Sunday, July 25, 2010

Sediakan Payung Sebelum Hujan




Kata orang....sediakan payung sebelum hujan. Jadi, kita perlukan persediaan sebelum sesuatu berlaku ke atas diri kita. Nanti takde lah kita akan terkapai-kapai dan kebingungan kalau sesuatu perkara buruk berlaku ke atas diri kita.

Nak dijadikan cerita, selepas kawan Iera suruh Iera baca pengumuman di laman web e-pelajar UKM seperti yang tertera di bawah, Iera terus menyediakan strategi-strategi tertentu..


Gangguan Capaian Rangkaian UKM 
Adalah dimaklumkan bahawa Capaian Rangkaian UKM akan tergendala bermula pada 24 Julai 2010 (Sabtu) 6.00 petang hingga 26 Julai 2010 (Isnin) 8.00 pagi disebabkan gangguan bekalan elektrik keseluruhan kampus UKM Bangi oleh pihak JPP.Sehubungan dengan itu, capaian internet ke luar dan dalam UKM akan tergendala sehingga bekalan elektrik pulih seperti sediakala.Sekiranya terdapat masalah capaian rangkaian selepas tempoh tersebut, harap dapat maklumkan atau hubungi kami Bahagian Pengurusan Rangkaian di talian.


Jadi, semalam Iera keluar ke kajang. Konon-kononnya nak beli lilin sebagai persediaan untuk blackout., Sambil temankan kawan Iera, Ain bayar bil celcom dia dan berwindow shopping. Sebelum balik, sempat sembahyang asar kat Metrokajang. Last-last....bila dah balik bilik baru perasan handset takde.


MasyaAllah...hati dah cuak gila masa tu. Taktau nak buat apa. Dahlah sebagai orang yang buat pjj (Percintaan Jarak Jauh) macam Iera nie...henset sangat-sangatlah penting...hehe. Ok, tipu....cinta bukan utama. Tapi...tu pon penting gak. Haha. Yang penting dia akan memudahkan kerja-kerja sebagai pelajar macam Iera nie. Terutama nak contact ahli kumpulan kalau ada kerja group. Kalau dah handset tu hilang macam mana nak contect ahli group ditambah dengan masalah kewangan sekarang. 


Jadi, semalam sempat lah berYM dengan adik Iera yang blaja kat UNITEN. Tengah-tengah cerita kat dia, tenet terputus. Dah tak dapat nak berYM. Baru ingat nak suruh dia mesej Pakwe Iera sebab sebelum keluar dah mesej dia. Dah balik mesti lah kene bagitau dia...nanti kan dia risau. Jadi, dalam keadaan cuak dan tak tau nak buat apa...member Iera , Ain datang bawak makanan Dia tanya Iera sebab apa dia call Iera tak angkat..So, Iera cakaplah yang handset Iera. hilang Bagi nak sedapkan hati Iera, dia cakap mungkin ada dalam bag dia. Tapi...memang tak ada pon... 


Last-last...Iera mesej pakwe Iera guna nombor Ain, cakap handset hilang. Sian Iera kene marah semalam coz Iera lambat mesej dia cakap dah sampai.... Bukan taknak cakap awal-awal...tapi dah kebingungan masa tu sampaikan tak tau nak buat macam mana.  Dan rupa-rupanya malam tu ada je elektrik sebenarnya. 

 

10 comments:

Cik Bucken said...

alahaiii kesian nye ari kamu..
bertabah ye..

Chaon Cornerz said...

tak pasal2 dah kene marah.. kesian iera..

iera said...

Cik Bucken:
2 la....dugaan. thanks

Chaon Cornerz:
2 la...x pasal2 kne marah. Tp...xpe la, biase la tu. dia rsau sgt kot

tim said...

err...so henset camna??tak jumpa langsung smpi skng?

cikTi said...

xpasal2 kena nipu sunat..eheh.

Liyana said...

da jumpa ke hp?

tak pun, da recover suma no2?

ezany said...

pernah gak henpon hilang dulu.. masa tu baru guna 2 minggu jer.. 1st time guna henset masa tu.. :(

Matt said...

aiya pakwe iera patutnya lebih memahami, x patutla marah2 gitu ek..tapi marah tanda sayang, tul ke?? haha..

iera said...

tim:
Dah jpe..dh de tls dlm en3 bru.

cikTi:
2 la cikTi...tp, hr ahd tu btol2 xde letrik smpi mghrib. mlm tu ade blk.

Liyana:
Alhamdulillah...dh jpe blk hp tu. De crte kt en3 bru...hehe

iera said...

ezany:
nie msti lpe dh de hndset tu kan? hehe

Matt:
dia mrh sebab lmbt imform kt dia Iera dh smpi blk. Dia kol xangkt2...sbb tu kot. Tp...dia de usaha gak kol n msg no iera tu.. kot2 de org jpe hp tu pulangkan blk