Wednesday, February 3, 2010

Bercinta tu Haram??



Iera percaya...kebanyakaan kawan-kawan di luar sana ramai yg dah ada pasangan masing -masing. Iera sendiri pun akui yg Iera ada BF. Memang dah fitrah manusia yang ingin dicintai dan mencintai. Kita semua tak boleh lari dari fitrah tersebut.

Korang semua nak tau kenapa Iera bawa isu ni? sedangkan...ilmu agama Iera bukannya banyak sangat. Iera pun bukannya memandai-mandai nak meletakkan hukum nie... Iera sendiri pun masih tertanya-tanya...betul ke bercinta itu haram.

Kalau diikutkan memang ma n abah Iera tak halang Iera dari bercinta nie.. Tapi, adik Iera yg muda setahun dari Iera tu macam tak berapa setuju Iera bercinta. Katanya...bercinta (bercinta sebelum kahwin) tu Haram... Dan dia selalu tanya Iera sama ada Iera nie serba salah tak bercinta sedangkan dia dah bagitau yg bercinta tu haram..

Isu pasal couple ni haram pun ade dalam laman web iluvislam...Menurut laman web tersebut

Bercinta menghampiri zina, manakala menghampiri zina adalah haram = Bercinta adalah HARAM

Sila klik sini kalau nak tau secara lebih lanjut. Jadi, semalam Iera ada tanya pendapat orang yang lebih tua dari Iera. Saje je nak tanya pendapat dia... Apa salahnya kita tanya pendapat orang lain kan? So..jom kita tengok apa pendapat yg dia berikan


***********************************************************
Versi Ustaz Aie
ok..kapel uh haram eh? kapel ne hukumnya harus iera dan biasanya menjadi haram apabila ade nya niat/ tindakan yang tak elok contohnya 'ringan2'. harus tu apabila ada niat untuk kawen. Jadi,jgn salah ertikan maksud haram uh.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan terdapat di dalam
Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” sedangkan niat sebenarnya dipersalahgunakan di mana statement tu diberi untuk menutup niat sbenar..

yer aie phm. memang la. kn aie dh ckp td..yg penting niat/tindakan kita.

Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah sememangnya HARAM.

Tapi dalam kontek skrg, rasanya isu haram nie dh kurang timbul. Amek contoh, klau dlu perempuan kena berpakaian tutup dari atas smpai bawah (purdah). Tapi skrg, sume tu dh berkurg dalam masyarakat..cuma skrg org tak bertudung berpurdah..

yang penting, iera tau macam mana nk jaga diri iera n tahu batas2 yang tidak menyalahi agama.

****************************************************
Versi Sis Mcsue

iera,sis lak tlg jwb...
sekadar pandangan.....

Mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Tambahan..
rasulullah jgk melarang umatnya bercinta secara melampau tetapi menyuruh org islam bercinta kerana Allah dan mencintai org yang di kasihi Allah. Bercinta bukan suatu perkara yg melanggar fitrah.Tetapi ia suatu fitrah dan perlu di atur bagaimana cara bercinta itu.Cinta bukanlah berdasarkan emosi dan nafsu semata-mata tetapi tanggungjawab. Tetapi dalam keadaan arini,tak ramai yg ambil tahu benda mcm ni.kan..

 ********************************************************

Cuba kita lihat pasangan kekasih pada hari nie....mereka dengan selamba rocknya berpeluk-pelukan di khalayak ramai... Tak ade langsung perasaan malu dalam diri mereka sedangkan memang dah terang-terang perbuatan tu salah. Yang lebih teruk tu pon ade. Kalau tak, takkanlah timbul isu anak luar nikah. Yang malangnya tentulah bayi yang tak berdosa tersebut.
Bagi Iera lah...memang kita tak dapat lari dari perasaan cinta dan sayang kita kat seseorang. Bila kita dah sayang seseorang tu...memang susah nak buang perasaan tu. (Kadang-kadang Iera fikir, ada hikmahnya jugak kami ni jauh... ) Cuma, kita sebagai hamba Allah...perlu tahu batas-batas kita. Jangan menghalalkan perbuatan yang sememangnya haram... Perasaan cinta tu adalah suci... jadi jangan cemarkan ia dengan tindakan yang boleh merosakkan kesucian cinta tersebut. Pandai-pandailah kawal perasaan kita sendiri... Jangan kerana cinta, kita sanggup gadai maruah diri sendiri...

