Saturday, February 27, 2010

Percutian Yang Menyeronokkan

Dh enam hari Iera ade di bumi UKM nie
Tp...hr nie bru b'kesempatan nak tulis en3 pasal cuti hari tu.
Maklumlah...kekangan masa membataskan diri Iera drp 
menulis en3 yg panjang2... (ayat skema nk mampos..haha).
Exam midterm masih ada yg menanti utk Iera hadapi.
Jd...en3 yang pendek2 je iera sempat post...

Ok2...stop dr merapu byk2... Mari kita tgk pe yg Iera 
buat sepanjang cuti di rumah hari tu:

*****************************************************************
Majlis Pertunangan
Hari Jumaat tu...
majlis pertunangan telah diadakan dengan bertemakan warna ungu.
Selepas solat jumaat...rombongan dr lelaki dtg
sedangkan Iera masih belum lagi bersiap-siap.
Maaf...gambar tak de ye...
(Hoho...koya betol bknnye iera yg bertunang. Jiran iera yg bertunang tu...
Iera g rumah dia pon dh petang gak...
Dtg makan je lah...ape lagi kan...ahaks.
Sambil2 tunjuk muka Iera comel. Kan tak elok pulak
kalau tak datang tunjuk muka kat majlis jiran sendiri kan)
 *******************************************************************************

Majlis Perkahwinan
Hari Sabtu plk...ade majlis perkahwinan member lama...
Sebelum pukul 10 lagi kami dah bertolak ke rumah member Iera tu...
Ikut perancangan iera...ingatkan nak g t/hari sket.
Tp...pengantin dh mintak srh dtg rumah dia awl2...
So...iera dtg lah awl2.
Takkan nak hampakan perasaan penggantin pulak kan?



Nie lah kawan Iera tu... Cantik tak?
Teringat pulak masa sekolah rendah dulu...
Masa darjah enam tu...Iera, Aima (pengantin), Izzati dan Jue...
Kami berempat memang kawan rapat... Satu geng.
Siap duduk kat depan lagi....
Masa tu... Iera baru jugaklah berpindah ke Kuala Berang.
Izzati pun baru pindah jugak.
Masuk kelas 6 Zamrud tu...
Kami jadi kawan rapat.
Tapi...bila dh masuk sekolah menengah...
masing-masing dah berpecah.
Kami dah tak sekolah sama-sama lagi....
Cuma Jue je yang sama sekolah dengan iera
tp...tak sekelas.
Lps spm lagi la...
masing-masing dah ade haluan masing-masing...
Semua dh lose contact
Tup2....sebelum cuti Chinese New Year hari tu
Aima masage jemput Iera dtg ke majlis perkahwinan dia.
So...dalam geng2 kami tu...
dia lah yang mula2 kahwin.
Iera? Rasa-rasanye yg paling last kot...ahaks.


(Iera, Jue, Nisah...dan kawan rpt Aima)
Sempat lagi kami bergambar sementara menunggu 
pengantin lelaki sampai ke masjid sebelum 
akad nikah berlangsung....


 Bergambar dgn pengantin perempuan....
Tak sah kalau tak tepek gambar sendiri dengan
pengantin perempuan....ahaks.
Nak ambik berkat sikit...
&Ambik seri penganti.
Nanti kahwin mana tau kot boleh berseri-seri...
bagai bintang yang bergemelapan kan...
hahaha

 
Saat sebelum diijabkabulkan... Iera turut ikut menemani
pengantin perempuan. Tapi tak nampak pasal
menyorok belakang pengantin. haha...
Baru Iera terfikir masa tu....
Nasib baik jugak Iera dtg sebelum akad nikah
Tak ramai pun sanak-saudara pengantin perempuan yang ikut.
Yang ikut pun kawan-kawan sendiri je ramai
(Yang bergambar kat atas tadi tu)....

Dengan sekali lafaz mereka dah sah menjadi
pasangan suami isteri.
Lepas tu acara membatalkan air sembahyang
pulak diadakan... 

