Wednesday, March 19, 2014

Persiapan Perkahwinan :Misi Pencarian Goodies + Doorgift

Alkisahnya misi pencarian Goodies bag + doorgift ni bermula lepas dah balik kampung cuti raya cina hari tu. Lepas berbincang minta cadangan dan pendapat mak ayah apa barang-barang nak diberi kepada tetamu. Mula-mula terus bagitau nak beli non woven bag untuk tetamu. Senang dan murah.... untungnya kali ni propose mak ayah lepas. Sebelum ni masa majlis kenduri kahwin adik tak pulak lepas. Mungkin bila dah beli beg kertas biasa tu ada jugak kes tali rosak la....Kebetulan pulak adik Iera letak air kotak dalam beg kertas tu. Nak simpan pun susah. Jadinya kali ni propose terus lepas.




Ni lah rupanya non Woven Bag Kahwin tu.


Tengah-tengah discuss tu terus mak cakap yang Iera punya progress macam lambat sedangkan majlis nak buat bulan 5, memang dah tak lama lagi. Apa lagi, minggu seterusnya bila dah sampai ke KL terus tak tido lena. Hujung minggu buat keputusan nak ke jalan TAR. Kebetulan ajak roommate dia pon setuju. Terus ke sana naik LRT. Sanggup semata-mata nak mencari barang. Kalau tak memang kepala asik dok risau sebab persiapan belum mula lagi.


Memandangkan Iera suka baca blog-blog B2B yang share persiapan kahwin ada mention kedai barangan perkahwinan banyak di Semua House apa lagi terus ke sana. Yang penting kena beli....baru nampak progressnya. Sampai-sampai di Semua House terus ke lif tekan butang paling atas. Jumpa kedai SAYANG YOU. Agak lama jugak belek-belek barang disana. Akhirnya jumpa satu kotak kecik comel berisi tuala tangan...nampak menarik dan comel. Kat sebelah dia pulak ada tuala tangan cupcake yang comel-comel. Tak lupa jugak tuala tangan sesaja dan bekas cupcake. Lepas sesi campur tolak darab bahagi anggaran tuala tangan yang dah siap dalam RM0.71++. Tuala cupcake yang belum siap dalam RM0.51++.




Tuala Tangan Cupcake




 Total beli semua dlm 500 pcs. Thats mean, anggaran kos
0.71-0.50=0.21
0.21 x 500 = RM105++


So apa lagiterus buat keputusan nak letak sapu tangan cupcake.Tak nak fikir panjang-panjang dah, terus grap tuala tangan dan bekas cupcake tu. Yang penting progress jalan, harga pun jimat. So, siap untuk hari tu.


Minggu berikutnya dah lepas ke kenduri kahwin BFF zaman sekolah rendah terus ke GM Klang.Tu pon kebetulan pegi kenduri kahwin dengan adik dan adik ipar.....on d way balik adik tanya nak ke mana, terus ajak cari barang-barang kahwin. So, diaorang terus decide pergi GM Klang.

Sampai-sampai jer terus ke surau. Kebetulan berhampiran surau tu ternampak la kedai yang menjual mutiara/pearl. So, apa lagi terus grab. Kebetulan duk baca blog b2b tongok diaorang buat tutorial pearl handbouquet nampak senang dan cantik jer... terus beli pearl ikut warna tema iaitu Peach + Hijau Turquoise.


Memandangkan dah dapat lesen dari mak ayah nak beli goodies bag non wooven bag terus cari kedai yang jual barangan pengantin. Survey-survey terus decide beli non wooven bag warna campur-campur 500pcs. Harga 1 RM0.15. So...total 0.15 x 500 = RM75.00.

Ni lah rupa Non Wooven Bag.


Jalan-jalan lagi area GM Klang jumpa pulak kedai yang jual kotak gula-gula kosong  berharga RM0.48 sen satu. Masa pergi kedai sayang you kalau tak silap jumpa kotak gula-gula (tapi siap reben) harga dalam RM0.92++. Tanpa perlu fikir panjang terus beli 200pcs kotak gula-gula kosong untuk tetamu VIP.



Cadangnya nanti nak hias kotak gula-gula tu macam ni la.

Next weeknya pula, ajak roommate sekali lagi ke jalan TAR. Sekali lagi terus ke SEMUA House nak cari kotak untuk VIP. Kotak gula-gula dah beli kan? So sekarang ni kotak goodies untuk VIP pulak.


Awal-awal tu cadangnya nak beli goodies bag macam gambar ni. Kebetulan pulak kenduri kahwin adik hari tu ada lagi balance dalam 10-15 keping. Tetapi malangnya bila dah survey....tengok2 harganya dalam RM0.50. Apa lagi....terus tak jadi. Survey kat kedai SAYANG YOU jumpa beg kertas harga dalam RM0.42. Terus decide ambil yang tu 200pcs.


Penjimatan
 RM0.50 - RM0.42 = RM0.08
RM0.08 x 200 = RM16.00

Ni pulak ala-ala goodies bag untuk VIP harga RM0.42.
Jimat la RM16.00 di situ. Jimat la jugak kan walaupun beza
tak de la banyak sangat kan.


Selesai sudah misi pencarian goodies & doorgift. Cuma isi dalam nanti kene decide kemudian. Balik rumah nanti ada masa sebulan sebelum majlis kahwin. Masa tu lah kene ciapkan baran-barang ni semua. Hamek ko, resign terus dari kerja sebulan sebelum majlis kahwin.

And other option untuk korang dapatkan goodies yang super ohsem & yang cute miut boleh jer terjah kat link di bawah 👇

Reem Doorgift 

Rasanya semua best2 dan affordable untuk korang. Sekarang ni semua di hujung jari. Klik2 jer dah bolwh survey mana yang best dan berpatutan. Dah tak payah berpenat lelah nak masuk dari satu kedai ke kedai kan.

