Friday, June 8, 2012

Penantian Dalam Ketidakpastian


Sukar rasanya bila menanti sesuatu yang kita tak pasti.
Tak tau mana arah nak dituju...
Tak tau apa tindakan yang sepatutnya dilaksanakan...
Dan yang paling penting sukar untuk kita
buat keputusan bila kita tak pasti sesuat benda.



Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

Harap-harap penantian akan berakhir secepat mungkin.
Dan.....
  Mudah-mudahan kepastian akan diperolehi dalam waktu terdekat ni.



Thursday, March 29, 2012

GUNTING DALAM LIPATAN!!!!!


Apa perasaan korang bila kita sebagai orang baru kemudian ada orang sudi menghulurkan bantuan nak ajar apa yang patut tanpa perlu diminta?
1) Mestilah Happy pasal ada orang nak tolong kita secara sukarela
2) Hm....mesti Boss yang suruh dia ajar kita apa yang perlu kot pada kita.
3) Dan bolehlah kita tanya kalau ada sebarang masalah tentang kerja nanti.


 

Apa perasaan korang bila orang dalam department tempat korang kerja cerita tentang perangai yang tak baik tentang pekerja dalam department korang sendiri termasuklah boss sendiri?
1) Mestilah takut nak jumpa dan tanya sebarang problem kerja dengan boss.
2) Nak tanya pekerja lain pon mestilah takut jugak.
3) So, apa-apa problem tentang kerja baik refer pada dia kan..... 


Apa perasaan korang setelah seseorang tu telah buat korang percayakan dia yang sebelum ni konon-kononnya sukarela nak tolong ajar apa yang patut dan kamu dah anggap dia sebagai kawan korang sendiri & korang selalu makan bersama cerita pada Boss yang kita tak pandai buat kerja dan Boss sendiri yang sampaikan benda tu pada kita?
1) Of coz terkedu, kecewa, sedih & b'bagai perkara lagi yang bermain di fikiran dan perasaan.
2) Tapi....takpe lah. Buat macam biasa & wat macam tak tau jer. Cuma kalau ada problem atau nak
mintak pendapat dah tak payah mintak pendapat dia lagi... 


Apa perasaan korang bila kali ni korang sendiri dengar dengan telinga korang sendiri.....
Dia cerita pada kawan sekerja yang lain? Katanya "Apa pendapat kalau bos ada bagi task pada budak baru tu. Layak ke dia buat?"
Siapa lagi budak baru tu kat department tu? Aku la tu....
1) Bertambah kecewa & sakit hati dengan dia. Tak cukup-cukup lagi ker.
Depan kita macam baik je... Dan kita lah kawan dia kononnya.
Tapi kenapa perlu cerita pada orang lain?
2) Lagi berlipat ganda sakit hati bila kawan korang yang lain 
ada cerita yang dia pernah YM kata kita tak pandai buat kerja.
Dan kalau Boss nak serap kita dia TAK NAK!

Apa ni? Kita baru jer nak timba pengalaman bekerja. Mestilah tak banyak tau sangat selok belok kerja kat situ. As long as kita dah cuba buat yang terbaik dan Boss sendiri boleh bagi kepercayaan pada kita.
Kenapa dia nak pertikaikan lagi???? Lagipun niat kita bekerja nak belajar, timba pengalaman, sekurang-kurangnya boleh ringankan beban mak ayah kita. Dan kerja nie kan salah satu ibadat......

Takkan lah tak puas hati kalau Boss suruh kita tolong cek kerja yang kau dah buat. Niat Boss sebenarnya nak suruh cek spelling error jer. Bolehlah korang proceed dengan kerja print barcode. Kalau silap rugi kertas dan ink lah pulak.

Last-last bila dah refer pada Boss dan Pekerja bahagian yang sama tentang asset nie....
Banyak yang tertinggal, spelling error pon banyak....
So...what to do? Pergi jumpa dia dan bagitau "Saya ada check detail ni. Banyak lah yang silap. Boleh tak nanti betulkan tempat yang saya tanda nie?,"
Padahal awal-awal dia dah cakap kita tak reti buat kerja. 
Kalau aku edit sendiri dalam sistem kan dicakapnya aku 
memandai-mandai n ganggu kerja dia.....

So...pe lagi???
Bulan yang paling stress bila kerja kita ada bersangkut paut dengan kerja orang lain.
Kalau kerja kita...boleh lah kita sendiri ubah mana yang silap.... Tapi nie kerja dia dan kita perlu 
buat part yang last jer sebenarnya.....

