Thursday, April 17, 2014

Persiapan Perkahwinan : DIY In Progress

Sedar tak sedar lagi 2 minggu majlis bakal berlangsung. Persiapan perkahwinan masih banyak lagi yang belum siap. Jom lihat senarai plan DIY: 

1) DIY Tuala Cupcake

So far, DIY tuala cupcake dah banyak yang siap. Bilangan beli dalam 500pcs. Bilangan yang dah siap dalam 450pcs. Ada dalam 50pcs je lagi. Nak buat pun tak de la susah mana. Gulung-gulung tuala, pastu masukkan dalam cawan cupcake. Dah siap, masukkan dalam plastik dan ikat. Siap

 Niat di hati nak tambah ikatan reben pada tuala cupcake ni tapi ma macam tak setuju.
Kalau tambah reben cantik sikit tuala cupcake ni kan?


Tuala + Cawan cupcake beserta tuala cupcake yang dah siap.

2) DIY Bunga Telur

Awal-awal perancangan dulu sebenarnya nak beli je bunga telur ni. Tapi entah kenapa tiba-tiba datang meroyan nak buat sendiri bunga telur. Mungkin disebabkan my mom pernah 'berbunyi' suruh buat sendiri.
Kebetulan pulak tu ada suatu hari keluar dengan en tunang ke Kuala Terengganu. Kebetulan ada ternampak satu kedai alatan perkahwinan bernama Ratu Sehari. Apa lagi terus ajak en. tunang ke sana.

Lepas dah survey bunga telur di kedai tersebut terus mintak pendapat en. tunang sama ada nak beli terus atau buat sendiri. En. Tunang galakkan buat sendiri dan siap pilih bunga sama-sama. So, jadilah perancagan bertukar dari beli kepada DIY sendiri. Anggaran nak buat dalam 80 pcs. Ada lagi 20 pcs yang tak siap.

 Rupa bunga telur yang dah siap. Entah lah jadi ke tak. Kalau tanya pendapat adik, dia kata yang ni tak cantik. Tanya pendapat sepupu dia kata yang ni lagi cantik. Katanya sebab yang ni tak pernah jumpa lagi orang buat.


Ni pulak rupa bunga telur design kedua. Dah macam-macam design dah ada. Adik lagi suka yang ni, katanya lagi kemas. Sepupu pulak kata, yang ni dah biasa tengok. Kalau tanya My Mom, dua-dua pon ok.

3) DIY Hiasan Kotak Gula-gula.

Memandangkan sebelum ni Iera ada beli 200pcs kotak gula-gula kosong (lihat gambar di atas) so decide nak tambah hiasan sikit la. Nak bagi tambah berseri dan elegant.


Rupa setelah siap dihias. Memandangkan masih ada baki mutiara hasil DIY Bunga Tangan Pearl hari tu....so Iera gunakan apa yang ada. Tapi buat ni agak penat dan leceh jugak. Ni pon baru siap 50 pcs. Lagi 150pcs perlu disiapkan.

Akhirnya decide nak beli buckle macam gambar di atas ni. Tapi memandangkan jualan dalam kuantiti yang ditetapkan iaitu 100pcs/packet...jadi terpaksalah beli 100pcs sahaja. Lagi 50pcs masih menggunakan mutiara.

4) DIY Hantaran


Hantaran memang dari dulu rancang nak buat sendiri. Boleh dikatakan perkara wajib yang perlu dibuat untuk majlis perkahwinan ni. Memandangkan awal lagi, jadi Iera baru siapkan 2 hantaran iaitu hantaran jam tangan dan set belt + wallet. Cuma setakat ni semua polisterin dah siap dibalut dengan kertas dan renda dekat bahagian tepi. Cuma bunga-bunga akan dihias kemudian.

Setaat ni cuma senarai DIY yang Iera buat. Rasa-rasnya macam ada lagi. Ok, kalau ada tambahan Iera akan update kemudian. Banyak lagi yang nak kene buat ni.  Jumpa next entri yer....

Bye

Nukilan dari,

2 comments:

noc-ah said...

sapu tangan & bekas cupcake tu beli kat mana?

nurul syazwani said...

bunga dekat dulang hantaran tu beli kat mana ye ?