Till then swmoga perjalanan & majlis b2b semua berjalan lancar nanti.



Nukilan dari,
Iera

21 comments:

Unknown said...

cepat btul awak decide..klu sy pegi 2,3 kali blom tentu bli..hehehe

iera said...

Mungkin sebab takde transport sendiri kan. Bila dah naik public transport ni macam patah sikit. Alang2 dah pegi baik beli kan

Unknown said...

Salam semua. Kalau berminat nak jadikan tasbih mini sebagai doorgift majlis perkahwinan anda, jemput la jenguk link ni ye. Cantik dengan harga yang murah. Terima Kasih
https://www.facebook.com/doorgiftmajlis.tasbih

Niea Daniea said...

Bestnye tgk preparation org.. itu ini smue dh siap... sy ni mjlis bln 3 tp ape pn xsurvey lg.., rsenye mcm mjlis tu lame lg.., tp mmber2 smue dh bising.. ehmm.., xtau la nk survey ape dlu... utk doorgift tu pn xtau nk bg ape.. huhuuu... boleh tlong bg cadangan x?.. mntak pndapat sikit.. hehe...

Unknown said...

Wah.. Bestnye.. Sy pown xtau nk start dr mne.. Knduri bln 12 ni.. Haish

Unknown said...

salam sis..
beli tuala cupcake kt kedai mane?
kt jalan tar ke?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam sis..
beli tuala cupcake kt kedai mane?
kt jalan tar ke?

iera said...

Niea Daniea:

Xpe...insyaallah sempat lagi. Tapi dah boleh slow-slow buat preperation. Kalau start sikit-sikit takdelah rasa bulan-bulan tu keluar duit banya sangat. Macam saya dulu lepas bertunang dah start cari untuk barang-barang hantaran. Sebulan tu saya cari 1/2 barang hantaran.

Saya doakan majlis awak berjalan dengan lancar yer.

iera said...

deq zira:

Aáh..lagi dah dekat dengan tarikh kahwin lagi exited rasanya. Insyaallah semua akan berjalan dengan lancar.

Nur Fazlin:
Wassalam...

Kalau tak silap sis beli dekat Semua House, Jalan TAR. Nama kedai dia Sayang You

Unknown said...

salam,

sis level berapa yer barang perkahwinan..ingat nak try survey sini dulu..sebab nak g nilai 3 cam jauh sangat..:)

iera said...

Wan Hizarul:

Wassalam,

Kalau dekat Semua Hause tu ada 1 kedai level plg atas. Naik lif tkn je butang plg atas...Kedai dia nama Sayang You.

Pastu ada lagi 2 kedai bhg bawah. Sampai semuo hause turun tangga 1 level kalau tak silap. Ada 2 kedai. 1 kedai nama SIN YING. 1 Lagi dah lupa nama. Kalau tak silap dekat dengan WATSON.

Mazsa Biz said...

Trima kasih atas info..xpernah tahu kat tingkat atas ade kedai jual barangan kawen..tahu 2 bawah shj

iera said...

Mazsa Biz:

Sama-sama. Kebetulan Iera pun tau sebab terbaca blog b2b jugak. Tu yang try singgah tengok. Alhamdulillah...banya jugak pilihan yang ada.

Unknown said...

Kami ada menyediakan servis Goodies / Door gift untuk majlis perkahwinan, majlis makan malam (annual dinner), parti harijadi, hari keluarga & banyak lagi! Harga berpatutan.

Email : choco.fac3@gmail.com
Follow: instagram.com/chococrunchy
Like : facebook.com/MCCfactory

Unknown said...

salam sis beg woven tu saiz camnr ek.. n beli atne.. egt nk beli camtu gak la.. sbb tahan sikit kan dari beg ketas. harga pon mcam lg murah jek.

Sungift said...

Kami menawarkan paper bag goodies bag yang elegan design dengan harga yang berpatutan.

Hubungi kami :-
Facebook : facebook.com/sungift2u

Unknown said...

assalamualaikum,

Nak jadikan perfume sebagai doorgift / cenderahati di hari bahagia anda?

Rare dan unik. Cenderahati perkahwinan minyak wangi perfume murah. Dalam 100 kenduri pergi, berapa kali korang jumpa perfume/minyak wangi

Sila ke instagram kami @hnparfum atau twitter kami.

Promosi sedang berjalan. Diskaun 50%!!!!! Cepat sebelum kehabisan stok.

Unknown said...

assalamualaikum,

Nak jadikan perfume sebagai doorgift / cenderahati di hari bahagia anda?

Rare dan unik. Cenderahati perkahwinan minyak wangi perfume murah. Dalam 100 kenduri pergi, berapa kali korang jumpa perfume/minyak wangi

Sila ke instagram kami @hnparfum atau twitter kami.

Promosi sedang berjalan. Diskaun 50%!!!!! Cepat sebelum kehabisan stok.

Unknown said...

assalamualaikum,

Nak jadikan perfume sebagai doorgift / cenderahati di hari bahagia anda?

Rare dan unik. Cenderahati perkahwinan minyak wangi perfume murah. Dalam 100 kenduri pergi, berapa kali korang jumpa perfume/minyak wangi

Sila ke instagram kami @hnparfum atau twitter kami.

Promosi sedang berjalan. Diskaun 50%!!!!! Cepat sebelum kehabisan stok.

Unknown said...

Cantik sangat kesemuaan gifts tu. Rasanya semua pengantin akan jatuh cinta dengan cenderahati tu.