Tuesday, March 2, 2010

Membaca Amalan Mulia


Tertarik dengan artikel hari ni iaitu Jangan asyik tatap komputer hingga tidak baca buku: Rais di Berita Harian Online, Iera rasa terpanggil untuk membuat entri mengenai amalan membaca ni.Ye lah...sebagai seorang yang suka menghadap komputer macam Iera nie...mesti lah Iera rasa terpanggil nak mengupas serba sedikit mengenai topik nie kan. Iera percaya...bloger-bloger di luar sana pun ramai yang suka menghadap komputer lama-lama kan? Kalau boleh 24 jam nak mengadap komputer...betul tak?

Cuba korang bayangkan...statistik pada tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya baca sehelai muka surat buku dalam setahun. Statistik 2002 pula, statistik tu dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Menurut rekod empat tahun lepas pula...rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun dan telah menunjukkan peningkatan kepada 8 hingga 12 buah buku setahun. Hm...ok lah tu kan. Walaupun tak banyak sangat tapi peningkatan dah ada kan.

Salah satu langkah untuk menarik minat rakyat untuk membaca adalah dengan mengadakan kempen Baca@LRT. Pada pandangan korang semua lah, agak-agaknya korang  semua sanggup tak nak sahut cabaran nie? Namun...melalui siasatan yang dilakukan oleh wartawan ROSALINDA MD.SAID serta jurugambar MUHAMMAD SYAFIQ IQBAL dan MOHD HATIM MAZLAN mendapati tidak sampai 10 peratus orang ramai di lokasi umum atau di dalam pengangkutan awam yang membaca buku. Sila rujuk artikel nie----->Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum.

Bagi Iera lah...mungkin Iera tak berapa nak ikut cara nie.... Sebabnya...Iera memang tak suka baca kat tempat-tempat orang ramai ni. Tak khusyuk nanti. Nak-nak kalau baca buku ilmiah...alamatnya tak lekat kat kepala lah. Kalau setakat baca buku berbentuk picisan macam majalah atau komik...boleh diterima lah sebab buku tu berbentuk bacaan ringan je. Satu lagi...Iera akan rasa pening kalau baca kat dalam kenderaan yang bergerak.

Kalau suasana dalam LRT macam nie...boleh terima lah pasal tak sesak. Nak bagi tumpuan pun boleh je... Tapi, kalau setakat 5, 10 minit je kat dalam LRT tu..korang nak ke baca buku? Erm...cuba bayangkan pulak kalau korang baca novel. Masuk part yang sedih-sedih sampai boleh buat korang mengalirkan air mata...malu dibuatnye kalau korang menangis depan orang ramai...ahaks.

Cuba kalau dalam LRT macam nie... Dalam keadaan bersesak-sesak dan padat macam tin sardin, sanggup ke korang baca buku? Nak-nak campur bau badan mamat-mamat bangla yang wangi hangit....ade mood lagi ke nak baca buku? Bagi Iera...nak baca buku nie mestilah kat tempat yang sunyi dan selesa kan? Tapi...ni tak bermakna Iera nak larang korang dari baca buku kat tempat-tempat awam macam nie. Kalau korang boleh je baca kat mana-mana dan tak kira macam mana susana pada masa tu... Teruskanlah amalkan tabiat membaca tu. Kan lagi bagus kalau macam tu kan??? Betul tak???

Iera akui yang Iera nie agak malas nak membaca nie terutamanya kalau nak membaca buku ilmiah. Alamatnya...kalau tak exam...memang Iera jarang sangat lah nak baca buku ilmiah nie... Tapi, kalau baca novel atau majalah...memang Iera suka... ahaks. Dekat rumah Iera pun dah penuh dengan majalah terutamanya majalah remaja. Majalah dara.com pun Iera minat baca. Sekurang-kuranya dapat lah tambah sedikit pengetahuan am macam tips-tips ke, fesyen bertudung ke, dan sebagainya. Tapi...sekarang dah jarang-jarang sangat Iera beli majalah remaja. Maklumlah...dah nak masuk alam dewasa...ahaks.

