Tuesday, September 28, 2010

Rambut Sama Hitam Tapi Hati Lain-lain

Hidup ni memang sesuatu yang kita tak dapat jangkakan. Kadang-kadang kita selalu berharap agar kita selalu dijauhakan daripada perkara-perkara buruk tapi kadang-kadang dugaan datang melanda. Dalam apa-apa keadaan sekalipun memang kita harapkan sesuatu yang terbaik, terutamanya dari segi perhubungan. Semakin luas pergaulan kita, semakin banyak perkara yang dapat kita pelajari. Kita akan jumpa bermacam-macam ragam manusia ni. Terutamanya dengan kecanggihan teknologi pada masa sekarang, kalau kita tak kenal orang tu sangat pun, kita akan berhadapan dengan bermacam-macam ragam. Tambah-tambah dengan adanya facebook, friendster, blog, hi5, tagged dan bermacam-macam lagilah...

Bab kata pepatah....rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tak semua perkara yang kita anggap baik, orang akan anggap benda tu baik. Pokok pangkalnya semuanya bergantung pada niat kita. Kalau baik niat kita...insyaallah Allah akan redhoi setiap apa yang kita lakukan. Kalau niat kita tu buruk, Iera percaya suatu hari nanti tuhan akan tunjuk jua. Kalau kita rasa niat kita tu baik, jangan pedulikan apa orang lain akan cakap.  Kadang-kadang lagi kita melayan benda tu...lagi sakit hati kita dibuatnya. Kadang-kadang berdiam diri tu lebih baik daripada kita marah-marah. Macam dunia blog ni jugaklah. Kadang-kadang kita tulis sesuatu perkara atas pendapat kita, pemikiran kita dan niat kita tu takde lah sampai nak riak atau perasan dengan sesuatu perkara. Tapi mungkin ada yang akan salah faham terhadap kita. Kalau kita tulis sesuatu perkara yang baik ...mungkin orang akan ingat kita nak tunjuk diri kita baik. Kadang-kadang kalau kita berterus terang pasal rasa tak puas hati kita, orang akan kata kita ni macam ni lah..

Bila sesuatu perkara yang buruk terjadi kat diri kita...mungkin kita akan tanya di mana silap kita. Mungkin kita dah berniat baik atas sesuatu perbuatan kita, tapi kita akan jumpa dengan orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri kita. Masa tu mungkin kita tertanya-tanya di mana silap kita. Sedangkan, kita tak mampu membaca apa yang ada di hati setiap orang. Bila kita bersangka baik dengan seseorang, mungkin orang tu akan membuat sesuatu perkara yang buruk terhadap diri kita. Bagi Iera lah kan...lagi banyak kita diuji, lagi Allah sayangkan kita sebab kita akan dapat tau banya perkara....

Walau apapun yang terjadi, kita teruskanlah perjalanan kita dengan sebaik mungkin.Yang penting niat kita tu baik. Kalau kita rasa kita ada buat silap, perbaikilah diri kita. Sesungguhnya, semua manusia tidak sempurna. Mudah-mudahan, Allah akan berkati setiap perjalanan hidup kita  dan mendapat keberkatan daripadaNya..


Saturday, September 25, 2010

Sambutan Raya 2010



Sedar tak sedar dah dua minggu lebih kita menyambut Aidilfitri.... Sedar tak sedar jugak, dah 6 hari Iera kembali ke UKM. Tengok blog-blog yang lain dah ramai yang update pasal sambutan raya mereka tahun ni. Iera tak update-update lagi walaupun Aidilfitri dah hampir melabuhkan tirainya. Jadi, tak sah kiranya Iera tak menulis entri pasal ni....hehe.


Raya tahun ni tak sama macam tahun-tahun lepas pasal kali pertama keluarga kami beraya di Kuala Berang pada hari raya pertama memandangkan nenek Iera beraya di rumah mak saudara iera di Kuantan. Pagi raya tu macam biasa lah...mesti Solat Sunat Hari Raya dulu. Lepas tu pergi beraya di beberapa buah rumah kawan-kawan ayah. Lepas solat Jumaat barulah kami bertolak pulang ke kampung.

 Tema merah pada hari raya pertama. Tapi...ma Iera tak ikut sangat temanya 
walaupun dia sendiri yang cadangkan tema merah. Cuma ada sikit-sikit je 
warna merah kat baju ma.




