Monday, January 18, 2010

Kata-kata hikmah bhg 2

Hari nie Iera nk kongsi Kata-kata hikmah tentang adab plk. Sebelum nie Iera dh janji nak post en3 pasal Kata-kata hikmah yg Iera ada kan? So...Iera wajib tunaikan janji Iera. Kan tak pasal2 b'tambah plk dosa... Orang yg tak tunaikan janji nie tergolong dlm golongan org munafik... So...Iera xnak lah kan jd org munafik nie. Seboleh mungkin Iera akn cuba tunaikan jnji yg tlh dibuat...(Cis, Budget baik lah nie)

Ok...dah cukup Iera merepek pnjg2... So, tengoklah kata2 hikmah yg Iera ada nie...Let's check it out:

Kata-kata Hikmah Adab
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).       
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. (Aristotle)  
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle).       
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam. (Budiman).     
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).     
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka).      
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.(Hamka).       
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam Al-Ghazali).     
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).      
  • Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).      
  • Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka).    
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka)       
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).     
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. (Maksud hadis). 

1 comment:

MrZam said...

gud :)

http://mr-zam.blogspot.com