Friday, March 14, 2014

One Step Closer



Assalamualaikum.......

Uish.....dah lama betul tak berblogging ni. Dah setahun lebih rupa-rupanya blog ni terabai. Tetiba hari ni datang mood rajin pulak nak tulis entri. Alhamdulillah, tak lama lagi Iera akan melangkah ke alam baru. One Step Closer......

Jom kita layan gambar majlis pertunangan Iera sekejap.





 Alhamduilillah, selamat menjadi tunangan orang.

 Ops....tembam kan? Ada kisah disebalik "ketembaman" muka tu.
Insyaallah...kalau rajin nanti Iera akan ceritakan pasal "ketembaman" tu.


 Dengan susah payah cuba buat hantaran sendiri.
Ni lah hasilnya. Walaupun tak pernah-pernah buat, tapi berusaha
jugak buat sendiri. Biar tak cantik asal ada perasaan nak mencuba.
Sudah semestinya lebih murah dan lebih puas hati hasil tangan sendiri.





Sekarang tengah berusaha membuat persiapan seterusnya. Harap-harap majlis seterusnya akan berjalan lancar.


Tuesday, November 27, 2012

Jawatan Kosong Receptionist/Penyambut Tetamu

Just nak inform.... office saya sekarang memerlukan receptionist/penyambut tetamu dengan segera.

Syarat-syarat:

Perempuan.
Penyabar.
Berkelakuan baik.
Berperwatakan menarik.
Kelulusan SPM dan keatas.
Boleh handdle panggilan dengan baik.
Menerima dan menguruskan penghantaran dokumen atau barang dengan baik.


Sesiapa yang berminat boleh hantarkan resume ke e-mail saya, azira@theta-edge.com

Alamat office : 
Theta Edge Berhad,
Block C, Peremba Square, 
Saujana Resort, Section U2,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.



Wednesday, October 24, 2012

Pengalaman Mendewasakan Kita

Sedar tak sedar dah lama aku menyepikan diri. Dunia kerja membataskan masa aku.(Padahal take broadband & segan nak buka blog tengah kerja hihi) Bila dah start bekerja ni, macam-macam pengalaman yang kita tempuh. Dan pengalaman tu lah yang mendewasakan kita serta mengajar kita banyak benda.

Ye lah, bila dah masuk ke alam pekerjaan ni...banyak orang yang kita jumpa. Macam-macam perangai yang kita nampak. Macam-macam pengalaman yang kita tempuh. Mana yang baik tu, kita jadikan ia sebagai tauladan, yang buruk pula kita jadikan sempadan.

Bila dah bekerja ni banyak bende yang aku tak pernah buat, aku kena buat. Sedikit sebanyak dia dapat merubah aku. Ye la...kalau dulu aku nie seorang yang agak penakut kalau nak berdepan dengan orang yang aku tak kenal. Sekarang ni dah kene berani sikit. Confident lah sikit bila dah ade pengalaman tu. Kalau dulu aku agak pemalu dengan orang yang aku tak kenal, sekarang ni dah tak boleh malu-malu. Aku perlu jadi lebih peramah.

Masa kerja ni macam-macam konflik yang kita kene tempuh. Jadi perlu bijak buat tindakan. Perlu pandai kawal perasaan. Yang penting, ambil pengalaman tu untuk perbaiki diri
 

Friday, August 10, 2012

MAKANAN PILIHAN DI BULAN PUASA

Bulan ramadah merupakan salah satu bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. (Semua ke? Harap-harap semua umat Islam lah ye yang mengharapkan bulan ramadhan.) Ye lah, bulan ramadhan kan bulan yang penuh dengan keberkatan dan merupakan bulan beribadat.... Insyaallah, setiap amalan kita akn deberkati olehNya. Oleh itu, jangan lupa perbanyakkan amalan di bulan Ramadah nie.... (Nasihat untuk diri sendiri jugak)

Tapi....ada salah satu lagi sebab yang menyebabkan orang ramai ternanti-nanti kehadiran bulan ramadhan. Sebabnya adalah semestinya disebabkan makanan. Bulan ramadhan ni memang banyak bazar-bazar ramadhan yang dibuka. Semestinya lambakan makanan menanti kita. Orang yang beragama lain pun suka kehadiran bulan Ramadhan nie kerana benyak pilihan makanan yang ditawarkan.

Tapi...kadang-kadang makanan di bazar tak dapat nak tandingi masakan yang dibuat sendiri kan....terutamanya hasil air tangan ibu kita sendiri kan....Sudah semestinya ada makanan yang menjadi kegemaran Iera pada bulan ramadhan nie. Ok, antara makanan pilihan Iera di bulan Ramadhan adalah..........................


Bubur Lambuk

Bubur Lambuk sudah semestinya makanan wajib pilihan no.1 di bulan ramadhan. Iera memang ternanti-nantikan bubur lambuk ni kalau dah tiba bulan puasa. Kalau bulan puasa tak pulak.... Hehe. Dan semestinya kalau boleh bubur lambuk nie mesti yang asli dari Terengganu dan Air Tangan Mama Iera. Sedap weh......

Tapi kalau bubur lambuk yang ada dijual di bazar ramadhan area Selangor or KL ni tak suka pulak. Pernah sekali puasa duatahun lepas kalau tak siilap.... Iera ada beli di bazar ramadhan bangi. Erm...tak sedap dan tak asli. Rasa macam bubur nasi biase je rasanya. Dah lah takde daun-daun yang macam dalam gambar kat atas nie.... Sebenarnya...daun-daun tu lah yang membuatkan Bubur Lambuk tu rasa Bubur Lambuk... (Eh, agak-agak faham tak? Hehe)

Tapi....tahun ni belum dapat makan lagi. Nanti bila dah balik nak beraya nanti nak suruh ma Iera buatkan..

Putu Mayam

Putu Mayam pun makanan kegemaran waktu bulan puasa ni. Putu Mayam ni merupakan salah satu makanan fevret Iera tau. Ingat lagi masa Arwah Mek ada dulu.... tiap kali bulan puasa mesti Mek akan buatkan putu mayam ni. Masa arwah Mek ada dulu....macam-macam kuih tradisional yang dia akan buat.


So...Iera akan ambil peluang tolong Mek buatkan putu mayam nie. Sebenarnya....Iera  suka pulas tangkai bekas putu mayam nak buat mee dia tu jer. (Agak-agak faham tak...... ala....macam dalam gambar kat atas tu. Nak buat Putu Mayam bukannya pandai pon. Cuma masa tu kami adik eradik mesti berlumba-lumba nak buat mee dia tu....)



 Tapi...kalau beli kat bazar ramadhan kat area sini mana nak sama dengan putu mayan tradisional (yang Iera biasa makan macam yang Arwah Mek buat atau yang dibuat di Terengganu atau kelantan. Kat area sini dia tak berkuah pon. Tapi....nasib yang ni Iera suka jugak makan.....


Onde-Onde

Onde-onde....ataupun belah sini panggil Buah melaka pon kuih kegemaran jugak. Kalau dapat makan mesti best. Tapi...kalau beli kat bazar was-was jugak. Maklumlah....bila dah beli makanan yang berasaskan kelapa ni risau jugak. Takut lah kalau kelapanya dah basi.


Lompat Tikam

Ni lah namanya kuih lompat tikam. Lompat tikam pun makanan yang menjadi pilihan pada bula puasa macam ni. Almaklumlah...makanan tradisi orang Terengganu. Dapat makan ni memang sedap lah... Nak-nak lagi makanan nie mak Iera ada buat jual kat bazar ramadhan tahun lepas.... Kalau tak pernah makan memang rugi. Memang sedap..... Member rapat Iera yang asal Johor pon memang sangat suka makan lompat tikam nie. Kuih ni dah jadi kuih kegemaran dia dah sekarang.... 


