Sunday, December 27, 2009

Dahsyatnye

Tak habis-habis cerita pasal kemalangan bas ekspress. Sebagai pengguna setia bas ekspress kadang-kadang gerun jugak Iera mendengarnya. Tapi, nak buat macam mana kalau dah tu je pengangkutan awam yang ada utk Iera pulang ke kampung...terpaksa jugak balik guna bas ekspress. Kebiasaannya Iera akan naik bas Tasik Kenyir sebab tu merupakan satu-satunya bas yg pergi ke Kuala Berang. So, Iera terpaksa ke Hentian Putra  yang mengambil masa hampir sejam dari stesen komuter UKM. Tetapi...kadang2 Iera akan naik bas sani kalau malas nak ke hentian putra sebab Iera cuma perlu ke Hentian Kajang yang mengambil masa lebih kurang 15Minit.





Berita tentang kemalangan bas ekspress hari nie betul-betul mengejutkan. Erm...mmg btol2 tak sangka lah kemalangan tu membabitkan bas Sani. Cuma yang bezanya bas Sani tu menuju ke Utara. Memang dahsyat jugaklah pasal 10 orang maut dan 2 orang  cedera parah. Yang paling menyedihkan, kemalangan ni berlaku disebabkan pemandu bas tersebut terlelap.

Khamis nie Iera akan balik ke Kuala Berang pasal nak sambut kepulangan ma n abah dari Tanah Suci Mekah. 'My Sis' pon dah belikan tiket di Kajang. Rasa2nye dia biasa naik bas Sani kalu beli di Kajang. Bila dah dengar berita pasal kemalangan Bas Sani nie, risau jgk dibuatnya. Selamat ke tak ae? Dari berita yang Iera baca bas tu diselenggara dengan baik.... BHarian Online    

Apa2pon, ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kalau dah sampai ajal kat mana2 pon boleh mati... Harap2 nanti selamat lah perjalanan Iera nanti.

2 comments:

Wanie-san said...

insyaallah xde ape2 iera....2 salah pemandu..bukan service bus yg terok...=]

iera said...

Harap2 mcm 2 lah