 
Balik rumah hari tu...iera sempat habiskan dua buah novel...Minat katakan.Salah sebuah novel yang Iera baca ialah Aku Mahu Kamu karya Aleya Aneesa... anovel nie Iera beli masa keluar KT cuti hari tu. Aleya Aneesa ni merupakan salah satu novelis yang Iera minat. Selain tu...novelis-novelis yang Iera minat seperti Aisya Sofea, Bikash Nur Iddris, Anis Ayuni, Fauziah Ashari, dan Nia Azalea. 

Iera mula minat baca novel pun lepas baca buku Jendela hati dan Kau Untukku masa tingkatan dua dulu. Tu pun lepas Iera baca buku yang dipinjam oleh adik sepupu Iera masa balik kampung. Masa tu kalau tak silap cuti raya puasa. Ada ke masa raya pun sempat nak baca novel??? haha. Sebenarnya...kebetulan masa raya pertama dalam tengahari tu...hujan turun dengan lebatnya. Lepas tu...air terus naik. Berayalah kitaorang dalam banjir...hehe. Disebabkan tak boleh nak kemana-mana... Iera baca lah novel tu. Sempat jugak mandi banjir masa raya....hehe.

Lepas minat baca novel ni timbul... Iera rajin lah pinjam novel dari kawan-kawan. Yang Iera beli sendiri pun ada jugak. Saja lah nak buat koleksi kan. Ada dalam 20lebih jugak lah novel yang Iera beli. Tapi...sekarang ni novel tu dah banyak hilang sebab adik Iera bagi pinjam novel tu kat kawan-kawan dia. Kalau ikutkan hati yang membara ni mau je bagi penampar sebijik. Nasib baik masih dapat kawal marah ni. Mujurlah adik sendiri kan. Bila tanya kat dia...dia cakap nak mintak dengan kawan-kawan dia. Tapi...sampai sekarang tak hantar-hantar.Novel yang baru Iera beli tu Iera siap bawak ke UKM lagi. Tinggalkan kat rumah kan...dia bagi pinjam kat kawan-kawan dia pulak. 

Lepas Iera balik dari KT tu.... Iera terus baca novel 'Aku Mahu Kamu' tu. Best cerita dia... Hm...lepas abah Iera balik dari kerja and then dia nampak novel ni...terus ayah Iera mintak resit.. Dulu Iera tertanya-tanya jugak sebab apa ayah Iera mintak resit tu. Tanya abah iera pun, dia tak jawab. Last-last, Iera tanya mak Iera sebab apa. Rupa-rupanya...ia dapat kurangkan cukai pendapatan kalau ada resit beli buku. Ni merupakan salah satu cara kerajaan nak  menggalakkan rakyat membaca buku. 

Kawan Iera ade cakap yang mak dia minat sangat baca novel dan kebetulan mak dia kerja nurse. Boleh dikatakan penuh sebuah alamari novel mak dia saja. Dia cakap...mak dia tak perlu bayar cukai pendapatan sebab dia selalu beli buku nie...

Jadi...kalau korang semua ada beli buku tak kira lah buku pelajaran ke...novel ke...majalah ke...jangan lupa mintak resit. Bolehlah korang kurangkan beban cukai pendapatan ayah korang. Dapat lah tolong ayah korang sikit walaupun hal nie kecil je kan. Kalau korang dah kerja...bolehlah kurangkan cukai pendapatan korang sendiri...


