal mungkin url silap.
Siape yg rasa iera tujukan 
pada dia... sila tinggalkan
URL anda pd ruangan komen atau shoutmix...

Terima kasih

Tuesday, February 9, 2010

My First MidTerm Exam for This Sem

Esk Iera perlu berjuang di medan perang dewan peperiksaan
bagi menjalani peperiksaan bagi subjek Pengurusan Kewangan Koprat...
Aduh...esk nk exam...hr nie bru nk study gila-gila.
Dah lah paper nie susah... (takutnye....)
Iera kalau bab-bab mengira nie, kurang siket....
Pastu...ditambah dgn slide lecturer n buku teks utama dia bg dlm bi
soalan exam pulak dalam bm..
Tak ke ting tong kepala nie dibuatnye...
Klu btol2 faham barulah iera boleh ikut...

Tp...Insyaallah blogwalking akn diteruskan spt biasa.. 
Cuma, mungkin kunjungan balas lambat sikit la...
Dan tak sekerap hari-hari lain
Pasal nk kene study nie.
Bg yg rajin klik nuff utk iera.. 
iera ucapkan terima kasih bebanyak pada korang
Mudah-mudahan Allah akn balas jasa korang semua


Sunday, February 7, 2010

Haaa.....kan dh kene marah

Semalam...Iera dan kawan iera serta rumatenye telah ke expo FESSAT (Festival Sanjungan Satria),  Program anjuran kolej iera yg diadakan tiap-tiap tahun. Huhu...biase lah, nama lagi koleh bdk2 Palapes. Tp...iera tak join pun palapes nie...tak minat...

Bagi pandangan iera lah....expo Fessat tahun nie lah yg paling tak best. Gerai-gerai jualan pun tak banyak sedangkan tu merupakan salah satu daya tarikan untuk orang lain datang ke program nie. Tp...iera turun gak lah pasal sape lagi yg nak support program kolej macam nie kalau tak penghuni kolej tu sendiri kan? Thn nie....ade gak lah dieorang jemput artis. Tp...iera dh tak ingat lah sape nme artis tu. Dia nie vokalis kumpulan Fotograf. Iera tak pernah pun dengar lagu-lagu dia (jakun kan). Dia nyanyikan 4 buah lagu semalam. Best jugaklah konsert dia tu...tp, sayangnya...tak ramai budak-budak dari kolej lain yg datang....

Sambil-sambil dengar konsert tu...sambil-sambil cari makanan kat situ. Tp...makanan pun tak bayak. Yg ade...mknn yang goreng-goreng je. Lps ronda-ronda cari makanan...ade lah satu gerai tu yang boleh check resdung. Percuma je... Kawan iera iye-iye suruh iera check resdung tu pasal iera nie alah pada habuk n byk gak lah jerawat kat muka nie... Awal-awal tu...tak nak gak masuk pasal dengar de org cerita de yang keluar lendir-lendir kat hidung dengan banyaknya... Takot iera nak gi pasal iera nie jenis yang penggeli cikit...  Tp...disebabkan perasaan ingin tahu iera tu membuak-buak...iera masuk gak lah check...

Mula-mula....dia suruh masukkan putik kapas (yg dia letak ape ntah) kat dalam telinga... So...lps masukkan putik kapas tu...ade lah rase mcm bende merayap-rayap sikit... Lps tu....dia suruh pulak sedut serbuk kat dalam hidung (aish...nie yg malas nie...sakit kot)... Org tu cakap...kalu org yg ade resdung nie...dalam masa lingkungan dua minit..dia akn bersin lps sedut serbuk tu...Yg lagi teruk...orang tu nak rase bersin, tp tak bersin-bersin...tu tandanya resdung dia dh peringkat teruk katanya... Lps iera pakai tu...tak de lah pulak rase nak bersin...cuma hidung nie rse sakit je... Last sekali...dia letakkan satu cecair kat jari kelingking iera n then dia suruh sedut cecair tu...(sedut lagi). Lps iera sedut tu...tak keluar pon lendir-lendir tu... Yang keluar cme macam orang yang kene selesema je... keluar sikit je. Org yg kat sebelah iera tu dah byk lendir yg keluar  (nasib baik dia tadah kat dalam tong sampah)...lendir dia tu siap warna hijau lagi... Orang tu cakap lagi...klu yang macam tu memang resdung dah di peringkat teruk... Tp...yg iera punya baru di peringkat awal... Katanye lah... Iera ingatkan iera ade resdung yang teruk pasal iera memang alah pada habuk...