PERSIAPAN RAYA

Persiapan raya tahun ni takde lah beria-ia sangat. Baju raya pun tak perlu sibuk-sibuk nak fikir pasal ma Iera dah beli siap-siap. Cuma 2, 3 hari sebelum raya sibuk mengemas rumah dan ganti langsir lain. Kuih raya tahun ni pun tak buat sangat. Penat gaduh dengan ma Iera ingat nak buat kuih raya...last-last ma Iera beli kuih raya. Erm...beli-beli dapat kuih raya yang tak sedap. Bentuk je lain tapi rasa semua sama. Part Iera pula cuma sempat buat popia simpul je malam raya tu.... Lepas balik dari kampung buat pulak kek coklat. Walaupun tu merupakan percubaan kali pertama.....not bad lah. Kek nye dah jadi...cuma coklat yang kat atas tu yang tak menjadi....hehe.

Tapi...raya keempat dan kelima sibuk buat makan-makan sikit. Raya keempat buat mee kari. Raya kelima laksa pulak. Penat jugak nak buat walaupun cuma tolong-tolong sikit apa yang patut. Malam raya ke lima tu pulak sempat lah buat tart nenas sikit.... Ni pasal tak puas hati beli kuih raya yang tak sedap. Nak bawak balik UKM mesti bawak yang sedap... So, buat lah jugak sikit. Baru puas hati dapat buat sendiri.


AKTIVITI KUNJUNG MENGUNJUNG.....

Sambutan Aidilfitri takkan sah kalau takde aktiviti kunjung mengunjung. Masa ni lah kita nak mengeratkan hubungan silaturahim dan bertemu dengan sanak saudara yang jauh terpisah. Tapi...tahun ni tak macam tahun-tahun lepas. Tak banyak sangat pergi beraya kat rumah saudara mara. Balik kampung pun sekadar pergi beraya di beberapa buah rumah saudara-mara je. Walaupun tiga hari jugak beraya di Besut. Rumah kawan-kawan pun tak dapat nak pergi.... So, cuma tunggu kedatangan kawan-kawan je lah. Tu pun sorang dua je yang datang. Raya tahun ni first time Iera pergi dan beraya di rumah si dia. Erm...walaupun segan, tapi disebabkan dah janji nak pergi beraya kat rumah dia kalau dia potong rambut. Maklumlah....dia tu memang suka simpan rambut panjang....

KENDURI KAHWIN.

Terpaksa membawa hantaran kahwin abang sepupu

Bulan Syawal ni memang tak sah kalau takde kenduri kahwin. Raya tahun ni dua kenduri kahwin jugak yang Iera pergi. Satu anak kepada atok saudara yang kahwin. Yang satu lagi abang sepupu pulak yang kahwin. Erm...bulan syawal dengan kenduri kahwin memang tak boleh dipisahkan kot. Mungkin sebab masa ni ramai saudara mara yang pulang dan bercuti...meriah sikit majlis kot.


Friday, September 3, 2010

Balik Kampung




Sedar tak korang semua bahawa Malaysia mengamalkan tradisi balik kampung terutamanya musim-musim perayaan. Lebih-lebih lagi sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri. (Kalau negara-negara lain tak pastil lah pulak. Rasa-rasanya tak ade kot). Unik kan tradisi Malaysia. 



Pastinya keadaan lebuh raya akan jadi macam nie kan terutamanya malam raya atau sehari sebelum raya. Lebuh raya belah-belah lain sudah semestinya sesak dengan kenderaan dan keadaan lebuhraya kat belah Barat terutamanya ke KL mesti sangat lengang kan. Jadi bagi sesiapa yang ingin pulang beraya ke kampung...berhati-hatilah. Jangan kerana nak cepat sampai je, keselamatan diabaikan. Nanti tak pasal-pasal tak dapat beraya. Jangan sampai kita sambut lebaran dalam kepiluan sudahlah. Kesian keluarga yang tunggu kat kampung tu....

Ingat pepatah nie ye kengkawan:

Berhati-hati di Jalan Raya
Kalau Mati tak boleh Raya.