P/S: Kenapa selalu jumpa dengan orang yang berperangai ntah pape nie. Ada jer yang tak kena. Jahat & teruk sangat ke aku ni sampai nak buat cerita kat belakang? Aku baru jer nak belajar & timba pengalaman apa yang patut. Kalau rasa tak kena, ada silap....tunjuk ajar je lah apa yang patut.

 

Tuesday, January 10, 2012

1st Entry 2012

Assalamualaikum w.b.t....

Alalalala...kesiannye blog nie. Dah lamai terabai. 2 la, bila dah start habis study dlu terus aktiviti b'blogging nie b'kurangan. Berkurangan ke? Lagi teruk kot...sampai dah terabai tu. Cuma 8 entri jer bagi tahun 2011 tu. Kat rumah pun bukannye ada internet. Ditambah pula takde aktiviti yang menarik. Sekadar makan tido makan tido je. Mesti semua naik bosan nak baca entri yang entah apa-apa tu. So, Sekarang nie bila dah kebosanan melanda baru terasa nak mengupdate blog. Kat dalam pejabat pulak tu....nasib bos tak de hari nie.... Sebab tu lah kebosanan, tak de keje...huhu. Jadi, sekarang baru berkesempatan nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012----> walaupun dah terlambar kan, tak pe lah still gatal2 nak ucap jugak. hehe<

Awal tahun 2012 ni barulah duk merasa sebagai seorang wanita berkerjaya. Kononnyelah... Ye lah, selama nie duk ternak taik mata banyak-banyak, jadi penganggur terhormat. Pergi beberapa interview pon still tak dapat kerja jugak. Hm...yang nie pon bukannya sebagai pekerja tetap lagi. Baru je buat praktikal sebagai GEMS Participan. Jadi selama 6 bulan lah Iera akan berada di Theta Edge Berhad... Kalau ada rezeki, bolehlah diserap terus... Kalau tak? Hm...kalau tak...jadikannya sebagai pengalaman kerja....

 Gambar kredit to en. google.. Hehe, segan nak amik
gambar... Maklumlah, low profile...hehehe. Kalau ada mood 
dan kesempatan baru Iera akan letak pic okey....

Sambil-sambil tu nak jugak cuba apply kat mana-mana. Ye lah, yang nie pun setakat dapat elaun jer. Kalau boleh nak lah jugak merasa pegang duit gaji sendiri... Tapi tu lah, sementara takde kerja nie...nak apply kat internet pun tak dapat... Mungkin tenet company nie memang blog yang jobstreet kot... Tak banyak website boleh bukak. FB pon takleh bukak jugak... Jadi bukak lah apa yang patut.... Sambil-sambil baca blog-blog mana yang berkenan, sambil tu tetiba rasa nak mengupdate blog. 1st entry bgi tahun 2012 nie.

Mudah-mudahan kehadiran tahun 2012 ni akan membawa sinar buat Iera dan semua orang. Dan mudah-mudahan tahun ni  Tuhan murahkan lagi rezeki dan lebih berjaya lagi... Amin 



Thursday, October 13, 2011

My Convocation Day



Alhamdulillah....dengan izin Allah S.W.T, akhirnya Iera telah berjaya bergelar sebagai Alumnai UKM.
Syukur sangat-sangat akhirnya berjaya menamatkan pengajian sebagai mahasiswi setelah berpenat lelah menempuh cabaran sebagai pelajar universiti. (Sebenarnya convo nie dah 2 minggu lebih pon. Maklumlah....Iera kan berblogging ikut mood. Hari nie tetiba rasa macam terlebih rajin pulak nak post blog...ahaks).

Sangat-sangat gembira dengan kehadiran keluarga tercinta yang sanggup meraikan majlis konvokesyen Iera. So....kali nie meh kita laya pic konvo banyak-banyak... Sampai termuntah pon takpe...hehe



With My Mom & Dad. Mudah-mudahan ia menjadi hadiah yang teristimewa buat 
mama dan abah.


Dengan Adik Iera...kami cuma beza 1 tahun.
 Lagi 3 hari dia pulak yang akan berconvo dan 
bergelar alumnai UNITEN.


 Dengan satu-satunya adik lelaki dalam keluarga kami.


Dengan adik lagi....huhu. Bakal menduduki peperiksaan
 SPM tahun nie. Hope dia dapat buat yang terbaik
 dan berjaya ke meneara gading nanti...


Dengan adik bongsu. Harap-harap dia pun 
bakal menjejakkan kaki ke
menara gading.....