17 comments:

Wanie-san said...

iera!wani mmg dok suke membaca langsung!
subject membca mmg kene pulun abis2an r baru dapat molek..huhu kalau xpulun mmg teruk r resltnye..huhu

Ameen Muslim said...

saya boleh mmbaca dlm lrt or mana2 tmpt tumpuan umum... drpd mata ni terlihat maksiat di sekeliling dan aurat manusia, lebih baik mata ni digunakan utk menatap buku time tgh duduk2... nice entry.

p/s: saling bertukar komen di blog masing2. :)

iera said...

wanie-san:
xpe...skrg2nye rslt gempak gak kan?
wanie kne bljr rjn mmbce... Nnt blh upkan statistik bilangan membaca...hehe

Ameen Muslim:
Klu mcm tu bagus ar...Iera xleh bce klu tmpt2 tumpuan umum... Iera kne tmpt yg senyap bru blh... Bgs ar mcm tu.. salah sorang yg blh menyahut seruan utk membaca...

Insyaallah...kita saling b'tukar komen ye. Ada masa Iera komen kat blog ameen k

F U N F A B U L O S I T Y said...

berselindung di sebalik surat khabar yang besar! ;D

cikTi said...

cikti dulu2 suka jgk mmbaca2 nih.,

skarang nk intai2 buku pon rasa berat aje,.

tahla ape petande tuh

iera said...

FANFABULOSITY:
Sambil2 tu intai2 awek cun di sebalik surat khabar kan? haha :p

cikTi:
same lah kita cikTi...dlu rajin gak nak mambaca nie. Tp..skrg nie rse cam berat je. Klu dlu blh abiskan bce byk novel dlm 1bln... Skrg 1buah sebualan pun blm tentu.

KP said...

ngadap pc pun len membaca gak byk berita menarik

Murnihati said...

saya suka membaca..
tapi skrg..lbh byk baca blog..hehe

http://murnihati.kayawan.com

ziha said...

baguslah iera minat bace..
mst da byk ni collection novel..
kte bole bc kt tmpt awam, tp tgk keadaan gak lah.klu rmi org bersesak2 xde maknenye nk bace..hehe

iera said...

KP:
Btol tu KP. Mengadp Pc tu pun mmg mmbce gak... Tp...tgk sumber gak la. Klu blog nie kan...kebanyakannya xblh lah percaya bulat2.. Blog nie biasanya pandangan peribadi seseorang tu t'hdp sesuatu perkara. Klu mcm s/khabar online tu...blh lah diterima betul2..

Murnihati:
Bagus2...trskan minat membaca. hehe. Sme lah jgk ngn Iera. Skrg nie byk bce blog dah.

iera said...

ziha:
Kolecction novel? xde lah byk sgt. Dah byk hilang sbnrnye. Skrg dh xsmpi 10bji novel dh yg tinggal... Klu mjlh remaja mmg byk ade kt rmh..

Bgs ar klu mcm tu...Iera klu kat tmpt awam ssh sket nk bce. Psl iera xske bising2 klu nk bce... 2 lah...klu b'sesak2...xselesa plk kan

ziha said...

bes jgak majalah tu..
masing2 de mag fav sendiri kan.
kite suke CLEO, sb de mcm2 fashion terbaru n makeup2 y best2..hehe..

iera said...

Ziha:
ooo...minat CLEO eh... Erm..mjlh nie byk tips2 yg blh kte dpt kan...

ezany said...

tak tau la nak buat camne.. mmg malas membaca sejak azali.. hehe..

iera said...

ezany: Kne rjn2 bace kun. Blh naikkn statistik bilangan membaca nie...hehe

zoul said...

bagus kalau rajin baca buku.. tp perlu diingat, pemilihan buku yg hendak dibaca juga penting.. bacalah buku yg boleh menambahkan ilmu bukan buku yg tidak berfaedah utk dibaca..

iera said...

zoul:
Betul tu...pemilihan buku pon pntg gak...

Erm...rse2nye buku yg iera bce tu dh ok kot... W/pon b'bntk bcaan rigan mcm majalah tu..byk gak tips2 dan pengajaran yg blh dpt...

Novel pun byk gak dpt pengajaran dan kdg2 maklumat pon de... cuma dia dlm bntk penceritaan.