Iera cuma harap kamu semua fikir dengan sedalam-dalamnya. Cintai dulu diri sendiri dan keluarga kita  sebelum kita cintai insan lain. Yang paling penting, janganlah perasaan cinta kita pada kekasih hati melebihi cinta kita pada yang maha esa. Biarlah cinta kita padaNya lebih utama dan lebih bernilai dari segala-galanya.

P/s: Iera sendiri pun xde lah dalam sangat ilmu2 agama nie. Cuma, Iera nak kongsi semua nie dengan korang semua. Bagi yang belum bercinta...kalau boleh fikirlah semasak-masaknya. Apa pula pandangan korang semua mengenai bercinta nie...

15 comments:

nas aliff said...

haram ke..
adess..
kene clash la camnie..
huhu

cikTi said...

salam iera,.

cikti pn pnh jgk bace pasal nih kat ni love islam.,

sbb tu lah xkapel2 smpai skrg..,

tp,,try iera cari buku tntang cinta.,
kat situ dia kupas mcm lain plk,.

Cik aiNa said...

baru lepas post entry cinta pertama,,hehe. nak kena kawen cepat2 neh

F U N F A B U L O S I T Y said...

betol ke?alamakkkk!(tetibee rase bersalah japp)hahaha ;D

iera said...

nas aliff:
ntah la nas, Iera pon tak tau gak haram ke tak sbnrnya. Lbh baik tanya org yg lebih alim. Tu ape yg ade kat laman web iluvislam. So, Iera tnye lah pndpt aie n mcsue camne...

cikTi:
wassalam.

bagusnye cikTi. Iera tau psl nie pon lps dh couple. Blom ade kekuatan nk putus lah...hehe

Cik Aina:
Iera dh bce dh.

Bgus2, kawen cpt2. Nnt jgn lpe jmpt...hehe

FUNFABULOSITY:
Tak tau la dex.. Dh bce yg kat laman web iluvislam blom? Dex bce tu...agk2 btol x couple ni haram?

Bersalah kjp je ke? haha

Mr Superman said...

hahaha..adoi..glamer lak aku mnjd ustaz.hahaha

nas aliff said...

hehe..
ntah ler..
lg2 kte yg x bape nk arif pasai hal2 agame neh..
asal x wat maksiat sudeyh..
hihi

iera said...

Mr Superman:
Aie...Iera dh glamorkan aie nie. Kne bg merit lebih utk contest tu...
ahaks

Nas alif:
Tu lah...lebih baek tanye pd yg pakar. Kan tak pasal2 jd ajaran sesat plk...

Tau xpe...

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu menziarahi blog anda

iera said...

~PakKaramu~ :
Maceh ziarah cni

zack zukhairi said...

kalau cinta jarak jauh,
sorang di jepon,
sorang di malaysia,
tu kire haram gak ke?
nk berzina camne?
huhu

iera said...

zack zukhairi:
Erm....adek Iera ckp...klu b'cinta nie. Mmg dr mata ksr klu xpgng2 tgn...xpelok2 tu xbuat zina. Tp...b'cinta nie zina hati...katanya

iera pon xpkr gak, tp 2 la..adik Iera xstju sgt iera couple psl dia ckp couple ni haram. Sbb tu iera tnye pndpt org laen tu...

Tp...since prkre ni cam dah biase. Bgi org2 yg xalim mcm iera nie xbrpe nk amek kisah sgt.hehe.

Senang crte sme mcm b'tudung (aurat) lah. Ramai yg tahu b'tdg nie wajib. Haram klu tunjuk aurat kat bkn muhrim...tp, rmai gk yg tak b'tdg...x ttp aurat.

So, Iera rse bab2 couple nie sme gk lah mcm hal ttp aurat nie (sesetengah lah)

Tu...pendapat iera lah

faiq said...

jgn la hampiri zina

deqda said...

hmm camne yer...kena cepat² kawin la cmni..hehe

iera said...

Deqda: hm...tu la pasal