Saturday, January 1, 2011

Tanam Anggur yang tiada hasilnya...


Sedar tak sedar dah masuk tahun 2011 sekarang. Dan sedar tak sedar jugak dah sebulan lebih Iera duk goyang kaki di rumah. Makan tido makan tido je kejenye. Dah jadi penternak lemak yang berjaya agaknye...huhu. Tapi, banyak jugak perkara yang dilalui sepanjang menjadi penganggur terhormat ni. Ye lah, lepas dah tamat belajar ni....Iera habiskan masa dengan berehat dulu sepuasnya di rumah.  Masa yang terluang mestilah diisi dengan makan dan tido...huhu. Tambahan lagi sekarang ni musim hujan dekat Terengganu ni....lagilah sedap membuta. Novel pun dah lebih 5 buah Iera habiskan.

Lepas habis belajar....banyak jugak aktiviti yang Iera lakukan. Sambutan hari raya haji tahun ni juga meriah ditambah dengan kedatangan kawan rapat Iera ke rumah. Katanya nak merasa beraya di Pantai Timur nie pasal ramai yang cakap raya haji di sini meriah.. Ditamabah dengan musim cuti sekolah...jadi sempat jugaklah menghadiri pertunangan abang sepupu dengan perkahwinan kakak sepupu.

Dalam sedap bergoyang kaki menternak lemak ni, ada jugak berita yang mengejutkan. Hm...adik Iera ada sedikit masalah kesihatan dan dia telah melakukan pembedahan pada hari selasa hari tu... Tak sangka jugak adik Iera menghadapi masalah kesihatan tu. Apa-apa pun dia telah selamat menjalani pembedahan. Walaupun penyakit dan punca tersebut belum tahu lagi...harap-haraplah bukan penyakit yang membahayakan.

Hm...setelah sebulan lebih ni menanam anggur yang tiada hasil ni, terasa sedikit bosan jugak. Harap-harap tak lama lah Iera menjadi penganggur terhormat. Tapi, bila dah dapat kerja mesti susah pulak nak dapat cuti kan?... Mudah-mudahan dengan kedatangan tahun baru ni, Allah akan murahkan rezki Iera dan permudahkan Iera mendapat kerja....



6 comments:

YuSeNzE - KniGhT said...

ada yang tanam anggur kat perlis dapat hasil.. hahha..

Selamat menempuh tahun 2011 dengan keazaman untuk maju jaya.. ;)

Chaon Cornerz said...

semoga tahun baru nie dapat hasil yang baik.. jangan putus asa.. cari je keje ape pun janji tak bosan.. =)

Wanie-san said...

aip!
nanti dah koje jgn lupe wani ye!
miss u!
hope adik iera sihat2 saje..keluarga iera juge...hehe

iera said...

YuSeNzE - KniGhT:
2 la...org laen tanam anggur dpt hasil. Iera tnm anggur xdpt pape...hehe

Slmt thn bru 2011 n hrp thn nie lbh baik drp thn sblmnye

Chaon Cornerz:
Thanks...insyaallah.

Wanie-san:
Insyaallah, Iera xkn lupekan wanie.
Miss u 2...

Mario said...

hehe...tanam dulu puas2...nanti dah kije dah takde masa lg...ekeke

iera said...

Mario: Btol3x...klu dh kje nnt ssh plk nk dpt cti...