Monday, August 18, 2014

Pertama Kali Beraya Sebagai Suami Isteri

Assalamualaikum W.B.T


Terasa agak lama Iera menyepikan diri. Sekarang ni dah 3 bulan lebih bergelar seorang isteri. Masih cuba menyesuaikan diri....sebagai seorang isteri, sebagai seorang menantu, dan sebagai adik ipar. Alhamdulillah, nak sesuaikan diri dengan suami takde lah sukar mana disebabkan kami telah menyulam cinta 8 tahun sebelum berjaya mendirikan masjid. Walaupun ada juga sedikit perbezaan berbanding zaman bercinta dulu, tapi rasa-rasanya masih lagi dapat menyesuaikan diri dengan en. hubby. Cuma Iera masih lagi cuba biasakan diri dengan jadual kerja suami yang kerja shift....

Sekarang ni masih lagi cuba sesuaikan diri dengan keluarga belah suami... Hm...mungkin disebabkan perbezaan umur yang agak jauh bezanya dengan keluarga belah suami. Almaklumlah, En. Hubby kan anak bongsu, jadi beza umur dengan kakak & abg ipar agak jauh bezanya. Tambah-tambah terasa yang cara pemikiran kami agak berbeza..... Tapi takpe....Iera akan cuba belajar pelan-pelan.

Raya pertama hari tu kami beraya di kampung Iera di Jertih. Almaklumlah, adik Iera yang juga pertama kali beraya sebagai suami isteri pun balik ke Jertih tahun ni.....jadi lagi elok lah beraya di Jertih dok? Boleh lah spent time merasai kemeriahan bersama keluarga bersama-sama. Tahaun depan masing-masing raya pertama kami nampaknya beraya di rumah mertua la nampaknya.


 Gambar berdua sebagai pasangan suami isteri.
Baju raya tahun ni kami memilih putih sebagai tema.
Tahun ni berdua, Insyaallah tahu depan kami bertiga kot....
Amin.


 Kami bersama-sama dengan ma dan abah.


Adik 2nd bongsu yang masih belajar di Politeknik.
Kebetulan warna baju dia hari tu hampir-hampir sama
dengan tema warna kami.


Dengan ma & abah + the one & only adik lelaki dalam 
keluarga kami.

Petang tu kami terus balik ke Kg. Gaung, kampung halaman En. Suami, memandangkan dia bekerja tengah malam tu kami terpaksa rushing balik ke rumah En. Suami. Bersalam-salaman dan bersembag-sembang sebentar dengan mana-mana yang ada di rumah mak mertua kemudian berehat di kamar. Entah kenapa malam tu terasa macam nak demam. Demam ada makna kot??? Hehehe. En. Suami pulak tentulah tidur sebelum perlu bergerak ke tempat kerja.

Raya kedua pun tak sempat nak beraya mana. balik-balik dari kerja pagi tu terus En. Suami tidur. Petang tu barulah kami sembat beraya di dua buah rumah. Gambar dengan keluarga mentua pun takde...nampak gaya macam diaorang kurang bab-bab bergambar ni.....

 Sob...sob...tahun ni terpaksa belajar tak beraya sakan memandangkan En. Suami bekerja walaupun raya. Iera betul-betul perlu belajar tak beraya sakan...kalau tak tahun-tahun sebelum ni paling kurang pun Iera akan cuti sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyambut Aidilfitri. Cabaran baru sebagai isteri. Mudah-mudahan dapat sesuaikan diri untuk tahun-tahun yang akan datang.

Nukilan dari

No comments: