Wednesday, May 27, 2009

CaMeroN HiGHLanD


Hm...dah 3 hari aku lps dari blk dr Cameron Highland.
Hari ni bru aku b'kesempatan nak cerita serba sedikit pengalaman aku dkt Cameron..
Nie lah first time aku ke Cameron Highland.
Tu pon sebab trip FEP ke sana sempena majlis penghargaan kepada kami sbg Ajk pelaksana
semasa pergi ke Jogjakarta akhir thn lps iaitu program Knowing Asean 2008....

Kami bertolak dari UKM nie hari Jumaat malam, lbh krg pkl 11.30 mlm...
Disebabkan yang pergi tu cuma 15 0rg pelajar dan diiringi pensayarah serta keluarganya,
jadi dptlah kami dpt duduk sorang dkt kerusi yg panjang tu...
Dah dalam bas tu, cepat2 lah aku adjust air-cond dkt ats kepala aku tu.
Maklumlah aku ni kan tak tahan sejuk...
org lain x sejuk, aku dah sejuk dulu....
Memandangkan waktu bertolak pon dah lewat malam,
aku pejam2 mata lah sambil melayan perasaan...hehe (maklumlah sebelah seat xde org)
Nk tdo awl pon xblh psl sejuk....
Tgh2 melayan prsaan 2 akhrnya dptlah tdo jgk walaupun xleh tdo lena sgt sbb sejuk.
Tambah2 lagi jln nak ke Cameron Haighland tu bengkang-bengkok mcm ular kena palu...
so, tido lagi baik w/pon xberapa nak lena.
akhirnya bas pon berhenti...
dah sampai cameron highland dah
waktu masa tu sampai sblm subuh lagi...
Memandangkan kami xblh nak check-in lagi,
lama jgk lah bas berhenti dkt satu kwsn nie
sblm kami trn utk solat subuh...



Trn2 dr bas utk solat subuh tu...
Bdnku terasa sejuk semacam...
Mengigil-gigil badan aku terkena angin sejuk Cameron Highland...
Nak ambil wudhuk pon xtahan psl air dia sejuk mcm air batu...
Tp paksa jgk psl kne tunaikan kewajipan sbg hamba Allah.
Lps solat tu, kami mkn dkt kedai mkn yg berhampiran.
Sdh mkn tu, kami terus ke Ladang Teh BOH.
Pekerja di sana bawa kami ke Kilang Teh..
Tunjukkan pada kami cara-cara memproses teh.
Kemudia, kami ke ladang teh, melihat keindahan ladang teh.
Udara terasa segar sekali.


Lps tu, kami ke ladang Lebah plk...
Melihat cara-cara pekerja mengambil madu dari sarang lebah
dan melihat keadaan ladang lebah disana.
Habis melawat, kami segera ke Taman Agroteknologi MARDI,
melihat tanaman2 disana serta taman2 yang menarik.

Setelah habis melawat, kami segera Check-In di Chalet Sri Juliana.
Masa ni kami diberi peluang utk berehat di bilik masing-masing.
Mungkin memberi peluang kepada pemandu bas utk berehat stl penat memandu.

Ptg tu kami ke Pasar.
Aku cuma melihat-lihat barangan di situ dan membeli sotong celup tepung je...
Dah habis round-round kat pasar tu kami (aku, aini, dan ella) trs mencari tmpt bas.
Kamilah org yg first2 sampai.
Pemandu bas pon xde lagi...
so, lps semua org ada kami segera pulang ke chalet


Malam tu kami adakan majlis BBQ sbg majlis penghargaan kepada kami di balkoni chalet .
Kami semua dpt sedikit cenderahati dan majalah Knowing Asean.
Rasa berbangga pon ada pasal hasil tulisan aku t'pampang di dalam majalah tersebut.
Walaupun penat memerah otak nak buat artikel mengenai pendidikan...
tp, sekurang-kurangnya berbaloilah pasal hasil artikel aku ada dalam majalah tu..
Lps makan-makan dan majlis penghargaan tu,
kami lepak-lepak kat luar lagi sambil main UNO.
Nie pon first time aku main UNO tu. Best lah.
Kami sanggup duduk di luar semata-mata nak habiskan permainan kami
walaupun aku dah mengigil-gigil di luar tu...



Keesokannya, kami ke pasar utk beli barangan di sana
sebelum ke cactus point dan Strawbery farm.
Lps tu kami bertolak pulang.
Disebabkan jalan kat citu yg berbengkang-bengkok macam ular kena palu tu...
aku rasa pening dan loya.
terpaksalah aku tdo dalam bas sambil berselubug hingga ke kepala
dgn menggunakan jacket utk mengelakkan loya
disebabkan bau Strawberry Milkshake yg baunya manis2 tu telah mencucuk2 hidungku.
akhirnya, kami sampai ke UKM dlm pkl 6 lebih....





No comments: