Wednesday, March 10, 2010

Kenangan Tinggal di Asrama...

Bila terfikir balik masa tinggal di asrama dulu...mau tergelak jugak Iera sorang-sorang. Macam-macam hal yang berlaku. Banyak jugaklah kenangan suka dan duka ketika tinggal di asrama dulu. Walaupun pada awalnya Iera tak berapa suka masa abah Iera suruh Iera tinggal di asrama. Ye lah...masa tu dah terbiasa duduk di rumah... Dari tingkatan satu sampailah tingkatan enam bawah. Tetiba abah Iera suruh Iera tinggal di asrama masa tingkatan enam atas tu. Mestilah rasa berat hati nak tinggal di asrama kan. Iye lah...tinggal di rumah ni tak payah susah-susah nak tukar baju lain kalau nak makan... Nak mandi pun dalam rumah sendiri. Pastu, nak study ke tak nak...semuanya atas diri sendiri kan....

Bila dah masuk asrama tu nak makan pun perlu tukar baju dulu. Kalau boleh pakai t-shirt tak pe lah. Ni, nak turun makan pun kene pakai baju kurung. Satu hal pulak nak gosok baju dan tudung dulu. Tu baru bab makan... nak mandi pulak kene pergi ke bilik mandi yang jauh dari bilik. Lepas tu nak kene ikut giliran pulak. Bab study pun..kene ikut jadual waktu prep yang diberikan...

Tapi disebabkan Iera fikir yang Iera akan menyusahkan abah Iera nak hantar Iera hari-hari ke sekolah...so, dalam keterpaksaan Iera ikut jugak cakap abah Iera. Paksa rela lah kiranya....

Tapi...rupa-rupanya tinggal di asrama ni takdelah seburuk yang disangka... Kebetulan, dapat pulak member-member sedorm yang sengal-sengal. Masa tu adalah dalam 3 orang member yang pernah sekelas dengan Iera. Sebelum-sebelum nie kami tak rapat... Ye lah, masing-masing ada geng masing-masing kan... Nak-nak pulak geng-geng Iera semuanya jenis yang senyap-senyap. Bila Iera dah masuk sedorm dengan dieorang...barulah dieorang tau yang Iera ni tak lah sebaik yang disangka. Takde lah pendiam macam yang dieorang anggap selama ini. Ada ke patot dieorang cakap iera ni skema... Adus...ade muka skema ke? Dah masuk sedorm baru nampak perangai sebenar Iera. Bab kata pepatah... air yang tenang jangan disangka tiada buaya....

Tiap-tiap kali habis kelas...kami akan adakan mesyuarat agog. Sementara menunggu semua bebudak form 6 balik, yang menunggu akan ceritakan semua kisah yang berlaku dalam kelas... Yang lebih tepat sekali buat ketupat lah ye...hoho. Iera? Iera nie jenis pendengar yang setia... Tak suka sangat cerita-cerita nie... lalala... Bila dah semua berkumpul barulah kami turun ramai-ramai ke dewan makan... Biasanya, kamilah yang paling last... orang yang jaga kat dewan makan tu selalu marahkan kami... Tapi...kami buat dek je...

Waktu prep tengah hari pulak... bukannya kami nak study pun. Banyak membuta je. Paling tidak, kami ke bilik study, bawak bantal...lepas tu membuta dalam bilik study. Kebetulan pulak, kami dapat bilik yang dikhaskan untuk kami study. Hanya untuk budak-budak form 6 dorm kami je dan budak form 6 dorm sebelah.. Apa lagi, boleh lah buat sesuka hati. Tapi, kengkadang kami langsung tak pergi ke bilik study... Kami membuta dalam dorm je...(Kalau tak ada kelas tambahan). Kebetulan, ada suatu hari tu warden datang bilik kami. Masa tu masing-masing tengah enak dibuai mimpi...membuat peta di atas bantal...dan menternak tahi mata. Warden datang, terus mintak nama kami. Tapi...takde tindakan pun yang dilakukan. Juz ambik nama semata-mata....

