Monday, November 8, 2010

Hajat yang Kesampaian?

Bila kita berhajat, seboleh mungkin kita akan cuba laksanakan hajat kita tu. Walau sesukar mana pun hajat kita tu, kita akan cuba laksanakannya sehingga berjaya. Dalam hal ni motivasilah yang memainkan peranan penting dalam mendorong diri kita melakukan sesuatu tindakan. 

Setelah sekian lama Iera berhajat nak berjumpa dengan ex-housemate Iera masa Iera buat praktikal dulu...akhirnya terlaksana jua akhirnya. Si Kechik dan Matun dah beberapa kali tanya bila nak datang rumah dieorang lagi. Maklumlah...dari bulan ramadhana ke bulan syawal, tak jadi-jad jugak nak pergi ke rumah dieorang. Akhirnya hari Jumaat lepas baru tercapai hasrat nak pergi rumah mereka.

Memang kalau ikutkan hati dah lama nak pergi rumah dieorang tapi susah bila 'Enchik abang' tak lepaskan Iera pergi sorang-sorang. Nak ajak kawan....masing-masing dah ada perancangan sendiri. Kawan rapat Iera kat UKM ni... Ain pun lagi susah nak ajak temankan. Pakwe dia lagi tak bagi dia temankan Iera naik train walaupun berdua dengan Iera. Nasib baik kali ni 'Enchik abang' lepaskan Iera pergi sorang-sorang. Tapi...tu pun bukan main pesan macam-macam kat Iera......

 Ex-Housemate masa Iera buat Praktikal dulu. 
Tiga-tiga orang yang kat bawah ni dah berpindah 


Sebelum Iera balik ke Terengganu, dapat jugak Iera bermalam di rumah diaorang selama 3 hari 2 malam. Seronok habiskan masa bersama-sama. Walaupun setakat bermalam di rumah dieorang dapat jugak buat aktiviti bersama-sama. Sekurang-kurangnya dapat tengok TV bersama-sama, makan ramai-ramai, berbual-bual kosong dan tambah-tambah lagi ikut diaorang shopping barangan dapur rumah dieorang. Erm...mungkan Iera lagi suka buat kerja ramai-ramai. Nak-nak bila masa makan. Kalau kat UKM ni, kalau takde kawan comfirm Iera takkan makan selagi perut betul-betul lapar. Masa tu terpaksalah makan jugak. Mungkin sebab makan ramai-ramai lebih nikmat rasanya.

Dapat jugak jejakkan kaki ke Times Square

Hari Sabtu pulak sempat habiskan masa dengan Matun pergi Times Square. Dah lama berhajat nak pergi Times Square sebab sepanjang duduk kat UKM ni memang tak pernah jejakkan kaki ke Times Square. Jakun kan? Tapi tak kisah lah....akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke sana. Sebelum meninggalkan UKM, Iera memang berhajat nak pergi Times Square dan akhirnya terlaksana jugak. Best-best. Bergambar sakan hari tu. Walaupun pergi tak beli apa-apa pun, yang penting dapat spend time dengan Matun dan laksanakan hasrat yang terpendam sekian lama...haha

Iera dan Matun 


P/s:   Hajat nak jumpa kawan rapat masa sekolah randah dulu 
tak tercapai lagi. Lepas tu teringin pulak nak g 
ICT Shah Alam. Bila agaknya boleh tercapai?

5 comments:

Mario said...

best jumpa kawan lama kan...

iera said...

Mario:
Yup...memang best. Hope dpt eratkan lgi hubungan kami n sbg kenangan yg xleh dilupakan

Wanie-san said...

hehehe
wanie keje kalau dating mesti g times square..hehe
dah tercapai hajat tu ye...hihi

Chaon Cornerz said...

bila lama tak jumpa baru rasa nak cari2.. bila dekat2 asik nak gaduh2 ja.. chaon la tue.. hahha.. best kalau dapat jumpa ramai2..

shazreena said...

cik abg xbg eh???????????2tndanya cik abg sygkn kte, dia xnk ape2 jd kt org yg dia syg...bguslh 2 sbb dia tnjukkn yg dia sygkn iera...