Monday, March 8, 2010

Blackout@UKM ====> Jalan2 di The Mines

Semalam..... Seluruh UKM telah mengalami fenomena Blackout. Jadi, daripada Iera macam cacing kepanasan seharian...baik Iera keluar jalan-jalan. Ramai gila budak-budak UKM keluar semalam. Sampaikan penuh orang yang menunggu di stesen komuter UKM. Mesti KTM banyak untung semalam kan. Kami decide ke Mines je memandangkan Mines tu agak dekat jugak la dari UKM. Mid? Tak sanggup lah nak pergi. Biasanye, kalau hari minggu memang sesak gila. Ditambah dengan budak-budak UKM yang ramai keluar semalam...mesti ramai budak-budak UKM yang menyerbu Mid kan...

 
Jadi....Semalam kami bertiga menghabiskan masa di The Mines. Seronok keluar semalam. Daripada pukul 10 pagi lagi kami keluar. Balik dah nak dekat pukul 7 petang. 

Masa mula-mula sampai di The Mines...macam biasa lah, cari makan dulu. Perut dah lama menyanyikan lagu keroncong... Kalau tak makan, nanti tak berhenti-henti pulak perut ni berkeroncong... Lepas siap makan tu...jalan-jalan je di dalam Mines tu... Masuk kedai kasut kat situ....tapi sepasang pun tak beli....

 

Lepas tu....kami ke surau melaksanakan tanggungjawab kami sebagai seorang hamba yang beragama Islam... Dah siap sembahyang semua. Kami masuk pulak ke pusat bowling... Awal-awal tu...saja-saja je duduk atas bangku yang disediakan dalam pusat bowling tu sambil tengok orang lain main bowling. Matun ajak main...tapi hati Iera masih berbelah bagi sebab Iera tak pernah main bowling sebelum nie... Jakun kan?? Hoho...




Tapi...disebabkan perasaan ingin muncuba dalam diri Iera begitu membuak-buak... Iera main jugak lah. Kami main berdua je. Kak Siti dah cakap awal-awal yang dia taknak main... Iera kalah dengan Matun hari tu. Ye lah...Iera kan baru 1st time main. Sah-sah lah kalah. Dalam 5 kali jugak masuk longkang tu... Tapi...sebagai orang yang 1st time main...bangga jugaklah sebab dapat jatuhkan kesemua pin bowling tu...walaupun sekali je...ahaks. Kata orang, pengalaman banyak mengajar kita. Jadi, kalau tak mencuba...macam mana nak belajar daripada pengalaman kan???


 
Matun vs Iera.
Dah habis satu game kami main...kami ronda-ronda dalam Mines tu sekali lagi sebelum masuk ke dalam Giant. Dah habis beli barang-barang makanan untuk stok di dalam bilik...kami balik lah. Semalam...memang rami gila orang yang kat dalam Komuter tu... Kami terpaksa berasak-asak di dalam Komuter tu. Disebabkan terlalu ramai orang...aircond pun tak terasa. Berpeluh-peluh adalah...

Dah sampai di stesen Komuter UKM... Ingatkan nak balik naik bas UKM. Tapi...bas dah penuh masa tu. Kebetulan...ada sebuah lagi bas UKM kat belakang tu... Tapi...ada ke patut dia tak ambik kami. Dia main ikut je bas tu kat belakang. Masuk dalam UKM kosong tanpa seorang penumpang pun. Apa salahnya dia bawak kami walaupun tak berapai ramai orang masa tu. Sedangkan, kami dah bayar yuran pengangkutan awal-awal. Apa gunanya kami bayar yuran pengangkutan tu kalau dia taknak bawak kami walaupun masa tu tak berapa ramai sangat orang.

Last-last...Matun dengan Kak Siti ajak balik jalan kaki je... Penat betul. Kaki rasa lenguh semacam je. Dah lah pakai kasut tumit tinggi semalam... Sampai...bilik, letak barang-barang yang dibeli ke dalam bilik. Terus pergi Cafe beli ais. Balik bilik, terus salin baju dan minum air yang berais... Nikmat betul dapat minum minuman berais. 
Malam tu...awal-awal lagi dah membuta... Penat gila. Tak dapat nak buat blogwalking macam biasa...



16 comments:

ezanykun said...

tak pasan pun tu high heels.. hehe.. dah baca bru tau..

mmg xpatut la bas tu.. komplen aje kat bhg hal ehwal pelajar.. sakit2 kaki lg ker dah ok ni.. :D

iera said...

ezany:
ala...tu high heel yg tumit tebal tu...bkn yg tumit runcing tu.. Sbb tu xprsn kot.

2 la pasal. Mmg xpatot kan.

Sakit kaki dh hilang dah... Cme penat+mls de lgi nie...hehe. Nasib baik hr nie xde kls

B L O G D E T said...

best tuuu-siap men boling lagi-enjoyyyy huhuhu ;D

iera said...

F U N F A B U L O S I T Y:
a'ah...enjoy sgt smlm... Pastu blk bilik trs tdo dgn nyenyaknye...huhu

Hami Asraff said...

Salam ziarah. UiTM tak pernah blackout lagi setakat ni :D

iera said...

Hami Asraff:
wassalam...uitm xpnh blackout lgi eh? Kt UKM nie dh 2x klu xcilap iera. Mse 1st yr 1x... pas2 smlm.

Unknown said...

fuh~!!
nasib baik UKM KL okeyh....

ziha said...

hurmm my fren pon smlm g the mines sb black out.hehe

iera said...

SyUhAdA:
Tak blacout eh? Nasi baekkkk...

ziha: Ooooo..ye ke? Ziha xkluar g mne2 ke?

Ur Other Half said...

wahhh...men bowling xajak...kecik ati.

iera said...

Darkbatman:
2 semuat tak dirancang...smpi Mines bru decided nak main..

Alalala..comeyne dia kcik ati...ln x iera ajk aie eh..huhu

daun kesum said...

oo,.
ukm blackout ari tu ek,.

cikti pnya akak pon bdk ukm,.
xde ckp plk,.,

besnya men bwling,.
tp cikti asek longkang ajola

iera said...

cikTi:
a'ah..UKM blacout hr tu...

hr tu sesaje je nak cbe main
bowling..
Tp...sme la kte cikTi..
asek msk longkang je...
mmg xde bakat maen bowling kot iera nie

B L O G D E T said...

nahh teros tido katanya-mesti letih gile-tambahan kalo 1st time men boling tuu ;D

iera said...

F U N F A B U L O S I T Y :
Dex...pnt berasak2 dlm komuter dan jln kaki balik UKM sbnrnye... mn bowling xde lah pnt sgt...hehe

NUNU EERA said...

owh tidak..!BMI akan blackout sab2 ni..