Lepas tu...kawan2 iera ajak pula iera masuk kat dalam rumah hantu... Pastu...dieorang ckp taknak lah pulak pasal takut pulak nak masuk... Iera ikut je lah... Last-last...kawan iera ade jumpa member-member dia...terus dieorang ajak masuk rumah hantu tu... Bincang punya bincang....akhirnya dieorang pun setuju... Tapi...nak boleh ke pergi masuk tu...lama gak lah. Kawan iera, ain tu...mamang beria-ia sangat nak masuk...tp dia takut. Last-last dia panggil sorang budak laki suruh teman kitaorang pasal dia cakap kalau ade lelaki selamat...

Kami pun menuju ke rumah hantu tersebut. Pastu...orang yang jaga rumah hantu tu cakap tak boleh masuk ramai-ramai.. dia suruh bahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan 3 orang manakala 1 kumpulan lagi 4 orang... Member iera tak setuju... tetap cakap nak masuk 7 orang gak. akhirnya, penjaga rumah hantu tu pun bagilah kami masuk 7 orang... 

Masa tu...iera jalan dua daripada belakang. Belum sempat iera masuk...kawan iera n rumatenya keluar balik. Pastu...dieorang dah tunjuk muka takut dah... kawan dia yang lagi tiga orang dh jauh kot tinggalkan kami. Lepas tu...dengan beraninya iera masuk dulu. Nak suruh dieorang masuk dulu...jangan harap lah..huhu. Lps tu rumate kawan iera tu ikut lah dari belakang..Siap peluk iera dari belakang (alamak...iera dah tenoda) Yg laki tu...mesti lah duk kat belakang sekali pasal ain dah pesan awal-awal kat budak laki tu suruh jaga kat belakang...

Rumate kawan iera tu tiba-tiba dah tarik iera dari belakang... Aiyooo...tak jadi lagi nak masuk. Lps dh sampai kat luar tu...dieorang berdua dah main tarik-tarik iera plk dah... Ish...ade ke main berebut iera..rase macam glamourlah pulak..ahaks. Lama jugak lah ambik masa kat luar tu lepas dah main tarik-tarik iera tu. Budak laki tu tengok je (mesti dalam hati dia gelakkan kiteorang agaknye). Last-last...penjaga rumah hantu tu teman masuk...sekejap je kot. So...iera lah yg jadi ketua..jalan depan-depan masa tu. Rumate kawan iera tu dh siap peluk iera erat-erat dah... Kawan iera plk dah putih mata pasal tak leh nak peluk iera...

Jalan pnnya jalan...tibalah kat satu kawasan yang kami kene merangkak (merangkak bawah meja) .. Iera pun dah sedia nak merangkak nie. Dah siap menunduk dah pun. Last-last member yang peluk iera tu tarik iera dari belakang.. (Cett...tahulah iera lagi kurus dari dia...senang je dia tarik iera). Lepas tu...ain pula beria-ia tak bagi iera masuk. Dieorang siap cakap lagi hantu ade kat atas meja tu... Siap raba-raba tirai tu lagi nak rasa hantu tu... Last-last...lps dieorg rasa dah tak de hantu tu...barulah dieorang bagi iera merangkak. So...iera merangkak lah.. Keluar dari bawah meja tu dah start nampak hantu kat tepi meja. Iera buat-buat cool je. Lps rumate ain keluar dia terus peluk iera kuat-kuat. So...iera teruskan perjalanan. Lps kena u-turn tu...ade nampak hantu lagi sekor kat hujung lepas u-turn. Kat atas tirai tu plk ade lagi sekor hantu yg mengintai dari  sebelah.. Konon-kononnye nak tunjukkan mukanya yg menakutkan lah tu... Padahal iera buat tak kesah je.. Tp...kawan iera, ain tak nampak lagi mukanya... So..iera terus pegi tengok ape yg jadi...siap selak tirai tu lagi. Tengok-tengok, dia dah terduduk kat atas tanah sebab hantu yang kat tepi meja tu dah takut-takut kan dia. Yang laki tu cuma cakap kat ain yg tak ade apa-apa... Lepas tu...kawan iera pun bangun. Lps bangun tu...dia siap sepak hantu tu lagi (takut punya pasal...sampai hantu tu pun dia tendang).....