  
Ni gambar pengantin bersama-sama dgn hantarannya..
Yg di tepi tu mestilah gambar iera ngn pengantin kan..haha
Saje je bergambar lagi sebelum pengantin bersanding.
Psttt....Sebenarnya iera nk bgtau tudung iera sama dengan baju pengantin
Baju iera plk sama dengan hantaran...
Ikut tema betul lah...ahaks 

Byk lagi sebenarnya kami bergambar. 
Tp...kebanyakannya ada pada Photographer...
(Kalau ada gambar dari photographer tu mesti
lagi cantik gambar kan?)
Well kami kan Vvip..ahaks...
Kami je yg konker bilik pengantin tu.


 

 
*********************************************************************
 
Berdating
keesokannya pula...keluar berdating (patut cerita ke? lalala).
Almaklumlah...kami kan jauh-jauh
Bila dh balik kg baru ade peluang nak jumpa

Ikan di laut...
Asam di darat....
Dalam periuk....
Bertemu jua.....


Sorang di Utara...
Sorang di Barat...
Balik ke Timur...
Bertemu jua....

Hm...keluar pun just kat pekan Kuala Berang je.
Jumpa pun setakat ronda-ronda pekan Kuala Berang
dan makan sama-sama.
Maklumlah...kat Kuala Berang tu ape sangat lah yang ada.
Kedai-kedai biasa je...
************************************************************************

Gathering dengan Ex-Schoolmate 
Hari Isnin pulak....
Iera ke Sekayu kerana ex-schoolmate
adakan gathering.... Sambil adakan BBQ
Awal-awal...bukan main lagi bercadang 
nak bertolak pukul 9.30 pagi... 
Dan kebetulan ada member yang akan 
ambil Iera kat Pekan Kuala Berang...
Jadi...sebelum pkl 9.30 lagi Iera dh sampai kat Kuala Berang...

Erm.....masa tu memang yang datang ambil Iera tu
datang tepat pukul 9.30...
Tapi...orang lain yg menaiki kenderaan lain tu agak lambat.
Last-last pukul 11 jugak kami bertolak. 
Sementara menunggu kedatangan dieorang...
Kami yang dah siap menunggu nie
sampat lah makan di Pekan Kuala Berang tu....


Nak salahkan dieorang pun tak boleh jugak...
Mungkin dieorang lambat
sebab nak masak untuk dibawa ke Sekayu tu...
Lepastu...jemput sorang-sorang kat rumah...
Memang lah lambat macam tu....




 Birthday Fikri
 
 Bergambar sebelum mandi manda.

 Mereka yang sedang mandi-manda...
Aduh...jelouse betul lah dengan dieorang...
Iera tak dapat mandi sebab tak bawak baju...
padahal..... (tetetttttt....)


 Lepas mandi-manda tibalah masa untuk kami
membakar ayam.....


Nie orang yang paling rajin membakar ayam pada hari tu...
Yg lain dah masuk dalam air semula....
Tingallah kami beberapa orang...
Tp..Iera tengok je...ahaks


Eh2....dia pon ada.
Kami kan sekolah...mesti lah dia ada sekali.
Kebetulan tgh dgr lagu realiti dewi dan hanya dia...lalala.
Masa ni dia temankan Iera....
Takkan lah nak tinggalkan Iera sorang-sorang.
Dah puas dia berendam dalam air macam badak sumbu....
Sekarang giliran dia temankan Iera...
Kalau tak mesti jadi macam kera sumbang...
Orang lain best-best main air....
Iera plk duk sorang-sorang melayan perasaan yang lara...


Bergambar kenangan ramai-ramai sebelum pulang...
Enjoy sangat-sangat hari tu
Setelah menghabiskan masa bersama teman-teman
sesekolah dulu....
**********************************************************************

Selasa---->Teman ma Iera g Tabung Haji 
& Jadi Bidan Terjun

Hari tu pulak...Iera temankan ma Iera ke Kuala Berang
Sebab ma Iera nak buatkan akau tabung haji untuk adik bongsu.
Iera yang bertindak sebagai setiausaha ma telah ditugaskan
untuk menulis di borang yang disediakan....

