Saturday, October 16, 2010

Stress dan sedih.....apa perlu Ku buat?

Sekarang ni musim busy terutamanya bagi pelajar-pelajar. Rata-rata duk cerita pasal asignment dan projek paper yang berlambak-lambak yang perlu dihantar tak lama lagi. Iera pun macam tu jugak, tak terlepas daripada bebanan kerja yang berlambak-lambak tu. Huhu..... Makin stress bila kerja yang perlu disiapkan tu tak boleh nak buat. Tak de idea langsung.... Sangat tension tau.....

Kalau tak buat kerja tu comfirm tak dapat siapkan. Tapi, idea nak buat tak de pulak. Lagi terkejar-kejar nak buat projek yang lain jugak... Bila difikir, lagi stress dibuatnya. Bila dah stress pulak semua kerja tak jalan. Lepas tu hati ni jadi makin sensitif pulak. Tak ada angin tak ada ribut, hati ni boleh pulak rasa sedih tiba-tiba.  Jadi, perlu buat sesuatu nak redakan stress tu....

Jadi....meh kita intai cara-cara nak redakan stress cara Cik Iera kita nie...hehe (Cis...macam lah pakar sangat nak redakan stress tu...hihi) . 


1) Mengadu
Mengadu merupakan salah satu cara untuk meredakan stress. Ni merupakan salah satu cara yang Iera buat nak redakan stress tu. Telefon Si Dia mengadu sebab tension tak boleh nak buat projek paper ni. Walaupun dia tak dapat nak bantu, mungkin dia boleh bagi cadangan macam mana nak selesaikan problem ni. Paling kurang pun bolehlah legakan sedikit perasaan tension tu. Tapi, mengadu ni tak semestinya mengadu pada pasangan sahaja. Bagi yang rapat dengan mak ayah tu bolehlah nak mengadu pada mak ayah. Erm....Iera kalau bab-bab mengadu jarang la cerita pada mak ayah sebab selama ni pun Iera jarang mengadu pada mak ayah Iera. Dan....yang paling penting sekali yang lupa nak mengadu pada yang esa.

2) Tengok Wayang
Ni cerita 2 hari lepas. Bila dah stress dengan kerja yang bertimbun-timbun ni, sempat lagi keluar tengok wayang. Opss....hehe. Hari tu Iera dan Ain tengok wayang cerita Jangan Pandang Belakang Congkak 2... Not bad lah cerita dia. Kelakar pon kelakar jugak. Walaupun kali ni Shaheizy Sam tak belakon, tapi...bila tiba part kelakar....gelak sakan jugak dibuatnya. Nak-nak Iera paling suka part mereka berbalas pantun dalam cerita tu. Nak berlawan pun sempat lagi berbalas pantun...Sekurang-kurangnya, bila kita gelak-gelak ni boleh legakan perasaan stress tu.

3) Layan lagu
Ni pun merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan beban tension. Pilihlah lagu-lagu yang boleh memberikan semangat dan motivasi kepada kita. Contohnya, lagu Lenka - Trouble is a Friend. Boleh rujuk entri Troube is A Friend? yang pernah Iera tulis dulu. Lepastu...kalau nak melalak sekali pun apa salahnya...ahaks.Tapi...sekarang ni Iera sangat suka dengar lagu tahjjud cinta. Suka dengar liriknya... Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan.....


Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
   
4) Berehat
Bila kerja dah berlambak-lambak tu, jangan la sampai terlalu bertumpu dengan kerja tu semata-mata. Sekurang-kurannya beri sedikit ruang pada diri sendiri untuk berehat. Jangan sampai terlalu tumpukan kepada kerja yang bertimbun tu sampai tak sempat nak rehat. Biasanya, bila kita dah terlalu lama buat kerja tu sampai tak fikir rehat, mungkin kualiti kerja yang kita buat berkurang. Sebab, bila dah penat...otak takkan berfungsi dengan sebaiknya.

5) Menangis....
Kalau dah tak tahan sangat dengan stress apa salahnya menangis. Sekurang-kurangnya ia dapat meredakan perasaan kita. Tapi cara ni boleh kita buat bila semua cara yang kita buat tu tetap tak dapat menghilangkan stress korang semua.


P/s: Tak tau la sebab apa last-last ni hati rasa sangat sensitif. Tetiba je rasa nak nangis.... 

6 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

mkn.tu je cara saya.hehe

Mario said...

bagusnya tips dia...thanks berkongsi tips eh...

Wanie-san said...

bab mengadu tu terasa plak.
hhe
dulu ada la tempat mengadu.
sekarang dah xada..
kawan2 jela tempat wanie mengadu..T__T

iera said...

sugar2 kapas strawberry :
hehe...mkn? Pnh gk dgr sstgh org...klu stress mkin kuat mkn.

Mario :
tips koman2 je. Skdr b'kngsi cre yg Iera slalu wat klu tension

Wanie-san :
Jgn trase Wanie...hehe. Erm...mgdu kat kwn2 pon lgi bgos. Klu nk ngadu kat Iera pon...Iera xkisah...

aKKu said...

x stress dah. esok last paper final exam. bole enjoy..yeayyyy..:D

iera said...

aKKu: wah, bestnye. Jeles2...