Monday, January 18, 2010

Aduhai Iera.....

Ptg tadi dlm kul 5 lbh...Iera keluar jogging dgn kwn Iera kat Stadium UKM. Aduh...lme btol tak jogging nie. Spnjg masuk UKM nie...nielah first time Iera jogging. Mmg lme btol tak exercise nie...Sblm nie, klu x cilap Iera last exercise pon mse 1st year kot. 2 pon ronda2 UKM ni ngn basikal yg disewa kt Kolej yg Iera duduki, Kolej Tun Hussein Onn. Basikal nie blh disewa klu x cilap RM2. Start blh sewa dlm kul 5-7. Mse minggu orientasi awl2 msk UKM, joint bola jaring lawan ngn bdk2 kolej lain.

Disebabkan dh lama benar tak jogging...baru round ke3 Iera dh start penat. Kat mata nie dh start b'pinar...nmpk hitam2 bwh mata. Round ke-4...dh btol2 tak larat... Tambah2 bru lps mkn dlm kul 3..ble dh lari2 cam tu...Iera ade rse mcm nak muntah je... Nsb baik tak t'muntah kat c2. Klu tak buat malu je. Dah lah smlm mse klua kt Kajang pun dh t'muntah2... (ops, muntah time tgh2 jenjalan...Malu je. Igt nk post psl cte 2 tp xde gmbr. Klu blh dptkn gmbr ngn kwn Iera nnt...Iera akn post psl tu ek). Mungkin sbb mknn blm habis dihadam kot.. 2 yg rse nk t'muntah. Sesiap yg tau sbbnye...sbb pe Iera rse nk t'muntah mse b'jogging ni...Bgtau la ye... hehe

Nasib baik kwn Iera tu berhenti dh lps tu... Klu tak...tak tahulah Iera mcm mne... 2lah...asyk t'perap dlm bilik je kje, bknnye reti nk exercise pon. Ternak lemak je kjenye. Mujurlah tak gemuk. Ahaks... Nasib nk g ke Fak kne jalan kaki dlu. Exercise lah tu kire. (Haha, kira ke camni?) Nak jenjalan ke Fak tu ambik mse dlm 15 min..Ok lah tu kan? kan?  




Kata-kata hikmah bhg 2

Hari nie Iera nk kongsi Kata-kata hikmah tentang adab plk. Sebelum nie Iera dh janji nak post en3 pasal Kata-kata hikmah yg Iera ada kan? So...Iera wajib tunaikan janji Iera. Kan tak pasal2 b'tambah plk dosa... Orang yg tak tunaikan janji nie tergolong dlm golongan org munafik... So...Iera xnak lah kan jd org munafik nie. Seboleh mungkin Iera akn cuba tunaikan jnji yg tlh dibuat...(Cis, Budget baik lah nie)

Ok...dah cukup Iera merepek pnjg2... So, tengoklah kata2 hikmah yg Iera ada nie...Let's check it out:

Kata-kata Hikmah Adab
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).       
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. (Aristotle)  
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle).       
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam. (Budiman).     
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).     
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka).      
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.(Hamka).       
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam Al-Ghazali).     
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).      
  • Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).      
  • Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka).    
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka)       
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).     
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. (Maksud hadis). 

Saturday, January 16, 2010

KATA-KATA HIKMAH

Hari nie Iera nak kongsi dgn korang semua pasal kata-kata hikmah yang juga dipanggil sebagai mutiara kata. Dulu Iera suka sangat kumpul kata-kata hikmah nie. Siap salin dlm buku khas lagi. Kawan2 Iera siap pinjam buku tu dengan Iera lagi. Tp, malangnya buku tu dah hilang.

Minat Iera nak kumpul kata-kata hikmah nie timbul masa Iera baca sebuah novel yang ada banyak kata-kata hikmah. Novel tu bertajuk Bila Sena Kembali Berbunga. Best cerita tu...byk gak pengajaran yg dpt diambil.  Spe yg dh bce??? Sila angkat tangan...(hihi, promote novel plk). Yang penting, kata-kata hikmah tu mungkin dpt memotivasikan diri....