Kami teruskan perjalanan kami dengan melangkah ke depan. lepas tu...jumpa lagi sekor hantu sebelum selekoh u-turn sambil membuat bunyi yang menakutkan.... Kawan iera yg duk peluk iera tu ape lagi...terus bertempik sekuat hatinya...siap tarik-tarik iera ke belakang menjauhi hantu tu... 

Iera: "Hish...boleh tak senyap," marah iera... hah..amek ko hantu...sape suruh menakut-nakutkan kawan iera..hahaha..

Lps u-turn tu....ade lah dua buah kubur pulak... kat kubur yang hujung, ade pulak sekor hantu yang kononnye tengah mencangkul something kat kubur tu... Iera buat tak kesah je.. terus je jalan... disebabkan tak berapa nampak jalan, iera siap tanya hantu tu mana jalan lgi... Hantu tu tak jawab pun... Dia duk sibuk sebut cu...cu..cu...

Hish...dia tak jawab pulak. so..iera jalan je lah... last-last iera nampak lah jalan keluar. Lepas keluar tu...iera siap lambai kat hantu yg tengah jengukkan kepala kat sebalik tirai... Kawan iera yg lagi dua tu dah berpeluh ketakutan. Dieorang tak tengok sangat pun hantu-hantu kat dalam tu. Wat rugi je bayar tapi tak tengok... yang laki tu senyap je... tak buat ape-ape langsung. Siap selamba2 main msg lagi...

Malam tu...ape lagi. Dieorang suruh iera temankan dieorang tidur lah. Nak tengok cerita hantu suruh iera teman... Nak masuk rumah hantu pun kene ajak iera... Dieorang siap panggil iera tak de perasaan pasal tak takut sgt tengok cerita hantu n tak bertempik masa masuk rumah hantu tu...   


Wednesday, February 3, 2010

Bercinta tu Haram??



Iera percaya...kebanyakaan kawan-kawan di luar sana ramai yg dah ada pasangan masing -masing. Iera sendiri pun akui yg Iera ada BF. Memang dah fitrah manusia yang ingin dicintai dan mencintai. Kita semua tak boleh lari dari fitrah tersebut.

Korang semua nak tau kenapa Iera bawa isu ni? sedangkan...ilmu agama Iera bukannya banyak sangat. Iera pun bukannya memandai-mandai nak meletakkan hukum nie... Iera sendiri pun masih tertanya-tanya...betul ke bercinta itu haram.

Kalau diikutkan memang ma n abah Iera tak halang Iera dari bercinta nie.. Tapi, adik Iera yg muda setahun dari Iera tu macam tak berapa setuju Iera bercinta. Katanya...bercinta (bercinta sebelum kahwin) tu Haram... Dan dia selalu tanya Iera sama ada Iera nie serba salah tak bercinta sedangkan dia dah bagitau yg bercinta tu haram..

Isu pasal couple ni haram pun ade dalam laman web iluvislam...Menurut laman web tersebut

Bercinta menghampiri zina, manakala menghampiri zina adalah haram = Bercinta adalah HARAM

Sila klik sini kalau nak tau secara lebih lanjut. Jadi, semalam Iera ada tanya pendapat orang yang lebih tua dari Iera. Saje je nak tanya pendapat dia... Apa salahnya kita tanya pendapat orang lain kan? So..jom kita tengok apa pendapat yg dia berikan


***********************************************************
Versi Ustaz Aie
ok..kapel uh haram eh? kapel ne hukumnya harus iera dan biasanya menjadi haram apabila ade nya niat/ tindakan yang tak elok contohnya 'ringan2'. harus tu apabila ada niat untuk kawen. Jadi,jgn salah ertikan maksud haram uh.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan terdapat di dalam
Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” sedangkan niat sebenarnya dipersalahgunakan di mana statement tu diberi untuk menutup niat sbenar..

yer aie phm. memang la. kn aie dh ckp td..yg penting niat/tindakan kita.

Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah sememangnya HARAM.

Tapi dalam kontek skrg, rasanya isu haram nie dh kurang timbul. Amek contoh, klau dlu perempuan kena berpakaian tutup dari atas smpai bawah (purdah). Tapi skrg, sume tu dh berkurg dalam masyarakat..cuma skrg org tak bertudung berpurdah..

yang penting, iera tau macam mana nk jaga diri iera n tahu batas2 yang tidak menyalahi agama.

****************************************************
Versi Sis Mcsue

iera,sis lak tlg jwb...
sekadar pandangan.....

Mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Tambahan..
rasulullah jgk melarang umatnya bercinta secara melampau tetapi menyuruh org islam bercinta kerana Allah dan mencintai org yang di kasihi Allah. Bercinta bukan suatu perkara yg melanggar fitrah.Tetapi ia suatu fitrah dan perlu di atur bagaimana cara bercinta itu.Cinta bukanlah berdasarkan emosi dan nafsu semata-mata tetapi tanggungjawab. Tetapi dalam keadaan arini,tak ramai yg ambil tahu benda mcm ni.kan..

 ********************************************************

Cuba kita lihat pasangan kekasih pada hari nie....mereka dengan selamba rocknya berpeluk-pelukan di khalayak ramai... Tak ade langsung perasaan malu dalam diri mereka sedangkan memang dah terang-terang perbuatan tu salah. Yang lebih teruk tu pon ade. Kalau tak, takkanlah timbul isu anak luar nikah. Yang malangnya tentulah bayi yang tak berdosa tersebut.
Bagi Iera lah...memang kita tak dapat lari dari perasaan cinta dan sayang kita kat seseorang. Bila kita dah sayang seseorang tu...memang susah nak buang perasaan tu. (Kadang-kadang Iera fikir, ada hikmahnya jugak kami ni jauh... ) Cuma, kita sebagai hamba Allah...perlu tahu batas-batas kita. Jangan menghalalkan perbuatan yang sememangnya haram... Perasaan cinta tu adalah suci... jadi jangan cemarkan ia dengan tindakan yang boleh merosakkan kesucian cinta tersebut. Pandai-pandailah kawal perasaan kita sendiri... Jangan kerana cinta, kita sanggup gadai maruah diri sendiri...

Iera cuma harap kamu semua fikir dengan sedalam-dalamnya. Cintai dulu diri sendiri dan keluarga kita  sebelum kita cintai insan lain. Yang paling penting, janganlah perasaan cinta kita pada kekasih hati melebihi cinta kita pada yang maha esa. Biarlah cinta kita padaNya lebih utama dan lebih bernilai dari segala-galanya.

P/s: Iera sendiri pun xde lah dalam sangat ilmu2 agama nie. Cuma, Iera nak kongsi semua nie dengan korang semua. Bagi yang belum bercinta...kalau boleh fikirlah semasak-masaknya. Apa pula pandangan korang semua mengenai bercinta nie...

Monday, February 1, 2010

Apa dah jadi????

Dalam beberapa hari nie...
Traffic blog nie trn dgn mendadaknya
sehingga membuatkan Iera jd t'tanya-tanya
Apa dh jd sebenarnya?...

Ade yg ckp xdpt nk bkak blog nie...
Ade jgk yg ckp blh tengok en3 je...
Tp...sidebar xde
Sbb nie ke yg mmbuatkan trafik
bg 2, 3 hr nie trn dgn mendadak?

Lgi terok bila Mr Superman n PA dia
xdpt nk tgk blog nie...
Xleh jd nie...
Nak2 bila idea utk en3 contest tu muncul ngn tiba2...
Kang xpsl2 juri xdpt jlnkn t/jawab mrk
dgn menlakukan pengadilan scr adil dan saksama.
ahaks

Bila Iera bt blogwalking kat blog2 org lain...
smbil menyumbang dana nuff kat blog dieorg...
Dieorg tak balas balik kunjungan Iera...
Pelik gak tu...Sedangkan sebelum2 nie
dieorg rajin gak membalas balik
kunjungan iera kat blog diaorang...

Spe lgi yg xleh bkak blog nie
@ blh bkak blog nie tp bila dibka,
sidebar blog iera nie xmuncul2...
Sila angkat tangan...hehe
Ni nk kne kaji sbb pe blh jd
mcm nie...
(sambil mengaru-garu kepala yg tdk gatal)