Nie plak ngan anak saudara Iera.
 Sebagai pengganti Kakak Sulong Iera...hehe

Bersama-sama dengan keluarga tercinta. 
Atok pun sanggup datang semata-mata untuk meraikan 
kejayaan cucunya.

Tak lupa jugak buat kawan-kawan yang sanggup meraikan majlis konvokesyen bersama-sama. Sanggup berhujan berpanas demi Iera...huhuhu

Wif Ain. Kawan rapat Iera di UKM a.k.a my BFF.
Banyak bagi nasihat, buah fikiran yang bernas dan sebagainya. 
Juga sentiasa bersama dalam suka dan duka di sini...

Nie pulak dengan Aini.... Member rapat a.k.a kawan sekuliah
yang paling rapat. Kalau Iera boring selama nie dia lah
yang menjadi mangsa...hehe


Ngan Muniey.... Start rapat masa satu kelas bagi subjek Makro.
Hm...kesian dia, berkonvo sorang-sorang tahun nie. Family dia takde yang
datang pun. Tak sampai hati nak biarkan dia sorang-sorang jadi ajak
dia joint bergambar sama-sama dan duduk sama-sama dalam dewan.

Bersama salah seorang member sekelas masa form 6 yang
turut sama datang pada hari tu. Kebetulan dia sambung Master kat UKM
tahun nie. Dapat jugak lah bergambar kenangan dengannya.

NEXT
Sesi Pre-Photoshoot dengan kawan rapat UKM... Matun & Ain.








Thanks to Matun coz sanggup datang bergambar dengan Iera. Walaupun awal 2 hari tak kisah lah.. Sanggup jugak datang semata-mata nak mengabadikan kenangan bersama-sama. Love u.... Hehe. 

Sunday, September 25, 2011

Shawl & Tudung

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam dah lama tak mengupdate blog. Tetiba hari ni tergerak pulak hati nak mengupdate blog. Tapi rasa cam kekok pulak nak menulis kali ni. Idea pulak cam tak berapa nak mari pasal dah tak seaktif dulu...

Tapi disebabkan member mintak tolong Iera hebahkan pada orang, apa salahnye tolong sikit2. Lagipun blog merupakan salah satu medium untuk memberikan dan menyebarkan maklumat kepada semua orang. Ok2...apa kene mengenanya shawl & tudung dengan mintak tolong ye sedangkan Iera ni bukannye jenis yang suka pakai Shawl. Biasanya tudung bawal je yang selalu Iera pakai. Shawl nie tak berapa minat pasal malas nak melilit-lilit nie.

 Shawl

Tudung CT...
Terpaksa jadi Model Tak bertauliah.


Hm...sebenarnya salah sorang member Iera baru belajar nak buat bisnes kecil2an. So, dia mintak tolong Iera hebahkan pada orang ramai. Terpaksa jugak jadi model tak bertauliah walaupun muka takde lah macam model kan.... Jangan lupa lawat blog dia tau kat Qaisara Gallery... Apa salahnya tolong kaum sendiri kan...




Sunday, July 17, 2011

Aku & Diary

Saat hati diruntum pilu. Saat jiwa dibanjiri tangisan.... Saat hati berbicara sendiri dan tiada sesiapa dapat menyelami diri ini terasa begitu bergunanya Si Diary. Sukar sebenarnya nak puaskan hati orang lain sedang diri sendiri kecewa sendiri. Bukan itu kehendakKu.... Tapi takdir yang tersurat tak siapa dapat menolaknya. Walaupun hari ni aku cuba kuatkan diri walaupun dah dua kali keputusan sebegini mengecewakan diri. Terasa diri tak berguna, lembab dan lemah. Kenapa orang lain boleh buat tapi aku tidak????

Selepas keputusan yang tersurat tidak memuaskan hati buat kali kedua, aku cuba kuatkan diri. Tak mau lagi bersedih seperti kali pertama. Memang perkara ini mungkin kecil bagi orang lain.....tapi tidak bagi aku. Lepas keputusan itu, aku kuatkan diri...cuba sedapkan hati sendiri. Ok...berjaya juga seketika. Tapi bila ada orang persoalkan balik tentang perkara tersebut dan seolah-olah menyalahkan diri terasa diri ini tidak berguna. Hati dibanjiri kecewa. Terasa diri sangat tidak berguna. 

