Friday, January 29, 2010

Mencari Sahabat Sejati



Sebagai seorang manusia, kita memang saling memerlukan antara satu sama lain. Kita semua tak boleh hidup kalau bersendirian kerana kita memang dijadikan untuk melengkapi antara satu sama lain.Tak kira lah antara ibu bapa dengan anak-anak, suami dengan isteri, dan dengan kawan masing-masing.  Apa akan jadi kalau kita semua buat hal masing-masing? Mampukah kita hidup dengan membuat hal masing-masing?.... 

Hari nie Iera tetiba terfikir pasal sahabat sejati. Cuba korang fikir-fikirkan... adakah mudah untuk mencari sahabat sejati? Senang ke nak cari sahabat sejati nie? Kalau dah ada sekalipun...cukup ke dengan  seorang dua sahabat sejati. 

Cuba korang semua lihat disekeliling anda... Ada tak kawan-kawan rapat korang semua? Ok..ok, Iera tau semua ada kawan kan... Yang rapat pun mesti ada kan? Betul ke kawan rapat tu seorang sahabat yang sejati? Adakah meraka tu adalah sahabat korang semua dalam erti kata yang sebenarnya....Jujurkah dieorang dengan anda?



Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Dalam ramai-ramai kawan yang korang ada tu belum tentu mereka akan menjadi sahabat sejati, sahabat yang jujur dan setia sampai ke ahir hayat. Kalau tak..takkan ada istilah "kawan makan kawan", "harapkan pagar, pagar yg makan padi", "musuh dalam selimut" dll...Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Iera sendiri masih berfikir, adakah Iera telah menjadi sahabat yang sejati? Iera akui...dalam kita berkawan nie, memang kita tak lepas dari berselisihan faham dengan kawan kita. Mungkin kita pernah mengguris perasaan kawan kita secara tidak sedar... Mungkin Iera sendiri pernah buat kawan Iera marah secara tidak sedar. Mungkin Iera sendiri tidak sedar dengan kelemahan Iera sendiri... tp, apa salahnya kita saling memaafkan dan membetulkan kesilapan kita masing-masing...

Kalau Iera ada mengguris hati korang semua tak kiralah kawan Iera sendiri dan kawan Iera di alam maya nie. iera nak mintak maaf bebanyak... Yang penting, bila dah sekali Iera berkawan, Iera harap kita semua akan berkawan sampai bila-bila

 
Tengok nie...kucing pun ada sahabat baik...
Sahabat sejati... Korang pulak macam mana?
Sanggup tak bersahabat sampai akhir hayat?....
Sahabat yang boleh membawa anda sampai ke syurga?
Fikir-fikirkanlah..dan selamat beramal...

P/s: Cepat2, sape nak kawan ngan Iera. Boleh isi borang kat rangan komen di bawah.....ahaks



2 comments:

daun kesum said...

susah kan nak dpt sahabt sejati

iera said...

tau xpe cikTi......