Waktu mandi pulak...kami akan turun ramai-ramai ke bilik mandi. Macam anak ayam mengekori ibu ayam je lagaknye. Kebetulan pulak, tempat mandi blok kami tu ade kolah besar. So, kami mandilah ramai-ramai kat kolah tu sambil berbual-bual. Kalau dah keluar ramai-ramai macam tu...macam kami lah yang councer kawasan tu...ahaks.

Waktu prep malam pun sama jugak. Kami bukannya study pun. Boleh pulak kebanyakan geng-geng iera tu jenis yang banyak mulut... Boleh dikatakan dari mula waktu prep sampai habis waktu prep...bercakap je kerja kami... Masa tu, kalau tengah rajin Iera buat lah homework sikit-sikit sambil dengar dieorang berbual. Ada satu hari tu...member Iera tengah asyik bercerita...warden datang sergah kami. Kebetulan...masa tu member Iera tengah asyik mengosipkan antara satu sama lain... (Budak-budak dorm kami dengan budak-budak lelaki form 6 yang tinggal di asrama jugak) Hoho...kantoiii...Lepas warden tu marah kami, dia  siap cakap "awak ingat saya tak dengar apa yang awak cakap g-miey...kalau awak nak saya cakap satu-satu ape yang awak cakap tu pun boleh" Ye lah...mana tak nya...bilik prep tu sebelah je dengan dorm kami dan kebetulan pulak bilik warden tu betul-betul kat bawah dorm kami... (Masa ni kami tak dapat study kat dalam kelas lagi)

Hari minggu pulak...kalau tak dapat balik rumah, kami buat lah apa-apa kerja pun. Kebetulan...ada member Iera yang bawak handset... Sambil-sambil rileks-rileks dan bergosip tak sudah-sudah, sambil-sambil tu kami dengar radio. Petang pulak...biasanya kalau masa makan kami ada turun satu dorm...makan sama-sama. Sekali dengan junior-junior tau. Ni lah kelebihan dapat dorm paling kecil. Satu dorm dapat join sekali. Lagi best kalau ma dan abah datang hantar makanan untuk iera. Dapat makan ramai-ramai....

Kalau kebetulan hari tu dapat outing, macam biasa lah...setakat ronda-ronda pekan Kuala Berang. Tapi...apa sangat lah yang ada kat Kuala Berang tu... Kalau kebetulan ada barang yang nak bdieli...beli lah sikit-sikit. Kalau takde barang nak bdibeli, sekadar ronda-ronda cuci mata. Lepas tu balik rumah kejap...ahaks. Nie lah untungnya kalau rumah dekat dengan kawasan pekan. Jalan kaki balik rumah, lepas tu makan tengahari kat rumah terus... Lepas tu, dapat rehat-rehat kat rumah...petang tu baru suruh abah Iera hantar ke asrama...lalala.

Ada suatu hari tu... Iera sakit mata. Kebetulan minggu tu tak dapat balik rumah. So, apa lagi...Iera pergi jumpa warden...pujuk-pujuk nak balik rumah. Sebenarnya, tak de lah sakit sangat. Cuma kurang selesa je... tapi menggatal nak balik jugak..lalala. Ye lah, bila dah duduk lama-lama rasa bosan lah jugak. Nak-nak iera tak berapa suka masakan di asrama tu...  Lepas tu warden benarka Iera balik rumah.

Apa lagi eh? Hah...baru ingat...hehe. Ada satu malam tu, kami buat lah permainan kotak beracun. Semua budak-budak dorm tu join sekali termasuklah junior-junior dorm tu. Kalau dah main tu mesti lah bising kan. Tak sedar diri bilik warden bawah dorm kami je. Konon-konon dah habis main tu, iera dengan member iera nak ke tandas. Lepas tu...ternampak lah warden menuju ke dorm kami. Terus Iera masuk dorm cakap warden datang... Warden tu sah-sah lah dah nampak Iera. Lepas tu...budak-budak nie apa lagi...terus lari lintang pukang menerkam ke arah katil masing-masing. Macam-macam gaya ada... Sorang kuak lentang, gaya kupu-kupu... Kepala semuanya arah lain-lain. Kami konon-kononnya pura-pura tidur sedangkan lampu tak tutup. Last-last, warden masuk dorm kami membebel kat kami... Iera ingat lagi ayat warden tu.. Dia cakap.. "Kamu ingat saya tak tahu ke yang kamu ni pura-pura tido je... Lampu pun tak tutup," Lepas tu...warden tu terus blah... hehe..



