Tuesday, March 30, 2010

Aina "Wedding Contest"


Di saat jari disarung cincin permata
Di saat dahi dikucup penuh syahdu oleh sang teruna
Di saat itulah dua hati bersatu....
Lengkaplah dirimu Aina
Sebagai isteri yang didambakan si suami
Melengkapkan hidupnya...
Sebagai teman sehidup semati.
Semoga berbahagia ke akhir hayat
dan hidup kalian diberkati oleh yg Maha Esa.






Akhirnya...dah hampir tiba masa berbahagia Cik Aina kita nie ye. Siapa yang tak kenal dengan Cik Aina nie. Sangat popular di kalangan blogger kan... Sempena majlis perkahwinan Cik Aina yang bakal berlangsung tak lama lagi, Iera berusaha menyahut cabaran Cik Aina kita untuk menyertai contest nie... Erm..sebab dah berjanji dengan Cik Aina kita nie... So, Iera perlulah meninaikan janji kepada Cik Aina kita nie... Walaupun sekarang nie tengah busy... Kalau dah janji tu wajib kita tunaikannya kan?


Contest Cik Aina kita nie bertajuk: 


1st: Pinggan Mangkuk.


Tiap kali majlis kahwin je... Yang Iera ingat nak bagi hadiah kat bakal pengantin ialah set pinggan mangkuk. Yup...walaupun mungkin orang lain fikir yang set pinggan mangkuk nie dah biasa orang bagi, tapi...bagi Iera ia sangat berguna kepada pasangan yang baru berkahwin. Kalau tak de pinggan mangkuk nie, macam mana nak makan kan? Ye lah...duit dah banyak habis untuk buat majlis kahwin tu. Budget nak beli barang-barang rumah mungkin dah sikit. So, bila dah bagi hadiah nie tak payalah susah-susah Cik Aina nak keluarkan duit buat beli pinggan mangkuk nie. Bila dah 10 orang bagi...dah jimat kat situ. Kalau saudara-mara atau sahabat handai Cik Aina datang melawat kan senang tu. Tak payah nak beli pinggan mangkuk lagi dah.


2nd: Dapur Gas.



Dulu masa kakak Iera kahwin. Iera ada tengok orang hadiahkan dapur gas untuk kakak Iera. Erm...bagus jugak hadiah nie. Kalau pinggan mangkuk dah ada... kalau takde dapur gas ni macam mana Cik Aina nak masak kan Kata orang, salah satu cara nak pikat hati suami adalah melalui masakan. Kalau tak de dapur gas nie susahlah Cik Aina nak pikat hati suami Cik Aina nanti...hehe. Sedap tak sedap tu belakang kira...haha. Yang penting Cik Aina masak dengan penuh kasih sayag.... Sejuk hati suami Cik Aina nanti... Berkat rumahtangga nanti.


3th: Baju Tidur?

 Baju tidur nie pon hadiah yang paling idea buat Cik Aina. Erm..Cik Aina nak suruh Iera bagitau ke alasan dia? Hehe... Rasa-rasanya tak perlu kan. Semua dah boleh agak kan? Nak alasan gak ke Cik Aina? Erm..since tajuk contest nie Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk aina dan kenapa.? macam wajib je bagi alasan.... 

Erm...Kalau Cik Aina pakai baju tidur merah menyala macam nie...mesti tak berkelip Suami Cik Aina tengok nanti. Nak-nak kalau warna merah menyala, kulit pulak putih melepak...tergoda Cik Abang nanti...haha.  Pakai pulak masa malam pertama..Tetet...

Pastu....kata orang bila suami dah penat-penat bekerja... Tengok Isteri pakai seksi-seksi...sekurang-kurangnya hilang penat suami nanti...



4th: Senaskah Al-Quran.

Kalau kawan-kawan Cik Aina hadiahkan Al-Quran nie...elok sangatlah kan. Penting sangat Al-Quran nie kepada semua umat islam. Ia merupakan mukjizat Nabi Muhammad kepada ummatnya. Ia dapat menerangi seluruh hidaup umat Islam. Semoga rumahtangga Cik Aina&Suami akan disinari cahaya  keimanan dan diberkati Allah S.w.t seterusnya dapat melahirkan dan membimbing anak-anak menjadi umat manusia yang beriman dan beramal soleh.


5th: Doa buat Cik Aina

Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad

Last sekali...buat Cik Aina, Iera doakan semoga selamat majlis perkahwinan Cik Aina nanti. 
Mudah-mudahan Allah akan berkati majlis Perkahwinan Cik Aina & Suami nanti. Mintak dijauhakan daripada hasad dengki orang lain.

8 comments:

Aina Rahman said...

thanks iera..
banyak hadiah tu,
semuanya berguna.

yang last tu aina suke..hee

daun kesum said...

kalo bagi mesin basuh pon ok jgk..

buleh wat basuh baju..

sebab kalo pinggan mangkuk biasa sgt dah..

eheh

iera said...

Cik aiNa:
u r welcome...
Tu la Cik AiNa...dlm byk2 doa org plg pntg kan.. Biar mjls tu diberkati olehNya.

cikTi:
2 la cikTi...pinggan mangkuk mmg dh biase sgt. Tp...nk bgi mesin basuh xmampu ar...huhu. Nok2 klu nk bwk hadiah tu nnt...msti pth pinggan dibuatnye...hehe

Mariella Liyana said...

Pinggan mangkuk mmg common...sebab bile saya kawen thn lps saya dapat set pinggan mangkuk tu sampai 7 set!!!

Alhamdulillah jugak...tapi malangnya set2 diberi ni kebanyakkan for 2 pax @ 4 pax. Nak yg 6-8pax. boleh hidang bile family datang ;)

Cadangan lain - Set pisau, set periuk belanga, set corelle (cheh~!! haha), pinggan lauk, periuk nasi, set cadar (ni paling best sebab mmg perlu byk2), mixer, cerek elektrik dll.

ziha said...

hoho...
tp macam malu la nk kasi baju tidur mcm tu.haha

B L O G D E T said...

semuga iera menang..
sbb cik aina da suka tuu-tambahan yg part last tuu-huhu ;D

iera said...

Mariella:
Byk tu... Erm...byk bende yg blh diberi utk org kawen nie kan.

ziha:
haha...xpe. Kita bungkus kan hadiah tu. Tkot pengantin yg dpt tu je malu nk pki...hehe.

F U N F A B U L O S I T Y:
Dh kalah pon Dex...hehe

Rina Rossoneri said...

lol, xmenahan baju tido tuh, stakat ni tgk akak2 , sedara kawin, xpenah lg tgk org bagi baju tido..hohooo