Lepas dah siap mengisi borang tu... Iera ditugaskan pula
untuk memfotostat lampiran-lampiran yang diperlukan.
Lepas dah hantar salinan fotostat tu... Iera pergi lah ke cc
sebentar. Tu pun cuma nak mengemail tugasan yang perlu
dihantar semasa cuti tu kepada group member.

Dah selesai semua....kami pun pulang ke rumah.
Balik rumah tu....tengok keadaan kucing yg bunting pelaminyang kelihatan gelisah
semacam je...(kucing mana ada bunting pelamin...dia tak menikah lah...lalala)

Dah dua tiga hari kucing tu macam gelisah.
Dia asyik terjenguk-jenguk je kat bilik....
So, Iera asyik berjaga-jaga lah tak nak bagi kucing tu masuk bilik.
Kami dah sediakan kotak untuk dia bersalinberanak kat dalam tu.
Dia taknak. Sekali lagi...Iera cuba letak dia dalam kotak tu...

Tak lama lepas tu dia senyap je...
Rupa-rupanya dia dah beranak.
Tak sempat iera nak tengok proses kelahiran 
dia lahirkan anak yang first... Tp anak yang kedua. Iera sempat tengok....
Anak saudara dan adik bongsu bising je mulut dia....
Iera pon sama je sebenarnya....lalala.
Ni lah akibatnya kalau dah jakun sangat
Tak pernah tengok kucing beranak katakan....
Nak-nak bila tengok kucing tu makan uri dia...
Baru Iera tau kucing akan makan uri sendiri...
Ma iera kata uri tu dapat dijadikan ubat
untuk kucing yang baru beranak.....

 
Maaf...kualiti gambar tak berapa elok


*******************************************************************
Hari rabu....cuma duduk di rumah je.. Takkan hari-hari nak keluar kan.
So...hari tu cuma rileks-rilek sambil goyang kaki kat rumah....
Hari tu Iera melayan karenah anak saudara Iera yang dah masuk tadika.
Dah 5 tahun anak saudara Iera.....
Sedangkan beza Iera dengan kakak cuma setahun.....
Iera tak kahwin-kahwin lagi.....(Nak kahwin apa...Iera muda lagi. lalala)

 
Tengok anak saudara Iera yang tengah bertungkus lumus
menulis ABC.....
Iera sbagai cikgu hari tu telah memantau anak saudara Iera
menulis. Sambil-sambil tu sempat lagi snap gambar..


 

 

Bila dah start ambik gambar.... Apa lagi....
Sekejap tangan letak kat pipi... Sekejap sengetkan bahu....
Iera takde pulak nak arah-arahkan dia macam mana nak posing...
Semuanya idea dia sendiri...
Ika....Ika......
 *******************************************************************************
Jalan-jalan di Kuala Terengganu

Hari yang seterusnya.... 'Kami' telah mengambil keputusan
untuk berjalan-jalan di Kuala Terengganu...
Bosan jugak asyik berdating di Kuala Berang.....
Kali nie....Iera jadi pemandu pelancong......
Iera escourt dia sepanjang berjalan-jalan tu.
(ada ke awek bawak boyfriend?)

Jalan-jalan sekitar bandar KT tu kebanyakannya Iera dah hafal dah....
Bukan naik kereta ok...tapi cuma jalan kaki setelah kami sampai ke
stesen bas KT......



First-first....kami ke Astaka (Boleh dikira sebagai pusat beli belah jugak lah).
Kemudia jalan-jalan di sekitar kawasan berhampiran astaka tu...
Pemandangan dia memang cantik...Iera suka sangat.
Tp...sayangnya takde gambar.
Maklumlah...dua-dua takde kamera
dan dua-dua mempunyai handset yang tak berkamera....
So...tak boleh lah nak abadikan kenangan kami
dan mengambil gambar pemandangan yang indah-indah... (sob...sob)

 
Gambar kredit to google...
 Tapi...takpe lah...
Iera cuma dapat hidangkan makanan gambar bas bandar je.
Kalau korang ke bandar KT...Korang mesti jumpa bas nie.
Unik kan?

Lepas tu....kami makan di KFC
dan seterusnya pulang ke rumah...
****************************************************************

Berkelah di Belukar Bukit




Hari Jumaat pula... Kami berkelah ke Belukar Bukit....
Ada dalam 4 buah keluarga pergi berkelah bersama-sama.
Tentulah kami pergi ke sana bertujuan untuk mandi-manda.



 
  My Lovely Mom

First2....sampai mesti lah makan dulu...
 Ank saudara iera dah adik-adik Iera dah mandi awal-awal...
Lepas tu baru  naik untuk bersarapan....
Cuma yang besar-besar sikit je belum mandi lagi.


Ma dan adik bongsu....
Adik bongsu Iera nie mamang suka main air...
Boleh dikatakan sepanjang masa duduk berendam dalam air
macam badak sumbu...
Naik pun sekadar nak makan je....

Tengok...masing-masing dah kesejukan.



Apa yang kelakarnya....
Anak saudara Iera sampai terkencing dan terberak kat situ....
Lawak betul la ank saudara iera tu...
 Lepas orang lelaki balik dari sembahyang Jumaat....
Kami makan tengahari plk kat situ...
Keluarga Iera dah siap kemas-kemas dah lepas tu 
pasal ayah Iera nak masuk tasik pulak....
Family yang lain mandi buat kali yang kedua pulak
 So....kami berpecah masa tu...

*******************************************************************
Hantar Anak Saudara....

Hari Sabtu iera ke KT lagi...
Kali nie hantar anak saudara ke rumah dia di Seberang Takir.
Lepas hantar dia, Keluarga Iera pergi
membeli belah di Mydin Mall....
untuk membeli barang-barang keperluan....

Hari Ahad...Iera cuma rileks-rileks sambil goyang kaki kat rumah
sebelum menaiki bas untuk pulang ke UKM pada malam tu....

P/s: Cuti Kali nie memang paling banyak berjalan-jalan. Seronok sangat-sangat.....
Maaf, entri kali nie mungkin agak panjang. Iera berterima kasih sangat-sangat kepada sesiapa yang membaca en3 ni dari awal sampai ke akhir...


7 comments:

ziha said...

wah seronok la ek iera mase cuti..
iera plak bile lagi? phm2 jela maksudnye..he3

iera said...

Ziha:
tu la pasal...asyik keluar je.
Iera? Lmbt lagi kot... lps abis blaja nie kne kje dlu dlm 2,3thn kot... Bru blh wat wedding of the year..hehe

B L O G D E T said...

banyak tuuu aktiviti iera-wahhh-sampai jadik bidan terjun eaaaa-kucing dex pun beranak dah-si stacy tuu-huhuhu-dapat tiga anak-dia beranak dalam mgu lepas gak-hari rabu senja- huhu ;D

daun kesum said...

yg paling berminat,,yg kawin tuh,

rasa mcm nk kawen aje,.
tp xtahu ngn sapa.,.

iera said...

FUNFABULOSITY:
Mmg cti x ni plg byk xtvti... Sme lah kcg kte... Mmg msm dia kot

cikTi:
amboi...xsbo nk kwen ke? haha

Wanie-san said...

best nye cuti iera!!
padat!
hahahaha

kat mane iera belukar bukit 2??
iera cepat2 kawen ye!!

iera said...

Wanie-san:
2 la...padat gila. Tp...best sgt2.Rse mcm xboh blk UKM je...haha

Wanie tau kan kat mne sekayu? Dia ats lagi drp sekayu...

Haha...iera xtau lgi kawen ble. Yg pntg kne abis blaja dlu