Kata hikmat sahabat .
  • Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
  • Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
  • Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
  • Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk dengan orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
  • Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman, maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadai sahabat.
  • Tiadalah yang menyentuhkan engkau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang engkau tidak malu kepadanya.
  • Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
  • Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
  • Manusia yang paliang lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya.
  • Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya, maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya. Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya, seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya. Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya, seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
  • Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
  • Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita, kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
  • Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
  • Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu, kemiskinan menjadi penolaknya.
  • Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
  • Sahabat yang sebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
  • Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita, tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
  • Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
  •  Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di lautan. Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
  • Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
  • Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
  • Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
  • Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
  • Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan, pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
  • Supaya engkau beroleh sahabat , hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
  • Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
  • Bila orang merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
  • Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
  • Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi.
  • Apabila orang soleh memandang akan orang fasik maka ia mendoakan "Wahai tuhanku, kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya. 


Hm...byk lagi kata-kati hikmah yg Iera ade. Tp...byk sgt. Insyaallah Iera akn masukkan dlm en3 yang akn dtg.




Wednesday, January 13, 2010

First Time di Tag


Hari ni lps abis kls dlm pkl 2...Iera bukak lah blog nie. Rajin btol Iera bkak blog skrg nie. Nie lah akibatnya bila dh joint Nuffnang nie. Asyik nak bukak blog je keje...huhu. Duk check2 kat ruangan chatbox...t'tgklah kat ruangan chat tu yg Iera di tag oleh Ieyna Arshad.

Ok Ieyna...Iera akn cuba jwb ye...

1) Adakah anda rasa diri anda HOT???
Mestilah tak. I low profile jew...

2) Upload gambar kegemaran anda...




3) Cerita pasal gambar....
Ni gambar beberapa hari sebelum exam STPM.
Kami tgh study BM mse tu. Tetiba kwn Iera
yg m'gosipkan kami b'dua snap gambar kami.
Tgh cover tu. Cinta baru nak berputik kot...haha.
Iera ske gmbr nie psl nie je gmbr kami b'dua yg Iera ade...
Kenangan tu... Kami tak mcm psgn
yg lain...yg ade byk gmbr b'dua.
(Klu rse nak muntah cpt2 sediakan baldi ok..huhu).
Unik x kami...
Lain dr yg lain kan? Hihi

4)  Bila kali terakhir mkn piza...
Ntah lah...dh lama kot tak mkn pizza

5) Lagu terakhir anda dgr.
Tanpa-6ixth Sense.
Pekerja kat cafe psg lagu dlm kul 2 pagi.
Kuat gila...gangu je I nak tido. Nasib baik t'kjut nk g class kul 8 td

6) Apa yg anda buat selain menyelesaikan tag ini
Sibuk menguruskan cafe yg tgh nk maju...hahaha

7) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa
Kak Ngoh- adk bongsu panggil
Cik Ngoh-Ank saudara
Syg...(Tettttt)

8) Tag lgi 8 org...
Spe ek Iera nk tag...Ok2 sapa2 yg t'kene ni silalah jwb ek


9) Siapakah orang no.1 kpd anda?
Kwn lama masa kat Paka dulu...

10) Kata sesuatu mengenai orang no.5
Jannah...rindu nak mengetuk sesama. Ko ketuk rebana ubi...Aku ketuk kertuk...
Sama2 lah kita mengetuk kertuk & rebana ubi...
Ahaks

11) no.3 ada hubungan dgn siapa?
♥ Encek Zulkifly ♥

12) Bagaimana pula dgn no.4?
Still single minggle

13) Pesanan kpd no.6
Ema...gane tgn mu, sakit lgi x? Lebam lgi ke?
Se lg...ble nk update blog nye? Kwn2 mu pon dh rmi yg t'tgu2..

14) Kata2 cinta utk no.2..
Yang...I rindu nak dating ngn kamu lah...

