Saturday, October 9, 2010

Terjah


Aktiviti terjah menerjah dalam blog sememangnya satu aktiviti yang disukai oleh kebanyakan bloger-bloger sekalian... Betul tak? Hm....dulu-dulu masa awal-awal joint nuffnang memang selalu jugak la wat terjah menerjah ni. Tapi...tak tau la kenapa sekarang ni malas sangat nak terjah menerjah ni. Tak terasa macam awal-awal joint nuffnang dulu..

Cop...cop... Pesal pula melalut sampai terjah menerjah pasal blogwalk pulak? Padahal nak cerita pasal lain...hehe. Hm...ingat blogwalk saja ke yang buat aktiviti terjah menerjah. Takpun terjah dalam Melodi tu? Iera pun boleh buat terjah menerjah ni. Walaupun boleh dikatakan kerja gila...tapi dah namanya tanggungjawab, perlu la laksanakan jugak.

Ni la dia...gara-gara perlu siapkan projek Pengurusan Operasi, semalam kami terpaksa buat aktiviti terjah-menerjah. Kami nak kene interview company yang ada buat kawalan inventori. Dalam kata lain...kami terjah company yang ada buat kawalan stok barang-barang dia. Gara-gara tak dapat nak call untuk buat apointment untuk buat interview ni, terjahlah jalan penyelesaiannya...

Semalam, lepas habis kelas pagi tu, tunggu kawan sekumpulan yang lain untuk kami bertolak bagi melaksanakan aktiviti terjah menerjah ni. Lokasi pertama....Tesco Kajang. Lepas tanya kat kaunter kat Tesco tu...kami pergi la kat bahagian pejabat seperti yang diberitahu oleh orang kat bahagian kaunter Tesoc tu. Nak cari pejabat tu bukan main susah lagi. Last-last...bila dah jumpa tak dapat nak interview. Alasannya, perlu pergi kat HQ kat kepong baru boleh. Maklumat sulit....kalau setakat cawangan-cawangan cam ni tak boleh nak bagitau maklumat tu...

Lepas tu...kami teruskan perjalanan kami ke Mydin Mart Kajang pulak. Kami tanya pekerja kat situ nak jumpa bos yang handle stok atau inventori ni.... Pekerja kat situ cakap bos cuti pulak. Bila tanya pembantu yang uruskan stok pulak...dia cakap takde. Macam pelik la pulak, takkan la takde pembantu yang nak uruskan pasal stok tu sedangkan masa tu memang sah-sah tengah ada lori yang hantar barang. Mestilah kene ada pembantu yang nak uruskan pasal stok-stok barang kat lori tu kan... Lepas tu...Yang ni pun alasan sama...kene pergi kat HQ jugak.... Hm...susah jugak bila dah besar sangat...semuanya kene refer HQ. 

Jadi...memandangkan dah tengahari...kami decide nak makan dulu. Lokasi terjahan kami untuk makan ialah KFC. Dah lepas makan tu...kami teruskan lagi terjahan kami. Kali ni kami decide ke pasaraya yang lebih kecil kat hentian kajang. Dah lupa la pulak nama pasaraya tu....hehe. Alhamdulillah....akhirnya dapat jugak sedikit maklumat daripada pekerja kat situ. 

Boleh dikatakan tindakan terjah kami ni berjaya jugaklah. Walaupun terpaksa berhimpit-himpit seramai enam orang dalam kereta kancil kami tak kisah...Lawak jugaklah kalau difikirkan balik...hehe. Apa-apa pun, ni merupakan pengalaman yang menarik jugak kalau dikenang suatu masa nanti... To Aini, Nora, Ziera, Rebecca, dan Boon....Iera enjoy lakukan aktiviti terjah ni dengan korang semua....

p/s: Kalau nak baca entri versi Aini boleh terjah entri pasal 6 dara pingitan

      


4 comments:

Chaon Cornerz said...

Wahh.. terjah.. ingatkan pasal bw.. hahha.. company2 besar nie selalunya susah sikit la.. banyak je alasan.. pasnie dah tahu la nak terjah kan.. =)

ezany said...

kira ok la tu objektif tercapai.. hilang rasa penat.. hehe..

Mario said...

laaaa....apsal tak terjah kat kfc tu...bukan dorg pun kena ada ke mende2 tu...heeee

iera said...

Chaon Cornerz:
Betol tu, cmpany bsr mmg byk karenah

ezany:
a'ah...hilang jgk penat tu ble dh dpt interview cmpany tu

mario:
Pasal group member semua nk cri company yg ade stock brgn keperluan. Klu KFC 2 cme stock utk menu dia je