 Ni pulak gambar masa kami prep malam-malam. Masa tu dapat study kat dalam kelas. Kalau ada mood nak study...Iera study lah sikit-sikit. Tak pun buat homework. Tapi...banyak main je sebenarnya. Bergosip...of course lah nombor satu... Tak pernah tinggal. Sepanjang masa bergosip...lalala. Cuma kadang-kadang kalau Iera datang mood rajin Iera study/buat homework kat dalam kelas Iera. Member-member sedorm yang lain kadang-kadang pergi kat kelas dieorang. Antara kami semua... Iera sorang je yang duduk kat kelas 6A1 Yang lain Kalas 6A2... 2 orang kelas 6Sc.

Ada suatu hari tu...Iera dapat pergi Kem Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri kalau tak silap Iera. Kem tu dibuat di challet kat Terengganu selama 3, 4 hari. So, dah habis kem tu dalam hari Rabu. kebetulan minggu tu tak dapat balik rumah. Iera tak balik pun dorm.. Hari tu Iera balik rumah tumpang ustazah yang kebetulan tinggal kat perumahan TNB. Sementara tunggu ustazah tu nak balik rumah, Iera lepak-lepak dulu kat dalam kelas...Jahat tak? Lalala... Iera balik dorm pon hari sabtu petang... Konon-konnonnye balik nak basuh baju kotor yang banyak kat rumah. Tapi...Iera tak maklum pun kat warden masa tu...hehe...

Masa STPM hampir tiba...barulah masa tu kami rajin study sikit. Kadang-kadang sampai dalam dorm pun kami study... Sambil-sambil tu kami bincang ramai-ramai kalau ada yang tak tahu. Masa hampir STPM lah baru kami nak study hard... Tapi...kebetulan masa tu Iera kurang sihat.  Batuk-batuk dan selesema.  Sampailah masa STPM pun batuk-batuk Iera tak hilang jugak. Bila tiba saat batuk kuat...dada nie sakit sangat. Nasib baiklah dieorang ni baik...tolong ambilkan makanan kat Dewan Makan.. Terharu gak rasa...

Tu lah antara kenangan masa Iera tinggal di Asrama... 


9 comments:

Wanie-san said...

nakal sungguh la iera ni...
iera memang skema pon!hahahaha geng2 baek je iera ni..kire wani baek gok la ork??hahaha

iera said...

haha...skema ke? Org skema ikot je peraturan... Nie x..main ikot ske hati je...hehe.

Ha'ah...iera pnye geng baik2 je.. Wani pon baek gok la... W/pon nakal tu ade gok..lalala

ziha said...

pengalaman tgal kat asrama mmg seronok klu diingatkan kembali.
dulu kite pon dok asrama gak.
nakal pon ye gak..hehe

iera said...

ziha:
2 la ziha.. Kalau baek sgt pon xbest jgk kan.. Sesekali nak gak buat bnde2 pelik... Ye x? hehe <---jgn ikt ajrn sesat nie.. hehe

daun kesum said...

cikti dulu xpnh dok asrama,.

dok umah je,.

iera said...

cikTi:
O0ooo... Mse upper 6 tu lah 1st time iera duk asrama cikTi.

filmholor said...

bnyak suka duka yah di asrama :), tapi asik kan, ok slmt deh, btw kunjung balik ya fren :)

B L O G D E T said...

best tuu duk kat asrama-
enjoy je-huhu
mmg best lagi la kalo jumpa kawan2 yg best2-suka duka-senang-susah-sama2-huhu ;D

iera said...

mr. lordis (filmhoror):
iya...asyik je duk asrama nie.

ok...iera dh b'knjg kt blog mr.lordis. Tp nape pic tu seram sgt?

F U N F A B U L O S I T Y :
2 la dex...enjoy je. suka sme suka.. susah sme2 ssh... Best la mcm tu...