15) Adakah no.7 dan 8 mempunyai persamaan...
Sama2 bdk UKM, ahli kelab teknikal UKM n bdk accounting kat UKM

16) Berikan 5 yg anda tahu mengenai org yang menTag anda
~Berjaya memecahkan tradisi di blog ini dgn menjadi org yg
pertama men'Tag' Iera
~Muda 3 thn dr Iera
~Asal Melaka
~Sudah b'punya
~Comel

17) Persamaan antara kambing dan lembu
Makhluk ciptaan Allah dan b'kaki 4

18) Perasaan ketika buat Tag
"Mak Oii...byknye soalan"

19) Adakah anda tahu si Razman tu sengal?
Sape Razman tu? Xknl pon...

20) GAY or LESS?
Astaghfirullahhaladzhim...cpt2 lah bertaubat oiii...
Katakan Tidak pd GAY dan LESS....

Okey Ieyna...Iera dah selesai m'jwb Tag nie dgn b'susah payah...
Byk btol....penat tau memerah otak nak menjawab soalan nie...haha
Kpd yg ditag nie...jwb eh...
Penat Iera mentag korang....

Okey..
Tata...Titi...Tutu




Saturday, January 9, 2010

Duhai Hati....

Kadang-kadang nak memahami hati sendiri memang susah.Yup. Iera akui kadang2 memang Iera tak faham dengan diri Iera sendiri. Kadang-kadang Iera cuba utk buat tak kisah dgn sesuatu perkara yg blh dianggap remeh dan ringan. Iera cuma diamkan diri je...xnk nanti dianggap busy body ataupun boleh kecikkan hati seseorang. Sebab tu lah kadang2 Iera rasa yang Iera nie suka pendamkan perasaan. Tapi...bila dah selalu macam tu...kdg2 tak tahan gak...

Dah fitrah manusia, mmg sukakan sesuatu yg cantik, bersih, sdp mata memandang. Bila dah tak tahan nak tengok, rasa nak marah tu ade gak. Bila kita dah cuba tegur elok2...dia buat lah. Tp...lps tu sama balik. Serabut jgk kepala nk menengoknye. Dah tak tau Iera nk tego mcm mana lgi. Bila bg tau kat 'si dia' dia ckp Klu dh tego tp dia buat tak kisah sudah lah...asal tmpt aku elok, bersih. Jgn smpi gadoh2 sdh...

Erm...tu comfirm lah. Xkn sebab hal nie pun smpi nk gadoh kan. Tp...2lah kengkadang bila pnt2 nak rilek2 klu dh bersepah naik serabut gak. Biasa lah hati nie kengkadang ok, kengkadang ade masa xleh nak terima gak. Tp..yg pasti Iera xkan sampai nk gadoh2. Mungkin dr dulu dia dh t'biasa mcm tu. Klu dh jd kebiasaan, kita tegur camne pon...tak lame lps tu tu buat blk... Xpe lah...terima je lah kot

“Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"


Thursday, January 7, 2010

Saya Suka Make-Up

Firstly, Iera harap korang semua jangan salah sangka. Kisah nie bkn pasal Iera sbenarnya... Tp, pasal org lain ek. Iera xde lah suka make-up sangat pun. Sbbnye Iera sndri pun xberapa pandai bab-bab make-up nie. Klu make-up pun jarang2 je...Eh2, silap2...boleh dikira dgn jari je. Tu pan masa dinner kolej je dan masa tu kwn Iera yg tukang make-up kan....

Klu mcm tu...pasal spe ek? Ok2...meh kita layan gambar2 nie. (Layan, jgn xlayan, k)


Hai semua...Nama saya Ika. Saya suka b'solek. Cantik tak saya solek?
Jgn ingat org beso je suke solek nie...



Ok, sekarang saya nak pose maut g2... Kita telengkan kepala sebelah
kanan dlu.Mulakan di sebelah kanan dulu tau...baru berkat. Hehehe.
Pok Alif, Ika duduk cam ni ek. Pok Alif ambik gambo Ika eh.





Kita ambik gambar yg lebih mengancam lagi.
kali nie, kita lentokkan kepala di sebelah kiri pula.
Jgn lupa lentikkan badan 1x...
barulah lelaki cair tengok....




Baby: Baby pun nak ambik gambar jugak. Baby pun dh cantik.
Dh solek mcm Kak Ika jgk. Baby lgi cantik dari Kak Ika kan?
Ika: Baby nie perasan lah, Kak Ika lagi cantik dr Baby.
Kan Kak Ika terkam baby dr belakang baru tau...



Baby: Uwaaaa....Kak Ika jahat. Kak Ika ckp baby x cantik.
Kak Ika buat kat Baby....

Ika: Alalalala...Baby jgn lah nangis. Kita sama2 cantik lah.
Meh tiru Kak Ikabuat bibir macam nie.
Muncung bibir sikit.
Wat macam mulut ikan...




Ika: Ha...macam ni lah adik yg baik. Tak nangis dah. Meh sini
Kak Ikapeluk Baby. Kak Ika sayang Baby.
Dah senyum pun...lagi lah cantik macam nie..
Baby: Hehehe, Baby pun sayang Kak Iqa. Kita sama2 cantik kan???




Ika: Ok Baby, skarang tiru kak Ika buat muka comel pulak. Tiru, jgn tak tiru...




Baby: Ok2...Baby pun nak tiru macam kak Ika. Nak buat muka comel jgk.

P/s: Tak de motif pun sebenarnye... Sesaje je nk bagitau yg ank saudara Iera nie ske 'Jangok'. Tambah2 tgh boring. TAk tau nk buat ape... Hehehe. Hope, korang enjoy, k?
P/s lagi: Sorry, bilik b'sepah. Biasa lah, bilik bdk lelaki....



Tuesday, January 5, 2010

Kepulangan Yg Dinanti....

1 JAN 2010
Apa istimewanya hari nie? New Year? Of Course lah tarikh 1/1 tu merupakan tarikh tahun baru setiap thn. Mkn b'tambah thn, maka usia kita akn mkn menginjak. Xnk2...dah makin tua plk... (huhu, sengal). So, istimewa ke thn baru ni? (Pkr2 kan lah)

Apa2 pun, tarikh hari tu merupakan tarikh istimewa bgi Iera, dan seluruh ahli keluarga kami coz ma n abh Iera akhirnya pulang ke tnh air. Seawal pkl 3 lebih kami adik beradik dah b'tolak dr rumah sdgkn flight ma n abh Iera akn tiba dlm pkl 8 lebih. (Wah, semangat gila kan?) Huhuhu, sbnrnye, kami xde lah semangat sgt smpi awl2 dah bertolak. Pdhal dr Kuala Berang ke Kuala Terengganu xde lah smpi 1 jam pon. Tp, memandangkan brg2 sekolah utk adk2 Iera tak beli lagi, so, kami keluar lah awl sikit...utk beli brg2 dieorang kat Mydin Mall.

Siap beli brg2 dieorang pun dh nk dekat Maghrib. So, slps solat asr n maghrib kat sana, kiteorang terus ke rmh kakak di Kg Seberang Takir. Lepas ambil kakak n ank saudara, kiteorang terus ke Lapangan Terbang. Saudara-mara yg lain pun ade yg dh sampai sblm kiteorang. Ramai gak saudara mara Iera yg sama-sama menunggu di lapangan terbang. Penat jgk menunggu. Lebih jgk 1jam kami menunggu. Siap sempat b'gambar lagi... heeeee....

Ema n Iera. Erm...asal Iera nmpk cam tembam je ek? huhuhu


Kami yg cuma b'beza 1thn sorang


Dgn adk n ank saudara

Adk bongsu ngn ank saudara

Saudara mara yg sama2 menunggu...







Dalam pkl 9.00 kapal terbang yg dinaiki ma n abh Iera selamat mendarat. Tp...nk menunggu org keluar ramai lama jgk. Lps sorang2 keluar, tp..ma n abh Iera x juga keluar2. Hampir semua dah keluar, barulah abh Iera muncul. Tp...ma Iera xkluar b'sama2 ngn abh Iera. Rupa2nya, dia dh keluar kat bhg lain.


 
Hj Zahari dan Hajjah Maziah




Hm...aku pun dh mls nk cte pnjg2. Korang pun mesti bosan nk baca pnjg2 kan?? Layan je lah gambar2 suasana slps smpi kat rmh...