Tuesday, January 20, 2015

Mari Mengira Tendangan Bayi


Alkisahnya hari Isnin 12 Jan yang lepas Iera ke Klinik Kesihatan Kuala Berang.....menjalani rutin bulanan sejak berbadan dua ni. Masa tu lagi 2 hari nak masuk 28 minggu. Jadi macam biasa semasa check-up ibu-ibu mengandung perlu menimbang berat badan, menjalani ujian tekanan darah, ujian air kencing, dan mengambil bacaan hb.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Berat badan of coz naik tak turun-turun.... (haha, kalau turun jadi masalah pulak kan sedangkan bayi dalam perut tengah membesar, kalau tak lain jadinya). Bacaan tekanan darah normal macam biasa...tak de darah rendah atau darah tinggi. Ujian air kencing ok....so far baru sekali detect air kencing kotor. Hb pun masih normal. Alhamdulillah, mengandung kalu ni takde masalah yang membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.

Lepas dah settle semua tu sesi bertemu dengan jururawat. Sejak kandungan masuk 4 bulan biasanya jururawat akan memeriksa degupan jantung bayi. Syukur yang ni pun takde masalah, degupan jantung bayi normal. Tiap-tiap kali sesi dengan jururawat kita akab ada sesi penerangan mengenai topik-topik berkenaan dengan kandungan dan bayi. Jadi untuk topik hari tu Iera diajar mengira tendangan bayi.

Mulai kandungan mencecah 28 minggu ibu-ibu mengandung dinasihatkan mengira pergerakan bayi bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari terutamanya masalah bayi meninggal di dalam kandungan.

Oh no...aku tak sanggup!.  Kakak saudara Iera sendiri pernah alami...bayi mati masa kandungan 7 bulan gara-gara terbelit tali pusat. So Iera dah tengok sendiri keadaan bayi masa tu...dengan keadaannya yang dah cukup sifat, kalau jadi kat diri sendiri tentu sedih. Nak-nak bila kita sendiri dah merasa susah senang berbadan dua ni...bila dah dapat merasa pergerakan bayi dalam perut. Pengalaman yang cukup bermakna dan indah buat ibu mengandung....bila tiba-tiba kita dah tak dapat rasa semua tu dan kita tak dapat tengok bayi kita keluar dari perut kita mesti sedih kan.... :-(

Jadi bermulanya sesi mengira pergerakan bayi bermula 9 pagi - 9 malam. Kalau dah sampai pukul 9 malam pergerakan bayi masih tak cukup 10x cepat-cepat la ke hospital. Kalau tak bayi anda mungkin tak dapat diselamatkan!!!

Menurut jururawat tersebut, kita perlu:
1) Mengira bermula pukul 9 pagi - 9 malam.
2) Perlu mencapai kiraan ke 10 sebelum pukul 9 malam.
3) Pergerakan atau tendangan dikira sebagai 1x jika dalam satu-satu masa bayi bergerak melebihi 1x. (Means bayi bergera secara bertubi-tubi atau tidak henti-henti.
4) Kita tak nak bayi bergerak terlalu lemah misalnya bila dah pukul 9 malam pergerakan bayi masih belum mencapai 10x kemungkinan ada masalah pada bayi dan kandungan.
5) Pergerakan yang terlalu aktif juga perlu berwaspada misalnya sebelum pukul 12 tendangan dan pergerakan bayi dah mencapai 10x bacaan....kita bimbang bayi meronta-ronta di dalam kandungan disebabkan terbelit tali pusat.

Jadi masa hari pertama kira ada sedikit kekeliruan. Bila jururawat cakap pergerakan yang berkali-kali dalam satu masa dianggap 1x pergerakan....jadi Iera sangkakan dalam tempoh sejam tu dikira 1x pergerakan. Jadi bila dah tiap-tiap jam dia bergerak, maknanya cukup 10x sehari.

Tapi kakak ipar pulak cakap tiap kali bayi bergerak dikira sekali tendangan. Kalau dah pukul 2 / 3 baby gerak tak cukup 10x kira bayi ada masalah. Aku keliru! Mana satu yang betul ni?

Jadi Iera buat sedikit research dengan Mr. Google. Ada lah jumpa beberapa blog yang cerita pasal carta pergerakan bayi ni.

Akhirnya, Iera buat kesimpulan bahawa

1) Dalam satu-satu masa bayi menendang atau menumbuk berkali-kali ia dianggap satu pergerakan.


2) Jika dalam tempoh 10 minit pertama bayi masih bergerak masih dianggap satu pergerakan. Misalnya dia menumbuk kemudian berhenti sekejap dalam masa tak sampai 1 minit kemudian menendang bertubi-tubi kemudian berhenti sekejap dan kemudian dia berputar-putar pulak di dalam perut ia masih dianggap satu pergerakan.

3) Dalam pemerhatian Iera pergerakan seterusnya paling awal 20 minit dan paling lambat 50 minit. (Berdasarkan keadaan bayi sendiri yang bergerak di dalam kandungan)

4) Pergerakan bayi boleh dirangsang dengan mengusap perut sambil bercakap-cakap dengannya, makan, membuat bunyi-bunyian yang agak kuat, membaca al-quran dan sebagainya. Jadi, kalau agak lama bayi tidak bergerak (agak-agak dalam tempoh satu jam pun bayi tidak bergerak) dan anda mungkin risau, cuba dulu berkomunikasi dengan bayi. Jika tiada respon anda perlu berwaspada. Segera ke hospital jika untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

3) Biasanya sekitar pukul 2-3 tendangan bayi dah cukup 10x...jadi bayi dianggap aktif. Tapi, anda masih perlu pantau pergerakan bayi agar masih ada pergerakan yang berlaku di dalam perut anda.


Nukilan dari,