Thursday, April 17, 2014

Persiapan Perkahwinan : DIY In Progress

Sedar tak sedar lagi 2 minggu majlis bakal berlangsung. Persiapan perkahwinan masih banyak lagi yang belum siap. Jom lihat senarai plan DIY: 

1) DIY Tuala Cupcake

So far, DIY tuala cupcake dah banyak yang siap. Bilangan beli dalam 500pcs. Bilangan yang dah siap dalam 450pcs. Ada dalam 50pcs je lagi. Nak buat pun tak de la susah mana. Gulung-gulung tuala, pastu masukkan dalam cawan cupcake. Dah siap, masukkan dalam plastik dan ikat. Siap

 Niat di hati nak tambah ikatan reben pada tuala cupcake ni tapi ma macam tak setuju.
Kalau tambah reben cantik sikit tuala cupcake ni kan?


Tuala + Cawan cupcake beserta tuala cupcake yang dah siap.

2) DIY Bunga Telur

Awal-awal perancangan dulu sebenarnya nak beli je bunga telur ni. Tapi entah kenapa tiba-tiba datang meroyan nak buat sendiri bunga telur. Mungkin disebabkan my mom pernah 'berbunyi' suruh buat sendiri.
Kebetulan pulak tu ada suatu hari keluar dengan en tunang ke Kuala Terengganu. Kebetulan ada ternampak satu kedai alatan perkahwinan bernama Ratu Sehari. Apa lagi terus ajak en. tunang ke sana.

Lepas dah survey bunga telur di kedai tersebut terus mintak pendapat en. tunang sama ada nak beli terus atau buat sendiri. En. Tunang galakkan buat sendiri dan siap pilih bunga sama-sama. So, jadilah perancagan bertukar dari beli kepada DIY sendiri. Anggaran nak buat dalam 80 pcs. Ada lagi 20 pcs yang tak siap.

 Rupa bunga telur yang dah siap. Entah lah jadi ke tak. Kalau tanya pendapat adik, dia kata yang ni tak cantik. Tanya pendapat sepupu dia kata yang ni lagi cantik. Katanya sebab yang ni tak pernah jumpa lagi orang buat.


Ni pulak rupa bunga telur design kedua. Dah macam-macam design dah ada. Adik lagi suka yang ni, katanya lagi kemas. Sepupu pulak kata, yang ni dah biasa tengok. Kalau tanya My Mom, dua-dua pon ok.

3) DIY Hiasan Kotak Gula-gula.

Memandangkan sebelum ni Iera ada beli 200pcs kotak gula-gula kosong (lihat gambar di atas) so decide nak tambah hiasan sikit la. Nak bagi tambah berseri dan elegant.


Rupa setelah siap dihias. Memandangkan masih ada baki mutiara hasil DIY Bunga Tangan Pearl hari tu....so Iera gunakan apa yang ada. Tapi buat ni agak penat dan leceh jugak. Ni pon baru siap 50 pcs. Lagi 150pcs perlu disiapkan.

Akhirnya decide nak beli buckle macam gambar di atas ni. Tapi memandangkan jualan dalam kuantiti yang ditetapkan iaitu 100pcs/packet...jadi terpaksalah beli 100pcs sahaja. Lagi 50pcs masih menggunakan mutiara.

4) DIY Hantaran


Hantaran memang dari dulu rancang nak buat sendiri. Boleh dikatakan perkara wajib yang perlu dibuat untuk majlis perkahwinan ni. Memandangkan awal lagi, jadi Iera baru siapkan 2 hantaran iaitu hantaran jam tangan dan set belt + wallet. Cuma setakat ni semua polisterin dah siap dibalut dengan kertas dan renda dekat bahagian tepi. Cuma bunga-bunga akan dihias kemudian.

Setaat ni cuma senarai DIY yang Iera buat. Rasa-rasnya macam ada lagi. Ok, kalau ada tambahan Iera akan update kemudian. Banyak lagi yang nak kene buat ni.  Jumpa next entri yer....

Bye

Nukilan dari,

Sunday, March 23, 2014

Persiapan Perkahwinan: DIY Pearl Hanbouquet



Akhirnya Iera berjaya menyudahkan bunga tangan pearl sendiri! Yay!!!. Berguna jugak tengok  tutorial ex b2b cara-cara membuat pearl handbouquet. Jom kita cuci mata lihat sendiri bunga tangan yang telah Iera hasilkan sendiri.




Rupa dari jauh.


Pearl handbouquet gambar dekat.

Bunga tu dah hampir 98 peratus siap. Tinggal tunggu balik rumah nanti nak kemaskannya je. Nak lekatkan guna gam pistol nak suruh bunga tangan ni lebih kemas.

Nampak macam dah jadi tu. Lepas ni boleh dah nak ambik tempahan (adus...persan lebih). Tapi kalau ada yang nak buat tempahan apa salahnya kan??? Hehe. Gigih nak menyudahkan bende ni...sampai sakit2 pinggang dibuatnya.


Wednesday, March 19, 2014

Persiapan Perkahwinan :Misi Pencarian Goodies + Doorgift

Alkisahnya misi pencarian Goodies bag + doorgift ni bermula lepas dah balik kampung cuti raya cina hari tu. Lepas berbincang minta cadangan dan pendapat mak ayah apa barang-barang nak diberi kepada tetamu. Mula-mula terus bagitau nak beli non woven bag untuk tetamu. Senang dan murah.... untungnya kali ni propose mak ayah lepas. Sebelum ni masa majlis kenduri kahwin adik tak pulak lepas. Mungkin bila dah beli beg kertas biasa tu ada jugak kes tali rosak la....Kebetulan pulak adik Iera letak air kotak dalam beg kertas tu. Nak simpan pun susah. Jadinya kali ni propose terus lepas.




Ni lah rupanya non Woven Bag Kahwin tu.


Tengah-tengah discuss tu terus mak cakap yang Iera punya progress macam lambat sedangkan majlis nak buat bulan 5, memang dah tak lama lagi. Apa lagi, minggu seterusnya bila dah sampai ke KL terus tak tido lena. Hujung minggu buat keputusan nak ke jalan TAR. Kebetulan ajak roommate dia pon setuju. Terus ke sana naik LRT. Sanggup semata-mata nak mencari barang. Kalau tak memang kepala asik dok risau sebab persiapan belum mula lagi.


Memandangkan Iera suka baca blog-blog B2B yang share persiapan kahwin ada mention kedai barangan perkahwinan banyak di Semua House apa lagi terus ke sana. Yang penting kena beli....baru nampak progressnya. Sampai-sampai di Semua House terus ke lif tekan butang paling atas. Jumpa kedai SAYANG YOU. Agak lama jugak belek-belek barang disana. Akhirnya jumpa satu kotak kecik comel berisi tuala tangan...nampak menarik dan comel. Kat sebelah dia pulak ada tuala tangan cupcake yang comel-comel. Tak lupa jugak tuala tangan sesaja dan bekas cupcake. Lepas sesi campur tolak darab bahagi anggaran tuala tangan yang dah siap dalam RM0.71++. Tuala cupcake yang belum siap dalam RM0.51++.




Tuala Tangan Cupcake




 Total beli semua dlm 500 pcs. Thats mean, anggaran kos
0.71-0.50=0.21
0.21 x 500 = RM105++


So apa lagiterus buat keputusan nak letak sapu tangan cupcake.Tak nak fikir panjang-panjang dah, terus grap tuala tangan dan bekas cupcake tu. Yang penting progress jalan, harga pun jimat. So, siap untuk hari tu.


Minggu berikutnya dah lepas ke kenduri kahwin BFF zaman sekolah rendah terus ke GM Klang.Tu pon kebetulan pegi kenduri kahwin dengan adik dan adik ipar.....on d way balik adik tanya nak ke mana, terus ajak cari barang-barang kahwin. So, diaorang terus decide pergi GM Klang.

Sampai-sampai jer terus ke surau. Kebetulan berhampiran surau tu ternampak la kedai yang menjual mutiara/pearl. So, apa lagi terus grab. Kebetulan duk baca blog b2b tongok diaorang buat tutorial pearl handbouquet nampak senang dan cantik jer... terus beli pearl ikut warna tema iaitu Peach + Hijau Turquoise.


Memandangkan dah dapat lesen dari mak ayah nak beli goodies bag non wooven bag terus cari kedai yang jual barangan pengantin. Survey-survey terus decide beli non wooven bag warna campur-campur 500pcs. Harga 1 RM0.15. So...total 0.15 x 500 = RM75.00.

Ni lah rupa Non Wooven Bag.


Jalan-jalan lagi area GM Klang jumpa pulak kedai yang jual kotak gula-gula kosong  berharga RM0.48 sen satu. Masa pergi kedai sayang you kalau tak silap jumpa kotak gula-gula (tapi siap reben) harga dalam RM0.92++. Tanpa perlu fikir panjang terus beli 200pcs kotak gula-gula kosong untuk tetamu VIP.



Cadangnya nanti nak hias kotak gula-gula tu macam ni la.

Next weeknya pula, ajak roommate sekali lagi ke jalan TAR. Sekali lagi terus ke SEMUA House nak cari kotak untuk VIP. Kotak gula-gula dah beli kan? So sekarang ni kotak goodies untuk VIP pulak.


Awal-awal tu cadangnya nak beli goodies bag macam gambar ni. Kebetulan pulak kenduri kahwin adik hari tu ada lagi balance dalam 10-15 keping. Tetapi malangnya bila dah survey....tengok2 harganya dalam RM0.50. Apa lagi....terus tak jadi. Survey kat kedai SAYANG YOU jumpa beg kertas harga dalam RM0.42. Terus decide ambil yang tu 200pcs.


Penjimatan
 RM0.50 - RM0.42 = RM0.08
RM0.08 x 200 = RM16.00

Ni pulak ala-ala goodies bag untuk VIP harga RM0.42.
Jimat la RM16.00 di situ. Jimat la jugak kan walaupun beza
tak de la banyak sangat kan.


Selesai sudah misi pencarian goodies & doorgift. Cuma isi dalam nanti kene decide kemudian. Balik rumah nanti ada masa sebulan sebelum majlis kahwin. Masa tu lah kene ciapkan baran-barang ni semua. Hamek ko, resign terus dari kerja sebulan sebelum majlis kahwin.

And other option untuk korang dapatkan goodies yang super ohsem & yang cute miut boleh jer terjah kat link di bawah 👇

Reem Doorgift 

Rasanya semua best2 dan affordable untuk korang. Sekarang ni semua di hujung jari. Klik2 jer dah bolwh survey mana yang best dan berpatutan. Dah tak payah berpenat lelah nak masuk dari satu kedai ke kedai kan.

Till then swmoga perjalanan & majlis b2b semua berjalan lancar nanti.



Nukilan dari,
Iera

Tuesday, March 18, 2014

Checkist Kahwin! Sempat tak sempat ni?

Sedar tak sedar lagi 1 bulan lebih lagi majlis kahwin akan berlangsung. Nervous? Tak lagi kut....cuma sekarag betul-betul serabut! Takut kalau tak sempat nak buat persiapan. Ya Allah...rasa-rasanya macam last minit sangat-sangat dah ni. Ni lah jadinya kot bila tarikh pon tetap last minit.

Ok, tenang Iera tenang...cuba tengok checklist kejap:

1. Tarikh Nikah, Kenduri & Majlis Sambut Menantu
    Tarikh Nikah: 2 Mei 2014 (Confirm)
    Kenduri: 3 Mei 2014 (Confirm)
    Majlis Sambut Menantu: 7 Jun 2014 (Confirm)

2. Warna Tema

Majlis Akad Nikah: Putih + Biru Navy





  Kenduri Pihak Perempuan: Peach + Hijau Turquoise






    Pihak Lelaki: pending

3. Pelamin

Pihak PerempuanDone (Ambik dengan mak saudara)
    Pihak Lelaki: Kay Rias (Butik tempat Bakal kakak ipar kerja)


4. Kad Kahwin

Pihak PerempuanPending
    Pihak Lelaki: Pending
(Argh.....part paling kritikal. kahwin dalam 1 bulan lebih lagi tapi yang ni belum confirm lagi)


5. Photographer

Pihak PerempuanDone 
    Pihak Lelaki: Done
Ambik Photographer tempat bakal kakak ipar kerja. 
Sebelah lelaki pun sama. Nasib di situ...
Katanya bakal kakak ipar nak mintak free. 
Agak-agak boleh ker? Servis mungkin..... Tapi bab printing gambar 
mungkin kami cuma perlu bayar harga printing.

6. HIV & Talasemia Test 

Pihak PerempuanDone
    Pihak Lelaki: Done

7. Document, Kursus Kahwin & Jurunikah

    Pihak Perempuan: pending
    Pihak Lelaki: pending
    Booking Jurunikah: pending

8. Lokasi

    Pihak Perempuan: Teratak bonda & ayahanda
    Pihak Lelaki: Teratak Ibu Mertuaku

9. Catering
Pihak Perempuan: Maziah & Crew (Semua di bawah perancangan bonda)
    Pihak lelaki: Keluarga & Sanak-saudara lelaki



10. Canopy

    Pihak Perempuan: pending (serahkan pada bonda & ayahanda)
    Pihak Lelaki: pending


OH NO! Banyak lagi pending. Serabut! Seriau! Sempat tak sempat ni??
Ya Allah Ya Tuhanku...bantulah hambamu. Semoga semuanya berjalan 
dengan lancar.

Friday, March 14, 2014

One Step Closer



Assalamualaikum.......

Uish.....dah lama betul tak berblogging ni. Dah setahun lebih rupa-rupanya blog ni terabai. Tetiba hari ni datang mood rajin pulak nak tulis entri. Alhamdulillah, tak lama lagi Iera akan melangkah ke alam baru. One Step Closer......

Jom kita layan gambar majlis pertunangan Iera sekejap.





 Alhamduilillah, selamat menjadi tunangan orang.

 Ops....tembam kan? Ada kisah disebalik "ketembaman" muka tu.
Insyaallah...kalau rajin nanti Iera akan ceritakan pasal "ketembaman" tu.


 Dengan susah payah cuba buat hantaran sendiri.
Ni lah hasilnya. Walaupun tak pernah-pernah buat, tapi berusaha
jugak buat sendiri. Biar tak cantik asal ada perasaan nak mencuba.
Sudah semestinya lebih murah dan lebih puas hati hasil tangan sendiri.





Sekarang tengah berusaha membuat persiapan seterusnya. Harap-harap majlis seterusnya akan berjalan lancar.


Tuesday, November 27, 2012

Jawatan Kosong Receptionist/Penyambut Tetamu

Just nak inform.... office saya sekarang memerlukan receptionist/penyambut tetamu dengan segera.

Syarat-syarat:

Perempuan.
Penyabar.
Berkelakuan baik.
Berperwatakan menarik.
Kelulusan SPM dan keatas.
Boleh handdle panggilan dengan baik.
Menerima dan menguruskan penghantaran dokumen atau barang dengan baik.


Sesiapa yang berminat boleh hantarkan resume ke e-mail saya, azira@theta-edge.com

Alamat office : 
Theta Edge Berhad,
Block C, Peremba Square, 
Saujana Resort, Section U2,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.



Wednesday, October 24, 2012

Pengalaman Mendewasakan Kita

Sedar tak sedar dah lama aku menyepikan diri. Dunia kerja membataskan masa aku.(Padahal take broadband & segan nak buka blog tengah kerja hihi) Bila dah start bekerja ni, macam-macam pengalaman yang kita tempuh. Dan pengalaman tu lah yang mendewasakan kita serta mengajar kita banyak benda.

Ye lah, bila dah masuk ke alam pekerjaan ni...banyak orang yang kita jumpa. Macam-macam perangai yang kita nampak. Macam-macam pengalaman yang kita tempuh. Mana yang baik tu, kita jadikan ia sebagai tauladan, yang buruk pula kita jadikan sempadan.

Bila dah bekerja ni banyak bende yang aku tak pernah buat, aku kena buat. Sedikit sebanyak dia dapat merubah aku. Ye la...kalau dulu aku nie seorang yang agak penakut kalau nak berdepan dengan orang yang aku tak kenal. Sekarang ni dah kene berani sikit. Confident lah sikit bila dah ade pengalaman tu. Kalau dulu aku agak pemalu dengan orang yang aku tak kenal, sekarang ni dah tak boleh malu-malu. Aku perlu jadi lebih peramah.

Masa kerja ni macam-macam konflik yang kita kene tempuh. Jadi perlu bijak buat tindakan. Perlu pandai kawal perasaan. Yang penting, ambil pengalaman tu untuk perbaiki diri