Bukan itu kehendakku. Aku pun setidak-tidaknya tidak mahu menyusahkan orang lain lagi. Tapi yang tersurat tetap tersurat. Aku tidak mampu memutarkan balik masa dan menukarkan keputusan tersebut. Aku cuba menyepikan diri sendiri. Tiba-tiba terasa seperti mau meluahkan kepada Si Diary tentang bicara hati ini. Kadang-kadang meluahkan di dada Diary yang bisu lebih berguna kerana aku tak biasa meluahkan perasaan sendiri kepada orang lain. Kalau ada pun jarang sekali.Tapi....bila dah lama tak meluahkan pada Si Dairy terasa kekok pula.    


Si Diary (Sekadar Gambar Hiasan)

Ok... Cukup-cukup!. Malas pulak rasanya nak reka ayat putis-puitis ni (Puitis lah sangat...haha)

Ye lah, dah sedar diri ayat tak berapa nak sedap. Hm....berbalik kepada kisah Diary. Dah lama rupanya aku tak menulis Diary. Konon-kononnya dulu aku pernah la jugak menulis Diary....tapi sekarang tak lagi. Rasa macam dah tak pandai nak luahkan pada Si Diary.

Akhirnya aku belek Si Diary yang cuma ada sebuah. Diary 4 tahun lepas. Bila dah belek punya belek....terasa kelakar pulak. Terubat sedikit duka. Nak tergelak baca Diary sendiri.... Lebih-lebih lagi Diary tu banya kisah tentang saat Cinta Mula berputik..... Kelakar jugak rasanya..... Sedar tak sedar dah 4 tahun usia Cinta kami... Nak tergelak jugak baca kisah-kisah dulu. Banyak juga kisah suka duka dengan kawan-kawan sebelum ni.Banyak kisah yang dah lupa dapat aku imbau. Hahaha....


Saat Cinta cuba mengetuk pintu hati? Haha


Tapi sekearang aku dah tak meluahkan pada Si Diary.... Hm...gara-gara bila aku dapat tau adik aku curi baca Diary tu....aku dah stop menulis. Walaupun Diary tu dah berkunci, boleh pulak dia bukak dan curi baca. Geram pulak rasa masa tu.... Tapi...bila dah baca tu...macam best pulak. Macam berkira-kira jugak nak mula tulis balik Diary tu. Hm....sekadar perancangan. Akankah terlaksana???? Kita tunggu dan lihat....


P/s: Belajar menjadi insan yang kuat. Terasa diri ni cengeng sangat. 
Orang lain boleh lah kita tipu  tapi diri sendiri?

Saturday, June 18, 2011

Bagai Menanti Bulan Jatuh Ke Riba.


Dah lama gila rasanya tak update blog...dah nak dekat 3 bulan rupanya. Nak kata takde idea tak jugak. Tapi memang sejak kebelakangan ni mood untuk mengupdate blog tiada. Mungkin sebab duduk goyang kaki tak buat apa-apa. Entahlah...

Sepanjang goyang kaki ni...bukannya takde program langsung. Padahal...masa masih lagi bergelar student dulu bukan main lagi nak mengupdate blog. Siap berblogwalking lagi. Tapi sekarang ni tak tau la pe nak jadi....mood nak mengupdat macam takde. Bukak blog pun sekadar nak baca entri blog kawan-kawan yang lain. Just jadi silent reader je la... Ade mood sikit, baru tinggalkan komen sikit. Sebab tak dapat kerja ni kot yang mematahkan semangat sikit nak mengupdate blog.

Nak dapat kerja ni bagai menanti bulan jatuh ke riba. Kadang-kadang rasa cam diri ni tak guna je. Kenapa orang lain senang-senang dapat kerja, tapi Iera pulak tak dapat-dapat lagi. Cemburu jugak dengan kawan-kawan yang senag-senang je dapat kerja. Kadang-kadang rasa macam putus asa pun ada jugak. Sedih pun ada jugak.... Aduhai.

Luaran nampak macam takde pape, rileks je pasal duk rumah pon goyang kaki je. Mungkin keluarga nampak macam Iera tak buat apa-apa.... cam tak berusaha pun kadang-kadang kot. Tapi...je lah yang terbaik. Nak kata taknak mintak kerja yang biasa-biasa je, tak jugak. Ye lah...padahal join jugak program tu...program ni. Bulan 5 hari tu, (9-25 Mei) 3 minggu jugak ade kat UKM...sertai program GAP. Tak lama lepas tu ada pula program dana bakti remaja dari 6-8 Jun hari tu. (Walaupun kat K. Berang jer).

Harap-harap tak lama lagi  murah la rezeki Iera hendaknya... Kalau lama-lama boleh gak tertekan gamaknye