Tuesday, January 27, 2015

Persediaan Menyambut 'Orang Baru'


Sedar tak sedar dah 29 minggu lebih dah usia kandungan Iera. Kalau ikut tarikh jangkaan lagi 2 bulan lebih. Tak lama dah tu... pejam celik pejam celik keluar lah kedatangan 'orang baru' dalam keluarga kami. Kami pun dah banyak buat persiapan menunggu My little baby. 

Antara kelengkapan yang dah tersedia:-

1) Pakaian bayi
Pakaian bayi
Pakaian bayi memang barangan yang paling teruja kami beli. Walaupun tak tau lagi jantina (baby malu nak tunjuk diri) kami tetap exited beli. Nak-nak kebetulan beli di Pureen Warehouse Sale masa hujung November lepas (walaupun kandungan baru 5 bulan masa tu). 

Siapa tak teruja nak beli bila harga baju memang murah gila. Rm3 sehelai kot! Dapat pulak my hubby yang semangat siap berlari nak berebut kaut baju baby masa tu....apa lagi borong sakan lah kita.

Baju dari new born sampailah umur 1 tahun lebih pun dah ada 2, 3 pasang. Corak dan bentuk kami banyak pilih corak yang sesuai untuk kedua-dua jantina. Tapi....tapi...tapi....ada jugak 2,3 pasang corak baju perempuan yang terambil. Corak dah terberkenan ambik jugak la. Kalau dah keluar lelaki baju tu nampaknya akan jadi rezeki buat anak saudara aku yang baru nak masuk 3 minggu sekarang.

Baju new born yang dibeli ada lah dalam 5, 6 pasang je. Ma dah pesan siap-siap jangan beli banyak. Takut bayi terlebih besar. Tambahan pula bayi ni cepat jer besar. 5, 6 pasang tu dah cukup dah tu.



2) Kelengkapan Mandian & Penjagaan Bayi
Tuala mandi, tuala muka, selimut/bendung,
kelambu, & barut perut.


Set untuk mandian & penjagaan bayi pun dah banyak tersedia. Yang ni pun banyak dibeli masa Pureen Warehause Sale hari tu. Alang-alang dah pergi beli jauh-jauh kita borong banyak-banyak lah yer. Kalau tak rugi jer.


Set kelengkapan mandian & pampers newboarn drypers.
Tidak ketinggalan pencuci pakaian bayi Pureen
Set mandian tu kami baru beli 2 minggu lepas. Saja beli yang set macam tu....senang nak bawak kalau tetiba nak terberanak sebab set tu dah siap dalam bag macam tu.



Sarung tangan & kaki, topi dan pelapik makan pun dah beli.



Set penjagaan bayi dan penyusuan


Pampers utk bayi dan pad selepas bersalin

Bedding set & beg bayi

3) Bedding set & traveling

Untuk bedding set Iera ada beli sebiji bantal dan 2biji bantal golek unruk tujuan traveling. Senang nak bawa ke mana-mana. Lagipun bantal ni ringan jer. 

Beg bayi untuk memudahkan kami membawa kelengkapan bayi. Kalau nak ke mana-mana sumbat je barang bayi dalam tu....senang kerja. Sekarang ni dah boleh sediakan sedikit barangan bayi yang perlu dibawa ke hospital kalau dah ada tanda-tanda nak bersalin.

Untuk bedding set di rumah Iera dah mintak tolong nenek buatkan tilam dan bantal kekabu untuk cicitnya yang bakal lahir nanti. Alhamdulillah...nenek dah siapkan buat cicitnya ini. Sarung tilam dan bantal Iera dah munta tolong kakak sepupu jahitkan. Tunggu dia siapkan jer.

4) Kegunaan penyusuan & kelengkapan ibu selepas bersalin.

Bagi barangan untuk kegunaan penyusuan Iera cuma beli 2 washable nursing pad dan 1 kotak disposable nursing pad. Lain-lain barang belum beli lagi. Botol susu & pam rasanya tak perlu kerana Iera bercadang nak menyusu badan jer. 

Cuma baju dan coli untuk tujuan penyusuan belum lagi beli. Penting jugak tu....nanti kalau dah keluar jenjalan senang.

Untuk kegunaan selepas bersalin pun banyak lagi tak beli. Cuma pad bersalin dari pureen jer yang dah ada. Set bersalin pun tak beli lagi ni...adus nampak benau kami cuma semangat beli barangan bayi je ni. Sedangkaan kegunaan ibu lepas bersalin pun banyak jugak yang perlu dibeli ni...

Nukilan dari

1 comment:

Anonymous said...

Aladin88 adalah Master Agen Betting Online Terpercaya. Kami menyediakan jasa pembuatan account betting online dari permainan SBOBET, IBCBET, 368BET (CMDBET), Winnning FT, Ubobet, SBO Casino 338a, Ion Casino, CBO855, Tangkasnet, Tangkas88, 9Joker, Klik4D, Isin4D, dan AsiaPoker77.
YM: cs1.aladin88@yahoo.com
Pin BB: 2B1D5AD1
WeChat : aladin88cs
Whatsapp: +855962761968
SMS: + 6281287457208