Ok lah...dah malas nak buat intro panjang-panjang. Sebenarnya, yang paling penting Iera nak beritahu yang Iera akan balik kampung mulai malam ini. Jadi, di kesempatan ini, Iera nak memohon berjuta keampunan sekiranya Iera ada terkasar bahasa, tersilap bicara sama ada secara sengaja ataupun tidak sepanjang perkenalan kita semua di dunia blog nie. Sesungguhnya....kemaafan adalah dendam yang terindah.  



Salam Aidilfitri

Thursday, September 2, 2010

Hatiku Tertinggal di Kuala Berang



Selamat datang ke Bandar Kuala Berang (Cis...bandar la sangat)


Assalamualaikum dan selamat pagi semua? Pe khabar? Harap-harap sihat lah semua. Sedar tak sedar dah nak habis sebulan kita berpuasa. Ada dalam seminggu lebih kita nak beraya kan?

Dua hari lepas Iera ade ber'SMS' dengan ma Iera. Dia SMS cakap penat jaga adik Iera yang demam campur cirit birit. Ma Iera pon kene Cirit Birit gak hari tu. Pastu kene pulak jaga adik bongsu Iera yang demam tu. Erm...adik bongsu Iera tu selalu je kene demam. Kalau tak silap, dalam kami adik beradik dia la yang paling kerap demam. Puasa tahun lepas pun dia demam jugak.... Hm...mungkin antibodi dia tak kuat campur kuat sangat main. Tu yang mudah sangat kene demam kot. Dia nie kalau demam mesti merengek-rengek kat ma Iera suruh urut la.... Ma Iera kene ada 24Jam lah kat sebelah dia tu 

Nie lah adik bongsu Iera yang banyak cakap.... Ada-ade je nak menjawabnya.

Jadi, bila dah dapat mesej dari Ma Iera tu......hati ni meronta-ronta nak balik (Pergh...meronta-ronta. Xleh blah..huhu) Yup, tapi tu lah kenyataannye. Dah beberapa hari dah asyik teringat nak balik rumah je. Tapi...tak sedar diri esok Iera ada Exam International Management. Study pon tak mana sangat. Ye lah, hati dah tertinggal kat Kuala Berang sekarang nie... Instic Iera mengatakan Ma Iera mesej macam tu mesti rindukan Iera kan....kan...kan? Mesti dai tak sabar-sabar menunggu kepulangan anak dia nie.. Ye tak? hehe
MyEm0.Com

Hati....Sabar lah kau. Lagi sehari je nak balik. Malam esok dah nak balik dah. Yey...yey...
So, bloger-bloger sekalian...jom kita layan lagu raye nie....
Salam Aidilfitri buat semua. Kalau tak malu datang la beraya kat rumah...hehe





Friday, August 27, 2010

Berita yang mengejutkan di Pagi Hari....


Pagi ni....tengah sedap berguling-guling di atas katil sambil wat taik mata (Konon-kononnye pagi lagi lah. Padahal dah kul 10 dah...hehe). Tetiba terima panggilan daripada nombor yang tak dikenali (no pejabat). Pelik jugak....nombor mana lak yang tersesat nie. Dalam pelik-pelik tu angkat la jugak telefon. Mana lau tau ada benda penting. Lagi pelik bila tetiba orang tu speaking BI. Bertambah terkejut jugak bila dia cakap dia dari Standart Charted. Ye la...pelik gak la....tak de la pulak Iera buat buku akaun atau pinjaman kat Standart Charted tu. Mana tak terkejut beruk.

Dalam keadaan mamai....cuba jugak la fahamkan apa yang dia cakapkan.... Fuh, nasib baik faham. Lagi bertambah terkejut bila dia cakap dia ada email kan kat iera, ada tawaran suruh wat training kat tempat dia....  Niat untuk sambung tido lepas kol 'Cik Abang' pukul 10 tadi (dia suruh kejutkan untuk dia bangun study pasal petang nie dia ada exam) terus tergendala.... Terus bukak email....check email yang dapat....

***********************************************************


Good Day,

On behalf of Wholesales Banking Operations of Scope International Malaysia would like to invite your undergraduates to join us in our training academy. Scope International Malaysia, a wholly-owned subsidiary of Standard Chartered Plc., United Kingdom , is the first Global Shared Services hub of an international bank in Malaysia .

Established in 2001, Scope International Malaysia is a strategic partner to the Standard Chartered Bank through the provision of a wide range of services from software and systems development, wholesale and consumer banking operations, as well as IT in up to 70 countries worldwide. By 2011, we plan to double our workforce from 2,250 to 4,500.