Apa-apa pun....sebenarnya bila-bila masa pun makanan ni ada. Cuma bila dah berpuasa ni....macam-macam yang kita teringin makan. Nafsu makan mesti membuak-buak. Tengok ni nak, tengok tu sedap. Semua makanan pada pandangan mata nampak sedap. Bulan-bulan puasa ni perut jadi mengada-ngada sikit. Ni nak...tu pun nak. So, pandai-pandailah kita buat puilihan membeli. Jangan nanti bila dah berbuka tersadai kekenyangan. Terawih pulak tinggal....hehe. Makan-makan jugak, beribadat jangan lupa.




Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan....bulan penuh keberkatan





Sedar tak sedar dah lima hari kita menyambut bulan ramadhan. Rasa-rasanya masih tak terlambat kalau aku nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarrak kan? Masa ni lah kita berpeluang untuk perbanyakkan amalan kerana
l
l
l
l
l
l
l




Jom....kita rebut peluang untuk kutip pahala puasa tahun ni sebanyak-banyaknya. Harap-harap tahun ni lebih banyak amalan yang dapat kita buat berbanding tahun yang terdahulu. 



Antara kelebihan di bulan ramadhan.

P/S: Mudah-mudahan aku dapat buat yang terbaik tahun nie... 
Kadang-kadang datang jugak perasaan malas tu. 
Tapi sekurang kurangnya kita cuba yang terbaik.   






Monday, June 11, 2012

Aku Mahu Kuat

Adakalanya aku berfikir....kenapa Allah datangkan ujian yang hebat dalam kehidupan aku, sehinggakan aku fikir di mana silapnya aku. Aku cuba buat yang terbaik dalam hidup aku. Aku berusaha menjadi seorang yang terbaik.... Anak yang terbaik, kakak yang terbaik, sahabat yang terbaik, kekasih yang terbaik, dan kalau boleh aku mau menjadi hambaNya yang terbaik. 
 
 
 
 
Tapi aku tau yang aku bukannya seorang yang kuat. Aku selalu titipkan doa agar DIA berikan aku Kekuatan dalam menempuh cabaran hidup. Namun aku bukannya seorang insan yang kuat....yang tabah. Kadang-kadang air mata ni menitis jua.... Kadang kala akal nie tersasar jua, fikirkan perkara yang bukan-bukan. Kadang-kadang aku persalahkan diri sendiri dengan apa yang berlaku.

Yup, bila aku berkawan....aku selalu tetapkan dalam hati aku mau mencari sahabat yang sejati.... Dalam erti kata yang lain sahabat sampai ke syurga. Tapi....sukar sebenarnya. Walaupun niat aku baik tapi ada je yang tak kena. Silap akukah?
  
Aku selalu harapkan aku akan dapat apa yang aku inginkan. Namun tidak semua yang aku inginkan aku dapat. Aku selalu harapkan agar allah permudahkan aku menjalani hidup ini. Aku harap Allah berikan kedamian dan ketenangan buat aku. Namun Allah berikan dugaan dalam hidup aku. Dan aku sedar
 
"Jalan menuju kebahagiaan tidak di taburi bunga mawar yg harum,
melainkan penuh duri dan kepahitan" 

Iya....duri dan kepahitan yang aku lalui nie sebenarnya yang dapat memberikan aku kekuatan. Kalau DIA selalu berikan aku kesenangan, mana mungkin aku akan kuat bila berhadapan cabaran yang lebih hebat .

"Saya meminta kekuatan dan allah meberi saya kesulitan untuk membuatkan saya kuat"
Salahudin Al-Ayubi

Friday, June 8, 2012

Penantian Dalam Ketidakpastian


Sukar rasanya bila menanti sesuatu yang kita tak pasti.
Tak tau mana arah nak dituju...
Tak tau apa tindakan yang sepatutnya dilaksanakan...
Dan yang paling penting sukar untuk kita
buat keputusan bila kita tak pasti sesuat benda.



Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

Harap-harap penantian akan berakhir secepat mungkin.
Dan.....
  Mudah-mudahan kepastian akan diperolehi dalam waktu terdekat ni.