In line with our objective to double our workforce, we have established SIMA ( Scope International Malaysia Academy ) as our training arm aims at providing specialized banking skills to undergraduates and graduates.

Participants who have met the standard set and show outstanding performance will be offered various positions in our company. The participants of this academy will enjoy the opportunity to learn specialist course in the areas of International Trade ServicesSecurities Services, Forex/Money Markets, Cash Management Services and Credit/Loan Administration. Apart from these five elective subjects, the core subjects are Business Communications, Customer Service Program and Risk Management.


**************************************

So....bila dah baca tu mula la kepala nie sibuk duk fikir sama ada nak terima ke tak. Cuba jugak nak tanya pendapat kawan-kawan semua. Patut tak Iera terima. Susah jugak nak buat keputusan pasal bab kira-kira nie Iera lemah sikit. Kalau dah namanya bank....mesti kena tough dalam kira-kira. Nak-nak subjek finance. Dah lah subje finance iera memang lemah. 
Tapi...dah baca tu macam ok jugak la kan. Lagipun....dia akan ambil orang bekerja kalau dapat capai standard performance yang dia dah setkan. 
Tadi...cuba lah jugak tanya ma abah Iera, Erm....ma Iera tak tau. Dia suruh tanya Abah Iera je. Tanya abah Iera comfirm lah dia suruh buat je... Dia suruh cuba jugak... Dan dari nada suara dia memang nak kena wat jugak nie. So, nak kena hantar resume gak lah. Dapat tak dapat....belakang kira.
Jadi....nak tau jugak pendapat blogger-blogger sekalian. Agak-agak...Iera patut pohon tak agak-agak? Pening nie....  


Sunday, August 22, 2010

Nasib Seorang Perantau di Bulan Puasa

Sebagai seorang perantau yang jauh merantau di negeri orang bagi tujuan menuntut ilmu, banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Kadang-kadang terasa sayu pulak hati bila terpaksa berjauhan dengan keluarga. Maklumlah, bulan-bulan puasa macam nie lah lebih bermakna kalau dapat berbuka bersama-sama dengan keluarga. Bulan mulia macam nie lah terasa lebih bahagia kalau dapat berbuka dengan air tangan mama yang tercinta. Macam nie lah nasib sebagai seorang perantau di bulan puasa macam nie:
  • Masa nak beli makanan mesti asyik duk terfikir nakbeli makanan apa. Pusing la sekali dua kat kawasan lauk-lauk kat cafe tu. Last-last, ambik je lah lauk yang sama. Kalau tak sup ayam, tomyam, tak pun ambik la paprik. Dah bosan sangat kengkadang beli lah nasik ayam Husein. Lauk tu je lah yang selalu diambil. Nak ambik lauk lain, tak kena dengan selera pulak. Maklumlah, orang indon yang masak. Tak memenuhi selera orang Timur cam Iera nie. Kalau kat rumah, cakap je nak makan apa...mest ma akan buat.
  • sepanjang bulan ramadhan nie, ada lah dalam dua kali gak Iera pergi bazar ramadhan.Tu pun sebab naik kereta Kak Qila. Dapat pergi bazar ramadhan best sikit, sekurang-kurangnya, kene lah sikit dengen selera makan Iera nie. Kengkadang, time teringin makan makanan tertentu, belah jugaklah cari kat bazar ramdhan tu. Masa bulan puasa nie lah tekak nie mengada-ngada sikit. Makan tu tak sedap... nie tak kena. Hari tu teringin nak makan bubur lambuk. Orang kata, bubur lambuk Kampung Baru sedap. Sekali bila dah beli....langsung tak sedap. Nie tak boleh jadi nie. Dah lah bubur lambuk nie makanan wajib dalam bulan puasa nie. 1 kali dapat makan pun takpe lah. Tapi...tak sedap pulak. Nant balik rumah nak suruh ma iera wat bubur lambuk. Boleh makan puasa-puas. Kena pulak dengan tekak.....
  • Dah nasib badan bila jauh di perantauan nie kalau tak berbuka dengan Ain, kenalah iera berbuka sorang-sorang. Nak-nak kalau dia dah janji dengan orang lain nak berbuka bersama.....terpaksalah iera berbuka sorang-sorang. Sementara menunggu azan maghrib duk mengadap laptop MyEm0.Com. Tu je lah kejenye. Kalau kat rumah mesti awal-awal dah menunggu kat meja makan. Maklumlah, makan mestilah yang best-best. Minggu nie pulak Ain balik rumah dia....... Meroyan sekejap berbuka sorang diri. Terkeli-kelip duk mengadap dinding. Dah abis makan, terus ke bilik air basuh tangan dan ambik air sembahyang. Kalau kat rumah, dah abis makan nasik sempat lagi habiskan kuih-kuih yang ada. Tak abis waktu berbuka tu, malam-malam sikit dalam kul sepuluh sempat lagi pelicin makanan yang ada.
  • Waktu sahur pulak terpaksa bangun makan seorang diri. Kalau kat rumah, mestilah ma yang kejutkan. Ni, kene ada inisiatif sendiri nak bangun sahur. MyEm0.ComNasi baik ada cik abang yang jadi jam loceng. Tu pun kalau dia ada kredit la... Kalau tak, kene bangun sendiri lah jawabnye. Dah bangun, cuci muka dan berkumur cikit.... makan la apa yang ada. Makan roti dengan air masak pun dah cukup bagus. Kalau kat rumah, mesti bersahu dengan lauk yang best-best...... Nak buat macam mana, dah nasib badan.


Tapi, nak buat macam mana, Iera terpaksa jugak menjalana kehidupan seperti biasa. Terpaksa terima kenyataan  dan menghadapi keadaan diri sebagai seorang perantau nie.<~~~~~Cis ayat.....macam lah besar sangat dugaan tu....Kadang-kadang, tak semua yang kita mahukan kita akan dapat. Yang penting, tak sampai dua minggu lagi nak balik rumah. Tapi...sebelum tu ada cabaran yang bakal menanti iaitu......MidTerm Exam. 4 paper pulak tu. Lagi satu paper mungkin lepas raya nanti. 
Selasa (24/8/2010)--------> Pengantar Kewangan Korporat
Rabu (25/8/2010)---------> Pengurusan Operasi
Ahad (29/8/20101)------------> Makroekonomi
Jumaat (3/9/2010)---------> Pengurusan Antarabangsa & Perbandingan

Malam tu dah boleh balik... yey-yey. Suka-suka
MyEm0.Com

Tuesday, August 17, 2010

Perginya Seorang Sahabat Bloggers

Hari nie Iera dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang sahabat blogger setelah terbaca satu entri mysweetdreamcottage. Memang terkejut jugaklah mendengar berita pemergian dia dalam usia yang sebegitu muda. Terkedu seketika. Lepas tu Iera terus bukak Facebook dia. Memang betul, dia telah pergi ke rahmatullah. Dia merupakan salah seorang blogger yang add facebook Iera. Rupa-rupanya dia telah pergi menemuiNya pada 9 ogos 2010 lagi.

Arwah Siti Nur Izzah a.k.a Zaza

Iera tau mesti ramai jugak yang kenal dengan Zaza. Dia meninggal disebabkan kemalangan semasa berada di Kelantan bagi menemani datuknya yang akan menjalani pembedahan di bahagian tulang belakang.  Kemalangan yang cukup tragis bagi Iera bila dia dihempap keretanya sendiri selepas tercampak keluar dari kereta. Untuk cerita yang lebih lanjut, belehlah tengok di myMetro

Awal-awal tu Iera ingatkan dia meninggal disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi olehnya. Iera tau yang dia ada masalah kesihatan, tapi...tak tau apa sebenarnya sakit yang dia hadapi.... Setelah berita kematian dia nie barulah Iera tau yang dia menghadapi masalah tulang reput sejak dari kecil lagi.

Sesungguhnya kepda Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita kembali.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati!”
(Surah Ali Imran: 185)
Maha Suci Allah, Maha Bijaksana dalam setiap rencana-Nya, DIA lah yang awal, dan DIA lah yang terakhir, DIA lah tuhan yang menghidupkan, dan DIA lah juga tuhan yang mematikan setiap makhluk ciptaan-Nya.

Sama-samalah kita berdoa agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat arwah. Mudah-mudahan keluarganya tabah menerima pemergian arwah. Sesungguhnya mati itu pasti akan berlaku kepada semua tak kira lambat atau cepat, tua atau muda.